Monday, May 24, 2010

Tentative Agenda For 2nd Reunion..!!

Salam...

Sibok bebenorlah lately teman ni....sampai tak sempat nak bagi update pada kangkawan tentang Reunion Kita ni... Alhamdullilah hari ni baru sempat nak bercerita sikit... Mesti semua kangkawan tak sesabau ( bak kata Dak Lan D - Orang Melaka).... nak tahu perkembangan terkini tentang reunion kita... OKlah di sini saya sertakan tentative agenda kita untuk 29th - 30th May 2010 itu nanti..

Hari Pertama - Sabtu - 29th May 2010

11.00am - 5.00pm Mendaftar Di Hotel Lumut Valley Resort

3.00pm - 6.30pm Aktiviti sendiri bersama keluarga ( Nak Mandi Kolam ke, Nak sea side ke, atau Jalan2 kat Pekan Lumut)

7.00pm - 7.30pm Berkumpul di Dewan untuk sembahayang Maghrib berjemaah. Di ketuai oleh Ustaz Norzamly Ibrahim (Acting Naib Kadi Wilayah Seberang Perai.. gurau je)

7.45pm - 8.30pm Majlis Bacaan Yassin serta Tahlil di ketuai oleh En Nik Aziz ( Suami Cikgu Tina)

8.30pm - 9.00pm Sembahayang Isyak di ketuai oelh En Nik Aziz

9.00pm - 11.00pm Jamuan Makan Malam serta di selang seli dengan beberapa "ACARA KEJUTAN"

11,00pm - Bersurai dan Selamat Malam

Hari Kedua- Ahad - 30th May 2010

8.00am - 9.00am Sarapan Pagi di Dewan Makan ( Sembahayang Subuh di Bilik Hotel)

9.00am - 1130am Acara Sukaneka Keluarga .... Anak- Anak bolehlah bermandi-manda di kolam

12.00pm - 1.30pm Bersiap untuk check out dan terus ke dewan Makan untuk Makan Tengahari ( Solat Zohor Jemaah)

2.00pm Bersurai dan Selamat Jalan ke rumah masing-masing

Inilah secara kasar aktiviti atau agenda yang akan kita lakukan.. walaubagaimana pun kita hanya merancang segalanya ketentuan NYA..

PS :
  • Di Hotel ini ada disediakan Bilik Gym.. So kepada sesiapa yang berminat boleh menggunakannya nanti percuma.
  • Di sini juga terdapat perkhidmatan mengurut kaki ( Refleksologi) tetapi bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan ini. Terdapat di Lobby, keterangan lanjut boleh di dapatkan di sana nanti.
  • Terdapat juga bilik Sauna.. Tak salah Rm16 je untuk pernggunaan.. Jadi bolehlah mendaftar kepada yang berminat
  • Akhir sekali jangan lupa bawa baju mandi untuk anak-anak (Kalau Mak Bapa nak mandi juga pun boleh) , sebab itu je lah yang akan membuat mereka gembira...
Sekian

Ikhlas
Boy

3 comments:

Tina Kassim said...

Salam,

Request mesti balik awal sikit hari Ahad tu.... Hari Isnin anak-anak nak periksa mid year....

Budak Kem said...

Salam..

OK No problem.. kita will adjust the time back..

Insyallah..

~Boy~

Budak Kem said...

Salam...

Baru saja menerima panggilan dari JB, Taufik tak dapat menyertai kita kerana, Ketiga-tiga anaknya dijangkiti "Chicken Pox" beberapa hari yg lalu... Hari ni pula Isterinya baru kena, so chances untuk sahabat kita ni kena pun tinggilah juga...

So dengan dukacitanya dia memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan dirinya serta keluarga...

Lagi pun rasanya eloklah dia tak datang pun..nanti habis semua bawa balik "Deman Campak" pula ke rumah selapas reunion...

Sekian di maklumkan..

Sekian

Wassalam...
~Boy~