Tuesday, March 23, 2010

Happy Birthday TINA......

Just to wish u ....
SELAMAT HARI LAHIR......HAPPY BIRTHDAY.....yang ke berapa ye...ah tak kisahlah....
Semoga Tina sentiasa sihat demi untuk mengajar anak bangsa dan juga keluarga, semoga rezeki dimurahkan lagi oleh Yang ESA dan kesihatan yang baik dan berkekalan..
Tina, lama tak menulis ni... silalah coretkan serba sedikit pengalaman kehidupan semoga menjadi panduan kita bersama.

-SKKGK 1969 -

Friday, March 19, 2010

Tempat ni mesti korang kenal punya....?

Salam..

Masa duduk relax-relax hari tu, kesempatan tu di gunakan untuk check memory phone...terjumpa balik gambar ni... rupa-rupanya masih tersimpan di situ..alhamdullilah, ingatkan dah hilang semasa kereta kena pecah bulan lepas... boleh juga kongsi dengan korang semua...

Korang mesti ingatkan tempat ni!!..tiap-tiap hari korang pergi masa sekolah dulu.. tak kiralah masa sekolah pagi atau sekolah agama rakyat... mesti masuknya tempat ni... bangunannya masih utuh macam dulu juga...cuma kelilingnya dihiasi pokok-pokok dan bangunan yg mungkin di buat stor.. dulu tengah-tengahnya kosong je...tapi sekarang ni didindingkan menjadi seperti bilik stor....

So , tengoklah gambarnya sambil mengibau kenangan semasa berada didalamnya....





Kalau korang masih ingat lagi, kat sini lah kita ambil wuduk masa sekolah agama rakyat...

Selamat mengelamun..

Ikhlas
~Boy~

Thursday, March 18, 2010

CUTI SEKOLAH...!!CUTI SEKOLAH....!!

Salam..

Cerita pasal cuti sekolah ni macam macam terlintas.. Ya..baru je kejap (11.15 am)tadi sembang dengan dak Zam Jepun.. Tengah dok dekat "PULAU BANDING".. di atas GRIK nuu... katanya dalam perjalanan nak balik kampung isteri di Kelantan.. Uii memang best tempat tu..permandangan hijau dan semulajadi.. sejuk lagi... So kalau ada masa, member semua boleh lah bawa family jalan - jalan lalu kat situ... Anyway kepada DaK Zam Jepun "Selamat Jalan dan Pandu lah dengan selamat"... Boleh kirim "kepok Leko dok...." Bagus juga rancangan dak Zam tu bawa Family balik kampung supaya anak-anak dapat kenal sepupu-sepupu mereka.... kalau tak pun, entah bila lah boleh berjumpa... Cakap pasal perjumpaan ni .. ingat lagi pesanan arwah bapa boy...katanya hanya tiga perkara ni je kita dapat ramai berkumpul saudara mara...iaitu

1. Apabila Hari Raya
2. Apabila ada kenduri Kahwin
3. Apabila ada kematian...

Sebab selalunya kita semua sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing...

Cerita pasai Tina pula, katanya mula-mula nak balik ke Kelantan juga.. Tapi sms terakhirnya plan tu tak jadi pula...sebabnya Anak ada kelas tambahan.. So mungkin menghabiskan masa disamping suami, anak-anak di Sungai Besar.. Kalau boylah, cuti-cuti macam ni lah masanya nak kemas rumah.. maklumlah suami isteri bekerja.. jadi masa memanglah tak pernah cukup... Kepada Tina selamat bercuti sambil menenangkan fikiran..kalau ada free-free tu, tulis-tulis lah kat blog ni...mungkin ada cerita, idea yang ingin dikongsi dengan x-skkgk...

Ani pula, hari tu ada dengar cerita plan nak ke Cameron Highland.. Jadi agaknya.. so boy ucapkan selamat bercuti dan beristirehat..Cameron sekarang ni dah kurang sejuknya.. kalau musim cuti sekolah ni ditambah pula dengan JEM.. sebab banyak kereta naik keatas tu.. So, pandulah berhati-hati... jangan lupa beli buat tangan kat sana...Apa lagi kalau bukan buah STRAWBERRY... Agaknya kepau dah jemu makan buah ni sebab tiap-tiap hari tengok disana...

Cerita pasal cuti, boy juga tak lepas kan peluang , pergi ke FRASER HILL je... kat sana pun panas juga.. tapi kejap-kejap hujan.. itu yang banyak kabus.. di sana memang tak da activity2, sebab mereka masih mengekalkan "natural world".. tak da tanam sayur atau buah-buahan, tempat main golf adalah, untuk budak budak boleh naik KUDA".. bayar RM3 je.. cuma makanan agak mahal kat sana ..mungkin sebab jauh kot nak bawa naik.. ok bersama ni ada sedikit gambar yang dirakam disana untuk kengkawan yang mungkin plan Fraser Hill...







Sekian ..

IKHLAS
~boy~

Wednesday, March 17, 2010

Mohd Saufik Affandi bin Abdul Ghani.....

Salam...

Baru-baru ni kita dapat mengesan sahabat kita yang terkini dan lebih sensasi.. Iaitu "En Topek" atau lebih glamour dengan nama penuhnya Mohd Saufik Affandi... Akhirnya ketemu juga dengan mamat ni..sedikit latar belakang En Topek ni .. dulu dia duduk rumah yang sama selepas Tina dan Keluarga berpindah keluar dari kem .. ya...ya.."rumah yang dekat dengan surau kem tulah"... banyak kenangan nya tu.. sekarang ni dah jadi orang penting kat Celcom Johor Bahru...Makna kata, kalau tak da dia ni ..orang johor tak da line Celcom... Anak dah 4 katanya...alhamdullilah.. Isterinya seorang pendidik.. menurut ceritanya orang kampung sendiri..(Bercinta satu Malaysia tapi jodoh dengan orang sekampung) semoga berbahgia....

Bapa Topik sekarang ni ketua kampung kat Batu Pahat..menurut cerita Topek mereka ini alhamdullilah sihat walafiat...maklumlah orang tua kita kan telah dimamah usia..jadi ada yang tak beberapa sihat... Baru dia cerita semalam mereka ni pergi jalan ke Kelantan.. maknanya orang tuanya masih kuat lagilah... Satu lagi Sapa-sapa yang mungkin kenal kakak topik.. "Kak Liza", kata Topek Kak Liza tinggal bersama ibubapa Topek di Batu Pahat.. So sesiapa yg ingin berbicara dgn Kak Liza ni boleh lah contact Si Topik untuk nombor Teleponnya....

Topek gembira sangat apabila mendengar cerita tentang Blog kita ni.. Semalam pagi-pagi dia dah masuk Blog dan tengok gambar korang semua... sambil ketawa dalam hati apabila melihat gambar klasik Darjah 5A dan 5B... Topek ni satu kelas dengan aku masa kat 5B tu.. kelas cukup makan je...

Topek juga ada bercerita yang dia nak ke KL hari sabtu(20hb) yang akan datang ni..ada tugas katanya..sambil bawa family pergi jalan makan angin.. So dia berbesar hatilah kepada kengkawan yang berada dikawasan yang sewaktu dengan nya untuk bertemu muka... So sesiapa ada kelapangan ..contact lah En Topek mungkin boleh buat reunion kecil-kecilan... Dengar ceritanya, Man panjang, Azlan B, Khulai dah mengesahkan kehadiran.. So Fendi, Azlan D , Sham Kuntum bolehlah korang join sekaki... Kalau pergi tu..kau orang rakamlah gambar sikit..boleh aku uploadkan kat sini.... dan kongsi dengan member yang lain

Anyway EN Topek ni permalu sikit.. korang tengoklah gambar dia..sorok muka konon.. ingat dia hensem sangatlah kot.. (gurau aje).. So jemput-jemputlah melihat gambarnya ya....



So sekian wasalam...

~Boy~

Sunday, March 14, 2010

Happy Birthday CT !!!

Mmmm nampaknya dah mencapai angka empat puluhan... semoga beroleh keberkatan di usia ini. Happy birthday to you !!! May Allah bless u and your family.. mmm our wish rajin2lah tulis kat blog ni spt Tina dan Ija.. Moga silaturahim antara kita semua akan berpanjangan. Murah rezeki dan sihat sentiasa .. Amin..

From SKKGK 69

Saturday, March 13, 2010

Banyak Cerita ni...

Salam dan sejahtera...

Baru-baru ni ada menelepon beberapa kawan dan sahabat... antara yang ditunggu-tunggu beritanya untuk kawan - kawan semua.. ialah Norjawati...orang Singapore tu ( nanti boy sms kan nombor telepon dia kepada semua).. Happy dia apabila mendengar Boy menelepon .. masa tu dia tengah kerja katanya.. Wah kalau kawan-kawan nak tahu sekarang ni beliau menjadi assistance di kedai YONG TAU FOO hebat dibandar singa tu.. So manalah tahu kalau sesiapa esok sampai ke sana nanti bolehlah pergi menerai kat kedainya .. Boleh ke Wati.? Selain dari tu dia juga bagi tau, anak dia komen Blog kita ni tak beberapa canggih... Anak dia mengoffer untuk memperbaiki design blog kita.. So dengan suka relanya saya silakan.. sebab anaknya ini pelajar IT di Politeknik Singapore... anyway everybody are welcome with any good and new idea to improve our blog..

Cerita kedua pula pasal Faisal, plan nya memang nak datang jumpa Boy semalam..tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan rancangan itu dibatalkan... katanya sekarang ni memang lah sibuk benar..sebab baru dapat "boss baru".. Dia sekarang ni tengah jelajah Malaysia sebab Boss baru nak tengok branch 7 Eleven.. To Faisal..Hope you enjoy your Trip round Tanah Melayu..

Kembali kepada cerita tentang Pak Cik Rahim Q, hari ni adalah hari dia menyambut menantunya yang bongsu.. kepada ADIK dan Khairul mestilah penat hari ni melayan tertamu... macammana pun mesti gembira sebab berjumpa keluarga, kawan-kawan serta tetamu...

Akhir sekali, untuk berita paling sensasi ialah EN AFFANDI MD ZAIN...yang telah menghubungi boy..Tak Salah hari Khamis kot... Dia mencerita kan kesibukan nya yang melampau... Untuk cerita lanjut tentang En. Flintstone nanti boy ceritakan yang di eposid yg akan datang...

Untuk Pontianak pula selamat terbang ke luar negara ... insyallah satu hari nanti kita pasti dapat mengadakan Reunion kita yang tertangguh-tangguh ni...

Sekian..

PS : RASANYA ANAK ANI DAN ADIK MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM BARU -BARU NI? SEMOGA MEREKA GEMBIRA DAN BERJAYA DENGAN KEPUTUSAN YG TELAH MEREKA PEROLEHI...

Ikhlas
~Boy~

Friday, March 12, 2010

SALAM

A'km terlebih dahulu ija nak bagitahu yg hf ija rosak termasuk dlm baldi yg berisi air,terlupa nak keluarkan dr poket seluar,padan muka ija...ha ha ha,sebab itulah bila ija sms kwn2,satu pun tak sampai pd mereka,nantilah ada kelapangan ija akn hantar ke kdai utk d baiki.Sementara ini ija gunakan hf suami dulu.Hari isnin yg lalu ija balik dr Adelaide,masih musim panas tetapi skrg d sana, hjn lebat beberapa tpt d Ausralia d landa banjir.Ija mengambil kesempatan ini dgn rasa rendah hati memohon kemaafan sekiranya tulisan ija dlm blog ini tanpa ija sedari ada menyinggung hati sesiapa,ija pun d beritahu blog skkkgk ialah tpt kita berkongsi cerita dulu dan skrg,andai ada tulisan atau gurau senda Ija yg melampaui batasan yg tidak boleh d terima,harap kwn2 maafkan.Harapan Ija sesama insan jgnlah ada berburuk sangka,Ija bercerita d blog ini,sekadar bercerita tidak ada niat yg lain,sebagai hamba allah ija bkn manusia yg sempurna,sentiasa membuat silap tetapi apa pun,setiap org punya pandangan atau buah fikiran yg berbeza.Ija bole terima teguran,pandangan atau nasihat,gurau senda kwn2 panggil ija pontianak sampai skrg pun tak ada masalah. Sebuah kotak d lihat dr sudut tepi hanya nampk sudut yg tertentu shj dan bila d lihat dr pandangan atas pula kita tak nampak yg lainnya.D MAS,Ija d ajar melihat kekurangan dan kelebihan setiap hamba allah sprt melihat bulatan bkn kotak bersegi.Ija sentiasa menghormati semua kwn2 ija d skkkg dulu,kwn2 skrg,kwn2 d tpt kerja dan sesiapa pun yg ija kenal.Hari ini jam 1500pm ija akan berlepas ke Taiwan(TPE)singgah d sana beberapa hari sebelum berlepas ke Los Angeles(LAX),kembali ke Malaysia pd 26/03/10.Sebenarnya ija sudah ambil cuti pd hari sabtu ini 13/03/10 utk reunion kita,tetapi dpt tahu dr boy reunion tidak dpt d adakan,jadi Ija cepat2 jumpa Cabin Crew Manager minta tukar jadual bertugas dan cuti itu Ija bawa ke bln Julai utk majlis kenduri kawin sepupu Ija.D kesempatan ini Ija awal2 lagi ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir kpd SR dan juga Tina krn Ija bertugas ke luarnegara pd harijadi mereka,semuga allah panjangkan umur,murahkan rezeki dan berbahagia d samping klga tercinta.Sebelum Ija akhiri tulisan iniSekali lagi ija mohon kemaafan andai ada terkasar bahasa.Insyaalah umur panjang bersua lagi kita.

Monday, March 8, 2010

Gambar Keluarga Rakan Kita........

Salam..

Lama juga tak bercerita kat sini... semoga sahabat semua dilindungi ALLAH SWT..
Ini cerita terbaru dari Lan Bogek minggu lepas.. Semasa membawa keluarganya melawat ke rumah Pak Cik Rahim Q.. Di bawah ni terdapat juga gambar-gambar yg sempat di rakam oleh Lan untuk tatapan kita semua... Lihatlah keadaan Pak Cik Rahim Q yang semakin uzur.. dan Wajah gembira Mak Cik Zai berjumpa dengan kengkawan lamanya... semoga dengan ini akan terikatlah persahabatan yg lama terpisah... Kami warga blog in turut gembira dengan perjumpaan-perjumpaan bergini.. terharu rasanya....

Lihat-lihat gambar mereka...

Gambar Pak Cik Rahim dan Pak Cik Zulkifli Bogek


Gambar Mack Cik Zai bersama dengan Mak Dak Lan Bogek


So sesiapa yang ada gambar - gambar yang ingin dikongsi untuk kawan2 serta keluarga mereka. Silalah hantar ke email saya untuk di uploadkan disini..sekurang-kurang nya kita boleh juga tunjuk pada Ibu dan bapa kita mungkin uzur tak boleh berjalan jauh untuk menziarah kengkawan mereka hanya didalam blog ini..

Bertemu lagi..

PS : Lan juga memberitahu bahawa bapanya juga ada mempunyai nombor telepon EN. Ghani Dobot.. aah ah...bapa kawan kita si Taufik tu.....ingat lagi ke korang ni ( insyallah akan di beritahu berita terkininya..)

Sekian
Ikhlas
~Boy~

Tuesday, March 2, 2010

Cerita Kengkawan....

Salam & selamat sejahtera..

Baru ni aku ada menelepon En Suresh Singh.. Ya..sahabat kita yang kerja di "Top Gun" ( TUDM ) tu.. Dia kata dia sihat sahaja cuma sibuk sikit dengan krusus dan kerja kerja di pejabat nya... So aku tanyalah dia kot -kot ada ke enjin - enjin secondhand nak tolak... Dia kata nak mampus " Aku tak terlibat langsung dengan kerja-kerja tu...kah..kah...kah.. Sambil tu berjanji nak forwardkan Foto dia untuk tatapan kita semua.. OK kalau aku dapat nanti aku uploadkan kat sini...

Ini cerita tentang Ketua murid kita pula... Dak Zamlah sapa lagi... Baru ni aku ada call dia, aku tanya kan kenapa senyap je tak da cerita dalam blog ... Dia kata sekarang ni dia tengah sibuk gila.. setiap hari balik pukul satu , dua pagi.. katanya companynya ada sedikit masaalah.. so itulah sebabnya busy sangat... memang pun kena busy sebab orang top mgmt macam dia, mesti lebih responsiblenya.. anyway Zam ..semoga berjaya menyelesaikan problem tu...

Hari khamis yang lalu, aku sempat berjumpa dengan Dak Az (Anak Mat Parjo), dia datang hantar barang di Tesco Ipoh.. So sempat lah kami pergi minum kejap kat tepi jalan kat Simpang Pulai.. sambil bercerita sedikit sebanyak hal-hal semasa.. Lepas tu kita orang call Dak ADIK .. Az punyalah tension sebab Si ADIK ni boleh lupa kan dia.. Apabila cerita pasal sabung ayam kat dalam kem tu dulu...barulah dak ADIK ni tergelak.. Si Adik kata, tak semua yang tahu dia ni minat sabung ayam masa duduk dalm kem tu....Sekarang dah tak sambung ayam lagi katanya... Lani sambung nyawa untuk keselamatan negara lagi.... Jasamu di kenang "Adik"

Satu lagi kawan kita yang aku masih menunggu dia menghubungi aku ialah Dak Wati.. Sebab beberapa hari yang lepas.. Anak dia ada Facebook kat aku mengatakan Maknya bergitu teruja apabila membaca BLOG kita ini.. kata anaknya ..setiap hari di beleknya sambil nak tahu macam mana nak share story dalam tu... aku respond kat dia supaya bagi no telepon supaya aku boleh guide dia nak berblogging... Satu lagi..Kalau Wati membaca cerita ni..Dah dapat ke nombor telepon Dak Onn? Kami teringin sangat nak berhubung dengan kawan yang paling comel masa kat skkgk dulu... Tolonglah ya....

Lastly, tentang En Affendi Md Zain.. Hilang terus tak jumpa-jumpa... Senyap dan sunyi...Katanya pada Dak Zam sibuk sangat mengalahkan Pak Najib.. Tak tahulah bila dia free... Anyway cari-carilah masa unutk kengkawan ya...

Kepada Kepau, Khulai, Man Panjang, Suresh, Negreto ,Sham Kuntum samalah juga..jemput-jemputlah ke BLOG ni.. "sebab kita tak tahu berapa lama lagi kita akan berada disini"...fikir-fikirkan lah...

Seperkara yang hendak diingatkan pada semua....KAWAN SEMUA DINASIHATKAN MENDAFTAR SEBAGAI FOLLOWER DI BLOG INI (sebelah kanan..cari column follower)... BUKAN APA, INI LEBIH MUDAH SEKIRANYA ADA UPDATE2 TERBARU ..BLOG AKAN MEMBERI NOTIFICATION KEPADA EMAIL KORANG.. JADI BOLEHLAH BACA DALAM EMAIL TANPA MEMERLUKAN INTERNET ACCESS DAN MASUK KE BLOG...SELAMAT MENDAFTAR...

OK.. kita bertemu lagi...



KORANG INGAT KE TEMPAT NI DIMANA??????

Sekian
Ikhlas
~Boy~

Monday, March 1, 2010

salam

A'km kwn2,apa kabar harap smuanya baik2 ye.Bru je tdi boy call ija,maaf hf silent,lmbt jwp tgh suapkan mak ija mkn tghari.Sebenarnya ija dah balik bertugas dr Tokyo ptg sabtu 27hb Feb,d sana cuaca sejuk d bwh paras beku -0 darjah celcius,bumi jepun d liputi salji tebal.Semasa ija sampai d sana salji tgh turun.Maaf lama ija tak buka blog sibuk,balik rmh mak dan ayah ija sebab mereka tidak sihat(parkinson),Ija harap kwn2 tak salah faham.Alhamdulilah suami ija memahami situasi ini dan mengizinkan ija balik menjaga kebajikan mereka selagi hayat mereka d kandung bdn.Ija tak nak bgitahu pd kwn2 semua,sebab ini tggungjwb ija bukan satu bebanan atau minta simpati,d sebabkan kwn2 bertanya jadi ija beritahu perkara yg sebenar.Setiap kali cuti bertugas,ija akan balik ke rmh mak ija.selalunya ija bngun awal,solat subuh dgn suami,buat kerja rmh mcm isteri2 yg lain,sarapan,lebih krg pkl 9dah sampai sana,sambung kerja2 rmh yg adik perempuan ija tak sempat sudahkan seperti memasak,mandikan mak ija dan lain2 tu tak perlulah nak ceritakan,nanti ada yg salah tafsirkan,waktu beginilah mereka perlukan perhatian& ksih syg anak2,tak terbalas rasanya pengorbanan mereka melahirkan dan membesarkan Ija.Belum terlambat lagi rasanya mengucapkan Selamat Hari Maulidur rasul.Gembira dpt melihat gmbar terbaru kwn kita Norjawati yg kini berada d Singapura,wahh..nampaknya bertambah lagi kwn2 perempuan ija....kpd Norjawati,selamat datang ke blog skkkgk!Oh ya!mcmana reunion kita bln Mac ni..adakah masih d tpt yg d cadangkan dulu atau d tpt yg lain?