Monday, August 30, 2010

Kengkawan Raya anda di mana???

Kengkawan sekelian,

Landol ada bertanya kat dak Zam.

zam,
ko raya mana? kelate ke melaka lahabau ?

geng2 lain, macam mana?

wassalam


Haji Azlan Haji Abdullah

Jadi sempena topik ni, silalah berinteraksi...


Moderator

Sunday, August 29, 2010

RESET

bukan ayat yang original dari saya ... tapi idea yang sama... kadang-kadang apa yang ada dalam hati & fikiran susah untuk diterjemahkan dalam ayat....

mungkin ini berguna untuk kengkawan....

"Each and every one of us at one point in our life feels like they want to press the "RESET" button to have a fresh start.

Pick a time & place where you are alone, and start writing down everything that you want to change, and how you will take action to change it.

Then write a list of all the goals you want to accomplish with as much details as possible.

Summarize the steps, then press "RESET" and start a new life!"

From FB Ideal Muslimah

Seems hard at first .... but everything depends on our willing and intention..
Keep spirit..!!

Semoga kita diberi hidayah...ameen

Tina Kassim


Friday, August 27, 2010

Witir...

Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Albakri




Solat witir merupakan solat sunat terakhir atau solat penutup didalam satu malam. Sabda nabiْ "Jadikanlah solat terakhir pada malam sebagai solat witir" [HR Muslim].





SOLAT witir ialah solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat. Ia dinamakan dengan witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain.



Hukumnya adalah sunat muakkad di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama tetapi menjadi wajib di sisi mazhab Hanafi.



Antara kelebihan solat sunat witir ialah Allah mengasihinya. Sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah melaksanakan apa yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a berkata: Solat sunat witir tidak wajib sebagaimana solat fardu tetapi ia adalah sunat. Kenyataan tersebut sebagai hujah dan dalil bahawa witir bukanlah wajib seperti solat fardu yang lima.

Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al- Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah).



Hadis ini menunjukkan bahawa betapa eratnya ahli al-Quran dengan solat witir kerana al-Quran merupakan kitab Allah dan witir itu merupakan ketunggalan Allah. Justeru digabungkan antara al-Quran dan witir. Kemungkinan juga kerana al-Quran kebiasaannya dibaca pada waktu malam dan ketika solat. Justeru amat sinonim hubung kait dan ikatan antara solat witir dengan pembaca al-Quran.

Hadis seterusnya yang bermaksud: Solat sunat witir dikurniakan kepada kita oleh Allah, dan ia satu solat yang lebih baik daripada unta merah. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi).



Ini menggambarkan kedudukan sebenar solat witir yang begitu tinggi di sisi Allah. Sehingga Rasulullah s.a.w membandingkan kelebihannya lebih daripada unta merah yang amat bernilai di sisi pengembala unta dan orang-orang Arab yang kaya.



Demikian juga Rasulullah s.a.w menegur dan berlepas diri daripadanya orang yang meninggalkannya dengan sabdanya yang bermaksud: Solat sunat witir adalah benar melaksanakannya justeru sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami, Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).



Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh memelihara solat sunat witir sehingga baginda menyeru agar sesiapa yang khuatir tidak dapat mendirikannya pada lewat malam supaya mendirikannya pada awal malam.

Hal ini sebagaimana hadis daripada Jabir r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang bimbang tidak dapat mendirikannya pada tengah malam maka berwitirlah pada awal malam, tetapi siapa yang mampu mendirikannya pada tengah malam itu dipersaksikan dan yang demikian itu adalah lebih baik.



Bilangan rakaat witir sekurang-kurangnya satu rakaat dan makruh melakukan satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat witir ialah tiga rakaat. Iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Namun, yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak 11 rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.



Adapun waktu solat witir ialah selepas solat Isyak hingga masuknya waktu solat Subuh. Solat witir boleh dilakukan secara berjemaah dan menjadi sunat pada bulan Ramadan dilakukannya bersama imam selepas terawih.



Solat witir tidak boleh dilakukan dua kali pada satu malam. Ini kerana apabila diwitirkan dua kali nescaya menjadi genap. Seterusnya, witir amat digalakkan perlaksanaannya pada akhir malam dan penutup bagi segala solat sunat. Walaupun begitu jika seseorang sudah berwitir dan ingin solat sunat yang lain juga dibolehkan. Disebabkan arahan pada hadis tersebut ditafsir dengan maksud seelok-eloknya bukan sebagai satu kewajipan. Ini berdasarkan kepada perbuatan Nabi yang solat selepas solat witir dan inilah juga yang difatwakan oleh Syeikh Abd al-Aziz bin Baz.



Bagi yang melakukan solat witir diberi pilihan sama ada melakukan pada awal malam selepas solat Isyak jika dibimbangi tidak bangun pada malam tersebut atau pada akhir malam jika diyakini dapat bangun pada malam tersebut. Ini lebih baik dan afdal. Hal ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti di atas.



Semoga kita menjadi ahli witir dan qiamullail bukan hanya terbatas pada bulan Ramadan sahaja tetapi terus berlangsung selagi hayat dikandung badan.

Nuzul Quran...

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Moderator

Tuesday, August 24, 2010

Untuk kita fikirkan bersama..

Diingatkan bahawa belajar ilmu hati bukan untuk kelihatan soleh atau dikagumi. Kita beramal soleh hanya utk diredhai Allah swt.

Taubat itu tiada ada urusannya dengan penilaian manusia. Nanti ketika kita berubah dengan pertolongan Allah, akan menjadi jalan perubahan untuk orang lain.

Insya Allah...

Wassalam

Tina Kassim


Tuesday, August 17, 2010

Mini Reunion -Khulai d' Faisal dan Zarina Baharom

Mmmm.... kengkawan ni disiarkan gambar terkini kawan kita yang baru berunion baru-baru ni. Siapa dia... ni dak FBI atau Faisal bin Ishak atau nama penuh dia Khulai de Faisal bin Ishak dan Cik Ija kita serta suami.

Yang lain2 tu janganlah senyap aje..kalau ada aktiviti sila khabar-khabarkan bolehlah kengkawan lain tumpang sekaki..

Faisal dan Zarina bergambar kenangan.

Ija, Faisal dan suami Ija. Happy aje nampak...

Sekian sahaja buat masa ini. Ija ni tak taulah lak dah balik ke belum dari Jepun... anyway thanks to Ija dan especially husbandnya yang begitu understanding and sporting. Untuk Faisal semoga kaki bertambah baik hendaknya.

Moderator

Friday, August 13, 2010

Ija , suami dan anak buah....



Ija bahagia nampak bersama-sama anak buahnya.



Cantik gambar ni.. budak2 tu tengah potong kek.. siapa punye birthday tu.... Minta sikit....

Ija terimakasih atas sumbangan gambar ini..


Moderator

Thursday, August 12, 2010

Mini Reunion - Nazri Md Shah dan Zarina Baharom

Pihak moderator telah berjaya juga akhirnya mendapatkan gambar-gambar terkini dari kawan lama kita yang telah ber-reunion di Seremban baru-baru ini.

Siapa lagi kalau tak Zarina dan Nazri. Mereka berdua menetap di Negeri Sembilan. Dengan izin Allah maka dua sahabat lama ini telah bertemu di salah sebuah shopping kompleks di Seremban. Masing-masing membawa keluarga mereka. Sila tatapilah gambar terkini mereka di bawah.


Nazri dan Zarina... cantikye baju si Nazri tu ACDC lagi... mana dia dapat tak tahu itu kena tanya dia he he he...

Ini gambar keluarga si Nazri dan isteri serta anak-anak, Ija dengan pasangannya . Senyum....

Begitulah pertemuan yang kita harapkan.. kepada Nazri anak Md Shah.. selalu-selalulah melawat blog dan tinggalkanlah sedikit coretan.. cantik baju tu... nak pinjam boleh tak...

Kepada Ija dan suami terima kasih atas sumbangan gambar ni... Mmmmm Ija buat ketika ini sedang berada di negara Jepun..

Moderator

Tuesday, August 10, 2010

MEMBERI KHABAR GEMBIRA DAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI

Dari buku Indahnya Hidup Bersyariat (hadiah dari Ani ketika 2nd Reunion) ada satu tajuk seperti di atas.
 
Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan.
Justeru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.
 
Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut.
 
Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.
 
Untuk kengkawan semua,
 
Pada pendapat saya walaupun kita hanya menyambut dan mengucapkan Selamat Hari Lahir pada kengkawan dllnya....bukan sambut kelahiran bayi... sebenarnya kita telah berada di landasan yang betul... menanam perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.
 
Mungkin tak banyak tapi walaupun sedikit kita akan terasa kalau tiada siapapun yang mengingati hari lahir kita.. terutamanya kawan-kawan dan orang yang kita sayang....
 
Apa pun ini giliran Boy pula ....
 
Selamat Hari Lahir yang ke-41 untuk Boy
May Allah bless you always
 
Untuk Kengkawan semua...
 
Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan tahun 1431. Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya.
 
Wassalam
 
Tina Kassim 
dan keluarga

Sunday, August 8, 2010

Happy Birthday ..... ZULHAMRI ZAINAL ABIDIN

Selamat Hari Lahir untuk kawan kita yang tak perlu diperkenalkan lagi iaitu Boy atau nama sebenarnya Zulhamri bin Zainal Abidin. Nampaknya kau telah memasuki fasa yang ke 41.. Harapan kita agar saudara Zul sihat dan sentiasa dirahmati Allah. Happy Birthday !!!!!





Senyum selalu......

Moderator

Friday, August 6, 2010

Minda Kita

Kondisi blank atau blur tu minda 'kosong' tanpa fokus.. kyusu' atau tekun itu 'kosong' dgn fokus..
Bila ada orang kata kosongkan minda, bukan bayang hitam atau gelap, tapi matikan state berfikir & ikut sahaja apa yg terlintas dlm minda.. jangan lawan, layan sahaja.... sampai rasa rileks..
rasa serabut disebabkan kita lawan minda kita sendiri..
Betul ke?


Tina Kassim

Thursday, August 5, 2010

Apa khabar semua...

Nampaknya semua sibuk...Maklumlah masing-masing ada tugasan yang perlu dibereskan demi sesuap nasi. Itu adat hidup di dunia. Jadi setelah difikir-fikirkan semula pihak moderator telah mengambil keputusan untuk kengkawan menulis ke dalam blog ini melalui email. Malangnya jika terdapat gambar yang ingin dikirimkan mungkin tidak akan dipublishkan kerana kebiasaannya menulis ke blog melalui email hanya dibenarkan di dalam bentuk teks.

Jadi begini caranya :

1) Apabila sudah menulis sesuatu cerita atau artikel dsbnya alamatkan kepada:
skkkgk1969.cikguwan@blogger.com
Kemudian dalam masa beberapa saat cerita anda akan terpapar di blog kita ini.

2) Syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
a) Tolong jangan forwardkan email ke dalam blog ini. Ini kerana ia memberikan kita masalah yang mendatang , contohnya SPAM, dan lain2.
b) Tolong tulis nama anda atau nama samaran anda di akhir tulisan anda.

Jadi dengan terbukanya peluang ini, rakan2 sekelian boleh menulis apa saja cerita ke dalam blog ini.

Walaubagaimana pun pihak moderator akan sentiasa mengawas untuk setiap artikel atau cerita yang masuk ke dalam blog ini. Jika didapati tidak berapa sesuai maka pihak moderator akan ban atau delete dengan serta merta.

Sekian , terima kasih


Tuesday, August 3, 2010

Bingkisan dari Tina.... Terimakasih Untuk Semua


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati


Saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua kengkawan yang telah mendoakan kemudahan urusan saya dan keluarga serta kesejahteraan ibunda ketika di wad baru-baru ini...


Mak sekarang dah beransur pulih dan bertenaga.

...... berada di sisi mak, lihat dia begitu lemah dan letih
tak boleh berkata-kata...... lihat mesin ....bacaan degupan jantung tiada perubahan positif.
Terasa begitu lemah hilang semangat... tak boleh nak tahan air mata

Dalam hati...

Ya Allah .... bagilah peluang untuk aku bahagiakan mak
Belum sempat aku balas semua jasa dia
Belum sempat bantu dia untuk semua urusan
Bagilah aku peluang untuk dengar suara dia yang menegur dan menasihati...
Terus menangis di surau.... solat, berdoa dan kekuatan itu kembali
semula..... Tabah dan kuat semula menghadapi mak yang lemah

Dengan sokongan suami... kenkawan terutamanya kata-kata
semangat ini ..Tina be strong k!

Alhamdulillah saya dah mengharungi pengalaman itu.

Terima kasih sekali lagi... dari saya dan keluarga

Wassalam
Tina Kassim