Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam...

Ucapan untuk semua Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Marilah sama-sama kita menghayati bulan kelahiran junjungan besar kita NABI MUHAMMAD SAW.

Perbanyakkan selawat keatasnya semoga dengan ini kita akan mendapat syafaat darinya..Insyallah..

Wassalam
Ikhlas
~Boy~

Sekali Lagi Family Photolah...

Salam,

Sahabat semua, semoga dilindungi ALLAH swt serta beroleh keberkatan darinya...
Aku baru menerima gambar dari sahabat kita yang baru kita jumpai beberapa hari yang lalu... Inilah Dak ADIK atau Khairul Anuar bin Abdul Rahim.. Anak Pak Cik Rahim Q tu... Dia dengan berbesar hati mengirimkan gambar dia sekeluarga untuk tatapan kita..

So seperti dialog2 aku yang lalu...kalau berjumpa kat tengah jalan tu tegur-tegurlah anak bekas komando ni.... Dah nak pencen dah... Mungkin wife Sham kumtum kenal kot.. student dia kat PERHEBAT Sungai Buluh.... tengah dok krusus peralihan... Katanya tadi masa petang aku bersembang dengan dia katanya nak balik kampung buat business sambil makan pencen... best ya...umur 41 dah makan pencen.. aku ni kena lah kerja sampai ke tua...tak da pencen....kah..kah..kah..

So tengok-tengoklah gamabar mamat askar ni...dan Familynya... semuanya orang bujang ...macam dak Lan Dollah..sama tu 4 orang... semoga berbahgia..



OK, tukang karut akan kembali lagi dengan cerita - cerita terbahru...

Wassalam..
~Boy~

Tuesday, February 23, 2010

Family Photo.......

Salam..

Selang 3 hari yang lepas aku menerima jemputan dari seseorang dalam FBnya.. Namanya ialah Aishah Almi.. Aku cubalah recall kot-kot aku kena budak ni.. memang sah aku tak kenal.. sebab msg nya " saya ni anak kepada kawan pak cik..mak saya ni sedara sama Pak Cik zam.. Jadi mak saya nak cari kengkawan lama dia.." bergitulah lebih kurang bunyinya....

Rupa-rupanya dia ni anak si NORJAWATI ..kawan kita tu.. Dah besar rupa nya anak si Wati ni ..Kata Dak Zam 17 Tahun dah..Apabila aku except dia sebagai kawan.. so banyaklah gambar - gambar dia, Wati serta keluarganya.... tersimpan..

So aku pun ambil lah satu ..untuk diuploadkan kat sini supaya kawan2 kita boleh kenal Si Wati ini dan familynya... So tengok-tengoklah...



OK ..sahabat sekelian, teruskan usaha kita mengumpul seberapa ramai rakan-rakan sekelas dahulu di SKKGK.. semoga usaha ni akan mendapat berkat dan rahmat dari ALLAH swt..Amin

PS: Wati jangan marah ya ambil gambar tak minta permision....

Wasalam.

Ikhlas
~Boy~

Sunday, February 21, 2010

Seorang lagi Sahabat Lama dikesan.....

Salam...

Tadi Lan Bogek ada menelepon aku.. menceritakan seorang sahabat semasa di rumah Gurkha (Rumah yang atas bukit tu).. Dia cuma di kenali sebagai Khairul.. Jadi aku pun meminta nombor telepon tu dari Lan untuk cuba mengesan kawan ni...

Selepas Telepon, barulah aku kenal Khairul sebenarnya bukan sebaya(tua setahun) dengan kita ..tapi adik dia yang sebaya dengan kita.. Adik dia bernama Khairul Anuar bin Abd Rahim... Bapa dia orang ni lebih dikenali sebagai "Rahim Q".. ini nick name dia semasa di dalam komando..dan mak dia dikenali sebagai "Mak Cik Zai Rahim"... mungkin ramai diantara kita tak mengenali khairul ni sebab di dalam kem budak-budak pangil dia ni dengan nama "ADIK"... Tapi macam mana pun mungkin emak atau bapa kita mengenali keluarga ni sebab tadi masa aku bercakap dengan Mak Cik Zai ni.. ramailah nama mak-mak kita yang dia sebut.. antara nya , mak Faisal, Mak Zam , Mak Man Panjang, Mak Cik Gayah, May Cik Yah Brahim dan beberapa nama bapa kita juga...

Anyway sebenarnya Mak Cik Zai ni nak terima menantu pada 16 March ini.. itulah sebab dia tengah mencari kengkawan lama dia .. so kepada sesiapa di antara kita yang mengenali Mak Cik Zai , Pak Cik Rahim Q dan Adik ni sampaikan lah berita ni kepada keluarga kita .. sebab mereka ingin sangat lah nak menjemput kengkawan lama mereka... Mereka Tinggal di Behrang Station dekat dengan Bandar Proton City...

Berbalik pulak cerita sahabat kita si ADIK ni... Mak Cik Zai cerita dia ni yang masuk askar macam bapak dia.. Yang aku terasa dah tua sangat tu, bukan apa , mak dia kata si Adik ni tengah krusus peralihan untuk pencen askar dah.... Kah..kah..kah.. Korang tak rasa ke kita dan nak pencen dah.....sekarang ni Pegawai Waran kat TUDM...

Oklah ini cerita terbaru tentang anak-anak komando..

PS : Lupa nak bercerita tentang Pak cik Rahim Q, keadaan nya agar Uzur, sekarang ni menurut Khairul hanya boleh berjalan dalam rumah je.. Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Selayang berulang alik.. di ketika ini umurnya telah menjangjau 72 tahun.. Semoga dengan doa kita agar ALLAH memberi kesihatan kepada Pak Cik Rahim.. Amin

Sekian bertemu lagi di lain cerita...

Wasalam..
~Boy~

Friday, February 19, 2010

Sahabat Lama...

Salam,

Ini sahabat lama kita Norjawati Mohd Noor. Disertakan gambar di bawah ini.



Yang dari kiri tu adik saya, Siti Norazura dan sebelahnya dak Wati. Wati sekarang ni dok kat Singapore. Lama dah dia merantau, selepas menikah dengan orang Singapore. Saya panggil husband dia abang Amy. Tapi macamana pun si Wati ni masih lagi rakyat Malaysia tapi anak2 nya seramai 3 orang all Singaporean.

Di bawah ni pulak, maknya.. famous known as Mak Jah.. masih lagi kuat..




Cuma berita terkini yang diterima Pakcik Md Noor masih lagi dalam hospital keadaannya bertambah baik sedikit tetapi masih terbaring kerana masih memerlukan bantuan pernafasan.

Semoga kita semua mendoakan kesihatannya bertambah pulih.. Amin.

Zam

*** REUNION 2010***

Salam,

Apabila Ketua murid kita telah menghidupkan rancangan ini kembali dalam komen-komennya ... So sekarang ini, cadangan dibuka untuk semua memberikan idea , tarikh dan tempat yang hendak di adakan "Reunion Kedua" kita ni...

Saya dengan ini membuka kepada semua apa-apa buah fikiran supaya rancangan ini akan terlaksana dengan jayanya disamping kerjasama semua orang....

Sila kan.... Komen ada dialu-alukan..jangan malu..jangan segan

Ikhlas
~Boy~

Thursday, February 18, 2010

Panas Yang Melampau...

Salam...

Sedar tak sedar, sekarang ini kita tengah di uji degan cuaca yang tidak menentu. Beberapa minggu ini keadaan hawa di negara kita menjadi tersangat panas dengan tidak ada setitik pun hujan turun dimana-mana tempat.... Sehingga semalam , Berita TV3 mengwar-warkan dengan menasihati semua orang mengambil precaution dengan keadaan panas ynag melampau ini..

Kita disuruh jangan berjemur lama - lama dibawah perit matahari serta meminum air yang banyak supaya tidak kekurangan air di dalam badan.. Rasanya keadaan yang paling teruk sekali ialah di Utara .. Semalam dalam Harian Metro melapurkan darjah ketinggian yang palang panas di Alor Star serta kawasan berhampiran iaitu 38.9 darjah celcius..

Oleh itu, sama-samalah kita menasihati anak-anak kita supaya tidak berjemur dan meminum air yg banyak supaya dapat menjaga kesihatan mereka...

Dari sudut keimanan...

Bayang kan bagaimana kita di "Padang Masyhar" nanti apabila matahari berada sejengkal aje daripada kepala kita...

Ambil lah ini sebagai satu pengajaran dan sama-samalah kita mengingati sesama kita...



Wasalam

Ikhlas
~Boy~

Wednesday, February 17, 2010

Kunjungan Lan Bogek...

Salam...

Terima kasih di atas kesudian Lan Bogek singgah dirumah aku tempoh hari... Seronoknya dapat bercerita lama dan sambil bertukar-tukar pendapat..

Ceritanya begini, Lan dan keluarga dalam perjalanan pergi ke Penang pada hari sabtu yang lalu.. Menurut ceritanya dia keluar pukul 8.00 pagi dari KL dan hanya sampai Rawang pada pukul 10.00pagi.. Dia mengeluh sebab katanya Highway PLUS "Jem GILA"..
So dia pun mengubah laluan melalui jalan lama bermula dari Tanjung Malim menghala ke Utara..

So, oleh sebab laluan nya itu terus melalui jalan lama..aku mengambil peluang untuk berjumpa dengan Lan apabila dia sampai ke Ipoh nanti.. Alhamdullilah Lan sampai kerumah aku pukul 1.30 petang.

So bercerita panjang lah kami sampai ke pukul 3.30.. baru Lan sambung perjalanannya ke Penang.

Inilah gambar yang sempat dirakam semasa Lan di rumah aku...



So..kepada kengkawan yang melalui area Ipoh ni sudi-sudilah singgah ke rumah aku... Dekat je 4 KM dari "Tol Jelapang yang popular" tu...

Ikhlas
~Boy~

Tuesday, February 16, 2010

Sedikit Update dari Melaka

Lama tak balik Melaka.. tetiba ada satu sms dari keluarga mengatakan yang Pakcik Mohd Nor dah kritikal.. dia dimasukkan ke Hospital Melaka atas sebab jantung.. Hari Khamis lepas dikhabarkan masih lagi boleh bercakap dan bersembang tapi the next day hari Jumaat tetiba jantungnya menjadi semakin lemah.. kelopak mata pun tak boleh nak buka.. dan terus dalam keadaan koma. Berita diterima hari Sabtu..aku mengambil keputusan untuk balik Melaka sementara ada kesempatan cuti panjang ni dan bolehlah melawat Pakcik Mohd Nor. Untuk yang masih tertanya 2 siapa dia Pakcik Mohd Nor dia adalah ayah kepada sahabat kita Norjawati Mohd Nor. Ingat lagi ke ? Last sekali dia duduk kat area rumah Tina, Onn dekat dengan surau kem. Hari Ahad ketika melawatnya, alhamdulillah sudah ada sedikit perubahan dan dia mampu menggerakkan kelopak mata dan tangan dan seolah2 mahu bercakap tapi apakan daya bantuan pernafasan ada di mulut. Semoga yang mana mengenalinya mendoakan kesihatan x-commando kita ni beroleh kesihatan yang baik dan mampu untuk pulih.. Cuma aku rasa semangat komando nya yang kuat membuatkan dia mampu untuk melawan kesakitan yang dialami... nanti aku cuba updatekan profile Norjawati sahabat lama kita ni.. Semoga doa2 dari kita dimakbulkan.. Untuk Pakcik Mohd Nor kami mendoakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dilindungi olehNya. Amin.


Salam

Zam

Kembali Lagi.... Ucapan Ulang Tahun

Salam...

Alhamdullilah bersukur kehadrat ilahi dan harapan serta doa semoga sahabat semuanya sihat walafiat disamping keluarga tercinta.. Amin

Baru je dapat connect balik dengan web world selepas beberapa hari tak sempat nak menjenguk dalam Blog.. Anyway sungguh gembira melihat kengkawan banyak memberi komen dan idea dia dalam ini.. bak kata Dak Zam.. MAKIN MERIAH lah blog kita ni.. dan akan menjadi wardah kita sepanjang hayat..

Seperkara lagi...Rasanya belum terlewat kita nak ucapkan Selamat Hari Lahir Kepada kawan kita yang telah selamat menempuhi usia ke 41 pada 12hb Feb 2010..

Selamat Hari Jadi

En Nazeri Md Shah

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya ..insyallah

OK ..nanti akan bersambung lagi di lain masa.

Wasalam..

Ikhlas Boy

Wednesday, February 10, 2010

Batch SKKGK 1970

Hanya nak kongsi gambar kelas junior kita dari kelas 4A.



Dalam gambar kelas ni, berdiri dua dari kiri tu arwah adik saya Herizozani bin Kassim.

Tina Kassim

Friday, February 5, 2010

Zam-Zam Water

Ija katakan sebelum Ija sampai Mekah, dia berhajat untuk minum air zam-zam puas-puas. Bila dah berada di sana, Ija kata minum sekali pagi dapat bertahan sampai petang. Macamana boleh berlaku?

Ada maklumat saya nak kongsi tentang air zam-zam. Ini saya baca dari majalah Sinar Rohani (terbitan JAKIM) oleh Tariq Hussain ( dia adalah 'desalting engineer - chemical engineer to produce drinking water from sea water) tapi tak sempat nak terjemahkan.

1. Calcium and magnesium salts that content in zam-zam water refreshes tired hajis, but more significantly the water containt flourides that have an effective germicidal action.

2. This well has never dried up. On contrary it has always fulfilled the demand for water.

3. It always maintained the same salt composition and taste ever since it came into existence.

4. Water tastes different at different places. Zam-zam water's appeal has always been universal.

5. This water has never been chemically or chlorinated as is the case with water pumped into the cities

6. Biological growth and vegetation usually takes place in most wells. This makes the water unpalatable owing to the growth of algae causing taste and odor problem. But in the case of Zam-zam water well there wasn't any sign of biological growth.

Soalan saya ; Ija dapat tengok telaga zam-zam?
Telaga zam-zam dah ditutup jadi apa yang dapat lihat adalah saluran air zam-zam sahaja. Ada disediakan disposable cup kalau telangkup belum guna dan sebelah lagi yang terbuka dah maksudnya dah digunakan.

Dalam artikel tu lagi, perigi zam-zam berbeza dari yang lain sebab sumber airnya bukan macam sumber air mata air yang biasa tapi .... the flow of water into the well through the bed of the well was equal at every point...

Prophet Muhammad SWA said: "Zam-zam water is a lavish meal and a great healer", and "Zam-zam water is what one intends to drink it for." Thus it is a sunah to drink Zam-zam water, wash with it and splash it on a sick person.

Sekadar untuk dikongsi bersama...

Tina kassim

Tuesday, February 2, 2010

Pertemuan Kali Kedua.

Salam untuk semua,

Hari Sabtu 23 Januari 2010 yang lepas, Tina dan Ija jumpa di Bandar Enstek (rumah Abang Zul).

Pertemuan singkat sahaja, pada petang Sabtu tu.
Ija datang dengan suaminya, Ehsan. Banyak juga cerita apabila saya tunjukkan album lama gambar-gambar dalam kem.Ketika tu mak dan famili saya pun ada.

Yang paling best bila dapat tengok gambar-gambar Ija ketika menunaikan umrah. Gambar-gambar ni tak pernah tengok sebab gambar ni diambil pada tempat-tempat tertentu yang biasanya tak dibenarkan. Contohnya alat yang dipasang pada bahagian bawah selimut @ kelambu kaabah tu berada dengan tetap di kaabah.

Banyak lagilah gambar-gambar di Mekah yang kita mungkin tak dapat tengok kat mana-mana. Gambar - gambar tu boleh minta pada Ija kalau nak tengok. Saya cuma boleh share gambar saya dengan Ija pada hari Sabtu tu... berat betul masa nak berpisah tu.. tapi masa tu dah maghrib.

Gambar ni diambil masa Ija dah nak balik. Tak sempat nak ambil gambar dengan famili saya dan suami Ija. Inilah satu-satunya gambar yang diambil pada hari Sabtu tu..

Tina Kassim
p/s Ija terima kasih banyak atas air zam-zam dan buah tamar.