Monday, May 31, 2010

2nd Re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 Update 18


Sekarang ni peserta-peserta dari umur 10 thn hingga 13 tahun... Lihatlah aksi2 mereka di bawah ni..

Inilah dia barisan anak muda kita.... Ahmad, Azam, Aishah, Umairah, FArah, Afiq, Aiman, Aliff, Naufal dan Najwan



Pasangan suami isteri yang berdedikasi demi untuk menjayakan sukaneka ini.



Peserta disuruh berehat dan tunggu arahan seterusnya




Ani dan Aziz sedang memberi penerangan kepada peserta2.



Sham, buat apa tu... jangan takut biarkan mereka dengan dunia mereka..

Yeah pertandingan hendak bermula... Cik Aziz dan Cik Ani sibuk sungguh nampak..

Azam, Aiman, Aliff...3A nampak
Aiman dan Aliff tekun sekali memasukkan kain perca ke dalam tabung..


Aishah, Umairah dan Farah fokus terhadap tugasan untuk memasukkan kain perca ke dalam tabung. Rose terpukau dengan kemahiran mereka memasukkan kain perca ke dalam tabung. Manakala Nor Rita dan Foziah tersenyum aje. Tabung disponsor oleh Ani dan Aziz.

Lan dengan Foziah mesra nampak , pasangan yang ideal. Cik Nor Rita sedang memerhatikan puteri sulongnya. Belakang nu tu Encik Hamid kita senyum sesorang aje nampak.
Juri sedang mengukur siapakah yang dapat memasukkan kain perca sebanyak mungkin dalam tabung
Kali ni Sham pulak bagi hadiah..

Farah tersenyum menerima hadiahnya.

Aikk cepatnya tak sempat nak ambil gambau. Cik Nora senyum aje dari jauh.



Puteri dak boy Umairah sedang menerima hadiah dari Sham

Anak penolong ketua murid, Aishah tersenyum dia..
Ni dia pemain rugby yang mewakili KL ketika darjah 6... Afiq.
Azam putera Tina dan Nik Aziz.. ada gaya hero hindustan tak...

Aiman, anak sulong Boy ketika penyampaian hadiah


Ahmad senyum sikit lagi..


Aliff anak dak Zam sengih aje ketika menerima hadiah..


Kesimpulannya, acara ini ialah cabaran untuk memasukkan kain perca yang panjang yang telah diukur oleh Aziz dan Ani ke dalam tabung. Siapa dapat memasukkan paling banyak ke dalam tabung merupakan pemenangnya...Tapi yang paling penting semuanya ada semangat kesukanan dan bersedia mengambil cabaran. Hadiah semua orang dapat termasuklah tabung dan kain perca. Thanks Anie & Aziz.

Okkkk tunggu update seterusnya acara untuk 6 tahun ke bawah.....
Posted by Picasa

2nd Re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 Update 17

Acara untuk anak-anak diantara 6 tahun hingga 9 tahun pun bermula


Dari kiri Fatihah, Umairah, Aishah, Nabihan, Asraf, Akiff, Hakim dan Aiman. Anak-anak diminta duduk dan keluar dari kolam renang... semua bersedia untuk menerima arahan dari Ani dan Aziz.

Tu dia Teacher Ani tengah memberi arahan...apa gamenya ya ?? OOOOOooooo Puzzle game, diorang kena susun balik puzzle tu dan yang paling cepat akan dikira pemenang.

Tu dia Encik Aziz kita tengah berbicara sesuatu...

Teacher Ani tengah memberikan setiap orang puzzle yang perlu diselesaikan..
Mak bapak tidak ketinggalan juga mengambil bahagian... si Ros dan Lan B. nampaknya sedang memberi tunjuk ajar kepada anak masing2. Aziz sedang memantau acara ini, lihat dengan tenangnya dia memerhatikan keadaan sekeliling.
Aikkk...ternganga nampak bebudak ni.... Lan buat apa tu.. nak tolong ke..?
Teacher Ani sedang memerhatikan peserta-peserta cilik ini.
Masih lagi tengah bergelut dengan masa....
Aikk.... dapat hadiah juga.. Akiff sedang menerima hadiah dari Zam.

Begitulah seronok dan kelakarnya apabila acara ini diadakan, bagaimanapun diharapkan ia dapat menghilangkan stress semua kerana acara ini benar2 memikat hati kesemua pihak.

Baiklah...sekarang kita akan beralih ke acara umur 10 tahun hingga 13 tahun ... tunggu update seterusnya...
Posted by Picasa

2nd Re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 Update 16

Aktiviti sukaneka di tepi kolam renang. Acara-acara ini diketuai oleh Ani dan suami yang begitu sporting Encik Aziz. Terdapat pelbagai acara dari 1) Umur 7 tahun hingga 9 tahun 2) Umur 10 tahun hingga 13 tahun 3) Umur 14 tahun hingga 17 tahun 4) Umur 6 tahun ke bawah 5) Family event di mana kesemua family akan bekerjasama untuk memenangi acara yang diberi. Berikut ialah gambar2 ditepi kolam dan some candid camera.


Inilah kolam yang dikuasai sepenuhnya oleh anak-anak komando atau anak2 kita.

Seronok diorang sampai tak sedarlah gambar diambil

Ni A'liah dan Akiff.. Akiff dah letih kot...

Ni orang rumah Zam dan Sham, Cik Hanisah dan Cik Nora.

Ikutilah gambar2 seterusnya diupdate yang lain

Posted by Picasa

2nd Re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 Update 15

Hari Ke-dua, Aktiviti Pertama ialah MAKAN PAGI atau SARAPAN PAGI atau BREAKFAST.....

Selepas itu semua keluarga akan berkumpul di tepi swimming pool untuk sukaneka kita yang akan diketuai oleh Teacher Ani dan husband, Encik Aziz.



Lan tengok apa tu.. ambil ajelah... MENU : Meehoon goreng dan roti bakar.



Ni sambil minum dan makan bersembang2.. kisah apa ye ?

Amboi Ros dan Ani , pakat dua orang aje... apa cite nya... yang dak Lan tu ketawa besau nampak...
Eh.. tak habih lagi sembangke ..cepat sikit bebudak dah tunggu kat swimming pool.



Posted by Picasa

2nd Re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 Update 14

Gift dari kengkawan...
Kepada yang menyumbang tu terima kasih daun keladi .. kalau ada reunion lagi bagilah lagi..


Ni muffin dari keluarga Zam.Kalau sedap bagitau kawan, kalau tak bagitau dak Zam.

Ni towel yang disulam dengan kata-kata FRIENDS.. Friendship remains and never can end...sumbangan dari Tina Sekeluarga.

Yang ni pulak Surah Yaasin dari keluarga Sham. Semoga kita mengamalkannya dan mendapat keredhaanNya.

Ni panduan kehidupan ikhlas dari Siti Rohani dan keluarga... baca jangan tak baca..

Terima kasih jua kepada yang lain-lain yang telah menyumbangkan idea, tenaga, kerjasama dan yang utama sekali adalah MASA untuk sama-sama hadir di perjumpaan ini.. Inilah sumbangan yang paling bermakna buat Reunion kali ini......

Seperti yang pernah dikata serta ditulis oleh seorang sahabat kita di blog ini iaitu...

" Bertapa kita Menghargai Persahabatan Ini"

Bagi pihak urus setia...kepada yang hadir adalah GIFT YANG TERBESAR dan sukar untuk dinilai kerana anda semua telah berkorban masa dan wang ringgit untuk menjayakan perjumpaan ini...
Semoga perjumpaan ini akan mendapat keberkatan dari ALLAH swt...Amin

2nd Re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 Update 13

Aktiviti seterusnya.. Teka Gula-gula... kiraan yang terdekat atau tepat dikira pemenang.. Hadiahnya handphone tau... jangan main2...



Ni tengah kira gula-gula yang berada dalam balang
Ini ketua audit telah mengaudit gula-gula sekali lagi....


dan pemenangnya A'liah Nursyazwanie..membawa pulang sebuah handphone. Tahniah...!!

Ni aktiviti apa pulak ni... oooo aktiviti bersembang kat kedai mamak.. tak ngantuk ke?



Mata diorang ok lagi je nampak walhal dah pukul 2 pagi... Baliklah woooiii besok ada aktiviti lagi.

Posted by Picasa