Wednesday, March 23, 2011

SPM keluar Hari ni la... !!!!

Tentu ibunda dan ayahanda yang lebih berdebar apabila nak tengok anak punya keputusan.. Walau bagaimana pun seperti yang selalu Cikgu Tina dan En Lando selalu sebut di dalam blog ini.. Biarlah keputusan yang bakal diperolehi setimpal dengan usaha yang telah dilakukan.. Insyallah segalanya adalah yang terbaik di jadikan oleh NYA..Amin

Kepada anak Cikgu Siti Rohani dan Pn Rosiah semoga kejayaan akan memihak kepada Muhammad Akmal dan Nadia Syarika..insyallah


Moderator

Tuesday, March 22, 2011

Rengis-rengis di pilis....Di tepungilah mawar...


Berbesar hati rasanya Cik Ros kita yang ingin menjemput sekelian kengkawan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Saudaranya seperti terteranya di kad Jemputan :


Sedikit informasi

Nama Pengantin : Wan Nazwani Binti Johan bersama Banitul Anuar bin Abd Latif
Tarikh : 26hb March 2011 ( Sabtu)
Alamat : Seperti Di Peta ( Dekat dengan Tesco Seberang Prai)
Pihak Moderator mewakili Puan Rosiah dan En Hamid menjemput warga SKKGK ian dan ahli keluarga bagi memeriah kan Majlis kenduri anak saudara beliau.
Datang ya jangan tak datang...
Terima kasih.
Moderator

Sunday, March 6, 2011

Happy Birthday .....ROSHILAHANITA BINTI KASSIM (24hb Mac)

Kini tiba giliran seorang lagi Pendidik anak bangsa iaitu Cikgu Tina atau ROSHILAHANITA BINTI KASSIM. Happy birthday TINA. Semoga apa yang diidamkan tercapai.



Semoga Tina dan keluarga sentiasa diberkati Ilahi.

Happy birthday to U ... Cikgu Tina...

Ceria selalu kkk...

Moderator

Saturday, March 5, 2011

Happy Birthday .....SITI ROHANI BINTI ABDULLAH

Happy birthday Cikgu Ani atau Siti Rohani Abdullah. Semoga cita cita Cikgu Anie tercapai. Kengkawan mendoakan agar Ani dan keluarga sentiasa dirahmatiNya.


Semoga ceria selalu....


Moderator

Landol & Banjir

Salam semua,
Just to share with all of you.
Kejadian banjir kilat di opis saya pada 24 Feb 2011, yg melibatkan 38 biji kereta tenggelam termasuk kereta saya yg bakal menyambut bdaynya yg ke 17 pada 1 April ni.

Thanks to ALLAH swt kerana telah tolong park kan kereta saya di dalam rumah TNB dalam
keadaan yg perfect. Ingatkan dah hanyut dalam sungai...
Kereta saya berada di rumah sekarang ni, menunggu further action dpd saya.


Sekian, wassalam




















Moderator

Ps: Landol, kengkawan di Skkgk1969 mendoakan yang terbaik untuk anda.

Thursday, March 3, 2011

Billionaire Malaysia

Harap article di bawah dapat membakar semangat usahawan2 kita.













Moderator

Tuesday, March 1, 2011

Happy Birthday Taufik

Warga SKKGK1969 mengucapkan Happy Birthday to Taufik. Semoga dengan pertambahan umur ini maka bertambahlah ilmu di dada Dan semoga berjaya dalam kehidupan anda.

Happy Birthday to U.


Moderator

A Way to Break into Cars and Houses

Last Wednesday, I approached my car from the passenger side to place my computer bag (aka my man purse) in the front passenger seat.



As I reached to open the door I noticed there was a hole right under my door handle.

My first thought was, "someone has shot my car !"

I began to think about it and inspect it a little closer and the "light" slowly began to come on.


I phoned my friend who owns a body shop and asked if he had any vehicles with damage to the doors that looked like a bullet hole.


"Yes, I see it all the time. Thieves have a punch and place it right under the door handle, knock a hole through, reach in and unlock it, just as if they have a key. No alarms, broken glass, or anything.



I then placed a call to my insurance agent and explained it to him. I was puzzled that they left my GPS and all other belongings. Here is where it gets scary !


"Oh no, he said, they want the break-in to be so subtle that you don't even realize it. They look at your GPS to see where "home" is. Now, they know what you drive, go to your home, and if your vehicle isn't there they assume you aren't and break into your home."


He said they will even leave a purse or wallet and only take one or two credit cards. By the time you realize there has been a theft, they may have already had couple of days or more to use them.


(I didn't realize my situation for two full days!)


They even give you the courtesy of re-locking your doors for you.


Periodically, walk around your car, especially after you park in a in a shopping center or other large parking area.


Report thefts immediately....your bank w/missing check numbers, your credit card agencies, police, and insurance companies, etc.

( Below is picture of what the hole looks like )

Sumbangan Suresh

Moderator

Mustafa Kemal Atarturk....



Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Sumbangan : En Norisham Md Jamal
Moderator