Monday, December 28, 2009

Alhamdullilah..... bertemu kembali

Salam Sahabat...

Lama juga saya meninggalkan laman ni.. bukan apa sibuk lah sangat dengan tugas dan aktiviti harian..maklumlah musim cuti sekolah ni dan hujung tahun.. mesti ramai yang mengadakan kenduri kahwin dan sebagainya ( maklumlah teman ni kan business sewa canopy)...so sibuk bebenor le...

Seronok membaca cerita Zam tentang cuci kain dan mandi di kolan tu..memang betui pun.. kalau tak da air.. kat situlah kita pergi mandi...

Gambar Kolam Di rakam dari Blok Bunga



















Gambar Kolam renang Di rakam dari Stadium GGK ...SEDIH RASANYA

Untuk pengetahuan kengkawan kolam tersebut dah tinggal kenangan... kolam tu dah bocor dan tak digunakan lagi... keliling kolam tu dah kuning dengan karat-karat besi.. baru lepas raya haji tu aku balik dan melawat kat dalam kem... ada banyak gambar yang dapat aku tangkap untuk tatapan semua... nanti aku cuba download kemudian..insyallah...

Aku juga sempat bersembang dengan brader komando yang guard kat "boat trup" tu.. dia kata kem itu akan ditutup dan bakal di pindahkan ke Bruas Perak pada 2013.. entah jadi entah tidak...wallahu a'lam... sedih kan ...

Hai.. sebenarnya banyak sangat cerita yang nak disampaikan ... tapi tak tahu yang mana satu... tak palah kita mulakan cerita tentang kengkawan yang bercuti di beberapa minggu yang lalu.... Zam di Sungai Petani bermandi manda... Lan Bogek pula sampai ke Padang Besar dan sempat bersembang dengan SR.. Faisal pula ke Kuantan nak hantar maid... Dengar cerita SR pun bercuti di KL di rumah Kakak... Lando pula hantar anak interview di MRSM Terengganu( semoga berjaya).......tapi yang best sekali Zarina lah berkerja sambil berhoneymoon dengan Husband tersayang di UK.... walau bagaimana pun aku doakan agar semua bergembira dan memanfaatkan cuti sebaiknya bersama keluarga tercinta...

OK bersambung lagi....

Ikhlas
~Boy~

2 comments:

Budak Kem said...

nasib baik kita org bdk2 perempuan tak mandi kat kolam tu pasal engkorang mesti terlepas apa2 je dlm kolam tu kan..kan..zarina




zarina baharom.

Budak Kem said...

Ija...

Dulu yang selalu pergi mandi kat sini ... faisal lah... itu kena tanya dia....