HARI-HARI SEMALAM YANG MENINGGALKAN BERJUTA KENANGAN.... Untuk kengkawan yang rindukan hari semalam...
Friday, October 30, 2009
TABUNG MASA DEPAN !!!
ANAK BENGALI ...!!!
Dua hari yang lepas aku ada bersembang dengan kawan lama kita ini...
Aku saja nak mengingatkan korang tentang dia.. Walau macam mana pun yang aku salute tu..kawan kita ini masih seperti dahulu.. kalau korang masih ingatlah .. dia ni budak yang paling kool sekali.. Walaupun korang buat naya kat dia...yang selalu kacau dia si, Fendilah...
Ingat lagi cerita dak Fendi... Ustaz Razak selalu kenakan kat dia apabila main Bola Sepak.. Bila lambung bola tinggi-tinggi suruh dia tanduk... Memang lah kelakar kan... dia ni kan pakai toncet kat kepala...jadi kalau tanduk bola tu mesti lah dia kena adjust balik toncet dia.... aku ingat kalau dia bukan rambut dia, mesti panjang lagi daripada pontianak(Zarina)...
Satu cerita lagi, korang mesti ingat lagi, masa mata pelajaran Agama, dia akan duduk kat belakang sekali ... buat hal dia sorang-sorang...main-main lah, lukis-lukis lah,( aku ingat lagi dia ni suka sangat lukis gambar kapal terbang) ...mesti sedikit sebanyak.. ada yang dia belajar pasal agama islam....
Walaubagaimana pun, sekarang.. korang jangan main-main lagi dengan Suresh ni.. kalau korang kata korang lah yang paling jahat dan berani sekali di sek kem dulu..kenapa tak masuk askar macam dia.. dia sekarang ini berkhidmat sebagai Tentera Udara Di Raja Malaysia (Macam Tom Cruise dalam Top Gun) ...mengikut jejak langkah bapak dia... Pangkat aku tak tahulah pulak....sudah berumahtangga dan mempunyai anak dua...
Dua hari lepas , dia ada mension pasal kena transfer kat Sungai Besi Kuala Lumpur.. tension je, sebab family semua, dia tinggal kat Penang.. Dia memang looking forward nak jumpa korang semua.. so hopefully kita dapat berjumpa dengan mamat macor ini.. dah tak da lagi toncet.. mesti hensem punya....
kalau dia hantar gambar dia ..aku akan upload kat kat sini...
Berjumpa lagi.................
~Boy~
Thursday, October 29, 2009
Gambar VS Yang Dijejaki..40 tahun
Sedar tak sedar kita dah berjaya menjejaki hampir 16 orang rakan seusia kita..
Alhamdullilah... ini semua kehendak dan dengan limpah kurnianya.. kita dapat berhubung dan berkomunikasi....
Ada yang selama 28 tahun tak mendengar suara, mengetahui dimana ,bertegur sapa , tengok rupa bentuk dan sebagainya.......lah...
Biarlah gambar ini menjadi kenang-kenangan untuk kita mengibau kembali cerita-cerita lama kita semasa di Sekolah Kem Gerakkhas.. ini sewaktu dalam darjah 5.. tetapi apabila berada di darjah enam kita semua dimasukkan di dalam satu kelas.....
1. Zam Jepun
2. Lan Dollah
3. Negreto
4. SR
5. As aka Azhari
6. Man Panjang
7. Pontianak aka Zarina
8. Fendi Flinstone
9. Tina aka Anita
10. Negreto
11. Sham Kuntum
12. Kepau
13. Suresh Singh
14. Boy
Yang tiada dalam gambar...
15. Zalizan @ Dak Chan
16. Ujai adik Hozee Monster
Ini je setakat ni yang berada di dalam list dan dikesan.. semoga kita akan dapat menjumpai ramai lagi rakan-rakan yang lain pulak..insyallah..
Semoga perancangan kita untuk reunion kali kedua akan menjadi kenyataan .. insyallah..lokasi nya di kuala lumpur atau selangor...
Perhatian : sekiranya ada rakan-rakan ingin berkongsi informasi silalah masukkan dalam blog ini..jangan segan silu....
dan sekiranya sesiapa ingin mendapatkan contact nombor rakan-rakan yg lain bolehlah berhubung dengan aku...nanti aku bagi..
Sekian Wasalam..
Ikhlas
~BOY~
Wednesday, October 28, 2009
***PERINGATAN UNTUK SEMUA***
Mungkin kita ada baca berita hari ni... tapi kalau tak sempat, sila lihat keratan di bawah ni....

Murid hanyut depan mata
KAMPAR: “Saya lihat mangsa perlahan-lahan melepaskan tangan dari pautan kabel itu kerana kehabisan tenaga sebelum hanyut dibawa arus kuat. Saya tak dapat tolong mereka, itu yang saya sedih,” kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Mohd Rosli Mohamad, 49.
Perkhemahan 1 Malaysia.. ( Di Kampar) - budak jatuh kerana jambatan gantung putus.....
Kita di kejutkan oleh peristiwa menyayat hati ini...
Seperti tahun - tahun lalu, sekiranya cuti sekolah, pihak sekolah akan membuat rombongan melawat sambil belajar.. macam kita dulu-dulu...
Emak aku semalam apabila tengok berita tu, terus call aku..dia tak bagi anak sulung aku, Aiman pergi rombongan ....
Anak aku tu ada lah sekolah dia buat rombongan pergi KL dan Melaka sempena cuti sekolah dan lepas UPSR ni.. Mak aku terus reject.. dia cakap "tak payahlah pergi... kalau nak pergi, hang bawa sendiri je " Katanya...
Apa lagi terkedu anak aku... kesian dia
Tapi, bila dikenang-kenangkan ..malang memang tak berbau.. kita hanya merancang..tapi dia menentukan.. jadi biarlah kita ambil precaution.. semoga semua kita dilindungi allah..insyallah...
Jadi sekiranya, ada anak-anak korang terlibat dengan program macam-macam ni.. "LU FIKIR LAH SENDIRI" bak kata Nabir Raja Lawak....
Sekian.. "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi"
ps: pepatah nilah yang aku fail dulu masa pernilaian... tak faham-faham...
Wasalam
~Boy~
DIA SURUH AKU DOWNLOAD GAMBAR DIA JUGA !!!!
Hari tu macam Nordin Mat Top.. Sekarang dah jadi lain pulak...
CASTELLO.... watak ganas tu... dalam cerita Impak Maksima....

Hebat Kan..semangat komando tu membara je ...
Semalam aku jumpa dia, sambil makan tengahari ....kita orang borak dari pukul 11 pagi sampai pukul 2.00.. Tau je lah bila dah jumpa...macam- macam cerita keluar....
Member kita ini macam YB sikit.. merata dia jalan .. sat kat JB..sat kat KL..lepas tu kat Ipoh ... sibuk memanjang.....
Bagaimana pun.... demi masa depan anak - anak ... kita mesti berkorban....untuk mencari sesuap nasi....
Hai member lain senyap je... tak da cerita ke?? kalau ada bagi-bagilah kat aku ....nanti aku down load kat...
Wasalam....
**BOY**
Tuesday, October 27, 2009
BELAJAR SEMBAHAYANG...



Monday, October 26, 2009
ASAL USUL NAMA !!!!!
Korang mesti tak ingat dan tertanya - tanya.... macam mana dia dapat nama tu...!!!??
Kisahnya bermula pada satu rombongan ... kalau tak silap ..gambar rombongan tu ada di siarkan dalam blog ni tahun lepas... peristiwa ini berlaku ketika kita dalam darjah empat.. skkgk julung-julung kali nya membuat rombongan melawat sebuat pusat pemancaran di atas sebuah gunung di negeri Melaka...
Semua , masa tu masih hingusan lagi... seronok beb , dapat pergi rombongan .. sebab tak pernah pergi rombongan sebelum ni....
Di pendekkan cerita , lepas melawat tempat tu... kita terus pergi ke sebuah tempat perkelahan dikaki gunung tersebut... Air Terjun..best ooii....
Sampai je kat situ ..apa lagi semua tukar lah seluar pendek .. mandi air terjun.. sejuk hingga ke tulang som-som..
Tak salah aku cigku bawa bekal untuk semua orang .. makan nasi lemak dengan sandwich sardin...dengan air sirap.. sedap tu.....
Tiba-Tiba , tah macam mana..tanpa sesiapa sedari. kawan kita sorang ni tak semena-mena terkapai-kapai dalam air terjun tu.. Aku ingat lagi hero yang menyelamatkan dia.. siapa lagi ..kalau bukan si Khulai.. Dia nampak rambut minah tu mengerbang je di permukaan air..sebab kawan kita ni rambut dia, punyalah panjang..sampai ke lutut.. Apa lagi Khulai pun terus merentap rambut kawan kita ni untuk menarik dia ke atas.... nasib baik tak lemas...... umurnya masih panjang.....alhamdullilah
Dari sebab peristiwa rambut mengerbang tu lah.. gelaran tersebut tercipta....
Itu lah sampai tingkatan dua kita panggil dia .... "PONTIANAK"ssssssssssssssss...
Peristiwa yang sungguh manis untuk dilupakan....
PS : MAAF Zarina... hanya sebagai kenang-kenangan untuk sama-sama kita mengeletek hati semasa bersendirian.......keran mereka-mereka yang mengharungi aje akan faham cerita-cerita merepek ni....
Akan datang....Gelaran lain pulak...... (Tan Chong Beng)... korang masih ingat mat kedah ni....
Ikhlas
~Boy~