Friday, October 29, 2010

Special untuk si Suami, Husband, Abang, Abun dll

Dari Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah



>1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Moderator

PS- moderator tolong paparkan aje...

'sambung' silarurrahim ni....

Assalamualaikum semua,
 
Ini cerita Ani.... dibawah tulisan Tina - 'Minggu Ini, Bulan  Ini, Tahun Lalu....
 

Ani pun dah terlintas perkara yg sama bila PMR bermula sbb start thn lps, kami ckg2 form3 kena mengajar petang ganti ckg2 ptg yg p mengawas PMR. Bengang dan letih gak masa tu sbb Ani mmang mai dr pagi.. tetiba dpt call dr Boy.

Ani nak ambik kesmptan di sini nak mintak maaf dan terima kasih pada yg sudi call. Maaf pd yg sebarkan cerita Ani 'sombong'. Ani tak kisah.. dah tu Ani bg bnyk syarat plk.. Ani ada sbb2 kenapa buat syart. 2 thn Ani pkir sblm buat keputusan utk 'sambung' silarurrahim ni.

So, doa Ani moga Allah redha dgn kita hamba2Nya yg lemah ni. Terima kasih skli lg.

Ani terima kasih atas persahabatan yang dulu, kini dan selamanya ya!
 
Maaf Ani... tak minta kebenaran dulu...
 
Wassalam
Tina Kassim
 
 

Rumah Selebriti

SEVELSTER STALLONE

JOHN TRAVOLTA

OPRAH

J-LO AND MARK ANTHONY

HUGH HEFNER

HALLE BARRY

EDDIE MURPHY


BILLY JOEL

TIGER WOODS...Moderator..

Thursday, October 28, 2010

Betui ke ni ?

Suasana perkahwinan...

Tahun 1



Tahun 2
Tahun 3
Tahun ke 5


Tahun ke 10


Tahun ke 13


Tahun ke 18

Tahun ke 25


Moderator

Saturday, October 23, 2010

Minggu ini, Bulan ini, Tahun lalu

Jam menunjukkan pukul 11.10 am (pm), sekejap lagi kelas biologi 4S1 akan bermula...
lalu saya pun berkemas mencapai buku rekod mengajar dan beberapa buah buku untuk ke kelas tersebut...
Kebiasaan sebelum masuk kelas saya akan menukar nada dering hand phone ke mode silent ...
belum sempat ada call masuk... tak ada dalam register...
tapi nombornya cantik juga ni.. .....tak apalah jawab saje...
Terdengar suara lelaki... tapi line tak clear....dalam hati takut terlambat ke kelas...
Dia ni nak cakap dengan siapa... Tina? Siapa Tina ni?
Saya Boy... anak makcik Zizah... jual popiah...akhirnya....teringat juga ...saya Tina ...komando..... kem Sungai Udang dan sebagainya...
Selepas bercakap sebentar dengan boy, sambil mengajar cuba nak recall semua benda.... samar-samar aje ......
Seterusnya hari itu ada panggilan dari Zam, Ija dan lewat petang dari Fendi. Keesokkannya dari Faisal....
Dan hari-hari seterusnya sehingga hari ini saya merasa begitu bangga kerana pernah bersekolah di SKKGK dan menghargai kenangan kita.
Semoga persahabatan kita diberkati olehNya.... terima kasih semua kerana sudi menjadi kawan....
Friendship Remain And Never Can End...
Wassalam
Tina Kassim

Thursday, October 21, 2010

20 RULES UNCHANGEABLE RULES IN ANY OFFICE

20 Rules in OUR office.

1. Rule 1. - The Boss is always right.

2. Rule 2. - If the Boss is wrong, see rule

3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions

4. Ph.D. Stands for "Pull Him Down". The more intelligent a person, the more hardworking a person, the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.

5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.

6.. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves.

7. It doesn't matter what you do, it only matters what you say you've done and what you are going to do.

8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt.

9. Don't be irreplaceable. If you can't be replaced, you can't be promoted.

10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get.

11. If at first you don't succeed, try again. Then quit. No use being a damn fool about it...

12. When you don't know what to do, walk fast and look worried.

13.. Following the rules will not get the job done.

14. If it weren't for the last minute, nothing would get done.

15. Everything can be filed under "Miscellaneous" .

16. No matter how much you do, you never do enough.

17. You can do any amount of work provided it isn't the work you are supposed to be doing.

18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job.

19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.

20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong

Monday, October 18, 2010

Inilah Harinya...Edisi Affendi Mohamad Zain

Akhirnya setelah ditunggu-tunggu sampai juga seru kawan kita si Fendi ni untuk membenarkan kita menatap gambar familynya. Maklumlah gambar kahwin yang dijanji memang sukar untuk dicari semula tetapi sebagai gantinya dia memberikan gambar lain untuk ditatapi bersama. Sayugia diingatkan, janganlah ada yang berasa tidak selesa kerana kawan kita ni telah ditakdirkan oleh yang Esa dan diamanahkan untuk menjaga dua hati wanita. Mereka semuanya adalah permata hati si Fendi. Bermula dengan kunjungan dak Boy tempohari.. si Fendi ni telah membenarkan untuk si Boy merakamkan gambar beliau dengan isteri serta anak-anak beliau. Maka disini disertakan semula gambar tempohari.


Bersama-sama ahli keluarga yang lain

Romantiknya si Fendi ni...


Selepas itu mungkin dak Lan dah jampi serapah kat muka si Fendi ni maka beliau telah membenarkan moderator untuk memaparkan keluarga yang satu lagi.

Ni gambar ketika hari raya baru-baru ni...

Senyum selalu... itulah kelebihan si Fendi


Ni kat mana ni..... lupa lak nak tanya...


Bersama-sama anak-anak buahnya....


Romantik tak?.....

Amacam kengkawan.... di harap kita semua dapat mendoakan semoga kebahagian si Fendi ni dengan isteri-isterinya hingga ke akhirat.

Bagi pihak moderator, terima kasih tidak terhingga kepada Fendi kerana sudi untuk membenarkan kami mengenali ahli keluarga anda.

Okkk kepada yang lain tu bila lagi nak bagi kat moderator.....

Moderator

Sunday, October 17, 2010

Aku Bebas.....28 days

Cerpen Pilihan










Hari ini genap 28 hari aku bebas. Ya ... bebas dari rokok. Maksud aku ROKOK... Rokok yang telah menghantui diri aku sejak dari dulu lagi.. Dulu tanpa rokok aku tak boleh buat apa-apa... kena juga cari dia.. dampingi dia... tapi mungkin jua masa dah sampai untuk aku membuat perubahan yang besar dalam hidup aku.. Ialah Fendi ada berkata average to live only 15-20 years more.. Itu pun kalau Allah panjangkan umur tak de penyakit2 yang pelik... Mengenang kembali kisah semalam, memang sesuatu yang terlalu sukar untuk kita berhenti dari menagih nikotin ini.. Tapi alhamdulillah zaman sekarang ni ada banyak alternatif. Dengan berkat sokongan anak-anak dan isteri, aku cuba juga untuk menggapai azam 2010 iaitu quit smoking. Cuma persoalannya ialah berapa lama aku mampu bertahan... aku tak tahu cuma masa akan menentukannya.. yang pentingnya sekarang ni aku bebas ...AKU BEBAS.... AKU BEBAS.... jadi sementara aku bebas ini aku nak menikmati kehidupan tanpa rokok.... tanpa asap... mmmmm kepada kengkawan yang lain tu bila nak ikut jejak langkah aku..... he he he

Ikhlas dari hati....Zam

Saturday, October 16, 2010

Assalamualaikum Tn. Haji..Kawan-kawan datang nak makan!!

Inilah sambungan cerita nya...

Malam kedua, turn Lan Bogek datang collect Boy untuk pergi kerumah Fendi (Di Meru).. Lihat gambar yg sempat dirakamkan di rumah ini.. Macam biasa, agenda nya makanlah lagi... Kali ni di jamu dengan Karipap, Otak-Otak dan Kek Pisang.. panas lagi.. Menurut Fendi, semua kuih-kuih ini adalah dari Kedai Froven Food Isteri nya... Memang sedap Karipap tu..

Lepas tu Acara selanjut nya .. berziarah ke rumah Tn Haji Lan Dollah.. Tempatnya lebih kurang 9 km dari rumah Fendi di Meru.. Namanya ia Puncak Alam.. Bandar Baru berhampiran dengan Kampus BaruUitm .. Rasanya sampai rumah Hj Lan lebih kurang pukul 9 Malam..


Turut join sekali ..ialah En. Sham Kuntum yang datang dari Sungai Buluh.. Letih kata En Sham sebab baru habis kerja.. tapi di sebabkan kengkawan dia datang juga.. MACAM tu lah kawan!!!.. terima kasih En Sham ya..
Kali ni "Orang Rumah Tn. Haji" menghidangkan "Mee Goreng Udang Puncak Alam "dan karipap.. rezeki lagi.. Alhamdullilah.. Lihatlah gambar yg dirakamkan , sambil berborak sambil tangkap gambar.. rasa macam makan kat kantin sekolah tepi parit dulu-dulu..

Macam-macam cerita keluar, malam tu sepatutnya Man Panjang dan Khulai join sekali..tapi tak da rezeki nak jumpa sebab.. Man Panjang sangkut kat offfice sebab banyak kerja..Khulai pulak terbang ke Kota Kinabalu pagi tu...
Borak-borak , tak sedar dah pukul 12.30 malam..so untuk menghormati Tn Haji yg ingin berehat..kami pun minta diri untuk pulang... satu perjumpaan yang sungguh bermakna serta mengembalikan nostalgia lama...
Satu persoalan timbul yg belum terjawab.. BILA NAK BUAT 3RD REUNION?
Moderator











Thursday, October 14, 2010

Kesempatan menziarah Rumah Dak Flinstone ...!!

Salam...

Dari 10 hing 13 hb Oct yang lalu Dak Boy ada training di Kuala Lumpur... So kesempatan di malam yang memang tak da apa-apa projek, Dak Boy telah di pelawa oleh En Fendi kita untuk makam malam di rumah nya di Shah Alam... Apa lagi rezeki jangan di tolak ..

So lebih kurang pukul 8.00 malam Fendi pun sampailah menjemput Dak Boy di Hotel... Kata Boy, hebat kawasan rumah Fendi ni.. berdekatan dengan Uitm Shah Alam dan "I City" yang popular dengan kawasan penuh dengan Lampu-Lampu pokok dan perhiasan yang menarik di di waktu malam.....



Inilah keluarga Cik Fendi kita, Isteri dan Anak-anaknya.. gambar ni di rakam selepas makan malam.. Sedap isteri cik Fendi kita ni masak... macam tahu-tahu je Dak Boy suka makan.. Dengan Lauk Ikan Siakap masak sweet sour, Daging masak Kicap , ayam goreng dan macam -macam lagi lah...



Ini pulak gambar pasangan Bahagia .. tengok tu "Romantik" kan....



Lepas tu ..tak habis di situ aje.. mereka ni proceed ke kedai Mamak pulak dekat Seksyen 7 di Shah Alam... Nampak tu Dak Khulai pulak join lepas balik dari kerja.. SO sembanglah panjang .... mengikut cerita nya sampai pukul.... 11.30 malam ...

Akhir sekali lepas je habis berbual-bual..ada pulak rancangan lagi satu keesokan hati nya...

Kalau nak tahu ..tunggulah cerita selanjutnya...

Wassalam..

Moderator..

Wednesday, October 13, 2010

(E-Book) The 500 Most Influential Muslims 2009 - Free Download

(E-Book) The 500 Most Influential Muslims 2009 - Free Download

Work at Office... Work Late or Work Smart..

Mr. Narayana Murthy is undoubtedly one of the most famous persons from Karnataka. He is known not just for building the biggest IT Empire in India but also for his simplicity. Almost every important dignitary visits InfoSys campus. He delivered an interesting speech during an employee session with another IT company in India. He is incidentally, one of the top 50 influential people of Asia according to an Asiaweek publication and also the new IT Advisor to the Thailand Prime Minister.




Extract of Mr. Narayana Murthy's Speech during Mentor Session:

I know people who work 12 hours a day, six days a week, or more. Some people do so because of a work emergency where the long hours are only temporary. Other people I know have put in these hours for years. I do not know if they are working all these hours, but I do know they are in the office this long. Others put in long office hours because they are addicted to the workplace.

Whatever the reason for putting in overtime, working long hours over the long term is harmful to the person and to the organization. There are things managers can do to change this for everyone's benefit. Being in the office long hours, over long periods of time, makes way for potential errors.

My colleagues who are in the office long hours frequently make mistakes caused by fatigue. Correcting these mistakes requires their time as well as the time and energy of others. I have seen people work Tuesday through Friday to correct mistakes made after 5 PM on Monday.

Another problem is that people who are in the office long hours are not pleasant company. They often complain about other people (who are not working as hard); they are irritable, or cranky, or even angry. Other people avoid them. Such behaviour poses problems, where work goes much better when people work together instead of avoiding one another.

As Managers, there are things we can do to help people leave the office. First and foremost is to set the example and go home ourselves. I work with a manager who chides people for working long hours. His words quickly lose their meaning when he sends these chiding group e-mails with a time-stamp of 2 AM, Sunday.

Second is to encourage people to put some balance in their lives. For instance, here is a guideline I find helpful:

1) Wake up, eat a good breakfast, and go to work.
2) Work hard and smart for eight or nine hours.
3) Go home.
4) Read the books/comics, watch a funny movie, dig in the dirt, play with your kids, etc.
5) Eat well and sleep well.

This is called recreating. Doing steps 1, 3, 4, and 5 enable step 2. Working regular hours and recreating daily are simple concepts. They are hard for some of us because that requires 'personal change'. They are possible since we all have the power to choose to do them.

In considering the issue of overtime, I am reminded of my oldest son.
When he was a toddler, if people were visiting the apartment, he would not fall asleep no matter how long the visit was, and no matter what time of day it was. He would fight off sleep until the visitors left. It was as if he was afraid that he would miss some thing. Once our visitors' left, he would go to sleep. By this time, however, he was over tired and would scream through half the night with nightmares. He, my wife, and I, all paid the price for his fear of missing out.

Perhaps some people put in such long hours because they do not want to miss anything when they leave the office. The trouble with this is that events will never stop happening. That is life! Things happen 24 hours a day. Allowing for little rest is not ultimately practical. So, take a nap.


Sunday, October 10, 2010

Happy Birthday ..... MUZAPAR LAYANI

Kali ini anak Kapten Layani pula iaitu si Muzapar. Pelajar yang kecil molek ini dulul sekarang dah berisi. Untuk mu Kepau, Happy birthday diucapkan dari kami warga SKKGK1969....

Selamat melangkah ke alam 41 an..


Kepau dahulu... comel lote aje..




Nah sekarang... bapa budak dah.....



HAPPY BIRTHDAY MUZAPAR... Semoga murah rezeki dan selalu dilindungi Allah sentiasa.


MODERATOR

Monday, October 4, 2010

Happy Birthday ..... ROSSIAH RAHIM

Kali ni giliran Rose pulak untuk menyambut birthday beliau. Jadi kami di warga SKKGK1969 ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY TO YOU ROSE.... Moga sentiasa murah rezeki dan bahagia di samping keluarga selalu.
Tarikh keramatnya ialah 6-10-10... Agak2nya apa Che Mid nak bagi ye....

DULU LAIN...



SEKARANG NI.....



HAPPY BIRTHDAY TO YOU.......
Smile Always ....


MODERATOR

Happy Birthday ..... SURESH SINGH

Kami ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY untuk Suresh Singh.. Kawan kita yang tinggi lampai ni... Semoga anda sentiasa gembira di samping keluarga. Tarikh 2-10-10 adalah tarikh yang bermakna bagi kawan kita ni..



Comelnya ko ni dulu.....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.........!!!!!


MODERATOR

Ziarah Hari Raya AidilFitri ....5

Berita Hari Raya Lagi....



Kesempatan beraya di rumah Emak di Melaka tahun ini, tidak dilepaskan oleh Boy menziarah rumah sahabat kita di Umbai Melaka... Kata Boy senang je kalau nak pergi kerumah dia .. dekat je dengan " Medan Selera Ikan Bakar Umbai" yang popular di Melaka tu...






Sedap kata Boy dapat makan Coklat Kek yang dibuat istemewa oleh Isteri kesayangan Dak Az ( Azhari ).. sebenarnya Az dan keluarga baru saja kehilangan Ibu mertuanya yang meninggalkan mereka semasa kita ber Reunion di Lumut yang lalu.. Al Fatihah untuk Arwah



Macam biasa akhir sekali sesi bergambar mesti diadakan ... untuk kenang - kenangan..


Nampak tak Dak Az tengah berbual dgn Handphone tu.. sebenar nya dia tengah bersembang dengan Dak Zam tu.. kebetulan pula Dak Zam menelepon Boy ketika sesi bergambar tu...



Keluarga Boy sempat bergambar Depan Rumah Az... Rumah Tradisional bertangga Batu ... Mahal tu.. Susah nak dapat rumah kampung macam ni lagi..

Moderator

PMR bermula Esok!!!!

Salam...

Esok 5hb Oct 2010 bermulalah peperiksaan untuk calon-calon "Peperiksaan Menengah Rendah". Setelah bertungkus lumus belajar selama 3 tahun dari Tingkatan 1 hingga lah Tingkatan 3 , maka tibalah masanya untuk mereka diuji pemahaman mereka tentang pembelajaran mereka selama ni..

So, pihak moderator ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan yang akan bermula esok.. Semoga ketenangan akan mengiring anda semua..insyallah

Bagi kami semua sebagai Ibu dan bapa akan sentiasa mendoakan agar segala yang terbaik untuk anda semua..Amin..

Kepada adik Muhammad Amin Khudri bin Azlan bin Abdullah... Selamat berjaya....insyaallah diiringi doa dari kami semua . AMIN


Selamat berjaya !!!

Moderator