Assalamualaikum w.b.t...
Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malamSelasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutupcatatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untukmemperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti denganbukucatatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x2.
Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malamSelasa)i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepadaAllahii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepadaAllahiii)
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalamiman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11xBaca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x4. Berpuasa pada siangnya)Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam PenghidupanAntara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnyadari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lamsyurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun kelangit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Akuperkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka akuampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dandiampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban keranaamalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kitaderhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
Wassalam.
3 comments:
Blog sunyi sepi aje... mesti puasa jugak kot...
Assalamualaikum!
Puasa la nih.. drp hal-hal dunia yg 'seronok2' je..
Sesekali kita kena bertafakur, ingat2kan yg dah tiada, bila plk masa kita.. ingat yg ditimpa musibah, bila plk masa kita Allah nak uji?
Sedih ngan apa yg berlaku pd mak Tina & Lan B, Sham pulak buh surat utk mak... tiap kali baca teghiak tau!
Ani sibuk ngan persiapan hari anugerah sekolah. 'Tetap & berpencen' bahagian buat sijil. Kertas ujian pun tak habis tanda lagi ni.
Last but not least, sayang2lah orang yg disayangi sementara mereka di sisi. Tetaplah dgn sabar & solat bila musibah melanda.
Wallahu'alam.
Salam..
Setuju sgt dgn ape yg Ani tulis tuhh...
..semua org termasuk kiter akan lalu proses yg Ibu Tina & Lan tu..cuma bezanya cepat lambat & bentuk ape tuhan nak bagi..yg pasti hidop mesti diteruskan selagi Hayat dikandong badan bak kata lagu P Ramlee...
.
Post a Comment