Monday, June 8, 2009

Hari Minggu Yang sungguh Busy...

Salam...

Aku pasti semua orang sibuk minggu lepas.. macam macam hal.. tapi yang pastinya semua sibuk pasai orang kawin... sebab apa aku cakap macam tu.. sebab kat taman aku je ada 3 rumah orang kawin serentak..uih... letih gila dia buatnya....

Korang taukan aku ada buat sikit sikit perniagaan pasang khemah orang kawin.. Saja je nak cerita pengalaman ... hari jumaat yang lepas .. pembantu aku yang selalu tolong pasang khemah tu tumbang ( deman) yang dua orang pulak kenan pergi outstation .. family dorang kawin... jadi patah kaki aku.... nak pasang 9 bijik kemah.. mati dibuatnya ...

Alhamdullilah... dengan lorongannya aku dapat idea.. habis semua askar - askar aku, aku kerahkan.. dari anak abang aku sampailah ke Yaya yang berumur tiga... semua kena tolong... korang tahulah kan zaman sekarang ni .. orang kawin ada tema .. Hijaulah..birulah...dan macam-macam lagilah kehendak mereka.... anak aku yang kecil tu Yaya tolong pasang sarung kerusi banquet untuk meja pengantin lagi ...kesian dorang... tak pa cucu komando kena lah tahan lasak... alhamdullilah semuanya dah selesai ..cuma nak buka kemah je petang ni insyallah... minggu depan tak ada tempahan....so relax sikitlah....

Walaubagaimana pun, pengajaran yang mereka(anak2) kena belajar ialah bukan senang nak cari makan... lebih2 lagi dizaman yang penuh cabaran ni.... INGAT LAGI DENGAN ORANG TUA KITA DULU - DULU ... MASUK HUTAN NAK BAGI KITA MAKAN, PELAJARAN DAN HIDUP YANG SENANG.... ALHAMDULLILAH KITA SEMUA TAK KELAPARAN DAN KETINGGALAN .....

BAGI MENGENANG JASA MEREKA YANG TAK MUNGKIN KITA DAPAT BALAS ATAU YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA ..MARILAH KITA SAMA - SAMA SEDEKAH KAH "AL-FATIHA" UNTUK MEREKA DAN DOAKAN SEMOGA MEREKA DI TEMPATKAN DITEMPAT ORANG2 YANG BERIMAN... AMIM

dan PADA MEREKA YANG MASIH ADA , JANGANLAH KITA LUPA... MENGUNJUNGGI, MENZIARAHI, MEMELOK DAN CIUMI MEREKA SEPUAS-PUASNYA .....DAN SETIDAK-TIDAKNYA TELEPON MEREKA UNTUK BERTANYA KHABAR DAN KESIHATAN MEREKA.. KERANA SELEPAS MEREKA PERGI..... PERCAYALAH KITA AKAN SELALU MERINDUINYA......DAN KEKESALAN AKAN TIMBUL DAN TAK GUNA DIUNGKIT LAGI..


Wassalam.....
-BOY-

Thursday, June 4, 2009

Lama Menghilang Diri

Salam..

Apa kahabar sahabat? semoganya semua sihat walafiat..

Lama betui tak dengar berita .. aku sibuk dengan tugas .. sama juga yang lain.. alhamdullilah kita masih diberi rezeki dan peluang untuk mencari nafkah.. ada mungkin saudara, kawan-kawan, jiran, orang kampung dan sebagainya yang dah tak berkerja..sebab syarikat gulung tikar atau mengurangkan kos..

Cerita pasai syarikat mengurang kan kos ni .. teringat dengan Fendi.. Dia dah selamat dengan kerjaya barunya ( penggangur terhormat beralih ke usahawan tani terhotmat...insyallah).. semoga dilimpahkan rezeki dan panjang kan umurnya..

OK cukup setakat ni .. insyallah aku akan cuba mengaktifkan balik blog kita ni .. jadi pada sesiapa yang ingin berkarya atau menpunyai info terbaharu tentang budak-budak kem.. silalah jangan malu - malu...

Sekian wasalam..
Boy