-zam-
HARI-HARI SEMALAM YANG MENINGGALKAN BERJUTA KENANGAN.... Untuk kengkawan yang rindukan hari semalam...
Tuesday, January 19, 2010
Meriahnya Blog !!!
Alhamdulillah, aku tengok blog ni makin meriah dengan nukilan2 , coretan2 dan cerita dari kengkawan. Nampaknya ia dah melangkaui batas masa silam. Satu petanda baik. Untuk Boy, thanks atas gambar2 di kem. Memang terasa sungguh melihat gambar2 yang dipaparkan.. Ingin sekali rasanya nak balik dan tengok sendiri kat kem tu.. Maklumlah aku ni dilahirkan di PD kat kem askar , lepastu terus dibesarkan di kem tu .. dari kecik sampailah umur 12 tahun. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan. Hampir seluruh kem tu dah dijelajahi. Sebut aje.. anak siapa mesti kenal punye. Bukit Mentago menjadi saksi untuk kita. Berdiri gah.. dan selalu sibuk dengan latihan tentera di dalamnya. Silap sikit abang2 tentera kena sepak terajang tak cukup dengan tu kena angkat log lagi ...lari sekeliling kem.. Helikopter pun tak payah cakaplah... asyik2 lalu kat atas.. Bila diorang terjun tali maka kitalah penontonnya.. tup tup tali putus... gedebom jatuh ke bawah.. terus di bawa abang komando ke hospital terendak.. Kalau nak tau kalau nak gi terendak kem ada short cut kat plpk.. naik basikal lalu kat belakang tu pas tu boleh terlepas sampai ke tanjong bidara... Mmmm itulah antara kenangan2 yang aku boleh lakarkan di sini. Tapi yang paling best sekali ialah bab berkawan... memang best.. anak komando katakan.. ok lah ..kengkawan teruskanlah meriahkan blog ni.Inilah wadah untuk kita bersembang dan berkongsi cerita.. jangan malu2 ...okkkk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Bukit Mentago tu kalau anak komando tak kenal yg mana satu,memang nak kena pulas telinga la tu,Lan Dolah pun tahu..kalau tak silap bawah bukit berhampiran ada klinik tentera utk isteri dan anak2 komando.setakat ni,tak ada ke cucu komando nak jadi komando!ganti atuk2 dia org la,gaji komando skrg lebat ada mcm2 elaun u!SATU PELURU SATU MUSUH!
ija
Bukit Mentago tu kalau anak komando tak kenal yg mana satu,memang nak kena pulas telinga la tu,Lan Dolah pun tahu..kalau tak silap bawah bukit berhampiran ada klinik tentera utk isteri dan anak2 komando.setakat ni,tak ada ke cucu komando nak jadi komando!ganti atuk2 dia org la,gaji komando skrg lebat ada mcm2 elaun u!SATU PELURU SATU MUSUH!
ija
Alhamdullilah.. mendengar banyak cerita yang dikongsi oleh semua sahabat.. moga-moga Blog ini akan kenangan yang paling bermakna serta berinformasi kepada semua...Insyallah
Teruskan... Takut dengar nama BUKIT MENTAGO tu...banyak anjing malam-malam...
~Boy~
pernah nengok sorang komando kena penyepak dan dipulun kat kaki bukit tu pasal mabuk masa hari kor. Cuak jugak aku menengoknya sebab 1st time le kata kan, masa tu darjah 4. aku jln sorang jer keliling padang tu, bukan anak komando ler ... kesiannnnn
-lan dollah-
sape tak kenal bukit mentago... aku siap panjat bukit tu dengan jamal anak mat chimpeng, nganga anak pakcik ong dan dua tiga org lagi yg aku pun dah lupa namanya. kita orang sgt biasa dgn kaki bukit tu sampailah rifle range sbelah klinik dan belakang cook house. carik peluru hidup buat pendant rantai atau buat mainan letup2 taruk belerang mancis dalam kelonsong peluri lepas tu cucuk paku dan lambung. once mendarat je, POM !!!!
Post a Comment