Saturday, June 26, 2010

Bila Fendi Menulis.....

Fendi said...

Salammm..

...huhh..baru abiss jogging kat tepi tasik shah alam dgn bini.. tapi arini isteri aku lari laju drp biasa sbb dia brsemangatt sbb semalam aku gaji..so janji dgn dia nak belanja dia mkn mee bandung..tu yg dia brsemangat sakan tu sampai x buleh tidor mlm menanti pagii..anyway, tu salah satu perangai isteriku yg aku suka..

..tapii kekadang aku risau gakk dgn bini aku nihh, mcm mlm tadi..kami sama2 tengok bola Brazil lwn Portugal..bola belom masuk goll lg dia dah lompat2..aku ckp dgn dia tunggulah bola masuk gol baru kita sama2 lompatt..tp tidakk..sampai skrg aku tengah dok analisis apa puncanyerr..nnti aku dpt jwpn aku bg tau korang ye..

Watii..dulu, masa kat sek kem, kita mula start darjah 4 hingga drjh 6..so, x puas nak gurau senda..tu psl bila kita dh dpt contact each other balik maka aku amik kesempatan tu utk gurau senda sesama kita dgn hanya satu impian iaitu bak kata Tina, utk mengkonkritkan silturrahim antara kita...dgn mempunyai hubungan silaturrahim yg kuat maka insyaallah hidup kita semua lebih brmakna & byk masalah dlm dunia ini dpt diselesaikan kerna mempunyai hubungan Silaturrahim yg kuat..Itu bkn saya kata tp Janji Tuhan & Nabi kita..katanya peliharalah kamu 2 prkara..habluminallah dan habluminannass iaitu hubungan kamu dgn tuhan dan hubungan kamu dgn manusia...so, oleh itu skrg kita cuba peilhara hubungan antara kita didlm blog ini..blog inilah sebagai platform utk kita bertukar fikiran, walaupun aku tau yg kita semua brjauhan tp itu tidak brmakna `Fikiran kita turut brjauhan'..seorang cendikiawan prnah brkata kpd seorang raja yg zalim yg mengurung cendikiawan tu ddlm penjara lalu cendikiawan itu brkata..Kamu buleh mengurung & mengasingkan aku didlm penjara ini tetapi kamu tidak buleh memenjarakan & mengurung `Pemikiran Aku'..tu psl, x de saper buleh mengatakan TIDAK Boleh kpd ape yg kita sendiri nak Pikirkan..You have the right to think whatever you want to think kata Atok aku..

..so as a conclusion, saya hrp jgn ada kecil hati trhadap ape yg saya tulis sebab lihatlah ape yg ditulis bukan siapa yg menulis..kekadang saya amat risau trhadap prkataan yg ditulis berbunyi Ko,Engkau,Ekau,Hangpa,Bini,Aku..bunyi nmpak kasar tp hakikatnya tidakk..kalo dtulis ikut formaliti buku teks iaitu saya,anda,tuan bkn x buleh tp suasana jdi Krem sikit & trlalu protokol..bila trlalu protokal, transaksi ilmu & message itu tidak sampai..so saya hrp anda semua faham..So kwn2..sekali lg saya mtk maaf kalo ada sekiranya yg rasa x seronok kat blog ni kalo bahasa sedemikian rupa brlaku..

..tujuan penulisan agak pnjang jugak bkn nk kata saya tunjuk pandai ttp saya hanya tulis ape yg buku tulis..saya cuma salin & tulis jer balikk utk kegunaan kenkawan semua..saya kerisauan yg amat sgt apabila brlaku sesuatu kematian maka khatib diatas khubur akn mula baca talkin..slh satu prkataannya, apabila anak Adam itu mati akan trlucutlah semua prkara kecuali 3 prkara..slh 1 nya ialah Ilmu yg dmenafaatkan oleh org lain..so brdasarkan principle tu la saya trpksa brjanji dgn diri saya agar menyampaikan ape saja yg saya tau kpd org lainn..tu jerr...dulu masa kat sek kem x smpat nk sampaikan sbb ust razak srh p main bola kat padang bwh tuu..so skrg ade masa skt bulehla citer sikit..ye dakk..so sya hrp yg lain pun camtu gakk..jgnla biarkan saya sorang menghabiskan dakwat komputer nihh..

Oh ya, Watie..timakasih la sbb ko masih ingat kat aku..sejukk hati dbuatnyerr bila org ingat kat kiter lagii...

..Anyway, timaksih byk2 kat si Zam & Boy ni sbnrnyeer..bkn senang nak jd moderator nihh..tapi bro, jgn risau..setiap usaha 1 usaha kebaikan yg ko buat ko akan dpt 10 kebaikan..itu jgk jnji Tuhan bkn aku yg ckp...insyaalah, kalo ade masa nnti aku buleh share the True story yg brlaku kat aku bila gaji 1000 ko rasa mcm 5000 ribu..kalo base on logik akal, ia tak buleh nak d explain kan sbb logik akal kata 2 + 2 = 4, tapi ia jadi 2 + 2 = 5...camne nak jwb tuhh..??? nnti citerr..

OK lahh, bini aku dh ajak jemor kain kat luar tuhh...

jazakallah..

June 26, 2010 10:19 AM

Thursday, June 24, 2010

Inilah Harinya...Edisi Norjawati

Kadang-kadang mulut aje berkata-kata tapi tangan tak bergerak.. tapi cuba kita tengok kawan Singapore kita ni Puan Norjawati. Dia dah bagi kebenaran untuk kita menatapi gambar lamanya ketika 20 tahun dulu..

Kawan kita ni menikah di Singapore 5.1.1990 dan kenduri di Melaka pada 10.6.1990. Itulah dia tarikh keramat buat Norjawati Mohd Nor.

Di bawah ini ialah hari bahagia rakan kita Norjawati Mohd Nor dan Almi. Husbandnya berasal dari Singapore.

Ini masa bersanding kat Singapore... siapa yang Abang Amy salam tu yek macam penyanyi Indonesia aje..

Sama padan sama kurus sama cantik... tak gitu geng ! Cantikkan tempat bersandingnya itulah dia gaya Singapore. Amboi abang Amy senyum nampak....


Bagai pinang dibelah dua, warna kuning warna diraja,
alahai cik wati di hari bahagia, moga kekal selama-lama.


Kat atas tu masa tengah berarak kat Telok Mas , Melaka... ulang sekali lagi Telok Mas , Melaka... Korang perasan tak siapa pengapit dia yang pakai baju hijau tu... macam kenal aje yek.. takpelah korang komenlah nanti dan siapa yang berjaya teka akan jadi committe untuk next reunion.

Mari kita abadikan gambarnya di dalam album di bawah ini.


Akhir kata, moderator ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wati dan Abang Amy kerana sudi membenarkan rakan2 SKKGK1969 menatap gambar persandingan kalian.

Jadi kengkawan sekelian yang tak berkesempatan untuk sama2 meraikan hari perkahwinan Watie dulu ... sekarang ni bolehlah sama2 menatap gambar hari bahagia dia.


Kami di sini mendoakan semoga perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhirat . AMIN.

Tuesday, June 22, 2010

Aktiviti Hari Bapa

Salam
Fendi, Fendi masa darjah 6 di SKKGK dulu memang saya selalu bertocang
tapi bila senyum kat kau tu sebab:
Pertamanya :
Lucu tengok gigi mancung kau bila tersengih masa saya tegur apa yang kau
buat bawah meja masa di kelas darjah 6 dulu.
Yang saya ingat kau duduk depan saya masa tu.
Keduanya:
Masa tu, kalau kau kacau pun memang saya tak pernah marah kau pun
(betul tak?) tapi ngumpat adalah! Jadi senyum ajalah!
Berbalik pada acara Hari Bapa, sebenarnya Fendi bagi keluarga saya memang
tak ada sambutan yang kami buat untuk Hari Bapa, Hari Ibu, Hari Lahir dll
kerana macam saya dah tulis bagi saya penghargaan untuk bapa, ibu dll semuanya
adalah di setiap hari di sepanjang kehidupan ini....
Untuk kengkawan yang lain apa pun yang kita buat bagi menunjukkan kasih sayang
dan penghargaan pada bapa, ibu, anak-anak, isteri, suami, adik, abang, kakak dll
mestilah dilakukan ketika kesempatan masih ada ..... bila mereka sudah tiada kita
akan rasa sangat terkilan... Inilah yang saya alami bila adik saya Heri
pergi meninggalkan kami...
Bagaimana pun Fendi terima kasih atas ingatan...
Wassalam
Tina Kassim

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA!!

Salam,

Semalam mesti bapa-bapa semuanya sibuk menerima layanan dari ahli keluarganya...sebab anak-anak sibuk memberi ucapanlah, kad ucapan, hadiah, kek , makan istimewa dan macam - macam lagi... ini menunjukkan tanda kasih sayang mereka kepada bapa mereka.. yang telah berkorban serta bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar dan kasih sayang yang tidak terhingga...

Oleh itu, pada ahli-ahli ex-skkgk yg masih menpunyai abah, ayah , papa atau apa sekali pun yang kita panggil mereka, peluk dan ciumlah mereka semetara mereka ini masih ada..seperti Ani, Azlan B, Boy, Tina dan kengkawan yang lain yang bapanya telah pergi.. marilah kita doakan serta sedekahlah "AL FATIHAH" untuk mereka sebagai bekalan mereka di sana...

Satu pesanan untuk diri kita, ingatlah kerana "DIA" kita menjadi insan yang berguna dan bermanafaat kepada masyarakat...



Inilah kad ucapan di terima semalam.... Baca tak kat situ..Ada tulis "TAMPAN"... jadilah anak-anak kata macam tu kat aku.. terkembanglah juga...

Wassalam

Moderator

Saturday, June 19, 2010

Happy Birthday Ija !!!!

Kengkawan, untuk pengetahuan semua hari ini adalah birthday Ija.. Jadi mari kita ramai-ramai doakan agar dia berjaya di dalam kehidupan yang mencabar ini dan untuk Ija : Semoga dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah dan kesihatan yang baik dan diberkati ilahi senantiasa.




Sekali lagi Ija ...Selamat hari lahir dan berbahagia selalu bersama suami yang tersayang..



Moderator

Friday, June 18, 2010

Inilah Harinya...Edisi Zam

Untuk rakan2 yang masih bertelagah... kat sini diperturunkan gambar yang berusia 16 tahun lalu. Saat saat yang mendebarkan dalam sejarah hidup seorang lelaki... biarlah sekali sahaja...

6-6-1994 Tarikh keramat dalam hidup aku.

Ni pengantin masa menunggu dalam kereta...suspens...


Antara orang2 melaka yang mengikut...nampak tak Encik Ibrahim Baba tu..

Ini dengan Abang Long ku... sokongan padu dari nya.


Inilah saatnya...



Aku terima nikahnya....


Sebahagian dari rombongan pihak melaka bersama pengantin perempuan. Nampak tak mak aku tu... Azizah Abdullah..atau Zahaba.


Akhirnya cincin disarungkan ke jari isteri tersayang..

Okaylah yang tu je gambar yang ada. OK sekarang kita tunggu gambar kengkawan yang lain. Itupun kalau tak keberatan...

Adios

Zam


Thursday, June 17, 2010

Suhana Binti Supian

Salam,

Tentu kita tertanya-tanya tentang nama ini.. Ya..Inilah salah seorang sahabat sekelas kita di SKKGK dulu.. Kalau kengkawan masih ingat, dia ni selalu di gelar "DAYANG SUHANA" oleh Cikgu Wan semasa dalam kelas..

Semalam baru dapat nombor teleponnya dari abang kawan kita ni..Saiful Supian.. Sedikit latar belakang Cik Suhana ni, dulu dia ni duduk depan rumah Boy semasa di Kuartes gurkha.. Rumah nya berdekatan dengan Rumah, Man, Az, Arwah Azhar dan beberapa kawan lagi..Lepas tu dia berpindah ke Flat Bunga .. depan rumah dak Flinstone.. Lepas tu dia pindah bi block A, B , C... dekat dengan rumah si Ija pula... Orangnya pendiam, pemalu, rambut perang-perang sikit dan senang bergaul..

OKlah di pendekkan cerita, petang semalam sempatlah berbual melalui telepon dengan dia semasa di tempat kerjanya.. sibuklah juga katanya...tapi malam baru dapat cakap lama dengannya dan bertanya khabar.. Suaranya macam dulu lagi..lembut dan pelahan je.. rasanya wajah pun mesti tak banyak berubah..kot.. Sekarang ni bertugas di Johor Bahru di Syarikat yang mengeluarkan "Remote Control Security Alarm" untuk kereta..so lepas ni sesiapa yang alarm nya dah rosak ..boleh lah contact si Suhana ni nak dapatkan staff price... Tempat kerjanya di Pandan kat JB tu... Tinggal di Kota Tinggi.. Beliau telah dikurniakan sepasang anak, seorang darjah 6 dan seorang lagi baru 6 tahun... Suami bernama En Azman dan berkerja di kawasan Perindustrian Tampoi di Johor juga..

Untuk sesiapa yang mengenali keluarga Suhana ini, Arwah bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2001.. Arwah diserangi sakit jantung di kedai kopi waktu petang dan terus menghembuskan nafas terakhir di situ...Ibu Suhana masih tinggal di JB di Taman Pelangi bersama 2 orang Adik yang masih bujang katanya... Anyway Suhana amat teruja mendengar beberapa nama rakan lama yg disebut..of Courselah yang perempuan kan...seperti Ija, Tina , SR , Waty dan Rose.. Tapi yg menariknya apabila di sebut nama Dak Zam.. perkataan yang terkeluar dari mulutnya.. "Oh ! , yang sepet tu kan" .. so sorrylah Zam , orang lebih kenal kau dari mata kaulah...itu yang mahal tu...Untuk Flinstone pula.."Yang mancung giginya kan" ...itulah kata Si Suhana ni.. jangan marah Fendi..

Suhana telah melawat blog kita ni..tapi katanya banyak sangat muka yang dah berubah...memang tak kenal ..maklumlah 30 tahun yg lepas..lama sangat tu...

Akhir sekali.. "SELAMAT DATANG KE BLOG INI SUHANA" semoga kenangan lama akan bertaut kembali ... Kita akan cuba forwardkan nombor telepon Si Suhana untuk semua..jadi bolehlah beborak panjang dengan Suhana nanti...

Sekian

Moderator

DesktopDating

Salam semua,

Macam biasa nak cuba saja! Terklik dan dapat kat semua contact!

Saya sendiri belum cuba desktopdating ni lagi....

Happy baca blog dan komen kengkawan... dah lama tak dapat baca blog ni.. maklumlah cuti sekolah..

Semoga hidup kita semua akan diberkati dan berbahgia dengan kehidupan kita.

Fendi: Semoga terus tabah menjawab komen dalam blog ni... teruk juga kau kena!!!!

Wassalam

Tina



Note : Tina Desktopdating ini menghadapi masalah teknikal, pihak moderator terpaksa delete untuk mengelakkan gangguan ke atas posting yang sebelum ini. Moderator.

A Gift From Urusetia

Kengkawan sekelian, pihak urusetia Lumut ingin memberitahu bahawa kejutan yang dimaksudkan ialah untuk mereka yang menghadiri 2nd Reunion di Lumut setiap orang akan mendapat sekeping DVD yang telah dibuat khas untuk this special occasion. Objektif utama ialah kita tidak mahu memori indah yang ada terkubur bersama masa yang berlalu, oleh itu sebahagian kenangan yang lalu telah dipahatkan ke dalam DVD ini.

Orang yang pertama menerimanya ialah Ros, tepat pukul 7 petang 15-6-2010. Edisi Special ini adalah terhad, tetapi jika ada kengkawan yang lain berminat sila hubungi Boy untuk tindakan urusetia selanjutnya.

Kami berharap agar kengkawan sekelian mendapat manfaat darinya dan dapat mengurangkan segala tekanan kerja dengan menonton DVD ini..




Surat rasmi yang dikirimkan bersama-sama dengan DVD



Inilah bentuk DVD yang diterima oleh rakan2 sekelian.



Rekabentuk grafik yang berbeza sedikit.


Ini adalah menu pertama apabila anda memainkan DVD ini, terdapat 2 menu, satu ialah dalam bentuk movie dan satu lagi dalam bentuk slideshows.


Ini adalah submenu movie yang dikatakan. Terdapat 4 submenu iaitu Lumut, Jumpa Lagi, Memory Lane dan 2nd Reunion xSKKGK 1969. Memory Lane memaparkan kehidupan di masa lalu dari kita kecil hinggalah yang terkini. Kebanyakannya adalah gambar2 yang terdapat di dalam blog ini manakala 2nd Reunion adalah gambar yang terkini yang dipaparkan sempena 2nd Reunion di Lumut.


Yang berikutnya ialah Submnenu untuk Slideshows. Slideshows ini kita bahagikan kepada beberapa segmen supaya senang untuk kengkawan mencapainya.


Slideshows submenu yang kedua



Slideshows submenu yang ketiga.

Oleh itu pihak urusetia ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kecacatan dalam penghasilan DVD ini. Inilah yang termampu kita buat demi untuk memahatkan kenangan lalu. Sesungguhnya masa itu terlalu cepat berlalu jadi sebelum memori kita hilang dalam peredaran kehidupan ini, moga DVD ini dapat menyuntik sedikit keceriaan di dalam kehidupan kita semua.

Akhir sekali apa yang diharapkan kita dapat bertemu lagi di dalam reunion yang ketiga. Tarikhnya tidak ditetapkan lagi...mungkin kita akan bertanya soalan ini kepada pihak urusetia yang baru iaitu Encik Fendi kita. Walau bagaimanapun untuk pengisian di dalam Reunion ketiga itu bolehlah diforwardkan kepada En Fendi.

Sekian wassalam.

Moderator

Tuesday, June 15, 2010

Kejutan Menanti Anda.....

Tunggulah satu kejutan akan berlaku dalam minggu ini... anda akan menerima sekeping sampul surat berisi sesuatu... apa kah dia tu.... tunggu !!!!

Moderator




Apa dia ni... tunggu...........!!!!!!




Ziarah ke Rumah Teacher Ani

Untuk pengetahuan kengkawan pada hari Ahad yang lepas, ambo sekeluarga berkesempatan menziarahi rumah Siti Rohani di Kg Lama, Jitra. Sampai pun dah agak lewat lebih kurang pukul 4.30 petang. Itu pun selepas gi ke kenduri kahwin kawan Zam kat Laguna Merbok. Kami sekeluarga disambut dengan mesra oleh Mak Ani, makcik Siti Salmiah dan siapa lagi kalau tak suami kesayangan Ani, Abdul Aziz. Masa sampai tu Ani tak de kat rumah pasal bawa bebudak gi swimming dengan kakaknya. Sambil menunggu kepulangan Ani, kami pun berborak dan bersembang dengan makcik dan Aziz. Mmm lama jugalah.. untuk pengetahuan kengkawan mak Ani ni seorang yang amat peramah. Ketika mengimbau kembali masa kisah kat kem tu, bermacam2 ceritalah keluar. Mak Zam dulu diorang panggil Zahba.. sebab kan ramai orang nama Azizah, jadi ayah pulak bernama Ibrahim Baba atau lebih dikenali dengan Berahim Baba maka diorang pendekkan ke Zahba. Makcik Sal punye memori Zam rasa kita kena tabik dia boleh ingat dari kisah duduk rumah gurkha sampailah ke rumah mara. Dulu dia aktif juga especially dalam nasyid. Jadi tak heranlah kalau dia kenal semua mak mak kita contohnya mak dak Boy, Mak Sham, Mak Lan B dan Mak Tina. Antara yang Zam boleh recall. Rupa-rupanya ayah Ani dulu orang BTN. Maklumlah lepas bersara dulu ramai geng2 komando ni masuk ke BTN ikut jejak langkah Rahim King. Maklumlah siapa yang tak kenal Rahim King. Mak Ani juga bercerita pasal adik Ani yang accident dulu kat Kluang tahun 92... masa ni Zam pun sebak juga.. Antara kenangan yang Mak Ani cukup ingat ialah dak Lan dan dak Sham. Cukup suka menyorok dalam bonet kereta. Lepas tu bukak bonet tu dari dalam.. dan kekadang tak dapat buka .kah kah. Lan.. takkan kau tak ingat kot. Mmmm macam2 lagi kami imbaukan tapi cukuplah setakat tu... lepas tu Aziz jamu kitorang anak beranak dengan durian aiskrim... Mmmmmm teramatlah enaknya. Durian ni rupanya ditanam disebelah rumah aje. Duriannya lemak, manis lembut dan bijinya kecik aje. dah rezeki kitorang....korang jangan jealous ye.... Lepas Ani sampai di rumah dengan kakaknya sambung lagi sembangnya... Kak Normah kakak sulong Ani ni adalah antara pelajar cemerlang dulu zaman 80 an dulu. Dia antara menjadi kebanggaan anak komando yang pertama memasuki MRSM Seremban. Mmmm dia pun teacher juga mengajor bahasa inggeris. Sembang punye sembang masa berangkat pun dah tiba. Sambil menghirup udara kampung sempat lagi bertemu ramah dengan Siti Rohana.. ala adik Ani dan juga anak sulong Ani yang nak ambil SPM tahun ni,Akmal.Hebat tengok cara dia tendang bola.... mungkin kedah player nanti kot... Masa nak balik tu.. adik Ani yang bongsu Na O Yah balik... makcik kata dia ni anak pencen... mmm sesiapa nak tempah baju kurong boleh tempah dengan Na O Yah... boleh kan kan... tapi itu part time aje..

Jadi untuk keluarga Ani, Makcik, Aziz,Kak Norma, Ana, Mail, Na O Yah dan Ani sendiri , terima kasih yang tidak terhingga diucapkan dari Zam sekeluarga.

OK lah.. di bawah ni gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sana.

Kepada Ani dan Aziz,

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-18,
Terima kasih kerana menyambut kami sebagai tetamu... terima kasih daun keladi ... kami dah sampai dah kat sana anda pulak bagaimana...


Inilah durian yang dikatakan , Makcik Sal kata ini durian aiskrim... sedapnya tak terkata since ni pangsa yang last... kenalah ambil gambar dulu..



Bergambar bersama Aziz... terimakasih ye...

Ini lah pokok duriannya... mmm sedapnya



Inilah tradisi kita, kalau datang rumah geng SKKGK1969, sebelum balik kena ambil gambau dan kemudian update dalam blog... oklah tu...


Sunday, June 13, 2010

Inilah Harinya...Edisi Siti Rohani

Assalamualaikum Kengkawan!

Terima kasih atas doa dan ucapan. Doa yg sama dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. untuk kengkawan yg menyambut anniversary setiap tahun mendatang. Pastinya Allah akan balas dengan yang lebih baik untuk kalian. Aamin.

Dengan kad jemputan yg dah tersimpan 18 tahun ni (kad buat sendiri tau!), Ani jemputlah kengkawan yg tak berkesempatan hadir ke kenduri kami dulu...Kira dan terjemputlah tu.. Terima kasih kat abg Aziz sebab izinkan kengkawan menatap foto pengantin ni.

"Kebahagiaan adalah mengasihi dan dikasihi, sanggup berkongsi masalah dan bertimbangrasa. Kebahagiaan itu adalah saling mempercayai dan memahami di antara satu dengan yang lain, bersedia untuk memberi maaf..."

Wassalam.

Friday, June 11, 2010

Betui kan...INI LAGI SATU...


Salam...

Tahniah Pn Rossiah dan En Abdul Hamid... Tengok tu ada baby cute lagi..semoga perkahwinan ini akan kekal sehingga akhir hayat..Amin
Tarikhnya 14hb Jun 1992.. sehari selepas tarikh Anniversary Ani.. sungguh hebatkan atau kebetulan.. banyak persamaan bekas student SKKGK ni.. tarikh kahwin pun dekat-dekat..
Sekali lagi semoga 18 tahun perkahwinan ini mempunyai penuh makna dan kegembiraaan buat Rose sekeluarga.
Moderator

BANYAKNYA ORANG KAHWIN BULAN NI...!!

Salam..

Hari ini dalam sejarah....

Pada tarikh 13hb Jun 1992 Pn Siti Rohani dan En Abdul Aziz tengah sibuk-sibuk kat rumah nak pergi majlis akad nikah.... mesti semua ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tertangga sedang berkumpul di rumah Pak Dollah ..sibuk bersiap-siap waktu ni maklumlah sebab majlis gilang gemilang akan berlansung tak beberapa lama lagi....

Mesti Ani terkenang-kenang waktu tu..Ya kan...

Anyway, warga moderator ingin mengucapkan "SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 18" untuk anda berdua. Semoga anda sekeluaga akan dilimpahkan keberkatan serta rahmat dari ALLAH swt.

AMIN...

Moderator

Tuesday, June 8, 2010

SEKALI LAGI ...ULANG TAHUN PERKAHWINAN LAH!!!


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 20..

10hb Jun 1990 adalah hari istimewa buat Norjawati & Husband..

Tabik spring Wati.. semoga 20 tahun yang dilalui bersama adalah kehidupan yang gembira dan bahagia buat anda sekeluarga...

Doa kami semoga kehidupan anda lebih diberkati dan dikurniakan limpah rahmat dari ALLAH swt .. Amin

Tahniah....

Gambar Kegembiraan !!!





Sehingga berjumpa lagi........

2nd re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 Update 24. Final Episode/Update.

Sekarang ni pulak final photo session. Masa ni semuanya dah bersolek dan bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing2..


Tina dan Rose tengah berposing... rakan lama lah katakan.

Si Rose macam film director aje.. Mmm sana sikit sana sikit..ok ok.

Yang ni pulak.. anak2 yang akan mengambil UPSR tahun ni..
Dari kiri, Farah, Aliff dan Azam. OK anak2 sekelian belajar sungguh2 make sure semuanya dapat 5A.. nanti boleh buat rombongan gi Melaka. Uncle Fendi tunggu kat sana..

Ni pulak anak dara Si Rose, yang akan mengambil SPM Tahun ni.. Anak Ani pun ambil SPM juga tapi sayang tak dapat hadir.
OK Senyum...Nadia Syariha.. good luck in your exam ok. Do your best .
Tak lengkap rasanya kalau tak paparkan sekali lagi keluarga2 yang hadir
Keluarga Rose
Keluarga Tina

Keluarga Zam
Keluarga Boy

Keluarga Ani

Keluarga Lan

Keluarga Sham
Ini masa gambar ramai2...seluruh keluarga SHOT 1

SHOT 2

Finally..SHOT 3...Ehhh perasan tak kanan sekali ada orang menumpang kita punye photo ni..kacau daun aje...

Yang bermula pasti akan berakhir... saksikan detik2 perpisahan ketika mereka semua bersalam-salaman dan mengucapkan selamat jalan.. dengan harapan semuanya selamat sampai ke rumah masing2 dengan selamat.....


Ini acara bercium pipi... wanita aje tau...lelaki tak leh ......

Sedih nampak si Rose tu..
Selamat tinggal LUMUT... tak taulah bila nak jumpa lagi dalam suasana yang penuh dengan kekeluargaan, hormat menghormati dan keceriaan.

Selamat Tinggal Lumut
Begitulah berakhirnya penceritaan kita untuk 2nd Reunion ini. Jadi kengkawan sekelian mungkin terubat rindu selepas beberapa lama dan ketika tidak bersua muka.. apa yang diharapkan ialah objektif utama reunion ini adalah untuk menyambung tali silaturrahim anak2 komando yang pernah berkampung satu masa dahulu... meminjam kata2 Fendi " sbb dlm hati kamu semua ada mempunyai seketol daging kecik yg berjaya menghasut seluruh urat otak untuk bangun membina struktur silaturrahim yg sekian lama hilang kembali bercantum..."tapi sayang dia tak dapat hadir maklumlah terdapat halangan dunia yang mungkin dia saja yang tau. Tapi kita berharap agar di lain masa dan ketika perjumpaan yang ikhlas seperti ini dapat diteruskan .... Akhir sekali untuk kengkawan sekelian, merenung towel yang diberikan oleh Tina...FRIENDS -friendship remains and never can end...

Dan seperti biasa pihak urusetia telah membuat susulan terhadap semua yang hadir ... hingga tengah malam... alhamdulillah semuanya selamat sampai di rumah...

Our Banner di Lumut

Jadi lagi sekali pihak Admin atau urusetia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga... semoga ada umur kita jumpa lagi.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

End of update 2nd Re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 U. Total Update : 24 nos.