Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 H

Untuk Semua,

Selamat Menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 H. Semoga tahun baru ni akan memberi lebih makna untuk kita semua. Di kala ekonomi merudum di seluruh dunia, kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapinya. Semoga ekonomi kita dengan Ilahi tidak tergugat.

Berikut pesanan kawan-kawan kita .

Fendi says " Salam... selamat menyambut tahu baru hijrah. Jika dulu kita ke masjid 1 tahun 1 kali maka tahun ini jadikanlah 1 tahun 2 kali... Semoga hijrah ini dirahmati Allah "

Boy writes " Selamat menyambut Maal Hijrah semoga tahun ini memberi penuh keberkatan dan limpahan kurnia darinya, Insyaallah"

Akhir kata.. kita berdoa agar kehidupan kita diberikan keberkatan oleh Allah dan sentiasa tabah menghadapi dugaannya. Amin...

Doa untuk semua :


" Ya Allah, di awal tahun baru yang barkah ini, muliakan dan sayangi pembaca blog kami ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kan kenikmatan ibadah padanya. Jauhkannya dari fitnah, malapetaka, azab api neraka dan segala kejahatan. Suburkan benih keislaman pada keturunannya dan masukkan dia dalam Syurga Mu tanpa hisab. Amin Ya Allah . "

Zam

Wednesday, December 24, 2008

1st Reunion - 13/11/08 ( Kelolaan Faisal)



Tengoklah Gambar sekarang ... Semuanya dok tayang perut... Dari kiri Muzafar, Affendi Md Zain, Khulai De Faisal , Azlan dan Azman... Masa ni perjumpaan di Airport Subang Kedai Mamak ... Macam Macam cerita keluar... dari kecil sampai besar.. Melopong semua dengar temberang si Fendi... Baru tau man panjang punya experience.. macam macam ada... dari proton, ktm, pos dan macam macam lagi... Lan pulak main bola - selection untuk KL ooh kat padang merdeka.. hebat tu.... Faisal jadi orang tujuh sebelas(Seven eleven)... Kepau duduk atas bukit. bos besar tu.... hebat - hebat semua rakan - rakan kita.....

Tuesday, December 23, 2008

Jalan-jalan Di Mardi 14-12-08 (Part IV and Last)

Lepas naik bukit, berjalan lah pulak. Tengok-tengok pokok-pokok yang Mardi tanam, pokok epallah....dan macam-macam lagi..


Ni masa turun dari puncak.





Kemudian bergambar lagi dekat jambatan gantung MARDI
















Berjalan-jalan di Taman Mardi


Tah pokok apa ni..epal kot!!



Ni pulak pokok epal juga..


Ni Alif dan Aiman.. amboi kamcing nampak!!!!



Mengambil peluang bergambar dengan keluarga masing-masing, dimulai dengan Landol dan keluarga.


Landol dengan posing paling maut..Err Haji Azlan lah...



Boy dan Keluarga.. Zulhamri, Norita, Muhammad Zulaiman, Siti Umairah, Siti Maisarah & Siti Syahirah



Anak dak Boy... posing maut jugak nie... cute habihhhh...



Faisal dan keluarga....



Lan Bongek dan keluarga... Azlan, Foziah Bakar, Muhammad Afiq, Farah Ilyana & Muhammad Asyraf



Muzapar dan keluarga...




Zam dan keluarga... Norzamly, Hanisah, Aliah, Aliff & Akiff


Di bawah ni gambar kenangan sebelum berpisah. Sedih jugak.... maklumlah setelah bertahun-tahun tak jumpa..lepastu perangai masing-masing masih macam dulu gak.. best !



Atas bukit tu.. Rumah dak Kepau... tinggi tu.. sejuk pulak tu....



Okay... tamatlah cerita kisah budak SKKGK berunion di Cameron Highlands. Asalnya 12 orang tapi rezeki takde tinggal 6 orang je. Tapi kalau campur dengan family masing kira-kira 31 orang + mak Boy dan Kepau jadilah 33 orang.. Semoga di masa depan dapat berjumpa lagi..

Hari ini kita bertemu
Esok kita berpisah
Lusa kita berjumpa lagi

-Zam-

Gambar Kenangan 1981 ~ Sumbangan Lan Dollah


Gambar kenangan semasa melawat Gunung Ledang. Cuba - cubalah tengok muka korang yang seposen tu.. semunya berhingus lagi...

Ini gambar kelas masa depan.. 5 A.. semua best student ni...

Gambar semasa naik Cameron Highland .. Tangkap gambar kat sayur kobis.. tengoklah siapa yang paling tinggi... itulah sebab nama dia man panjang

Korang tengok gambar Fendi... Dari kecil dah nampak dia punya tokohnya... jangan Mare fendi....



Masa tu glamour gila dapat minum coke... Sham Kuntum sekali lagi posting maut...



Ini betui - betui nostalgia.. bas dia gila punya antik....
Adik sapa lah tengah makan kacang tu?
Dak Zam.. eksyen dengan teropong dia beli kat Penang...!!




Monday, December 22, 2008

Gambar Terbaru SKKGK

Assalamualaikum,

Gambar aku ambil hari sabtu baru ni kebetulan pergi hari jadi komando. Aku dan family follow train yang tarik pakai landrover. Mungkin ianya boleh mengimbau banyak kenang-kenangan kita semasa di padang dan belakang kelas kita tu....

Sekian.

wasallam

Sham

Saturday, December 20, 2008

Friday, December 19, 2008

Pagi Di Mardi 14-12-08 (Part III)

Lepas breakfast , acara naik bukit ke puncak bermula. Dengan anak-anak yang merasmikannya, akhirnya mak bapak kena ikut jugak sampai kat atas puncak. Nice view. Cantik... tapi sayang juga tengok sesetengah bukit yang dah kena tarah. Okay berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Di puncak... tengok tu cam biasalah pelari pecut kita Faisal sampai dulu..



Antara acara yang berlangsung ialah mengambil gambar anak masing-masing mengikut urutan. Ini idea Landol. Bernas ! Okaylah jom kita tengok satu persatu.

Bawah ni anak sulung masing-masing.



Kemudian anak yang kedua pula bergambar bersama.



Lepas tu anak yang ketiga pulak... anak aku masa ni merajuk.. anyway aku tampilkan dia jugalah..



Lepas tu anak yang keempat.. tapi time ni nampaknya dah tak berapa ramai. Kena usaha lagi...






Last sekali , semuanya berkumpul di mana merekalah generasi yang akan mewakili keluarga masing-masing. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah.Amin.




Bawah ni anak aku (Zam) dia tengah tunjuk skil silat gayung..




Yaya anak dak boy tengah posing....






Di bawah tempat kosong sebenarnya reserve untuk Fendi dan + +.



Sekarang ni giliran bapak pulak berposing....





Dari kiri dengan segala hormatnya memperkenalkan Muzapar, Zulhamri, Norzamly, KhulailDeFaisal, Azlan Bongek dan Azlan Abdullah.

Kemudian, diikuti dengan mak-mak...



Dari kiri Wife Kepau, Wife Boy, Wife Zam, Wife Lan Bongek, Wife Faisal dan Wife Landol

Aku harap kauorang happy tengok gambar-gambar kenangan ni...

Breakfast di MARDI 14-12-08 (Part II)




Ni gambar-gambar sekitar breakfast di MArdi. Kemudian jalan-jalan di sekitar taman Mardi.