Acara keluarga adalah acara sukaneka yang terakhir... Jadi acara apa ya ??? Jangan terkejut pasangan Ani dan Aziz benar2 membuatkan semua keluarga lain tergamam... Acaranya ialah KOPEK KACANG. Setiap keluarga akan diberikan 2 pek kacang yang dibeli di Tesco kemudian berkumpul dengan ahli keluarga yang lain , duduk dan terus kopek kacang . Kacang hendaklah dimasukkan ke dalam cawan plastik yang diberi. Sesiapa yang siap dahulu atau memenuhkan kacang di dalam cawan itu akan dikira sebagai pemenang... Jadi apa lagi , ayuh kengkawan mari kita saksikan aksi2 keluarga yang hadir...
Semua husband kat atas sedang mencari pasangan masing2...
Masih lagi dalam keadaan bersantai... apa lah agaknya Ros katakan tu ? Lan pulak gelak sakan nampak sambil diperhatikan oleh Hamid.
Lan dan Foziah .... romantik tak.. dating sambil kopek kacang
Lihatlah pasangan manja Tina dan Aziz.. kopek kacang dan masuk mulut nampak...
Eh.. Cik Anie kita pun masuk jugak.. tengah buat formula ke... Adib, Aishah tengah tolong Umi.
Ros dan Hamid...tengah kopek kacang ke bersembang ke bergurau senda....
Ada yang masih lagi sibuk kopek kacang bebudak nampaknya dah terjun ke kolam..
Umairah tengah tolong Mama Nor...cepat cepat...
A'liah dan Mama tengah bersungguh-sunguh kopek kacang..
Ya... inilah barisan kacang yang penuh di dalam cawan putih...
Eh eh sembang apa tu.. sembang pasal Fendi ke ??? Jangan marah ye...
Kemudian hadiah pun diberikan... Boy tengah ambil hadiah tu
Yang ni Aziz junior .... seronoknya dapat hadiah dapat kacang lagi..
Hamid sedang menerima hadiah dan kacang yang dikopek..
Puteri Tina, Fateha sedang menerima hadiah dari Bapanya...
Mmmm budak kecik tu A'kiff anak dak Zam tengah ambil hadiah
Tak ketinggalan Lan Bongek... apa lagi senyum aje .... Foziah happy tak terkira..
Ni Sham pulak tengah terima hadiah dari Nik Aziz.
p/s penerima hadiah tak ikut susunan,jangan confuse lak..
Begitulah ceritanya, kengkawan yang tak hadir terasa ruginya... pasal dah lah dapat hadiah dapat kacang lagi yang ditaja oleh Ani&Aziz Co. Baiklah sebenarnya semua adalah pemenang , tetapi suasana yang santai ketika itu membuatkan kita lupa yang masa berjalan dengan begitu pantas sekali.. Acara seterunya ialah acara yang paling santai.... iaitu proses penggambaran yang akan melibatkan semua ahli keluarga.... mari kita tunggu dan saksikan di next update.
No comments:
Post a Comment