Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru...azam & iltizam baru

A,km kpd kwn2 muslim dan salam sejahtera buat suresh&klga.pejam celik hanya beberapa jam lagi, thn 2009 akan meninggalkan kita.selamat tinggal thn 2009!Kita mengucapkan selamat datang tahun 2010 @1431 Hijrah.Semoga tahun2 yg lepas & tahun ini kita lebih muhasabah diri.usia kita bertambah setahun lagi,bersyukur kpd allah swt d panjangkan usia,moga2 thn yg mendatang ini d murahkan rezeki,d kurniakan kesihatan yg baik dan dgn izinNYA dpt mengeratkan persahabatan kita yg terpisah lama.Esok sy ke Auckland,New Zealand bersama2 suami & kembali pd 7hb Jan 2010.Kpd kwn2 yg bertugas sebagai guru/pensyarah selamat mengajar dgn penuh dedikasi...dan tidak pilih kasih kpd anak2 murid/students...oopps!



Zarina Baharom

Wednesday, December 30, 2009

Johan Qari SKKGK


Salam...

Mungkin ramai yang tak berapa cam mamat hensem kita ini... dan ramai yang mungkin terlupa kisah hebat sahabat kita ni.. Semasa kita darjah 5 atau 6 ( aku pun dah tak ingat) .. sahabat kita nilah yang jadi Johan Tilawah Al Quran (dahulunya dikenali Musabaqah Al Quran) peringkat kanak-kanak di dalam kem Gerakhas.. Sungguh hebat kan ...
Selain dari tu beliau juga adalah pelakon harapan ( Insepktor Polis) masa kat SKKGK dulu... Dia berlakun bersama Az dan arwah Azhar dalam satu sketsa komedi sempena hari penyampaian hadiah di SKKGK dulu..

Kalau aku masih ingatlah... satu skrip yang di sebutnya ialah " Anda di penjara selama 1 suku minit" ....betui ke Man?? Terror tu..sapa yang berani naik atas pentas ketika itu..

Sekarang ini dia dah jadi orang besar kat Menara Dayabumi.. tapi tak tinggi macam menara tu.. sekarang sama tinggi dengan aku je... tinggal di cheras dan dah jadi orang KayEL pun..

So sesiapa yang mungkin terjumpa jejaka hensem ini..teur-tegurlah.. sebab dia ni PEMALU sikit....
PS : saja je nak refresh gambar sahabat kita ni..sebab dia lah orang yang akan menempuhi usia keramat 41 bersama Ketua Darjah kita Dak Zam Jepun pada 1hb Jan 2010.....
Selamat Tahun Baru Masehi...
Sekian
~Boy~

Tuesday, December 29, 2009

Hari Jadi Kor

Salam...

Petang tadi sempat bersembang dengan Sham Kuntum... Sibuk benar orang kuat politik kita ni.. sejak akhir-akhir ini alhamdullilah ..rezekinya bertambah dengan banyak projek-projek yang diterima... Kawan kawan tumpang gembira dan bersyukur untuknya...

Sambil sibuk tu sempat juga dia menyembang dengan aku.. katanya dia pergi "Hari Jadi Kor Gerakhas" kat Mersing pada 18hb dan 19hb yang lalu...

Dia sempat buka booth jual antivirus... katanya respond boleh tahan...baguslah begitu...

Cerita pasal hari jadi kor teringat kembali cerita yang pernah aku tulis disini... anak-anak komando dan budak skkgk yang pastinya happy...

Pada waktu malam ada diadakan pertunjukan "Kuda Kepang"... mat-mat penari tu siap terbang-terbang lagi... makan kaca...kopek kelapa pakai mulut dan macam -macam lagilah perkara aneh yang dilakukan.. jahil betui waktu tu...semua melopong menontonnya....

Ada sekali tu ada di buat pertandingan pakaian beragam untuk kanak-kanak.. adalah mak aku jahitkan baju silat untuk aku.. Lepas tu aku pulak yang meragam taknak naik pentas...menangis hentak kaki... apa lagi mak aku pulak yang naik angin....

Sungguh lucu sekali....

Sekian...
~Boy~

Surau dlm kenangan....

Mengenang kembali waktu menggaji,kalau tak silap ada dua sesi tghari lepas zohor& selepas asar?maghrib?Ija,adik(kak lang)selalunya ikut jln tepi rmh aidil ghafar menuruni bukit,d kiri kanan jalannya bersemak samun,bila hujan jalan jadi lecak silap ari bln bole tergelincir..semasa mengajar menggaji,pak cik Husin seorg yg serius,sebelah tgn akn pegang rotan.Bdk2 lelaki selalu kena rotan pasal waktu menggaji suka bergurau &main2.Kdg2 pakcik Husin minta tlg sy ajarkan bdk2 yg baru naik Quran,yg paling best,selalunya ibubapa akan hantar pulut kuning,rendang daging & telur rebus bila anak2 tamat muqadam atau katam al quran.Tugas bahagikan pulut kuning d berikan kpd Kak Ina(kakak Pijok)atau Kak Buntat,sy & yg lain akan beratur,sapa yg tak nak mkn pulut kuning bole balik.Pakcik Husin akan bagi semua pulut kuning kpd bdk2 menggaji tanpa ambil sedikit pun utk dirinya,ada ibubapa yg tahu akan menghantar separuh ke surau dan separuh lagi ke rmhnya.walau d mana pun dia berada sekarang,sy doakan Pakcik Husin d rahmati allah swt&sihat walafiat d samping isteri dan anak2.


Zarina Baharom.

Loceng Khidmat....!!!

Assalamualaikum......
Kau tau Loceng ini masih ada di sekolah ni... aku kira dah 30 tahun genap dia berkhidmat di sekolah ni...

Loceng ini dulu Cikgu besar, Cikgu , Ketua Murid dan Pak Cik tukang Kebun je boleh bunyikan... Satu Hari 4 kali bunyi... Pagi sekali..waktu rehat sekali..masuk rehat sekali dan last sekali waktu nak balik sekolah...

Dari kalangan murid sekolah yang hanya boleh bunyikan loceng ini ialah Dak Zam Jepunlah... sebab dia ketua murid... betui tak Zam...!!!
Loceng Ajaib..

Aku tak sangka, mereka masih simpan loceng ini.. sekarang loceng ini terletak di kawasan kantin sekolah.. aku tak pasti digunakan lagi atau tidak.. sebabnya ..dibawah bukit dah ada bangunan baru.. kalau gunapun mungkin tak beberapa dengar sangat untuk kelas yang dibawah...

Kawasan bangunan baru dibawah bukit...

Sekarang ni Loceng ini dah jadi barang antiklah kat bekas sekolah ni.
Nanti tukang karut sambung lagi...ok
~Boy~

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( MASAALAH PEMBELAJARAN)

Salam...


Aku terpanggil menulis untuk tajuk ini kerana membaca di papan pintu masuk bekas sekolah kita ni... Bunyinya macam ada masaalah pembelanjaran pulak...mungkin kita boleh tanya rakan-rakan guru kita yang lebih mengetahui.... Cikgu Tina, Cikgu Siti Rohani atau Cikgu Huzaini...


Apakah yang dimaksudkan tulisan di signboard ini.... ?????? cuba korang baca betui-betui...



Ada masaalah pembelajaran ke murid-murid kat sekolah lama kita ni....???

Walau bagaiman pun.. sekolah ni mesti berbangga dengan kelahiran ramai "sumber insan" yang berkaliber dan berkualiti.. antaranya... jurutera, cikgu, pensyarah, pengurus, ahli pernigaan, banker dan sebagainya....

Saja nak mengibau zaman silang di tempat ini...sebelum kawasan ini ada pagar... tempat ini selalunya kita duduk dan main-main kejar-kejar, tunggu trak balik sekolah, dan belajar main recorder tepi bukit.... dak zam jepun pun selalu je sampai rumah cepat sebab rumah dialah yang paling dekat dengan sekolah... kau orang ingat lagi ke??

Sekian....
~Boy~

SURAU PAK CIK HUSSIN !!!!!!!

Salam...

Sapa tak kenal Pak Cik Hussin Buncit ketua Mandor kat dalam Kem... Dia juga merangkap ustaz yang mengajar sebilangan dari kita mengenal... Alif....Ba...Ta...

Surau dia ni dulu kecil je kat kawasan kuartes pekerja-perkerja laboures di dalam kem.. kalau sesiapa tak boleh recall... kawansan ini boleh pergi dari jalan masuk di Kantin Keluarga(Sekarang ini dikenali sebagai Pernama) kat dalam kem tu....

Berbalik pada cerita surau Pak Cik Hussin ni... surau ni comel je..dibuat dari papan..dah ruang solatnya "open space"... macam rumah tradisional dahulu... nak pergi pun kena lalu parit dan kawasan yang becak apabila musim hujan...

Aku pasti ramai dari kita ada belajar mengaji kat sini sebelum kita ada sekolah agama rakyat di skkgk waktu petang... Antaranya ialah man panjang, zam jepun, Ija, As, aku dan ramai lagilah...

Tapi yang istemewa sekali pengalaman "MENGAMUK" dak Lan Bogek.. kejadian itu masih segar dalam ingatan Man Panjang ... sebab dia yang menceritakan kepada aku peristiwa ini... Lan Bogek naik angin apabila Pak Cik Hussin marah dia tiba-tiba... apa lagi terbang lah rehal lan Bogek kat depat Pak Cik Hussin ... dan terus lan berlalu.... kah kah kah ... sungguh lucu ya...

Memang pun Pak Cik Hussin terkenal dengan "garang gila" dia ... misai dah lah melenting, Perut boroi dan mata dia galak.... Tak tahulah dia di mana sekarang.. Macam mana pun..marilah kita doakan kesejahteraan dia ..kerana pernah menjadi guru kita dahulu....
So..jangan terperanjat.. surau tu sekarang ini dah jadi BATU... korang tengok lah sendiri....

Boleh recall Tak?
OK ... berjumpa lagi...
~Boy~


Monday, December 28, 2009

Tinggal Kenangan ........






















Salam semua...

Bila melihat keadaan rumah ni .. rasa nak menangis pun ada... Inilah rumah pertama sekali kita duduk sebelum berpindah ke rumah yang lebih selesa... Dulu rumah ni di kenali sebagai "Rumah Gurka".. Dekat sinilah " Bas Patt Hup" last turning point.. ada round about kecil.. Atas bukit sebelum turun jalan pergi ke Rumah Flat Blok Bunga.... yang pasti nya aku, as, man, ujai, rohana, fendi, zam, Lan Bogek dan ramai lagi pernah duduk dulu kat rumah ni..

Sungguh menusuk kalbu..apabila aku melalui kawasan ini........... macam kat Palestine pulak bekas dibedil bom..... Hanya tinggal dinding dan block aje...

Sekian-wasalam
~Boy~

Rumah Sapalah ni !!!!!




Salam....
Semua orang mesti kenal punya... tempat dak Fendi beli Nasi Lemak... sambal power....
Tengoklah dah jauh berbeza rumah ni... Disinilah rumah dibesarnya Ketua murid kita... "Zam Jepun"...
Ingat lagi kat belakang rumah ni ada warung ...arwah mak zam buat business kecil-kecilan... masa tu mat-mat kontrak banyak kerja tengah buat flat kat situ...jadi merekalah pelanggan tetap kat warung arwah... Lepas tu budak skkgk menempeklah pula..curi-curi beli nasi lemak sambal power.. Runner dia ialah Flinstone lah...
So Zam .. At least kau masih boleh tengok bekas rumah kau lagi... kau tengoklah cerita rumah sebelum ini.....
OK ... to be continued...
Ikhlas
~Boy~

Alhamdullilah..... bertemu kembali

Salam Sahabat...

Lama juga saya meninggalkan laman ni.. bukan apa sibuk lah sangat dengan tugas dan aktiviti harian..maklumlah musim cuti sekolah ni dan hujung tahun.. mesti ramai yang mengadakan kenduri kahwin dan sebagainya ( maklumlah teman ni kan business sewa canopy)...so sibuk bebenor le...

Seronok membaca cerita Zam tentang cuci kain dan mandi di kolan tu..memang betui pun.. kalau tak da air.. kat situlah kita pergi mandi...

Gambar Kolam Di rakam dari Blok Bunga



















Gambar Kolam renang Di rakam dari Stadium GGK ...SEDIH RASANYA

Untuk pengetahuan kengkawan kolam tersebut dah tinggal kenangan... kolam tu dah bocor dan tak digunakan lagi... keliling kolam tu dah kuning dengan karat-karat besi.. baru lepas raya haji tu aku balik dan melawat kat dalam kem... ada banyak gambar yang dapat aku tangkap untuk tatapan semua... nanti aku cuba download kemudian..insyallah...

Aku juga sempat bersembang dengan brader komando yang guard kat "boat trup" tu.. dia kata kem itu akan ditutup dan bakal di pindahkan ke Bruas Perak pada 2013.. entah jadi entah tidak...wallahu a'lam... sedih kan ...

Hai.. sebenarnya banyak sangat cerita yang nak disampaikan ... tapi tak tahu yang mana satu... tak palah kita mulakan cerita tentang kengkawan yang bercuti di beberapa minggu yang lalu.... Zam di Sungai Petani bermandi manda... Lan Bogek pula sampai ke Padang Besar dan sempat bersembang dengan SR.. Faisal pula ke Kuantan nak hantar maid... Dengar cerita SR pun bercuti di KL di rumah Kakak... Lando pula hantar anak interview di MRSM Terengganu( semoga berjaya).......tapi yang best sekali Zarina lah berkerja sambil berhoneymoon dengan Husband tersayang di UK.... walau bagaimana pun aku doakan agar semua bergembira dan memanfaatkan cuti sebaiknya bersama keluarga tercinta...

OK bersambung lagi....

Ikhlas
~Boy~

Sunday, December 27, 2009

Tahun Baru 2010 Semakin Hampir...

Salam,

Mmmmm.. nampaknya tahun baru masihi ni dah semakin hampir.. dan pada kebiasaannya hujung2 tahun ni ramai yang pergi bercuti.. Since reunion dibatalkan atau di tangguhkan ke satu tarikh.. akupun ambil kesempatan untuk bawa family gi berehat kat Carnival Cinta Sayang kat Sungai Petani.. Water theme dia kira oklah.. untuk kami kat utara ni sebenarnya ada tiga pilihan 1. kat bukit merah 2. kat tambun 3. kat sg petani. Orang macam biasalah ramai.. lepas puas bermandi air kami sekeluarga berehat di cinta sayang resort..(sebelah menyebelah aje). Tempat dia pun cantik.. kalau yang kaki golf tu amatlah sesuai.. aman aje tempat ni lepas tu kalau berminat nak sambung berenang ada juga kolam renang..
bukan apa bila teringat berenang teringatlah kisah dulu.. masa kat kem.. satu2 nya kolam renang yang aku rasa aku tau luar dalamnya.. kalau gi bawah masuk bilik kawalan tu boleh nampak orang berenang dengan jelas.. lepas tu dalam dia 20 kaki sampailah 4 kaki. untuk menyelam memang lah best.. lepas tu tiap2 minggu gi belajar dengan pak ngah berenang.. ramai yang belajar... tangan pegang kat tepi kaki start kayuh... last2 sekali gi kat terendak untuk ujian.. dapatlah sijil..kira hebatlah tu.. tapi satu lagi fungsi kolam renang kat kem ni ialah ketika tak de air..maka dia akan jadi salah satu sumber untuk basuh bajulah..mandilah.. kadang2 nak tergelak juga... mmm itulah orang kata mm salim kata tinggal kenangan.. mmmm ok lah ... kalau mai penang ni contactlah aku....tak pun contact sr..

-zam-

Thursday, December 24, 2009

salam

A.kum kwn2 smua,sudah beberapa kali sy buka blog ini,nampak mcm tiada respon & sepi tanpa berita.Walaupun masing2 sibuk dgn tugas&klrga,harapan sy jika ada KELAPANGAN sudilah kiranya sekali sekala update blog. Ini sesuatu yg negatif mengambarkan tiada muafakat antara satu sama lain.Sy ingin mengulas isu reunion, pandang dr sudut positif ianya faktor penyambung siratulrahim,elemen penting mendekatkan yg jauh.Semoga kita semua dpt memberi kerjasama kpd boy utk menjayakan reunion yg akan datang,sepakat membawa berkat....



Zarina Baharom.

Thursday, December 17, 2009

salam

A'kom kwn2 semua,D Labu hjn dah 2,3 hari,sejuk sikit,ptg tdi baru saja berbual dgn boy,dpt tahu Re union pd 26hb ini d batalkan atas sebab2 yg tak dpt d elakkan&akan d pinda pd tarikh lain.Sy mengambil kesempatan ini megucapkan selamat menyambut "Maal Hijrah",esok N.Sembilan cuti sempena tahun baru islam,mlm ni elok kita baca doa tahun baru .Semuga kita
sentiasa d lindungi allah swt dr segala kejahatan& d berikan seribu kebaikan




Zarina Baharom

Friday, December 4, 2009

FENDI...OH ...FENDI....

Salam...

Mana pergi Fendi Menghilang...? telephone pun tak angkat .... sibuk bebenor ke?

Walau macammana pun.. janganlah berdiam dia pulak.. hari tu mohon nak tukar tarikh dah pun tukar... tunggu kamu je nak confirm ... tolong respond ya... kedatangan anda...

Tak palah .. mungkin sibuk kot buat AOP 2010 untuk LG...

Kawan-kawan lain detail lanjut insyallah saya akan berikan minggu depan...

OK...Let count down....23 days to go...

Adios..
~Boy~

Thursday, December 3, 2009

LAN DOLLAH AND FAMILY...


Salam...
Ini lah gambar sekeluarga orang kuat TM kita... Dulu anak Guru Besau..sekarang ni dia pulak dah pencen jadi guru (pensyarah kat TM Academy).. Dah Masuk pula ke bahagian jaga-jaga periksaan pulak... Hebat kawan kita ni...Alhamdullilah kita pun tumpang gembira...
So kepada sesiapa yang belum berjumpa , kalau terjumpa dekat mana-mana ..tegur-tegurlah..Tuan Haji kita ni...
Dia punya askar semuanya Hero-Hero belaka... Anyway saya mengucapkan tahniah kepada anak nombor 2 yang berjaya menjejaki bapanya dapat 5A dalamUPSR baru-baru ni...
Sekian..
Wassalam.
~Boy~

RASA-RASANYA CAM TAK TEMPAT INI...!!!!


Salam...
CUBALAH TEKA? Tempat ni kat MANA?
Sungguh Nostalgia....rasa nak menangis pun ada....
PS : Faisal, tempat jatuh lagi dikenang.....
Ikhlas
~Boy~

Tuesday, December 1, 2009

28hb nov........berjumpa Boy d Melaka

Pertama x bjumpa boy mcm tak pcaya,entah berapa kali sy brtanya suami betul ke boy ni...yg mcm dlm gmbar tu,sy kenalkan suami pd boy,bila bertemu sy&boy tersenyum2,entahlah rasa segan ada,gelihati pun ada mengenangkan boy duduk sebelah sy dlm kelas,kdg2 tak perasan boy terlanggar siku sy,dia kena marah dgn sy,kesian boy! terlupa nak tanya boy siapa yg duduk depan kita,yg selalu buang angin kus2...sungguh krg sopan...kan.Boy baik hati,bagi pinjam pemadam@pembaris kalau sy terlupa bawa ke sekolah,boy tak nakal mcm bdk2 lelaki lain yg buat bising,main baling2 kertas,merayau dlm klas,dia akan duduk diam buat keja dia,ari tu masa jumpa boy sy trnampak tulisan boy,kemas&dpt tahu boy sambung belajar lgi,syabas!sy doakan boy sukses dlm apa jua bidang yg d ceburinya.Usaha murni boy mencari kwn2 lama sgt d hargai bkn keja senang.Hujan lebat masa sy smpai d sana,boy kata ini hjn rahmat,sy minta diri utk pulang selepas lbh krg 2jam kami sekeluarga berbual,esok boy akn pulang ke Ipoh,dlm perjalanan dia akn singgah d rmh sy.Terima kasih pd Ita&emak boy krna menyediakan nasi briyani,kek coklat&air bandung,memang sedap hingga menjilat jari!Layanan baik dr semuanya tak akn d lupakan.Nampak karektor boy seorg yg penyayang kpd klga.Last but not least,boy u look young.......................................................................zarina baharom@ija

BERTEMU KEMBALI..........

Hai,

Rasa macam dah lama sangat tak dapat menulis di Blog ni... Maklumlah sibuk + sakit ..

Walaumacam mana pun alhamdullilah, semuanya dah beransur pulih dan berada didalam keadaan terkawal.... Aku mendoakan kau orang semua juga di bawah lindungan nya insyallah...

Macam-macam rasa nak cerita kat sini, semuanya nak diluahkan...OKlah aku mulakan dengan Cerita Cuti Sekolah.. Rasanya dah seminggu anak-anak kita melepak dirumahkan... Selalunya rumah sunyi sepi...tapi minggu ni penuh... macam-macam peel anak-nak kita ya... yang pastinya ... bulan ni Bil letrik mesti naik... sebab nya... On Astro, PS2, Kipas, Air Cond, Peti Ais..seminit sekejap dibukanya dan macam-macam lagilah..... ....betui tak...( Tak tahu lah kalau aku je yang mengalami pengalaman macam ni).... Anyway, itulah tanggungjawab kita sekarang ni... bila cuti sekolah mesti nak kena arrange something untuk anak -anak.. Kem Tahfiz ke, Summer Camplah, Kem Solat, Swimming Lesson dan berbagai-bagai lagi.... Supaya dia orang ni tak boring....

Seperkara lagi, rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha dan Salam Maal Hijrah yang akan datang menjelma tak lama lagi..

OKlah nanti aku akan sambung lagi dengan cerita cerita terbaru..

Oh Ya.. Lupa nak Welcome Sahabat "Bunga" kita, Tina & Zarina yang dah mula menyumbangkan nuhkilan2 mereka.. Alhamdullilah sebab mereka tak lokek berkongsi pengalaman, memory,cerita kelakar dan berbagai-bagai lagi....

Sekian Terima Kasih
-Boy-

28hb nov........berjumpa BOY d Melaka.

Sy&suami ke Sg Udang,Melaka menghadiri majlis kawin kebetulan cuti hari raya haji,Boy ada d rmh emaknya d Kem Terendak,jadi selepas kenduri,suami bawa sy berjumpa boy &klga.Sepanjang perjalanan ke Sg Udang&Kem Terendak,kenangan lama bersama kwn2 masih kuat dlm ingatan,sebelum bersekolah d kem,sy,HARTINI,sham kuntum,man panjang,norhaya&taufik bersekolah d Sek.Keb.Dato Tambichik Karim,Masjid Tanah manakala Boy& yg lain d Sek.Keb.Laksamana,yg best tu...pegi sekolah naik trak askar,sy&taufik selalu berebut2 pasal dia nak cop tmpt duduk kakak dia,Liza&sy nak cop tmpt duduk kakak,kak Mas.Sy masih mencari HARTINI,bila berpindah sekolah d kem Sg Udang kami terputus hubungan,sy dgn tini pernah kena denda merangkak dlm klas 2x pusingan sebab tertinggal buku latihan,balik rmh tak berani nak bagitahu mak bapak nanti dpt "hadiah" lain pulak,keesokannya pegi sekolah,dia tunjuk lutut dia bercalar2&berdarah,kulit sy tebal jadi lutut sy ok je...ha..ha..ha,darjah satu Cikgu Sharifah akan guna kerusi nak tulis hari/haribulan d papan hitam yg bewarna hijau tu pasal dia pendek,dulu bawa duit blanja 10 sen je,beli gula2 dpt 5biji,air sebungkus 5sen&nasi lemak 10sen,mana nak dpt lgi skrg ni kan...... zarina baharom