Hi Kengkawan.... apa cerita ?? Senyap aje... oklah ni den nak cerita balik Melaka tempoh hari dari 29-4-11 hingga 1-5-11...
Nak jadi cerita tempohari hari jumaat 29-4-11 hujan punyelah lebat sampai banjir penang ni... jadi masa keluar rumah hari tu tersangkutlah juga kat bm ni... lebih kurang dua jam baru boleh masuk highway.... lega bila dah masuk highway...
inilah dia banjir yang menyebabkan terkandas lebih dua jam....
dipendekkan cerita hari pertama cuti tu singgah KL . Sampai kat Pasar Seni, parking kereta kat situ. Cari LRT gi Low Yatt... maklumlah tu kan tempat yang tepat kalau nak gi tengok apa teknologi terkini.... then singgah kat PWTC ada pameran buku. Luangkan masa yang agak lama jugak kat pesta buku... macam2 buku ada.
Tidur KL satu malam.
Di Pesta Buku bergambar dengan Adi
Next morning, bertolak ke Melaka pulak. Ayah dan Zura & family sedang menunggu.. sampai je tengok abang Long dulu. Dia ada kencing manis dan jari kakinya hampir hendak dipotong oleh doktor. Tapi kuasa Allah siapa tahu kami suruh dia makan ubat yang agak mahal, adik akulah si Zura yang belikan... alhamdulillah ubat tu serasi... dan jari2 dia semakin pulih..
Kemudian terus ke Batu Pahat untuk melepaskan gian kat nasi beriani gam. Lebih kurang sejam sampai jugak dan memang patutlah nasi beriani popular kat sini... rupa2 nya ada macam satu medan selera hampir semuanya menjual nasi beriayani... alamak aiiii sedapnya.... kalau tak caya kengkawan kena cuba... cuba nasi beriani ayam dan daging... dua set gua bedallll....
antara kedai yang menjual nasi beriani gam....
zura dan husband tengah khusuk menjamu selera nasi beriani gam
satu set nasi beriani gam
Set nasi beriani gam kedai lain pulak
Malam gi pulak kat sungai melaka ... cuba river cruise... waduh 2 ... ini satu lagi perjalanan yang menarik.. lebih kurang 45 minit menyusur sungai melaka... terasa tenang dan seronok sangat sepanjang river cruise tu.. cantik sungguh pemandangan sungai melaka termasuk bangunan2 tepi sungai melaka tu.. lampu2 dan cahaya berjaya menghidupkan suasana malam termasuklah kampung morten....
River Cruise at nite
Zura and Family... bersantai di sungai melaka
Bergambar sebelum menaiki boat
Amirul, Amira, Akiff dan Aliff
Tersenyum aje semuanya
Pemandangan sungai melaka
Lepas tu apa lagi cari Asam Pedas kat sebelah hotel meridian. Mmmmm meleleh air liur. Order asam pedas tetel. Besttttt....
sabar menunggu ye....
asam pedas ikan kembung
Next morning, gi breakfast kat bukit katil pekena nasi lemak, lontong lepastu ketupat nasi daun palas cecah sambal, kelapa..... mmmmm terangkat...
lontong bukit katil
nasi lemak pedalaman
nasi lemak yang memang lemak bukit katil
Lepastu gi ziarah Mak Jah dan Pakcik Md Noor, emak dan ayah dak Wati... Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan sihat dan boleh bersembang panjang.. Pakcik Md Noor nak gi buat stenting kat Serdang minggu ni..
Ayah dan Pakcik Md Nor.. Dua Ex Army bersembang....
Tengahari pekena yong tau fu kat kedai adik aku yang kecik si Mala... Lepas gian makan yong tau fu.
Bergambar di depan Kedai Mala - Aza Yong Tau Fu
Malam sebelum bertolak ke Seremban untuk tidur kat rumah si Zura pergi ke pasar borong untuk bersantap asam pedas buat kali terakhir sebelum balik ke Penang... Mmmm memang tak mengecewakan... bessstttt..
Nasi Asam pedas
Aliff dah tak sabar ke.....
Inilah dia asam pedas tetel.... peehhhhh sedapnya...
Ni pulak asam pedas ikan tenggiri....
Esoknya pepagi terus berangkat pulang kembali ke HOME SWEET HOME....
Kesimpulannya hajat tercapai walaupun masa begitu terhad sekali.... berat pun naik jugalah berkilo kilo.... tapi tak pe..... sesekali...
So kengkawan macamana apa cerita pulak????