Thursday, March 18, 2010

CUTI SEKOLAH...!!CUTI SEKOLAH....!!

Salam..

Cerita pasal cuti sekolah ni macam macam terlintas.. Ya..baru je kejap (11.15 am)tadi sembang dengan dak Zam Jepun.. Tengah dok dekat "PULAU BANDING".. di atas GRIK nuu... katanya dalam perjalanan nak balik kampung isteri di Kelantan.. Uii memang best tempat tu..permandangan hijau dan semulajadi.. sejuk lagi... So kalau ada masa, member semua boleh lah bawa family jalan - jalan lalu kat situ... Anyway kepada DaK Zam Jepun "Selamat Jalan dan Pandu lah dengan selamat"... Boleh kirim "kepok Leko dok...." Bagus juga rancangan dak Zam tu bawa Family balik kampung supaya anak-anak dapat kenal sepupu-sepupu mereka.... kalau tak pun, entah bila lah boleh berjumpa... Cakap pasal perjumpaan ni .. ingat lagi pesanan arwah bapa boy...katanya hanya tiga perkara ni je kita dapat ramai berkumpul saudara mara...iaitu

1. Apabila Hari Raya
2. Apabila ada kenduri Kahwin
3. Apabila ada kematian...

Sebab selalunya kita semua sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing...

Cerita pasai Tina pula, katanya mula-mula nak balik ke Kelantan juga.. Tapi sms terakhirnya plan tu tak jadi pula...sebabnya Anak ada kelas tambahan.. So mungkin menghabiskan masa disamping suami, anak-anak di Sungai Besar.. Kalau boylah, cuti-cuti macam ni lah masanya nak kemas rumah.. maklumlah suami isteri bekerja.. jadi masa memanglah tak pernah cukup... Kepada Tina selamat bercuti sambil menenangkan fikiran..kalau ada free-free tu, tulis-tulis lah kat blog ni...mungkin ada cerita, idea yang ingin dikongsi dengan x-skkgk...

Ani pula, hari tu ada dengar cerita plan nak ke Cameron Highland.. Jadi agaknya.. so boy ucapkan selamat bercuti dan beristirehat..Cameron sekarang ni dah kurang sejuknya.. kalau musim cuti sekolah ni ditambah pula dengan JEM.. sebab banyak kereta naik keatas tu.. So, pandulah berhati-hati... jangan lupa beli buat tangan kat sana...Apa lagi kalau bukan buah STRAWBERRY... Agaknya kepau dah jemu makan buah ni sebab tiap-tiap hari tengok disana...

Cerita pasal cuti, boy juga tak lepas kan peluang , pergi ke FRASER HILL je... kat sana pun panas juga.. tapi kejap-kejap hujan.. itu yang banyak kabus.. di sana memang tak da activity2, sebab mereka masih mengekalkan "natural world".. tak da tanam sayur atau buah-buahan, tempat main golf adalah, untuk budak budak boleh naik KUDA".. bayar RM3 je.. cuma makanan agak mahal kat sana ..mungkin sebab jauh kot nak bawa naik.. ok bersama ni ada sedikit gambar yang dirakam disana untuk kengkawan yang mungkin plan Fraser Hill...







Sekian ..

IKHLAS
~boy~

No comments: