Tuesday, May 31, 2011

Elektrik naik ???

Untuk panduan :





Jadi sama samalah kita berjimat..

Moderator

X-commando

Anybody yang tahu apa kisah kat bawah ni???





Moderator

Monday, May 23, 2011

Inilah Harinya...Edisi Roshilah Anita Kassim

Akhirnya pihak moderator dapat juga kerjasama yang baik dari sahabat kita ni iaitu Tina. Jadi sama-samalah kita mengikuti kisah Tina dalam Edisi Inilah Harinya....


Kad kahwin
kad kahwin ni... jenis yang wangi...ada kesilapan cetak hari..apa nak buat dah tak sempat nak buat pembetulan!



Akah Nikah
Malam 23 Mei 1997 hari Jumaat di surau Taman Selayang Utama, Selangor
Dinikahkan oleh arwah abah, Kassim bin Ahmad




Lepas nikah famili
Bergambar di rumah dengan ahli keluarga yang ada selepas akad nikah.



Sah sebagai isteri
Hari kenduri kahwin pada 24 Mei 1997 bersamaan hari Sabtu . Kami tak bersanding atas pelamin.



Bermula dengan berkenalan di UM dan ditakdirkan jodoh bersama. Tahun ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke-14.

Kami ingin mengucapkan semoga berbahagia hingga ke akhirat kepada Tina dan Nik.
Amin....

Moderator

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru kepada kengkawan yang bergelar cikgu atau guru. Jasamu sentiasa dikenang .

Moderator


- Posted from my iPhone 4 . Stranger.

Sunday, May 15, 2011

Pemergian Pakcik Baharom....14-5-11

Dukacita dan dengan rasa sedihnya pihak moderator ingin memaklumkan bahawa sahabat kita Zarina Baharom telah kehilangan bapanya pada hari Sabtu 14-5-11. Pakcik Baharom telah meninggal dunia dan selamat dikebumikan semalam.

Marilah kita sama-sama berdoa agar roh nya di kalangan orang orang yang beriman dan diredhai oleh Allah. Al fatihah...

Untuk Ija, semoga tabah dalam menghadapi situasi begini dan kami di sini mendoakan yang terbaik untuk Ija dan keluarga.

Sekian harap maklum.

Moderator.

Monday, May 9, 2011

Cuti cuti Melaka

Hi Kengkawan.... apa cerita ?? Senyap aje... oklah ni den nak cerita balik Melaka tempoh hari dari 29-4-11 hingga 1-5-11...

Nak jadi cerita tempohari hari jumaat 29-4-11 hujan punyelah lebat sampai banjir penang ni... jadi masa keluar rumah hari tu tersangkutlah juga kat bm ni... lebih kurang dua jam baru boleh masuk highway.... lega bila dah masuk highway...

inilah dia banjir yang menyebabkan terkandas lebih dua jam....

dipendekkan cerita hari pertama cuti tu singgah KL . Sampai kat Pasar Seni, parking kereta kat situ. Cari LRT gi Low Yatt... maklumlah tu kan tempat yang tepat kalau nak gi tengok apa teknologi terkini.... then singgah kat PWTC ada pameran buku. Luangkan masa yang agak lama jugak kat pesta buku... macam2 buku ada.
Tidur KL satu malam.


Di Pesta Buku bergambar dengan Adi

Next morning, bertolak ke Melaka pulak. Ayah dan Zura & family sedang menunggu.. sampai je tengok abang Long dulu. Dia ada kencing manis dan jari kakinya hampir hendak dipotong oleh doktor. Tapi kuasa Allah siapa tahu kami suruh dia makan ubat yang agak mahal, adik akulah si Zura yang belikan... alhamdulillah ubat tu serasi... dan jari2 dia semakin pulih..

Kemudian terus ke Batu Pahat untuk melepaskan gian kat nasi beriani gam. Lebih kurang sejam sampai jugak dan memang patutlah nasi beriani popular kat sini... rupa2 nya ada macam satu medan selera hampir semuanya menjual nasi beriayani... alamak aiiii sedapnya.... kalau tak caya kengkawan kena cuba... cuba nasi beriani ayam dan daging... dua set gua bedallll....


antara kedai yang menjual nasi beriani gam....

zura dan husband tengah khusuk menjamu selera nasi beriani gam

satu set nasi beriani gam

Set nasi beriani gam kedai lain pulak

Malam gi pulak kat sungai melaka ... cuba river cruise... waduh 2 ... ini satu lagi perjalanan yang menarik.. lebih kurang 45 minit menyusur sungai melaka... terasa tenang dan seronok sangat sepanjang river cruise tu.. cantik sungguh pemandangan sungai melaka termasuk bangunan2 tepi sungai melaka tu.. lampu2 dan cahaya berjaya menghidupkan suasana malam termasuklah kampung morten....



River Cruise at nite

Zura and Family... bersantai di sungai melaka




Bergambar sebelum menaiki boat



Amirul, Amira, Akiff dan Aliff

Tersenyum aje semuanya



Pemandangan sungai melaka

Lepas tu apa lagi cari Asam Pedas kat sebelah hotel meridian. Mmmmm meleleh air liur. Order asam pedas tetel. Besttttt....



sabar menunggu ye....

asam pedas ikan kembung


Next morning, gi breakfast kat bukit katil pekena nasi lemak, lontong lepastu ketupat nasi daun palas cecah sambal, kelapa..... mmmmm terangkat...



lontong bukit katil

nasi lemak pedalaman


nasi lemak yang memang lemak bukit katil

Lepastu gi ziarah Mak Jah dan Pakcik Md Noor, emak dan ayah dak Wati... Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan sihat dan boleh bersembang panjang.. Pakcik Md Noor nak gi buat stenting kat Serdang minggu ni..

Ayah dan Pakcik Md Nor.. Dua Ex Army bersembang....


Tengahari pekena yong tau fu kat kedai adik aku yang kecik si Mala... Lepas gian makan yong tau fu.




Bergambar di depan Kedai Mala - Aza Yong Tau Fu


Malam sebelum bertolak ke Seremban untuk tidur kat rumah si Zura pergi ke pasar borong untuk bersantap asam pedas buat kali terakhir sebelum balik ke Penang... Mmmm memang tak mengecewakan... bessstttt..


Nasi Asam pedas




Aliff dah tak sabar ke.....




Inilah dia asam pedas tetel.... peehhhhh sedapnya...




Ni pulak asam pedas ikan tenggiri....

Esoknya pepagi terus berangkat pulang kembali ke HOME SWEET HOME....

Kesimpulannya hajat tercapai walaupun masa begitu terhad sekali.... berat pun naik jugalah berkilo kilo.... tapi tak pe..... sesekali...

So kengkawan macamana apa cerita pulak????


Zam