HARI-HARI SEMALAM YANG MENINGGALKAN BERJUTA KENANGAN.... Untuk kengkawan yang rindukan hari semalam...
Sunday, November 21, 2010
Selamat Berjaya kepada Calon-calon SPM 2010
Tuesday, November 16, 2010
Salam AIDUL ADHA..
Seronoknya .. emak ayah, saudara taulan atau kawan-kawan yang sedang berada di Kota Suci Mekah ketika ini bagi mengerjakan Rukun Islam yang kelima.. Semoga doa kita untuk mereka semuanya di dalam keadaan yang sihat dalam mengerjakan ibadah Haji.. Agar segala perlakuan mereka diberi pahala yang sewajar nya... serta mendapat Haji Mahbrur..
Ibadah haji adalah (wukuf) di Arafah.(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Baihaqi, ad-Daruquthni, Ahmad, dan al-Hakim. Al-Hakim berkomentar, “Hadits ini sahih, sekalipun beliau berdua [Bukhari-Muslim] tidak mengeluarkannya.”).
Juga sabda beliau:
«فِطْرُكُمْ يَوْمَ تُفْطِرُوْنَ وَأَضْحَاكُمْ يَوْمَ تُضَحُّوْنَ، وَعَرَفَةُ يَوْمَ تُعَرِّفُوْنَ»
Hari Raya Aidul Fitri kalian adalah hari ketika kalian berbuka (usai puasa Ramadhan), dan Hari Raya Aidul Adha kalian adalah hari ketika kalian menyembelih kurban, sedangkan Hari Arafah adalah hari ketika kalian (jamaah haji) berkumpul di Arafah.(Hadis Riwayat as-Syafii dari ‘Aisyah, dalam al-Umm, juz I, hal. 230).
Dengan ini juga pihak moderator mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha kepada semua Warga Ex-Skkgkian sekelian.. Kepada yang beraya di kampung semoga selamat dalam perjalanan pulang ke tanah tumpah darah.. Serta menyambut Hari ini dengan penuh kesyukuran...

Tidak lupa juga bagi yang mengadakan ibadah korban serta bersedekah.. Moga ALLAH memberi pahala kepada anda semua.. Kita bersyukur dengan rezeki yang telah diberi NYA dengan cara ini..

Sekian Maaf Zahir dan Batin dari pihak Moderator
"SELAMAT HARI RAYA IDULADHA"
10 Zulhijah 1431
Monday, November 8, 2010
JEMPUTAN KAHWIN cum "MINI REUNION"
Pertama Kepau, kemudian Tina, hari tu Ani dan yang selalu bertanya ialah Ija... "BILA NAK BUAT REUNION lagi" ? Semua kengkawan dah rindu bebenor nak berjumpa sambil berborak panjang.. Kalau nak tunggu Si Fendi nak arrangekan, bak kata Ani lah 15 tahun lagi baru dapat jumpa.. Jadi sambil menghadiri kenduri bolehlah bermini Reunion... Oleh Itu...
Dengan segala hormatnya saya bagi pihak Ibu serta Abg Saya, sukacita menjemput seluruh warga SKKGK1969 untuk menghadiri perkahwinan anak saudara ( Anak kedua Abang saya). Jemputan ini juga dipanjangkan kepada Ahli keluarga anda semua yaitu termasuklah bekas - bekas komanado serta isteri - isteri mereka yang mengenali Arwah Ayahanda( Mej Hj Zainal Abidin bin Johari) serta Ibuda ( Hjh Saaduah Shukor( lebih di kenali sebagai Kak Zah popiah) .
Majlis akan diadakan di kediaman saya di Ipoh Perak. Alamat : No 8 Jalan Chepor Indah 33, Taman Chepor Indah 31200 Chemor. Tarikh 28hb November 2010.
Semoga dengan kehadirin kengkawan semua termasuk ahli keluarga masing-masing akan memeriahkan lagi majlis yang di adakan. Lebih - lebih lagi dapat memanjang serta menguatkan lagi tali Silaturahim antara kita semua..Amin..
Sekadar pengetahuan.. Zarina aka Pontianak , Nazri aka Negreto, Fendi aka Flinstone , Azlan aka Lando ada memberi jawapan, mereka akan cuba menghadiri majlis itu nanti.. Jadi, kepada geng-geng SKKGK1969 jangan melepaskan peluang ini untuk berjumpa sahabat handai kita yang telah lama tak berjumpa di majlis itu nanti.. Moga-moga Allah akan mempermudahkan serta mempertemukan kita semua pada hari itu nanti..INSYALLAH..
Sekian Wassalam
Ikhlas
~Boy~
Friday, October 29, 2010
Special untuk si Suami, Husband, Abang, Abun dll

>1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Moderator
PS- moderator tolong paparkan aje...
'sambung' silarurrahim ni....
Assalamualaikum semua, Ini cerita Ani.... dibawah tulisan Tina - 'Minggu Ini, Bulan Ini, Tahun Lalu.... Ani pun dah terlintas perkara yg sama bila PMR bermula sbb start thn lps, kami ckg2 form3 kena mengajar petang ganti ckg2 ptg yg p mengawas PMR. Bengang dan letih gak masa tu sbb Ani mmang mai dr pagi.. tetiba dpt call dr Boy. Maaf Ani... tak minta kebenaran dulu... Wassalam Tina Kassim |









Moderator..
Tahun 3
Tahun ke 5
Tahun ke 13

