Friday, October 30, 2009

TABUNG MASA DEPAN !!!


Salam..


Sebelum apa apa , marilah kita sedekahkan "Al Fatiha" buat Guru kita yang lama telah pergi meninggalkan kita "CIKGU MOKHTAR"............

Percayalah, usaha murni arwah lakukan ini amat memberi kesan yang baik untuk kita semua.... yaitu 'MENABUNG'...

Masih ingat lagi tak.. apabila dia masuk kelas sebelum mengajar... dia akan mengambil attendance semua orang.. lepas tu dia kan tanya sekira kita nak simpan duit atau tidak... masa tu kalau simpan 50 sen tu dah kira loaded tu... tapi yang paling load sekali Dak Zam Jepun..Tiap - Tiap hari simpan Rm10.00... kalau tak salah aku Zam berjaya mengumpul dekat RM900 kot... betui ke Zam?

Lebih - Lebih lagi lepas Raya, semua simpan duit sampai Rm10.00... maklumlah , banyak collection... Akhir tahun arwah akan pulangkan semua duit-duit simpanan kita.. seronokkan..masa tulah beli Kasut Roda, Senapang, Googel dan macam-macam lagi....lebih-lebih pun joli kat Hari Jadi Kor....Betulkan....

Sweet Memory...

~Boy~
ps: Seronok kan ..kalau kita boleh buat trip the whole team Batch1969 to visit our old school dan buat satu-satu program untuk SKKGK Junior...



ANAK BENGALI ...!!!

Salam Sahabat...

Dua hari yang lepas aku ada bersembang dengan kawan lama kita ini...

Aku saja nak mengingatkan korang tentang dia.. Walau macam mana pun yang aku salute tu..kawan kita ini masih seperti dahulu.. kalau korang masih ingatlah .. dia ni budak yang paling kool sekali.. Walaupun korang buat naya kat dia...yang selalu kacau dia si, Fendilah...

Ingat lagi cerita dak Fendi... Ustaz Razak selalu kenakan kat dia apabila main Bola Sepak.. Bila lambung bola tinggi-tinggi suruh dia tanduk... Memang lah kelakar kan... dia ni kan pakai toncet kat kepala...jadi kalau tanduk bola tu mesti lah dia kena adjust balik toncet dia.... aku ingat kalau dia bukan rambut dia, mesti panjang lagi daripada pontianak(Zarina)...

Satu cerita lagi, korang mesti ingat lagi, masa mata pelajaran Agama, dia akan duduk kat belakang sekali ... buat hal dia sorang-sorang...main-main lah, lukis-lukis lah,( aku ingat lagi dia ni suka sangat lukis gambar kapal terbang) ...mesti sedikit sebanyak.. ada yang dia belajar pasal agama islam....

Walaubagaimana pun, sekarang.. korang jangan main-main lagi dengan Suresh ni.. kalau korang kata korang lah yang paling jahat dan berani sekali di sek kem dulu..kenapa tak masuk askar macam dia.. dia sekarang ini berkhidmat sebagai Tentera Udara Di Raja Malaysia (Macam Tom Cruise dalam Top Gun) ...mengikut jejak langkah bapak dia... Pangkat aku tak tahulah pulak....sudah berumahtangga dan mempunyai anak dua...

Dua hari lepas , dia ada mension pasal kena transfer kat Sungai Besi Kuala Lumpur.. tension je, sebab family semua, dia tinggal kat Penang.. Dia memang looking forward nak jumpa korang semua.. so hopefully kita dapat berjumpa dengan mamat macor ini.. dah tak da lagi toncet.. mesti hensem punya....

kalau dia hantar gambar dia ..aku akan upload kat kat sini...

Berjumpa lagi.................
~Boy~

Thursday, October 29, 2009

Gambar VS Yang Dijejaki..40 tahun

Salam....

Sedar tak sedar kita dah berjaya menjejaki hampir 16 orang rakan seusia kita..

Alhamdullilah... ini semua kehendak dan dengan limpah kurnianya.. kita dapat berhubung dan berkomunikasi....

Ada yang selama 28 tahun tak mendengar suara, mengetahui dimana ,bertegur sapa , tengok rupa bentuk dan sebagainya.......lah...

Biarlah gambar ini menjadi kenang-kenangan untuk kita mengibau kembali cerita-cerita lama kita semasa di Sekolah Kem Gerakkhas.. ini sewaktu dalam darjah 5.. tetapi apabila berada di darjah enam kita semua dimasukkan di dalam satu kelas.....
OK .. biar aku kenalkan yang telah ditemui dan dihubungi... Oh Ya...gambar yang atas tu Kelas Budak Pandai 5A dan yang bawah tu kelas budak tak beberapa terpilih lah... cukup makan je...5B

1. Zam Jepun

2. Lan Dollah

3. Negreto

4. SR

5. As aka Azhari

6. Man Panjang

7. Pontianak aka Zarina

8. Fendi Flinstone

9. Tina aka Anita

10. Negreto

11. Sham Kuntum

12. Kepau

13. Suresh Singh

14. Boy

Yang tiada dalam gambar...

15. Zalizan @ Dak Chan

16. Ujai adik Hozee Monster

Ini je setakat ni yang berada di dalam list dan dikesan.. semoga kita akan dapat menjumpai ramai lagi rakan-rakan yang lain pulak..insyallah..

Semoga perancangan kita untuk reunion kali kedua akan menjadi kenyataan .. insyallah..lokasi nya di kuala lumpur atau selangor...

Perhatian : sekiranya ada rakan-rakan ingin berkongsi informasi silalah masukkan dalam blog ini..jangan segan silu....

dan sekiranya sesiapa ingin mendapatkan contact nombor rakan-rakan yg lain bolehlah berhubung dengan aku...nanti aku bagi..

Sekian Wasalam..

Ikhlas

~BOY~

Wednesday, October 28, 2009

***PERINGATAN UNTUK SEMUA***

Salam...



Mungkin kita ada baca berita hari ni... tapi kalau tak sempat, sila lihat keratan di bawah ni....




Murid hanyut depan mata

KAMPAR: “Saya lihat mangsa perlahan-lahan melepaskan tangan dari pautan kabel itu kerana kehabisan tenaga sebelum hanyut dibawa arus kuat. Saya tak dapat tolong mereka, itu yang saya sedih,” kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Mohd Rosli Mohamad, 49.

Perkhemahan 1 Malaysia.. ( Di Kampar) - budak jatuh kerana jambatan gantung putus.....

Kita di kejutkan oleh peristiwa menyayat hati ini...

Seperti tahun - tahun lalu, sekiranya cuti sekolah, pihak sekolah akan membuat rombongan melawat sambil belajar.. macam kita dulu-dulu...

Emak aku semalam apabila tengok berita tu, terus call aku..dia tak bagi anak sulung aku, Aiman pergi rombongan ....

Anak aku tu ada lah sekolah dia buat rombongan pergi KL dan Melaka sempena cuti sekolah dan lepas UPSR ni.. Mak aku terus reject.. dia cakap "tak payahlah pergi... kalau nak pergi, hang bawa sendiri je " Katanya...

Apa lagi terkedu anak aku... kesian dia

Tapi, bila dikenang-kenangkan ..malang memang tak berbau.. kita hanya merancang..tapi dia menentukan.. jadi biarlah kita ambil precaution.. semoga semua kita dilindungi allah..insyallah...

Jadi sekiranya, ada anak-anak korang terlibat dengan program macam-macam ni.. "LU FIKIR LAH SENDIRI" bak kata Nabir Raja Lawak....

Sekian.. "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi"
ps: pepatah nilah yang aku fail dulu masa pernilaian... tak faham-faham...


Wasalam
~Boy~

DIA SURUH AKU DOWNLOAD GAMBAR DIA JUGA !!!!

Salam...

Hari tu macam Nordin Mat Top.. Sekarang dah jadi lain pulak...

CASTELLO.... watak ganas tu... dalam cerita Impak Maksima....



Hebat Kan..semangat komando tu membara je ...


Semalam aku jumpa dia, sambil makan tengahari ....kita orang borak dari pukul 11 pagi sampai pukul 2.00.. Tau je lah bila dah jumpa...macam- macam cerita keluar....

Member kita ini macam YB sikit.. merata dia jalan .. sat kat JB..sat kat KL..lepas tu kat Ipoh ... sibuk memanjang.....

Bagaimana pun.... demi masa depan anak - anak ... kita mesti berkorban....untuk mencari sesuap nasi....

Hai member lain senyap je... tak da cerita ke?? kalau ada bagi-bagilah kat aku ....nanti aku down load kat...

Wasalam....
**BOY**

Tuesday, October 27, 2009

BELAJAR SEMBAHAYANG...

Salam....

Cerita ini di peringatkan oleh Man Panjang.


Cerita ini semasa kita pegi belajar mengaji.. Waktu tu dikenali sebagai sekolah agama rakyat... Ustazahnya aku tak ingat lah nama dia...tapi garang.. Ada Taik lalat kat Bibir.... man mesti ingat punya.. sebab dia anak murid kesayangan ustazah tu....
Apabila masuk waktu sembahyang Asar... So ustazah pun suruh pergi sorang-sorang pergi ambil air sembahayang.. tapi hamblau-hamblau ni pergi sekali semua sampai sepuluh orang..... lepas tu bukannya nak balik bila dah ambil air sembahayang ... semua lepak je tunggu semua orang habis... bila dah siap baru le balik ke kelas sekali sepuluh orang.....


Ada sekali tu.. apa tah mood ustazah petang tu ..member benggang ke .. tak makam ke.... aku pun tak tahu..... bila balik dia tunggu je kat tepi pintu masuk kelas.. bila masuk je .. syiapppp...syiapppp...sekor-sekor kena rembat dengan rotan.. yang kena Man panjang dengan topek kot... kah..kah..kah... tak pasal pasal hari tu sakit bontot....

Lepas tu pulak kejadian yang kelakar sekali......

ada sekali tu kita pergi sembahyang... ala ..kalau korang ingat lagi...

bilik sembahayang kita kat belakang kelas 4B... kalau sekolah pagi dia buat untuk student"Kelas Lembab" .. petang dia buat tempat sembahayang...

Masa sembahayang tu nak rukuk.. lepas tu tiba-tiba duit dak Zam Jepun terjatuh.. 50 sen syiling.. bergolek-golek lalu kat depan kita...
Dak Fendi pun tegurlah... " Ahhh.. duit sapa Tu"... Habis semua tegelak-gelak.. lansung tak jadi sembahayang...
Fendi..Fendi... kau ni memang lah gila..
OK Adios...
~Boy~

Monday, October 26, 2009

ASAL USUL NAMA !!!!!

Salam ..... Comrades..

Korang mesti tak ingat dan tertanya - tanya.... macam mana dia dapat nama tu...!!!??

Kisahnya bermula pada satu rombongan ... kalau tak silap ..gambar rombongan tu ada di siarkan dalam blog ni tahun lepas... peristiwa ini berlaku ketika kita dalam darjah empat.. skkgk julung-julung kali nya membuat rombongan melawat sebuat pusat pemancaran di atas sebuah gunung di negeri Melaka...

Semua , masa tu masih hingusan lagi... seronok beb , dapat pergi rombongan .. sebab tak pernah pergi rombongan sebelum ni....

Di pendekkan cerita , lepas melawat tempat tu... kita terus pergi ke sebuah tempat perkelahan dikaki gunung tersebut... Air Terjun..best ooii....

Sampai je kat situ ..apa lagi semua tukar lah seluar pendek .. mandi air terjun.. sejuk hingga ke tulang som-som..

Tak salah aku cigku bawa bekal untuk semua orang .. makan nasi lemak dengan sandwich sardin...dengan air sirap.. sedap tu.....

Tiba-Tiba , tah macam mana..tanpa sesiapa sedari. kawan kita sorang ni tak semena-mena terkapai-kapai dalam air terjun tu.. Aku ingat lagi hero yang menyelamatkan dia.. siapa lagi ..kalau bukan si Khulai.. Dia nampak rambut minah tu mengerbang je di permukaan air..sebab kawan kita ni rambut dia, punyalah panjang..sampai ke lutut.. Apa lagi Khulai pun terus merentap rambut kawan kita ni untuk menarik dia ke atas.... nasib baik tak lemas...... umurnya masih panjang.....alhamdullilah

Dari sebab peristiwa rambut mengerbang tu lah.. gelaran tersebut tercipta....

Itu lah sampai tingkatan dua kita panggil dia .... "PONTIANAK"ssssssssssssssss...

Peristiwa yang sungguh manis untuk dilupakan....

PS : MAAF Zarina... hanya sebagai kenang-kenangan untuk sama-sama kita mengeletek hati semasa bersendirian.......keran mereka-mereka yang mengharungi aje akan faham cerita-cerita merepek ni....

Akan datang....Gelaran lain pulak...... (Tan Chong Beng)... korang masih ingat mat kedah ni....

Ikhlas
~Boy~

Sunday, October 25, 2009

AHLI KELUARGA BARU !!!

Salam...

Hari ni aku jumpa kepau di kelas.... letih je nampak dia... mana tak , nak mendapat ilmu dalam usia agak senja ni.. memang lah susah......kena travelling dari Cameron Highland turun ke Ipoh selang dua minggu nak attend class..

Walau macamnana pun tak pa Kepau ..insyallah dengan berkat usaha dan pengorbanan ini nanti akan mendapat ganjaran yang setimpal.... moga - moga di kurniakan oleh nya...

HAA....... aku lupa nak cerita ... sebenarnya Kepau baru je mendapat ahli keluarga yang baru... sebelum bulan puasa yang lalu... maknanya Baby tu sekarang ni berumur lebih kurang 2 bulan kot... Anyway Kepau TAHNIAH.. dah ada 3 pinjaman yang di beri... semoga didoakan dimurahkan rezeki dan akan menjadi menjadi anak yang soleha...

So .. Kengkawan lain... bila nak tambah lagi....
....jangan tambah yang lain pulak sudahlah.....
bak kata seorang kawan kita ...nasihat dia ... susah nak jaga 2 orang... sebab untuk berlaku adil memanglah mudah dimulut...tapi nak melaksanakan
ampun pak..... (bak kata bekas bibik aku)

SEKALI LAGI... CONGRATULATION KEPAU.!!!!!!!!!!!.....

Ikhlas
-Boy-

Saturday, October 24, 2009

KENAPA DIA PULAK KAU SALAHKAH !!!!!!

BURUNG BESI @ HELIKOPTER


Fendi ...

Kenapa burung besi nikau salahkan.... . sebab tak cemerlang macam Zam Jepun.... Cikgu Wan dulu bagi semua budak tengok helikopter apabila ada latihan komando turun tali....

Dak Zam, Dak Lan, Negrito, SR semua tengok helikopter...tapi dia dapat 5A juga...

Memang kepala otak kau dengan aku yang lembab je...tak masuk masuk bila cikgu ajar...

Tapi best kan !!!!!! ...mana ada sekolah kat Malaysia ni ada peluang tengok macam tu...tu lah agaknya.... selalu sangat tengok helikopter ..dah lah tu bising pulak...sebab tu yang TAK PANDAI-PANDAI...HE..HE..HE..

Walaupun selang seminggu helikopter datang buat latihan...tapi bederet- deret anak komando tecengang-cengang.. melopong tengok komando turun tali.... tak jelak-jelak....apalah agaknya perasaan mereka ketika tu... BANGGA kot ...sebab bapak dia orang ni KOMANDO.....

Satu lagi kisah .... benda ni pun sama menggangu budak sekolah skkgk... apabila dekat hari jadi KOR je ..sibuk dia orang berlatih... lepas tu ada pasukan dari Thailandlah.. Indonesia lah...PDRM...Kuala LUmpur dan berbagai- bagai lagi... Targetnya syiling duit 5o sen... betui tak...
Tapi kena pualk tu ..terror betui dia orang...

Korang mesti ingat punya... sebab pada hari jadi KOR .. korang kena bawa... tabung untuk kutip derma buat sekolah...kah..kah..kah...sapa derma seringgit boleh dapat lencana sekolah... aku siap kena marah lagi..mejar Chua ke namanya derma 50 sen aku tak bagi lencana....dia siap kata apalah punya sekolah...

MASA HARI JADI KOR.....

..kalau dapat makan Burger...tu dah kira Gempak Gila.... masa tu baru kenal burger... zaman kitalah burger timbul.....sebelum tu tak pernahlah aku tahu menatang ni.....

Ada pertandingan Sukan Laut.. Masa tu lah dapat naik LANCANG KUNING.. boat yang paling canggih yang ada di dalam kem masa tu.....kat Boat Trup...rasa bangga je bila naik....

Tanya dak Man Panjang..dia ingat sampai sekarang ... BOAT ROKTOT.. satu lagi BOAT DEPAN BUKAK......suka sangat dia apabila terkenang benda tu....

Macam - macam aktiviti masa tu.. Tangkap Itik..panjat tiang licinlah....pertandingan rakit dan macam - macam lagi... bestkan waktu tu.... sama-sama kita enjoy.......

Waktu malam pulak diadakan pula konsert..tak salah aku ada sekali tu Allahyarham Sudirman datang.. Dak Faisal naik pentas minta autograph dia untuk aku...tah manalah aku letak ...hilang dak kot.... Ada juga Ogy Ahmad Daud dan ramail lagi artis-artis yang datang kat kem kita...

Kenangan yang sukar dilupakan....

PS :

TERKENANG HELMI , ONN , ROHAYA, ROSLITA, ZALIZAN, ZAKRI ( TAN CHONG BENG), BADARIAH, SABARIAH DAN RAKAN LAIN... HARAP-HARAP KITA DAPAT BERHUBUNG DAN BERJUMPA LAGI.... INSYALLAH

-BOY-







Friday, October 23, 2009

KAU INGAT TAK !!!!!!!!

INI nama dia "Ankle Guard"




Kalau dulu lawan bola..tak pakai ni..macam tak terror je... padahal bukan boleh power pun...tendang tonjol juga... ingat lagi masa sekolah lawan bola sepak MSSM.. Ustaz razak siap jampi lagi sebelum masuk padang....
Faisal ...arwah bapa dia siap datang lagi bagi moral support..lepas tu bagi minum LIVITA... ketika tu kalau minum livita tu memang gempak gila... mahal beb..mana manpu nak beli....


Satu badan sapu minyak kuda.... melompat-lompatlah budak - budak skkgk ni.... macam katak... tapi tak menang pun...kah..kah..kah


Pencapaian paling hebat SKKGK ialah semi final.. kalah dengan sekolah bukit rambai 2-1 ... kalau tidak, main kat final kita .... aku ingat lagi barisan pemain - pemain kita...

Dak As - Goal Keeper
Dak Faisal - Midfield
Dak Zam - Penyerang
Dak Fendi - Back Kiri
Dak Taufik - Back Tengah
Aku - Back Kanan
Lan Bogek - Wing Kanan
Dak geligan - Wing Kiri
Man Panjang - Sweaper
Amri Co - Maik tengah kot....
Negreto - Midfield
Lando - Midfield.
Dan ramai lagi yang aku pun dah tak berapa ingat....

Masa tu pergi lawan bola mesti naik Trak 3 Tan... Kalau menang balik mesti menyanyi dalam trak... kalau kalah pun menyanyi juga lepas tu kena marah dengan driver(pakcik komando) trak tu....




Sorang pun tak dapat main untuk Malaysia..... kalau tidak glamour juga pasukan bola SKKGK....ada wakil sampai ke peringkat antarabangsa... tak palah tak dapat wakil negara pun tak pa...janji tahu tanggungjawab menjaga negara sudahlah.......



Apa-apa hal pun memang Nostalgia.....

OK sahabat cukup untuk hari ini...esok kita berkarya lagi..........

~BOY~

Thursday, October 22, 2009

Minggu yang penuh dengan hari semalam

Nampaknya minggu ni dah nak berakhir tetapi sejak dua menjak ni memang rasa rasanya penuh dengan cerita2 yang tak dijangkakan.. bermula dengan jejak kawan yang pertama, dan seperti biasa kita punye coordinator yang berhemah Boy memulakan tugasnya dengan baik sekali... kemudian diikuti dengan Kulai dan seterusnya Fendi... wow!! bukan apa bila teringat balik rasa lupa lak yang kita dah menjangkau...ke angka... ah malulah...
okay lepas tu disusuli pulak dengan jejak kawan yang kedua.... ketua pramugari.. jangan main2 tau.. tahniah lah kat kawan kita ni...yang aku respect dan salute keramahan dan sifat friendly yang tinggi membuatkan sesiapa yang bersembang dengan dia terasa tak ada barrier.... okay semoga selamat terbang lagiii... mmmm kalau aku nak kirim rokok boleh tak !!!
okay next siapa pulak....
Walau macamana pun kekadang kalau korang tu dah banyak sangat masalah kat tempat kerja aku rasa tempat yang paling best untuk release stress ialah kat blog ni atau kat email kita dan juga aku rasa bila dengar suara boy... rasa selamatnya je....

okay .. tukang karut....nak chow dulu....

-zam-

Masih Seperti Dahulu...

Salam...

Semalam aku mendapat nombor telepon rakan sekelas kita dari seorang kawan lama semasa tinggal di dalam kem dahulu...

Jadi apa lagi....aku pun call lah dia... tak sangka dia respond walaupun sibuk didalam kelas, katanya...
Apabila habis kelas aku pun call sekali lagi dan bersembang lanjut....

Masa aku bercakap dengannya...Aku dok rasa macam dulu - dulu lagi..dia tak sombong, ceria, mesra dan lepas beberapa minit je dia boleh mengibau masa zaman kecil-kecil dahulu....

Anyway, kalau kau dah baca blog ni.. aku ucapkan "Selamat Datang ke blog ini"... semoga dengan sedikit sebanyak cerita - cerita dalam blog ini kita dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta lebih penting lagi mengeratkan silaturahim antara kita insyallah.... Biarlah kita orang semua memanggil kau dengan panggilan manja kau tu .... "PONTIANAK"...aka Zarina Binti Barhrum...

So .. contact-contactlah Pn Zarina ini apabila lalu kat LABU SENDAYAN... manalah tahu dia ajak singgah kat rumah keluarganya pekena masak lemah cili api...

Sekian
~Boy~

Wednesday, October 21, 2009

ANAK MAT PARJO......


Kenal lagi ke ?

Ini lah dia penganti Nordin Mat Top.... Ahh...acah aje... Ini lah sahabat kita yang sekarang ini masih menetap di melaka... En Azhari Ahmad.. Jadi Kalau member yang belum tengok , jumpa, jejak... dia ni... tengoklah kot-kot belanggar bahu esok tak kenal....

Amacam... ada macam Osama Laden... sekarang ini bertugas sebagai Pilot... di melaka.. kalau korang nak contact dia..cal aku nanti aku bagi number dia...

Sekian .........

Tuesday, October 20, 2009

*****2009 REUNION*****

Salam,

Setelah berbincang dah bertanya idea beberapa hari yang lalu...

Kali ini kita merancang untuk mengadakan REUNION SKKGK1969 dalam bulan November yang akan mai ni.... Apa hangpa kata !!!!! ( Macam orang Kuala Nerang pulak aiii...)

Kriteria2 REUNION Kali ini adalah seperti berikut..

1. Hanya Korang je yang dijemput untuk menyertainya... Family Tak main ....
2. Di lokasi Kuala Lumpur atau Selangor ... sebab mudah kebanyakan sahabat berada di sini
3. Hari berkumpul pada hari Jumaat lepas kerja dan overnight semalam di sini.. sambung sampai hari sabtu hingga lewat dan lepas tu boleh..... chau.. balik rumah bersama family pada hari ahad...
4. Di harap semua kengkawan boleh datang... sebab lebih ramai lebih gilalah lah majlis tu nanti.... KITA plan AH HOC sebab kalau lama-lama sangat mesti ramai yang tak datang... keeta road tax matilah... nenek nak kahwinlah...kena kerja overtimelah...dan macam-macam lagi....
5. Kewangan....kita ...tong-tonglah sorang sikit unutk sewa apartment dan makanan... tapi kalau ada sesiap nak sponsor itu dialu-alukan...(amacam Fendi)
6. Minta kerjasama Sham Kuntum , Faisal & Man Panjang tolong jadi koordinator.... untuk organize kali ni...

Jadi disini di alu-alukan segala bentuk idea atau pendapat untuk rancangan menjayakan rancangan ini.......

Cadangan pertama... apa kata kita buat pada 13/11/09 di Genting Highland ..?

LOOKING FORWARD YOUR SUGGESTION AND IDEAs........

PS : Man Panjang dah memberi persetujuan nak sponsor DURIAN SUNGKAI......!!!! TAK MAI RUGI OOOOO.....


Best Regards
~BOY~





Monday, October 19, 2009

SALAM AIDULFITRI - 30 SYAWAL 1430

Salam...

Hari ini adalah hari terakhir kita menyambut syawal tahun ini.. semoga kita mengambil ikhtibar dengan pengajaran yang kita lalui di tahun ini.. semoga ALLAH menemuikan kita beberapa kali ramadan dan syawal yang akan datang ..INSYALLAH..

Rasanya pengajaran yang paling berguna kita terima di ramadan yang lalu adalah pemergian rakan sekelas kita di bulan puasa yang lalu.. Saudara allahyarham AZHAR AHMAD... Marilah kita sedekahkan "AL-FATIHA" kepadanya dan doakan semoga rohnya ditempatkan di tempat orang yang beriman..

Pengajarannya ialah entah "BILALAH MASA KITA".. oleh itu , bersedialah dan selalu saling ingat dan mengingati sesama kita... seperti kata LANDO .. Semalam telah berlalu ...Jadikan hari ini yang lebih baik daripada semalam...

Sekian.. SALAM AIDILFITRI untuk semua sekeluarga ahli kelab skkgk1969....

Ikhlas
~Boy~

Sunday, October 18, 2009

Akhirnya Ketemu jua

Dalam diam dan menyepi..akhirnya ketemu jua. Sudah relailah apa yang dibincangkan di Cameroon dulu...
oklah harap2 lepas ni ada rancangan yang lagi baik dari korang semua..

sori.. tajuk tu hanya untuk orang yang faham sahaja...

fendi, kulai, boy...apamacam.. landol.. tulislah sikit dalam blog ni..
userid : skkkgk1969@yahoo.com pasword: 1979-1989 headmaster

okay.. penuh rahsia...