Tuesday, September 28, 2010

Ziarah Hari Raya AidilFitri ....4

Ziarah di teruskan lagi...

Selepas ke rumah Dak Zam , Boy terus menziarah ke Rumah Ros pula.. Senang je nak pergi ke rumahnya kata Boy.. Betul - betul tepi Highway Dari Penang ke Tol Sungai Dua... Berdekatan dengan Tesco Extra Seberang Jaya....



Sedap makan KFC lagi tu... macam biasa ex skkgk akan merakam kan gambar apabila lepas bertemu...


Gambar gembira Siti Syahirah, Siti Maisarah dan Maisarah....

Berita selanjut tentang ziarah-menziarahi ini akan disambungkan lagi...

Tunggu laporan selanjutnya....

Moderator...

Monday, September 27, 2010

Ziarah Hari Raya AidilFitri....3

Pada 25-9-10, giliran dak Boy pulak meronda dan berhari raya ke utara. Rumah pertama yang dia ziarahi ialah rumah dak Zam.


A'kiff, Aliff dan juga Aiman... senyum sikit.....


Ini dia dua giant sedang bertarung... Boy dan Zam berposing.


Ni tengah makan nasi....

Jangan malu-malu Encik Zul ...belasah aje... he he

Boy macam terkejut aje... relax lah .... senyum....


Selepas ke rumah Zam , Boy sempat menziarahi ke rumah Ros. Berita selanjutnya akan menyusul.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Moderator

Ziarah Hari Raya AidilFitri....2

Di kesempatan berhari raya sempat juga dak Zam dan keluarga berkunjung ke rumah dak Boy pada 12 Sep 2010 . Sempat jugalah mereka bergambar beramai-ramai di halaman rumah dak Boy.


Bergambar di wakaf


Bergambar beramai-ramai di wakaf dan kolam ikan ...


Lagi sekali....senyummmmmm


Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Moderator

Ziarah Hari Raya AidilFitri....1

Di hari baik bulan baik ni, saudara Muzapar Layani kawan kita sempat menziarahi sahabat lamanya dak Zam kat BM, Penang.




Tengah enak makan kuih sambil bersembang...


Gambar kenangan kat rumah dak Zam, Kepau baju kuning tu... yang satu lagi abang ipar dia..


Selamat Hari Raya Aidil Fitri.....


Moderator

Saturday, September 25, 2010

Boy Beraya ke Penang...



Boy tersnyum nampak... kat rumah sapa tu....

Berita selanjutnya selepas ini

Moderator
Posted by Picasa

Thursday, September 23, 2010

Happy Birthday ..... Khulai de Faisal Ishak dan Norjawati Md Noor

Kami di sini ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 41 kepada dua orang sahabat kita iaitu :
1. KhulaideFaisal atau Faisal
2. Norjawati atau Wati

Semoga apa yang dicitakan akan tercapai....




Happy Birthday !!!!! Faisal and Wati...

Semoga murah rezeki, dan dilindungi Allah sentiasa dan juga bahagia disamping keluarga tercinta.

Moderator

Monday, September 20, 2010

Selamat Berjaya kepada anak2 yang mengambil UPSR

Di sini kami ingin mengucapkan selamat berjaya kepada anak-anak kita yang mengambil peperiksaan UPSR esok.

Jadual Peperiksaan seperti berikut :

21-9-2010:- 0815-0905 : Bahasa Melayu Pemahaman
0945-1100 : Bahasa Melayu Penulisan
1145-1225 : Matematik Kertas 2

22-9-2010:- 0815-0915 : Matematik Kertas 1
23-9-2010 :- 0815-0930 : Sains
1015-1105 : Bahasa Inggeris Kertas 1
1145-1300 : Bahasa Inggeris Kertas 2

1415- 1545 : Ujian Aptitud Tahun 6

Jadi kepada anak-anak yang bernama seperti di bawah :

1. Muhamad Najwan bin Norisham (SHAM)
2. Nik Muhd Azamuddin bin Nik Aziz (TINA) 3A2B
3. Farah Ilyana binti Mohd Azlan (LAN BONGEK) 3A2B
4. Adam Lutfi bin Azlan (LANDOL) 3A1B1C
5. Aliff Nur Haziq bin Norzamly (ZAM) 4A1B
6. Muhammad Izat bin Khulai De Faisal (FAISAL)

Hadapilah peperiksaan UPSR ini dengan tenang. Insyaallah kejayaan akan mengiringi anda.

Good luck to all of you.
Do the best,
Be the best,
Simply become the best....

Semoga Allah mengurniakan ketenangan hati, jiwa dan fikiran kepada mereka semua. Insyaallah berjaya...

Moderator

Thursday, September 16, 2010

Bride Kidnapping Culture

Bride Kidnapping Culture




What is the craziest thing that you do in the name of love? I have friends who send flowers to his lady everyday for months, I knew some guys who purposely waited in front of the lady office for hours just to catch the glimpse of her, I knew at least 2 friends who said "I miss the lady so much that seing the roof of the house would ease the pain", I have some friends who failed to complete their degrees because of rejections, I knew & I have seen a lot of things that people do in the name of love!

But I have never seen anyone kidnapping a lady to make her his bride!

Last Friday 3rd Sept 2010, I saw BBC Special report on "Stolen Brides and Life on Exile for Chechnya". I was surprised to know that bride stealing/kidnapping are centuries old tradition of the Chechen people! If a man likes a woman, then he is allowed to kidnap the lady and take her home to see his parents. But, he is not supposed to touch her. The man's parents then is supposed to contact the lady's parents to ask the blessing for marriage. 99% of the time, the lady's parents will say "yes"!

Unthinkable right?

I then started to surf the internet. Interestingly I found the TV report in BBC News. You can also download the full report via podcast & BBC iPlayer. Trust me, this is a very interesting report that you are strongly recommended to download it. http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/from_our_own_correspondent/8891579.stm

... a month ago on her way home from college in the Chechen capital of Grozny, she (please see the attached photo) was snatched off the street and bundled into the car by a man she barely knew. A week later she was Bogdan Khazhiev's wife...

"Its the law of our grandfathers", Bogdan said. "We have to respect our Chechen traditions, You have to become a Chechen to understand this tradition!"

Some disturbing facts:-
1) Kyrgyzstan - despite of its illegality, bride kidnapping which is also know as ala kachuu is an accepted and common way of taking a wife
2) Kazakstan - bride kidnapping can be devided into consensual and non consensual abductions. Dont's ask me what as I am also confused about this!
3) Uzbekistan/Karakalpakstan - nearly one fifth of all marriages are initiated by bride kidnappings!
4) Dagestan, Chechnya & Ingushetia - bride kidnapping is a culture.
5) Under the Russian law - a kidnapper who refuses to release his "bride" can be sentenced from 8 to 10 years imprisonment, BUT a kidnapper will not be prosecuted if he release the victim or marries her with consent!
6) China - bride kidnapping maybe is the answer to have a wife because of China's strict one child per family. Sometimes these brides will be sold to rural China areas up to the distant Mongolia
7) Bulgaria - this is a non contestable acceptable culture
8) Others (Hmong, Mexico (Tzeltal community), Roma (Gypsies), etc etc. You will be amazed of the facts!

Women activist have been active to condem this centuries old tradition. But, I dont this it will be taken seriously by the sincere "husbands-to-be". After all their intention is so pure and never did they have any intention to hurt the ladies. All the boys wanted is to have a lawful wife!

So, how far will you go in search of love?

From DrNazry's Blog

Moderator

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua...

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini pihak moderator ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua kengkawan. Kami berharap agar di Syawal yang mulia yang bakal tiba ini mengukuhkan lagi ukhwah sesama kita. Yang mana memandu tu diharap dapat mengawal perasaan.. kalau anda mengantuk silalah take 5 atau tidur seketika kerana ubat yang paling mujarab ketika mengantuk ialah tidur seketika bukannya Redbull ke Livita ke dan seangkatan dengannya.

Akhir kata maaf dipinta jika ada kesilapan yang dibuat dan semoga kita sentiasa diberkati oleh Nya.

Dengarkanlah lagu-lagu raya pilihan khusus untuk SKKGKian 1969...














Salam Idulfitri,

Moderator

Monday, September 6, 2010

Surah Al Baqarah by Sheikh Mishary Al-Afasy at IIOC





Dengarkan... di hujung-hujung ramadhan ni...

Moderator

Saturday, September 4, 2010

Happy Birthday ..... NORISHAM BIN MAT JAMAL

Untuk sahabat kita yang sentiasa berusaha gigih .... anda telah menjangkau ke usia ....... Semoga rezeki anda melimpah ruah, kesihatan anda baik selalu dan sentiasa diberkati oleh Allah disamping bahagia bersama keluarga tercinta. Maka dengan ini kami rakan-rakan anda di SKKGK1969 ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI LAHIR... SHAM KUNTUM.......




Sham, senyum dan ceria selalu.....

Kami mendoakan kejayaan anda sentiasa.

Moderator

Hari Raya dalam Kem... Satu Kenangan

Sedang dalam persediaan menyambut Syawal ... Kenangan masa kecik-kecik berhari raya dalam kem dah dua tiga hari dihati...
Dah beberapa tahun raya tanpa arwah abah dan Heri. Kedua-duanya ada dalam kenangan raya ini... Kali terakhir raya dalam kem tahun 1981 iaitu masa umur 12 tahun sebelum arwah abah pencen. Sepanjang yang Tina ingat jarang sekali kami balik kampung untuk beraya. Tak tahulah kenapa... jadi kenangan raya masa kecik-kecik banyaknya dalam kem.
Banyak kenangan manis.. (yang tak manis pun ada!)... masa duduk raya kat rumah tepi masjid tu.... bila raya memang akan ke rumah Onn sebab nak makan ayam masak kicap masakan arwah makcik Hendon... sedap sangat! Kalau raya rumah Wati tak berapa ingat... mungkin masa tu dia dan keluarga balik kampung.... memang masa tu kem agak sunyi bila raya sebab ramai yang balik kampung.
Walaupun kem sunyi itu tak menghalang Tina, arwah Heri dan Abang untuk beraya sambil kumpul duit raya.... masa tu majoriti bagi dua puluh sen... kalau ada yang bagi lima puluh sen rasa dah besar sangat.... Kalau rumah pegawai (macam rumah boy) boleh dapat duit kertas..satu ringgit... tapi kami tak berapa berani nak pergi rumah pegawai ni... masa tu raya satu kem sampai ke Flat bunga...banyak makan kuih raya dan minum air sampai kembung perut.
Cerita pasal persiapan raya.... selalunya beli kasut raya dekat kedai BATA di simpang Terendak... tak tahulah berapa kali pakai sebelum raya... sama juga dengan baju raya mesti try banyak kali... sampai tak lena tidur sebab fikirkan kasut dan baju baru... bila fikirkan terharu dengan kesungguhan mak dan arwah abah sediakan semua ini hanya nak tengok kami gembira..
Sampai sekarang pun... setiap kali pagi raya ingat sangat dekat arwah abah ...sebab masa kecik-kecik dulu (sebenarnya sampai sebelum kahwin)... saat yang ditunggu-tunggu ialah duit raya dari arwah abah... arwah mesti sediakan duit raya untuk kami semua... biasanya abang akan dapat lebih manakala kami (Tina, Abg Edi & arwah Heri) akan dapat jumlah duit raya yg sama... duit raya ni arwah akan bagi selepas bersalam mohon maaf maka masa tu sambil terharu mengenangkan kesalahan yang telah dilakukan.... gembira dapat duit raya!
Itulah antara kenangan manis .... raya dalam kem yang nak dikongsikan. Kenangan raya dalam kem ni... dah 28 tahun berakhir ... tapi itulah raya yang paling best.....sebab bila umur dah bertambah keadaan raya juga berubah. Sekarang kemeriahan raya ni ....tumpang kegembiraan anak-anak. Disamping dapat bersama sanak saudara..... sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk kengkawan semua... Maaf Zahir Batin
Anak-anak dah tak sabar nak balik kampung... esok kami akan bertolak balik ke Tumpat... tolong doakan keselamatan kami dalam perjalanan ya..
Untuk Sham,

Selamat Menyambut Hari lahir yang ke-41.

May Allah bless you always.

Wassalam

Tina Kassim