Friday, January 22, 2010

Kantin Sekolah vs Kelas 5A & 5B...

Salam...

Ini satu lagi kawasan kelas kita..Iaitu di Kantin.. Dahulu kawasan ini di buat Kelas 5A & 5B.. Dengan papan je.. Kalau waktu rehat murid tahap 1 ( Darjah 1,2dan 3) so bisinglah kat kawasan ini... Masa tu kita rehat semua kat kantin yang dah tinggal kecil tu... semua duduk kat tepi longkang..makan nasi lemak.. masa tu lah dak Flinstone lari pegi rumah dah Zam Jepun ..curi-curi beli nasi lemak...



Tinggal kenangan.. Sekarang ini tengok kantin dia orang siap ada pentas lagi... meja ada lapik dengan scallop..cantik...

Masa berlalu sungguh cepat sekali...

OK sekian ..

Ikhlas
-Boy-

Umrah/Haji & Pelancongan Luar/Dalam Negara

Hujung bln ini pd 27/01/10(Rabu)Boy akn berangkat ke Guangzhou,China.Tahniah!Ija doakan smuanya berjln lancar,semoga selamat pergi dan kembali ke tanahair mgkin balik nanti boy cakap cina...mcm ni....cina..cina...cina.Ija bertugas pd 26/01/10(Selasa) ke Maldives,(MLE)dan Colombo(CMB)insyaallah kembali ke Malaysia(KUL)pd 02/02/10(Selasa.Gembira bila tahu kwn2 dpt peluang ke luarnegara,Faisal ke HKG,ZAM ke SIN,LAN DOLLAH ke JED,BOY ke BEI,insyaallah yg lain2 juga akn berpeluang ke luarnegara,mgkin allah beri rezeki masing2 dgn cara yg berbeza.D mana @ ke mana pun kita yg penting hati sentiasa berpaksi pd nawaitu yg betul.Org tua2 pun ada kata jauh berjln luas pengalaman,mana yg baik kita kutip buat pedoman,yg tak elok jadikan sempadan.Apa pun hujan emas d negeri org,hujan batu d negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri....kerana Malaysia bumi bertuah!

Gambar Bilik Darjah..

Salam...

Inilah gambar kelas kita dulu... Boleh ke korang recall?... Masa Cikgu Mokhtar, Cikgy Wan, Cikgu Chan masuk kelas datang mengajar kita dalam kelas..

Masa tu kalau lah cikgu semua pergi meeting.. kelas mesti bising punya..yang sibuk sekali Dak Zam Jepunlah..mengaturkan pengawas-pengawasnya untuk menjaga kelas-kelas..

Dan kat tepi koridor inilah kita semua berbaris untuk masuk kelas pagi-pagi dan lepas rehat ...





Korang bayangkan lah di gambar ini semasa tahun tahun 1980....

OK.. berjumpa lagi

-Boy-

TEMAN LAMA...

Salam sejahtera,

Inilah gambar teman lama kita.. So kalau lah berselisih di tengah jalan ke ..tepi jalan ke... bertegus sapa lah ya...



Sekarang ni sebagai guru di utara semenanjung..

Ikhlas
-Boy-

PS : Terima kasih pada Tina diatas permohonannya kepada tuan punya diri unutk gambar ini diuploadkan..

Thursday, January 21, 2010

Boat Troup .....!!

Salam...

Masih ingat ke lagi tempat ini? tempat ini dinam kan "Boat Troup".. Di sini lah tempat kita selalu pergi mandi tepi pantai, memancing dan selalunya Pesta Laut semasa "Hari Jadi Kor"..

Lihatlah, keadaan batu tempat kita memancing Ikan Gelama tu...dah tinggal kecil je.. Kat Tepi tu juga lah Kedai atau Warung Makan Mak Si Faisal.. Dah tak da apa-apa dah sekarang ini?





So, tengok-tengoklah tempat korang suka melepak ni.. Hanya tinggal kenangan..

Sekian terima kasih

Khas untuk tatapan semua..

~Boy~

Tuesday, January 19, 2010

Mekah pd masa kini

Waktu d Mekah tempohari,ija dan kwn2 berbual dgn pemandu pelancong,Mr.Ebrahim (keturunan Arab berkulit hitam)mengenai pembangunan pesat Mekah pd hari ini.Ceritanya lbih krg begini....mekah telah,sedang dan akn dtg menyediakan pelbagai kemudahan dan kesenangan kpd jemaah yg berkunjung samada utk mengerjakan umrah atau haji,5 thn dr skrg Mekah AKAN menjadi sebuah tpt ibadat yg cukup hebat,termaju dan tercantik d dunia,Kerajaan Arab Saudi membelanjakan USD3.3 Bilion manakala Madinah dan Mina beransur2 berubah sprt Mekah.Kapten Faisal bertanya tidakkah keselesaan dan kemudahan ini menghilangkan makna dan penghayatan dlm setiap jemaah,kami beramai2 menjawab harap perkara ini tidak berlaku,kerana kemodenan perlu seiring supaya rmh ibadat org2 islam tidak ketinggalan zaman.Ya lah,cuba bayangkan Hotel Hilton Mekah beberapa meter saja dr Kaabah,KFC terletak d jalan menuju ke pintu2 Masjidil Haram,pusat membeli belah d dirikan d sekeliling Mekah,moga kita tidak d sibukkan dgn berbelanja dan membeli belah,hanya semata2 beribadat krn Allah swt,akn ada perbandingan org2 kaya dan sederhana mengerjakan umrah atau haji,apapun Allah melihat tawaduk dan takwa hambaNYA bkn kaya,besar atau cantik seseorg itu.5 thn lgi Kaabah akan bertukar 100 peratus wajah pemodenan,apa pun KAABAH d bangunkan sebgai lambang KECINTAAN Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kpd Allah swt.Semuga kita semua sama2 berpeluang ke Mekah menunaikan ibadah panggilan Baitullah.Amin.Ibadah yg paling mudah dpt pahala.....ialah senyuman...kerana senyum itu sedekah.Sekian bertemu kembali d lain waktu.insyallah.

HARIJADI LAN

Ija rasa kwn2 smua dah tahu ari ni birthday Lan Bongek,bru berbual dgn Lan tadi seronok dpt dngar suara kwn kita,moga D panjangkan umur,sihat walafiat,d murahkan rezeki berbahagia selamanya d samping klga,isteri dan anak2.Ok Lan senang2 join blog ni atau call ija.Semuga hari ini lebih baik dr semalam....

Meriahnya Blog !!!

Alhamdulillah, aku tengok blog ni makin meriah dengan nukilan2 , coretan2 dan cerita dari kengkawan. Nampaknya ia dah melangkaui batas masa silam. Satu petanda baik. Untuk Boy, thanks atas gambar2 di kem. Memang terasa sungguh melihat gambar2 yang dipaparkan.. Ingin sekali rasanya nak balik dan tengok sendiri kat kem tu.. Maklumlah aku ni dilahirkan di PD kat kem askar , lepastu terus dibesarkan di kem tu .. dari kecik sampailah umur 12 tahun. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan. Hampir seluruh kem tu dah dijelajahi. Sebut aje.. anak siapa mesti kenal punye. Bukit Mentago menjadi saksi untuk kita. Berdiri gah.. dan selalu sibuk dengan latihan tentera di dalamnya. Silap sikit abang2 tentera kena sepak terajang tak cukup dengan tu kena angkat log lagi ...lari sekeliling kem.. Helikopter pun tak payah cakaplah... asyik2 lalu kat atas.. Bila diorang terjun tali maka kitalah penontonnya.. tup tup tali putus... gedebom jatuh ke bawah.. terus di bawa abang komando ke hospital terendak.. Kalau nak tau kalau nak gi terendak kem ada short cut kat plpk.. naik basikal lalu kat belakang tu pas tu boleh terlepas sampai ke tanjong bidara... Mmmm itulah antara kenangan2 yang aku boleh lakarkan di sini. Tapi yang paling best sekali ialah bab berkawan... memang best.. anak komando katakan.. ok lah ..kengkawan teruskanlah meriahkan blog ni.Inilah wadah untuk kita bersembang dan berkongsi cerita.. jangan malu2 ...okkkk...

-zam-

Ucapan Dari Coca-Cola punya CEO.....!!

VERY SHORT, MOST EFFECTIVE AND HOW TRUE...

30 second Speech by Bryan Dyson (CEO of Coca Cola) *

"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air.
You name them - Work, Family, Health, Friends and Spirit and you're keeping all of these in the Air.You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked,nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."

*WORK EFFICIENTLY DURING OFFICE HOURS AND LEAVE ON TIME. GIVE THE REQUIRED TIME TO YOUR FAMILY, FRIENDS & HAVE PROPER REST.

Cuba kita fikirkan sejenak... Luanglah masa untuk kawan-kawan yang nak bersembang tu.......

Ikhlas
~Boy~



Monday, January 18, 2010

Coretan Dr New Zealand

Ini kali ke 2,ija dan suami ke N.Z,negara yg kaya dgn galeri seni,museum,gunung berapi yg masih aktif,d kelilingi oleh pulau2 dan tasik2 yg terbentuk dr letusan gunung berapi sejak 700 thn yg lalu.Pribuminya ialah org2 Maori terkenal dgn pelbagai budaya,tarian dan hasil kerja tgn yg unik.Kami ke Waitomo Glowworm Caves terletak 2jam ke utara Auckland(AKL)sebuah gua batu kapur bwh tanah,menyusuri sungai yg terdpt d dlm gua dgn menaiki sampan dpt melihat kelipan2 cahaya yg terbentuk dr batu kapur,ia terjadi dr titisan2 air yg meresap ke dlm gua,gua yg gelap menjadi terang,dlm perjlnan ke Rotorua,dpt melihat gunung Hamilton dan Gunung Eden serta pemandangannya yg indah sepanjang perjalanan,diri ini kerdil melihat keajaiban ciptaan Allah swt dan mulut tak berhenti menyebut subhanallah...Rotorua mempunyai 14 buah tasik air masin terhasil dr letusan gunung berapi,pelbagai aktiviti d lakukan sprt berenang,menangkap ikan,kayak,menaiki bot atau berjln kaki d sekitar Okareka Walkway,kami juga melihat persembahan tarian dan kraftgn oleh org2 Maori.Kami juga ke Rainbow Springs Nature Park melihat sejarah hutan semulajadi yg d jaga dgn baik khazanah hutan2 ini,menjadi tpt habitat binatang spt burung kiwi dan pokok yg berusia lebih 1000 thn,sayup mata memandang,suspen juga kalau pokok ni tumbang,jadi selepas ambil gmbar sebelah pokok,ija cepat2 blah!Kami juga ke Museum AKL dan Victoria Market tpt jualan hasil kraftgn NZ.Kami menaiki cruise ke Pulau Rangitoto dan Pulau Waiheke,dr terminal ferri perjlnan lebih krg sejam.Pulau yg terbentuk dr letusan gunung berapi meninggalkan larva serta batu2 gunung berapi yg hampir 700 thn usianya.D sini pelancong d benarkan turun ke tepian pantai menyentuh air lautan Pasifik yg sgt sejuk.Seterusnya ke ldg Agrodome,ldg ternakan kmbing biri2 dan haiwan ternakan lain spti brg unta,ilama,lembu dan lain2 bebas memkn rumput yg luas terbentang seluas 160 hektar,d sini d tunjukan cara2 mengetam bulu biri2 yg mengambil
masa hanya 2 stgh minit saja!dr mula bulu d perolehi sehingga proses membuat kain/baju d tunjukan,proses ini sgt rumit sebab tu brg2 yg d buat dr bulu biri2 sgt mahal.Dr Agrodome kami ke Toupo,melihat tasik air masin yg terbesar d NZ.Akhir sekali kami ke Te Puia melihat pohutu geyser,lumpur panas yg membuak keluar dr bumi setinggi 8 m bersama wap2 panas.Setakat ini saja yg dpt ija berkongsi cerita dgn Zam dan kwn2.Berjumpa lagi d blog pd masa yg lain.insyallah..

salam

Hari ini Ija ada kelapangan,bru saja habis membaca Mingguan Malaysia,suami akn simpan srt kabar yg tak sempat ija baca bila brtugas ke luarnegara,ruangan yg paling d gemari ialah wawancara,rencana tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee & Minda nukilan Dr Maza.Lama tak buka blog sebenarnya Ija bertugas ke Jeddah pd hari isnin 11/01/10 yg lalu,pulang pd hari sabtu 16/01/10.Hari ahad sibuk sikit,syukurlah mlm ni ada masa terluang,alhamdulilah dgn izinNYA tempohari Ija&kwn2 dpt menunaikan umrah,dr hotel ke Mekah perjlnan hanya satu jam sahaja,kami bermlm d Mekah,alhamdulilah dpt menunaikan rukun2 umrah,sunat tawaf,solat sunat tawaf,solat taubat,qadha solat,menggaji serta tawaf wida,doa ija semuga kwn2 d murahkan rezeki dpt ke Mekah menunaikan umrah atau haji,melihat kaabah dr dekat menjadi tetamu allah suatu hari nanti,pd Lan tahniah krn telah mengerjakan haji dlm usia yg muda& itulah yg sebaik2nya semasa tenaga & kudrat masih kuat.

RASA-RASANYA CAM TAK RUMAH INI...!!!!













Rasa - rasa ingat lagi ke ke korang??
Az, Faisal, Man, Fendi, Zam, Negreto .... dan ramai lagilah...kat sinilah korang dok main bola bawah block bunga dulu... tengoklah apa dah jadi rumah korang sekarang ini....???
Sekian
Ikhlas
~Boy~



Friday, January 15, 2010

GERHANA MATAHARI.!!!

Salam..

Alhamdullilah dengan kurnia ALLAH swt hari ini kita menjadi saksi satu kejadian kekuasaan NYA "GERHANA MATAHARI" .. Dua minggu yang lepas pada malam tahun baru Masehi ...kita juga berpeluang menyaksikan satu kekuasaan NYA "GERHANA BULAN" yang berlaku sungguh unik sekali.. Marilah kita mengambil ikhtibar dengan kejadian ini..

Kepada sahabat yang sempat menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari.. moga -moga kita akan dapat menyaksikan kehebatan ALLAH swt ini beberapa kali lagi insyallah.. Semoga solat yang kita lakukan tadi akan diterima ALLAH swt.. Amin

Akhir kata, saya doakan sahabat dilindungi serta dilimpahkan kurnia keatas kita kalian sekeluarga..

Tarikh Istimewa
Gerhana Bulan - 15 Muharram 1431 - 1hb Januari 2010 (HARI JUMAAT)
Gerhana Matahari - 29 Muharram 1431 - 15hb Januari 2010 ( HARI JUMAAT)


Mari kita renungkan bersama....

Ikhlas
~Boy~

Sunday, January 10, 2010

Salam

Zam dan kwn2,seronok tgk anak lelaki Zam ke sekolah,ada iras zam tang matanya tu...bdk2 sekolah skrg beruntung sebab sekolah skrg cantik dan bertingkat kena pulak cikgu cantik mcm cikgu Tina dan SR semangat belajar berkobar2...pegi sekolah naik kereta ada ibubapa yg hantar smpai dpn pagar sekolah,zaman kita dulu jln kaki kecuali Lan naik kereta ayahnya kesekolah.tapi paling best naik trak askar masa sekolah d Masjid Tanah,kalau brek emergency alamatnya berterabur lah kita dlm trak.hahaha....Walaupun Ija dan suami blm d kurniakan cahayamata dan pernah keguguran Ija dan suami redha dan tidak berputus asa,percaya setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi,allah jua yg MAHA MENGETAHUI.Ija tumpang seronok melayan kerenah ank2 buah ija&suami membeli belah baju& kelengkapan sekolah beberapa hari sebelum sekolah d buka.Anak2 buah sebelah suami ada 9 org,seorg dah berkawin,2 org dah bekerja(seorg perempuan& 8 lelaki)anak2 buah Ija ada 10 org,seorg belajar d U,seorg lagi tgh tggu result SPM(4 perempuan,6 lelaki)cuti sekolah yg lepas Ija&suami bawa 7 org anak buah ke Sunway Pyramid menonton Dolphin& Sea Lion Show,2 org tak ikut sorang tu ambil lesen memandu,sorang lgi kerja part time,kalau tak ija kena sewa lori...hahaha..bahagia tgk anak2 buah gembira,bersyukur ija&suami ada mereka mewarnai hidup kami berdua.

Friday, January 8, 2010

Hari Pertama Di Sekolah....

Kalau nak tahu ni lah anak aku yang bongsu.. Ni gambar dia masa hari pertama ke sekolah. Posing lagi... bukan apa dia ni badan kecik aje tapi beg mak datuk beratnya..

yang ni sekolah dia.. sekolah ni depan rumah aje....

aku bila melihat dan menghantar anak ke sekolah timbul satu harapan dalam hati aku.. harapan aku ialah untuk melihat anak2 berjaya di masa hadapan di tangan cikgu2 seperti Cikgu Tina, Cikgu SR.. semoga cikgu2 dapat mendidik dengan ikhlas dan penuh tanggung jawab demi untuk anak bangsa...

adios


zam


Wednesday, January 6, 2010

Salam Tahun Baru

Tahun baru dah pun menjelma dah 6 hari pun...cepatkan.. so apa azam anda semua ???

Melewati usia 40 an......

Kekadang aku termenung memikirkan betapa cepat masa berlalu. Ya.. terlalu cepat baru aje aku rasakan yang aku berjumpa kawan-kawan di Cameron Highlands.. ya.. berjumpa dengan Pak Ngah di kedai makannya. Tup Tap Tup... Kawan aku Fendi dapat VSS... selang beberapa ketika kemudian Fendi dapat kerja yang lebih mencabar di LG... mmmm tadi baru sembang dengan dia, tengah sibuk sangat maklumlah LG nak pindah ke new head quarters kat ngan pj hilton... dan dia kena lead diorang untuk prosess pemindahan tu.. bayangkan new head quarters ada 16 tingkat dan semuanya kena buat new renovation.... alamat pengsanlahhh.. tapi aku tau kawan aku yang sorang ni bersemangat waja... walaupun ketika ini isteri tiada di sisi (gi umrah) dia masih mampu menguruskan 6 anak berlainan sekolah dan kerja baru yang begitu mencabar... ya.. semuanya berlaku sekelip mata .... dan antara yang menggamit memori aku ialah penemuan demi penemuan rakan2 perempuan.. sorang demi sorang... tahniah boy... good job... mmm ok lah nampaknya kita akan berlawan lagi dengan masa.. di tahun baru ni... akan meningkat usia dan seterusnya yang diharapkan ialah kematangan kita dalam meneruskan kehidupan di dunia ini dan juga jangan lupa keluarga yang tersayang... sesungguhnya tahun 2009 banyak kenangan yang terpalit... tetapi mungkin tak sehebat memori 31 tahun dulu... bersekolah di SKKGK, Sungai Udang Kem...

Adios

Zam

Keberkatan Masa

Tahun Hijrah 1431 dan Tahun 2010 telah pun kita lalui .....



Saya tak berkesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru hijrah dan masehi tempoh hari. Rasanya masih belum terlambat untuk itu.



Bila tahun baru hampir menjelang atau telah berada pada tahun baru selalu yang saya terfikir adalah masa dah terlalu cepat berlalu. Maka perkara tahun lalu semuanya telah menjadi kenangan dan sejarah.



Pada saya kalau tahun baru tak datang pun, masa dan hari tetap terus berputar sehinggalah sampai detik ia akan berhenti. Perhentian itu ialah kematian dan tidak tahu pula bila masanya yang tetap.



Untuk kawan-kawan semua, memang kita perlu membuat perancangan, sasaran dan idaman bagi tahun baru. Cuma perlu ingat perancangan yang baik akan mendapat pahala dan sebaliknya.



Saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan dari artikel surat khabar :



Menjelang tahun baru moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita


Kita tidak boleh menongkah masa


Kita tidak boleh menghalang putaran masa


Kita tidak boleh menghentikan masa


Kita tidak boleh keluar dari sistem masa


Kita tidak boleh mengembalikan masa


Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.



Tahun ini 2010 & 1431 ada cabaran dan dugaan baru yang perlu ditempuh........... Selamat Maju Jaya.


Tina Kassim


Tuesday, January 5, 2010

Padang Bola Waktu Sekolah Agama Rakyat

Salam..

Masihkah lagi ingat tempat kita main bola tudung oren masa waktu rehat sekolah agama rakyat...

Team bertanding yang aku ingat "Rentap of Appache" dan satu lagi aku dah lupalah... Kita lawan bola kat sini... semasa waktu rehat.. Main bagai nak gila.. kejar tudung oren tu.. kejap-kejap jatuh dalam longkang.... sebab tetap coridor ini ada longkang..

Oleh itu aku serta kan gambar kawasan berkenaan di waktu sekarang supaya korang boleh mengibau waktu-waktu korang berhingus lagi.. sungguh klasik..



OK nanti aku uploadkan gambar kelas kita pulak....

Sekian

~Boy~

Tempat Jatuh lagi dikenang ini kan pula Tempat bergambar

Ini gambar Di rakam pada Tahun 2009 - Bilik Darjah 6

Ini gambar dirakam pada Tahun 1980 - 29 tahun yang lalu


OK tak ? Tempat ini dulu ada Gelanggang Takraw.. Sekarang ini dah tak ada apa-apa lagi..
Aku ingat lagi kat sinilah kita main sepak takraw dan kejar-kejar.. sampai berdanak baju kena debu tanah tu...
Okey, sehingga berjumpa lagi dan juga moga-moga sahabat sekalian akan diberkati Allah swt..
Sekian wassalam..
~Boy~

Monday, January 4, 2010

SEKOLAH BERMULA LAGI.....

Salam...

Sahabat semoga anda semua didalam keadaan sihat walafiat .. bagaimana dengan hari pertama persekolahan .. mesti sibukkan... macam-macam nak diselesaikan.. mana nak bayar yuran, nak cari van dan bas sekolah dan berbagai bagai lagi...

Alhamdullilah..semuanya dah selesaikan... semoga anak-anak kita tu jadilah orang yang berilmu dan berguna nanti..

Cerita yang ingin aku kongsi...
Aiman anak aku...hari masuk tingkatan satu...sebabkan result tak berapa bagus(macam juga bapa dia dulu)..jadi masuk sekolah biasa jelah... Bila pendaftaran hari ini..rupanya ramai lagi murid-murid yang mendapat keputusan yang baik tetapi tak dapat masuk ke sekolah berasrama... jadi sekolah tu terpaksa mengadakan sekolah petang untuk murid tingkatan 1 & 2 bagi menampung murid yang ramai ..

Oleh kerana ramainya murid - murid sampai terpaksa pihak sekolah menyediakan kelas dari A sampai F... jadi faham-faham sajalah keputusan Aiman anak aku ini cukup makan je..maka dia hanya ditempatkan di kelas E ( sekali lagi macam bapa dia juga cukup makan je)....

Walau macam mana pun .. aku dan kawan -kawan lain teringin juga nak mendengar cerita anak-anak korang ... macam SR tak palah ..anak sulung dah habis SPM..tunggu result keluar so bolehlah releks sikit... kita ini masih berderet-deret lagi.... tak pa lah biar perlahan asal kan selamat...

Tak lupa juga sahabat -sahabat kita yang mengajar... Cikgu Tina, Cikgu Huzaini dan Cikgu Siti... Mesti banyak pengalaman yg boleh dikongsikan ...

Sekian ...

Ikhlas
~Boy~

Friday, January 1, 2010

SELAMAT DATANG 2010 ....

Salam...

Alhamdullilah sehingga saat ini kita masih menyedut udara dan bernafas serta menumpang diatas muka bumi ALLAH ini.... Kepada Man Panjang & Zam Jepun aku doakan semoga kau dipanjang kan umur dan dimurahkan rezeki sempena "Birthday korang yang ke 41 Tahun".. tidak lupa juga pada kengkawan yang lain aku juga doakan kesejahteraan kesemua bersama keluarga agar sentiasa dilimpahkan rahmat, diberkati dan dilindungi oleh ALLAH swt

So pertama-tama sekali aku ingin menperingatkan diri aku dan juga korang supaya menjaga kesihatan badan masing-masing.. sebab waktu waktu(40an) ni lah, penyakit senang menyerang.. Aku nak berterima kasih pada Faisal dan Az yang ada memberi aku makanan sampingan untuk kesihatan aku..maklumlah badan aku ini kan yang paling sihat sekali di antara korang dan mudah dijangkit penyakit...

So .. sapa-sapa yang tak suka minum susu dulu(macam aku).. sekarang ini kena banyaklah minyak susu...sebab tulang dah reput... senang patah... lainlah macam Faisal dan Lan Bogek.. dia orang ini "sportman" ... tiap hari main sukan..so badan pun macam kayu juga kerasnya.....

Oklah... rasanya semua tengah sibuk membuat persiapan terakhir untuk anak-anak masuk sekolah minggu depan... mana nak beli baju, kasut, beg sekolah dan macam - macam lagi... belum campur pada hari isnin dan selasa ini lagi..mesti korang ke , atau wife @ husband korang kena ambil cuti...nak handle bebudak ini masuk sekolah...

Walau bagaimana pun marilah kita mendoakan semoga zuriat-zuriat kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..Amin

Ok berjumpa lagi dilain waktu.. sekali lagi aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi...

Wassalam..

Ihklas
~Boy~