Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru kepada kengkawan yang bergelar cikgu atau guru. Jasamu sentiasa dikenang .

Moderator


- Posted from my iPhone 4 . Stranger.

Sunday, May 15, 2011

Pemergian Pakcik Baharom....14-5-11

Dukacita dan dengan rasa sedihnya pihak moderator ingin memaklumkan bahawa sahabat kita Zarina Baharom telah kehilangan bapanya pada hari Sabtu 14-5-11. Pakcik Baharom telah meninggal dunia dan selamat dikebumikan semalam.

Marilah kita sama-sama berdoa agar roh nya di kalangan orang orang yang beriman dan diredhai oleh Allah. Al fatihah...

Untuk Ija, semoga tabah dalam menghadapi situasi begini dan kami di sini mendoakan yang terbaik untuk Ija dan keluarga.

Sekian harap maklum.

Moderator.

Monday, May 9, 2011

Cuti cuti Melaka

Hi Kengkawan.... apa cerita ?? Senyap aje... oklah ni den nak cerita balik Melaka tempoh hari dari 29-4-11 hingga 1-5-11...

Nak jadi cerita tempohari hari jumaat 29-4-11 hujan punyelah lebat sampai banjir penang ni... jadi masa keluar rumah hari tu tersangkutlah juga kat bm ni... lebih kurang dua jam baru boleh masuk highway.... lega bila dah masuk highway...

inilah dia banjir yang menyebabkan terkandas lebih dua jam....

dipendekkan cerita hari pertama cuti tu singgah KL . Sampai kat Pasar Seni, parking kereta kat situ. Cari LRT gi Low Yatt... maklumlah tu kan tempat yang tepat kalau nak gi tengok apa teknologi terkini.... then singgah kat PWTC ada pameran buku. Luangkan masa yang agak lama jugak kat pesta buku... macam2 buku ada.
Tidur KL satu malam.


Di Pesta Buku bergambar dengan Adi

Next morning, bertolak ke Melaka pulak. Ayah dan Zura & family sedang menunggu.. sampai je tengok abang Long dulu. Dia ada kencing manis dan jari kakinya hampir hendak dipotong oleh doktor. Tapi kuasa Allah siapa tahu kami suruh dia makan ubat yang agak mahal, adik akulah si Zura yang belikan... alhamdulillah ubat tu serasi... dan jari2 dia semakin pulih..

Kemudian terus ke Batu Pahat untuk melepaskan gian kat nasi beriani gam. Lebih kurang sejam sampai jugak dan memang patutlah nasi beriani popular kat sini... rupa2 nya ada macam satu medan selera hampir semuanya menjual nasi beriayani... alamak aiiii sedapnya.... kalau tak caya kengkawan kena cuba... cuba nasi beriani ayam dan daging... dua set gua bedallll....


antara kedai yang menjual nasi beriani gam....

zura dan husband tengah khusuk menjamu selera nasi beriani gam

satu set nasi beriani gam

Set nasi beriani gam kedai lain pulak

Malam gi pulak kat sungai melaka ... cuba river cruise... waduh 2 ... ini satu lagi perjalanan yang menarik.. lebih kurang 45 minit menyusur sungai melaka... terasa tenang dan seronok sangat sepanjang river cruise tu.. cantik sungguh pemandangan sungai melaka termasuk bangunan2 tepi sungai melaka tu.. lampu2 dan cahaya berjaya menghidupkan suasana malam termasuklah kampung morten....



River Cruise at nite

Zura and Family... bersantai di sungai melaka




Bergambar sebelum menaiki boat



Amirul, Amira, Akiff dan Aliff

Tersenyum aje semuanya



Pemandangan sungai melaka

Lepas tu apa lagi cari Asam Pedas kat sebelah hotel meridian. Mmmmm meleleh air liur. Order asam pedas tetel. Besttttt....



sabar menunggu ye....

asam pedas ikan kembung


Next morning, gi breakfast kat bukit katil pekena nasi lemak, lontong lepastu ketupat nasi daun palas cecah sambal, kelapa..... mmmmm terangkat...



lontong bukit katil

nasi lemak pedalaman


nasi lemak yang memang lemak bukit katil

Lepastu gi ziarah Mak Jah dan Pakcik Md Noor, emak dan ayah dak Wati... Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan sihat dan boleh bersembang panjang.. Pakcik Md Noor nak gi buat stenting kat Serdang minggu ni..

Ayah dan Pakcik Md Nor.. Dua Ex Army bersembang....


Tengahari pekena yong tau fu kat kedai adik aku yang kecik si Mala... Lepas gian makan yong tau fu.




Bergambar di depan Kedai Mala - Aza Yong Tau Fu


Malam sebelum bertolak ke Seremban untuk tidur kat rumah si Zura pergi ke pasar borong untuk bersantap asam pedas buat kali terakhir sebelum balik ke Penang... Mmmm memang tak mengecewakan... bessstttt..


Nasi Asam pedas




Aliff dah tak sabar ke.....




Inilah dia asam pedas tetel.... peehhhhh sedapnya...




Ni pulak asam pedas ikan tenggiri....

Esoknya pepagi terus berangkat pulang kembali ke HOME SWEET HOME....

Kesimpulannya hajat tercapai walaupun masa begitu terhad sekali.... berat pun naik jugalah berkilo kilo.... tapi tak pe..... sesekali...

So kengkawan macamana apa cerita pulak????


Zam

Sunday, April 24, 2011

Apa cerita??

Apa cerita ?? Ini soalan yang acap kali kita dengar.. baik kawan atau pun lawan. Jadi di sini Moderator pun ingin bertanya kepada kengkawan sekelian.. Apa cerita...???

Dan ini sebahagian dari petikan cerita kengkawan yang ada dalam blog.

Anie :

Assalamualaikum!
Didoakan kengkawan sihat walafiat. Dunia ni ros, memang penuh haru biru. So, kita kena usaha tingkatkan amalan dan doa bebanyak agar Allah swt tetapkan iman. Mekasih buat kengkawan yg korbankan sikit masa utk sumbang idea penyejuk hati!

La ni sibuk jadi juruletih choral speaking. Lps msyrat PIBG hujung bln 3 hr tu, ada prgrm motivasi & teknik menjawab pmr. Next wk chral spking daerah. Pastu, hujng bln 4 ada hari anugrah cemerlang. Minggu ni jgk sibuk sukantara...Letihnya!
Tina pun sibuk semacam, kut?

Jumpa lagi!
Wassalam & Salam Jumaat.

Tina :
Sekarang ni... Tina lebih tumpuan dalam kelas utk selesaikan sukatan sebelum Mid Year Examinations bulan Mei nanti..

Sukantara, merentas desa, hari anugerah kualiti, mesyuarat PIBG semuanya dah selesai...

Yang menunggu penggal dua adalah hari sukan bulan 6. Ditangguhkan ke bulan 6 sebab padang di naik taraf. Teknik menjawab Tina tak uruskan tapi akan jadi penceramahnya penggal 2 nanti!

Yang best Ani... sambutan Hari Guru kan kita tak payah sibuk?

hope to see you soon!

Wassalam


Fendi :
Salam..

Wahai As, ko lah teman ku masa kecik2 dolu tapi ko lah punya badan yg paling tough....aku paling admire badan sasa ko dulu..kalo lawan bola bila bertembung dgn ko aku akan pikir 2 kali samada nak bertembung dgn ko ke takk...sbb silap ari bulan bengkak tulang kering aku d buatnyerr...ha ha ha...

...apepong, umur ko dah tua mcm aku gakk..dgn kesempatan nih, aku bulatkan bibir aku nak ucap Slmt Ari Lahir pd ko moga2 kehidupan ko yg mndatang sentiasa dilindungi yg maha ESA..aminn

...As, ingat pesan aku nih...jgn sesekali ko ukur kejayaan itu ddlm bicara wang ringgit tapi lihatlah kejayaan itu dlm bicara kebahagian HATI...hati yg tenang & gembira itu lebih bermakna dpd mempunyai wang berjuta...jgn lupa tulis ni kat pintu Bilik Mandi ko..aku dulu tulis benda ni kat pintu bilik mandi rmh arwah nenek akuuu..ape lagiii...menjeritt sakan diaa...dia jeritt, PENDIII..APE YG KO CONTENG RUMAH EDANN NIHH..ha ha ha

..Okey As, chow..

Rose :
Salam...

Emmm..tape laa hangpa ta dapt datang ..lain kali kalau dapat menantu hangpa ta dtg siappp ...Rose rotan sorang2 haha,..

Tu la lan ..memang ta de rezeki na makan nasi kenduri penang ...sedap giler ..

Heeey Fendi ko camtau2 je kitaorg tema kuning ...tp aku ko tau laa aku suka pakai cantik2 mengalahkan pengantin hehe ..cikmid sampai pening kepala na bayar duit tempahan baju aku ...gara2 na cantik ..

By the way ..thanks a lot my fren ...Sr and Tina thanks for your reply ..

Jadi apa cerita !!! Ceritalah lagi....

MODERATOR

Monday, April 11, 2011

Happy Birthday ..... AZHARI

Tiba giliran sahabat lama kita yang sentiasa menyepi untuk menyambut hari lahirnya yang ke 42. Maka kami warga SKKGK1969 ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY to As.

Semoga segala impian anda tercapai dan diberkati Allah selalu.

Wednesday, March 23, 2011

SPM keluar Hari ni la... !!!!

Tentu ibunda dan ayahanda yang lebih berdebar apabila nak tengok anak punya keputusan.. Walau bagaimana pun seperti yang selalu Cikgu Tina dan En Lando selalu sebut di dalam blog ini.. Biarlah keputusan yang bakal diperolehi setimpal dengan usaha yang telah dilakukan.. Insyallah segalanya adalah yang terbaik di jadikan oleh NYA..Amin

Kepada anak Cikgu Siti Rohani dan Pn Rosiah semoga kejayaan akan memihak kepada Muhammad Akmal dan Nadia Syarika..insyallah


Moderator

Tuesday, March 22, 2011

Rengis-rengis di pilis....Di tepungilah mawar...


Berbesar hati rasanya Cik Ros kita yang ingin menjemput sekelian kengkawan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Saudaranya seperti terteranya di kad Jemputan :


Sedikit informasi

Nama Pengantin : Wan Nazwani Binti Johan bersama Banitul Anuar bin Abd Latif
Tarikh : 26hb March 2011 ( Sabtu)
Alamat : Seperti Di Peta ( Dekat dengan Tesco Seberang Prai)
Pihak Moderator mewakili Puan Rosiah dan En Hamid menjemput warga SKKGK ian dan ahli keluarga bagi memeriah kan Majlis kenduri anak saudara beliau.
Datang ya jangan tak datang...
Terima kasih.
Moderator