Saturday, May 15, 2010

Lawatan Lan B !!!


Salam...

Kesempatan masa terluang memberi peluang Lan B melawat Bekas Pelari Rumah Merah kita kat Hospital Tawakal semalam.. Sambil berborak mesra sempat juga merakamkan gambar ini untuk kenang-kenangan untuk kita dalam blog ini... Lihatlah, tapi seksi lah pualk Si Khulai ni....

Thanks to Lan B for the Photos..

Ikhlas

~Boy~

Thursday, May 13, 2010

ALKISAH ......

Salam..

Baru Hari ini Rose dapat menceritakan nya . Kakak da kembali ke rahmatullah
Pada Hari Jumaat lepas dan esok sudah seminggu arwah meninggal kan kami .

Sebenarnya Rose terlalu sedih kerna Rose rapat dengan arwah . Dan dia mempunyai
Anak2 yang lebih kurang sebaya dengan anak2 Rose . Mereka rapat ..

Rose juga dapat rasakan perasaan mereka ...kehilangan ibu tercinta ....Dan untuk mereka menerima kenyataan ibu mereka telah pergi Jauh Dan takan KEMBALI ..

Dan minggu ini Rose juga kehilangan Sepupu pada 10/05 Dan
Semalam Tuk adik Ipar juga pulang ke Rahmatullah .

SESUNGGUHYA KITA REDHA ATAS KEHENDAKNYA .YG HIDUP AKAN MATI DAN MATI TAKAN KEMBALI SELAMA2 NYA ....ITU LA KENYATAAN NYA ...

Sesungguh nya Rose berdoa panjangkan umur ibu bapa Kita , anak2 Kita, suami / isteri Kita Dan umat Islam ...Amin ...

Wassalam...

8C Buat Suami BENCI Isteri.....Betul2 Hangat Nie.....

Just na share ... Buat Kita isteri2 tidak sangka
suami cam nie

First,sory klau de yg t'sggung.. 2nd,sory klau repost..just nk share dgn korg..

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2.CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4.COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6.CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7.CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal…..



Pelari Rumah Merah dah Tak Boleh Lari !!!!

Salam,

Petang tadi sempat berbual dengan En Khulai De Faisal... Beliau baru saja bangun dari tidur sebab kepenatan menahan sakit... Korang tengoklah gambarnya .. sekarang ni kalau aku ajak lumba lari dengan aku mesti dia kalah punya... mana taknya kaki dah kena kerat...kah..kah..kah.. Korang ingat dia senyum tu ok..sebenarnya tarik nafas tahan sakit tu....

Anyway, alhamdullilah syukur kehadrat "Allah SWT", beliau telah selamat menjalani pembedahan semalam... Menurut ceritanya, kena belah dua tempat.. bawah lutut kat pelipat untuk mengambil ligeman yang elok untuk di sambung di atas lutut di ligeman yang terputus... Anak komando tu kata kat aku..."SAKIT SIOT"... geli hati mendengarkan... tak taulah teman macam mana sakitnya..

So pada sesiapa ada kelapangan boleh lah menziarah sahabat kita ni di "HOSPITAL TAWAKAL Kuala Lumpur" .. Bilik nombor 204, tingkat 2.. katanya insyallah boleh keluar pada hari Ahad yang akan datang ini...

So untuk En Khulai Selamat Cepat Sembuh..... cukup2 lah main bola tu...dulu sibuk main Kasut Roda.. tak penat ke?
Sekian Wassalam
Ikhlas
~Boy~


Tuesday, May 11, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Amal Ma’ruf Nahi Mungkar


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”


“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Thursday, May 6, 2010

Mailah pekena Ikan Bakar kat Penang!!!

Salam,

Hari ni ada kerja di Penang ... tadi habis meeting pukul 5.00pm , terus je lepak kat bilik... Lepas sembahyang, Member ajak pergi makan malam... Dalam perjalanan saja je call Dak Jepun... sembang - sembang .. terus ajak join dinner sekali kat Medan Ikan Bakar Batu Maung kat Penang... Dekat je dengan Jambatan Pulau Pinang.... Memang terkenal pun tempat ni....

Lebih kurang pukul 10.30 Zam Jepun pun sampai ..... apa lagi teruslah bersembang rancak... sedar sedar dah pukul 1.00 pagi...Haa, punyalah lama sembang sampai tak perasaan Jam pukul berapa....

So tengoklah gambar kami ni...perut dah sama buncitnya.. Sedap betui makanan kat sini..So sesiapa yang datang Penang nanti jangan lah lupa pergi tempat ni...memang best..ada tempat makan sambil bersila... tempat mainan kanak-kanak dan sebagainya....

OK... nanti kita bersembang lagi...

PS : kepada Khulai De Faisal selamat menjalani pembedahan lutut pada hari rabu depan.... semoga cepat sembuh....sudah-sudahlah tu..gantung je boots bola hang.. dah tua dah..tak larat kejap bola lagi dah.....

Ikhlas

~Boy~



Saturday, May 1, 2010

KAKAK IPAR KOMA ...

 
Assalamualaikum;;;
 
2 Hari kakak ipar Rose koma . Sekarang masih dibantu dengan peralatan pernafasan.
Sekarang di transfer dari LAM WAH EE ke PANTAI HOSPITAL .
Awal permulaan DOC suspek KANSER OTAK tapi di PANTAI HOSPITAL sekarang ini
Virus attack ke seluruh tubuh pulak . Seluruh keluarga amat sedih .
 
Semalam ; 30/04 hubby cakap kakak CRITICAL . Mengeletar seluruh badan . Keje na
Kena buat ; semalam CLOSING for department kami . Side Rose main . So terpaksa teruskan kerja sehingga pukul 5.15 PM .
 
Tolong doakan semoga kakak akan sedar Dan kembali pulih . Doc kata begantung
Pada semangat kakak sekarang .
 
 
Rose harap Ada sinar untuk esok Hari . Walaupun AJAL MAUT KETENTUAAN ALLAH .
 
* Age dia arround age Kita ...40 ++++
 
Amin ....
 
 

 

FREE Animations for your email - by IncrediMail! Click Here!