Thursday, October 22, 2009

Masih Seperti Dahulu...

Salam...

Semalam aku mendapat nombor telepon rakan sekelas kita dari seorang kawan lama semasa tinggal di dalam kem dahulu...

Jadi apa lagi....aku pun call lah dia... tak sangka dia respond walaupun sibuk didalam kelas, katanya...
Apabila habis kelas aku pun call sekali lagi dan bersembang lanjut....

Masa aku bercakap dengannya...Aku dok rasa macam dulu - dulu lagi..dia tak sombong, ceria, mesra dan lepas beberapa minit je dia boleh mengibau masa zaman kecil-kecil dahulu....

Anyway, kalau kau dah baca blog ni.. aku ucapkan "Selamat Datang ke blog ini"... semoga dengan sedikit sebanyak cerita - cerita dalam blog ini kita dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta lebih penting lagi mengeratkan silaturahim antara kita insyallah.... Biarlah kita orang semua memanggil kau dengan panggilan manja kau tu .... "PONTIANAK"...aka Zarina Binti Barhrum...

So .. contact-contactlah Pn Zarina ini apabila lalu kat LABU SENDAYAN... manalah tahu dia ajak singgah kat rumah keluarganya pekena masak lemah cili api...

Sekian
~Boy~

No comments: