Untuk Semua,
Selamat Menyambut Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 H. Semoga tahun baru ni akan memberi lebih makna untuk kita semua. Di kala ekonomi merudum di seluruh dunia, kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapinya. Semoga ekonomi kita dengan Ilahi tidak tergugat.
Berikut pesanan kawan-kawan kita .
Fendi says " Salam... selamat menyambut tahu baru hijrah. Jika dulu kita ke masjid 1 tahun 1 kali maka tahun ini jadikanlah 1 tahun 2 kali... Semoga hijrah ini dirahmati Allah "
Boy writes " Selamat menyambut Maal Hijrah semoga tahun ini memberi penuh keberkatan dan limpahan kurnia darinya, Insyaallah"
Akhir kata.. kita berdoa agar kehidupan kita diberikan keberkatan oleh Allah dan sentiasa tabah menghadapi dugaannya. Amin...
Doa untuk semua :
" Ya Allah, di awal tahun baru yang barkah ini, muliakan dan sayangi pembaca blog kami ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kan kenikmatan ibadah padanya. Jauhkannya dari fitnah, malapetaka, azab api neraka dan segala kejahatan. Suburkan benih keislaman pada keturunannya dan masukkan dia dalam Syurga Mu tanpa hisab. Amin Ya Allah . "
Zam
3 comments:
Assalamualaikum w.b.t buat kenkawanku yg tercampak-campak merata-rata...aku betul2 tension tak dpt jumpa korang kat C.H`land tuhari..ditakdirkan Pak Mertua aku meninggal pulak..tapi takpe, aku dgr tahun ni ada sekali perjumpaan kat Melaka..best tuhhh...
...tapi bagi aku selagi korang tak dpt cari SR tuhh selagi tuh hutang aku masih tak berbayar.. mana taknyerr..cuba ko bygkan, masa tu kita darjah 4,5,6 sama2...dia kata tak suka aku sebab :-
1. Aku belajar tak pandai mcm Zam & Lan Dolah -->Jwpnnya : Itu bukan salah aku, itu salah helikopter Nuri tu yg slalu dtg pusing2 kat padang tuh..so bila bising camne aku nak blajar..lu pikirlah sendiri bro..
2. Dia suka lelaki yg mcm artis --> so aku bagai nk giler masuk jadi penari masa hari guru..joget pakai topi mengkuang lagi..lu pikirla bro..
3. Pastu dia kata suka kat lelaki yg pandai nyanyi --> maka aku pun masuk nyanyi lagu by the river of babylon dan lagu nasyid kat atas pentas masa hari guru..lu pikirla bro..
4. Pastu dia kata suka kat lelaki yg beriman --> maka hari jumaat je aku kedepan perhimpunan baca doa dgn zam,lan dol, amri..itupun dia kata tak cukup..lu pikirla bro
5. Pastu dia kata suka kat lelaki yg selalu tolong org --> maka dgn pantas masa sukan tahunan dia terlupa bwk stokin maka dgn sifat gentleman dan machonya dgn pantas aku bukak stokin aku bagi dia pakai..pastu terus dia dapat menang acara isi air dlm botol berkat stokin aku tuhh..lu pikirla bro
6. Pastu dia kata suka lelaki yg selalu jadi perhatian --> maka sebab itu aku slalu dipanggil Arwah Cikgu Dollah utk sebat bontot aku, walaupun sakit tapi kurbankan jugak sebab SR sukak lelaki yg selalu pegi depan..lu pikirla sendiri..
Tu yg aku tekad nak cari dia aku nak byr hutang..apasal dia kencing aku..mungkin bapak dia tak suka kat aku sbb aku pernah tertampar mata dia sampai merah sampai bapak dia dtg jumpa aku kat sekolah...mungkin sbb tu aku kecundang..mujurlah ketika tu si Rahniza Mata Katak sanngup terima aku sebagai suami olok2 dia...
Anyway, kalau buleh kenkawan ku teruskan usaha carik SR ni yee..bkn apa saja nak tgk muka dia la ni camne..??
Finally, sempena Maal Hijrah nih..make sure kita menjadi lebih baik dpd semlm..jika dulu pg msjid 1 thn 1 kali maka thn ni cuba utk 1 thn 2 kali..sebaiknya setiap waktu tu dmsjid atau brjmaah tp itu agak sukar rasanya di akhirzaman dunia ni...sesungguhnya ilmu yg sedikit itu tetapi diamalkan secara istiqamah itu lbh baik dpd ilmu yg byk sehingga dipikul oleh 7 ekor unta sekalipun tetapi tidak diamalkan..yg penting arah tuju hati ( ultimate aim) itu berlaku & berpaksi kpd satu penghijrahan..senang cerita, kita jd lebih baik dpd smlm....
Ingat ??? Amal tanpa ilmu itu sesat, ilmu tanpa amal itu rugi..renung2kan.
Wassallam..chow
FENDI
Wah sesekali kau masuk blog ni rasa meriahlah Fendi. Inilah namanya nostalgia. Kekadang di masa susah ni bila terbaca coretan kau ni , hilang sekejap masalah melanda kepala otak aku ni.. betul-betul terhibur dan terkenang. Maklumlah next year nak masuk 40.. orang kata life begin at 40..tak tahulah..
Camano pun dalam ketawa ada terselit kata-kata nasihat itu yang mahal tu... semoga blog ni berjaya mengimbau kenangan lalu dan juga panduan di masa hadapan...
p/s : Apalagi kengkawan gerakkan operasi mencari dengan segera....
Zam
Zam
Assalamualikum ,
Sebelum terlambat aku nak ucapkan salam maal hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009. Semoga kita dapat memperbaharui azam kita terutamanya dalam memperbetulkan niat kita hanya kerana Allah 100% dan solat kita kerana ianya adalah tunggak dalam ibadah kita.
SR begitu nostalgia dan banyak kenangan kau ya Fendi, tak perasan pulak aku yang kau menyimpan perasaan pada dia, tapi tak pelah akan ku usahakan sehingga ke lubang cacing sebab sepupu aku dgn dia sekelas, sabar bebanyak ye. Banyakkan zikir dan ingat Allah.
Fendi tak de peluang business ke????
Ok semua semoga ceria selalu disamping keluarga tercinta. Akhir kata dariku "Tahun 2009 adalah tahun yang amat mencabar dalam semua aspek terutamanya ekonomi, untuk peringatan pada diriku dan kawan-kawan berbelanjalah secara berhemah dan sentiasa ingat pada NYA agar kehidupan kita sentiasa mendapat berkat dan Rahmat Allah SWT."
Sekian
Wassalam.
Sham
Post a Comment