Monday, August 30, 2010

Kengkawan Raya anda di mana???

Kengkawan sekelian,

Landol ada bertanya kat dak Zam.

zam,
ko raya mana? kelate ke melaka lahabau ?

geng2 lain, macam mana?

wassalam


Haji Azlan Haji Abdullah

Jadi sempena topik ni, silalah berinteraksi...


Moderator

11 comments:

Zam said...

Lan,

Besar kemungkinan aku cuma dapat beraya kat Penang ni. Ada konflik sikit dengan Jadual UPSR. Anyway, tak dapatlah den nak gi ko Tehel... tapi kalau ada pertukaran jadual... akan diberitahu kelak.

siti rohani said...

Assalamualaikum!

Salam Merdeka. Topik ni sesuai utk org musafir je kut.. Kami yg bermukim ni teringin nak raya kat bulan ke.. matahari ke..

Wassalam.

de faisal said...

Salam Semua,

Raya pertama ada kat PJ (side wife). 2nd raya balik Perak (lenggong) sampai Selasa kot. Boy balik aku singgah Ipoh boleh ke?


wassalam

de faisal

Lan Dollah said...

teacher ani,
tak yah le nak ke matahari untuk beraya, rentung pulak karang. Anyway kat Kedah tu dah kira raya kat "bulan" le tu ... :)

wassalam

Tina Kassim said...

Salam

As mention earlier, Tina dan famili akan beraya dengan bapa dan sanak saudara di Tumpat Kelantan (kat bulan juga ni....).

Hari Raya ke-4 akan bersama mak Tina di Bandar Enstek, Nilai.

Raya ke-6 balik Sungai Besar beraya dengan anak-anak murid pula...

Untuk Zam,

Kalau fikir tentang UPSR rasanya nak beraya kat Sg Besar aje...tapi elok juga kalau dapat menggembira & membahagiakan orang tua di kampung di hari mulia nanti selagi hayat mereka masih ada..Insya Allah

Untuk Kengkawan semua,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari Tina sekeluarga. Maaf Zahir Batin.

Wassalam

mozart said...

salam, tahun ini saya raya Batu Gajah, dijemput semua hadir berhariraya bersama dirumah saya alamatnya,
PT 1235, Taman Damai, Jalan Kelab, Batu Gajah, Perak.

T ada masa nak beraya umah korang la...so tolong tinggalkan alamat...

Zam said...

Faisal,

Kaki dah baik ke... jemputlah datang ke penang nanti..

Kepau,

Batu gajah tu dekat aje dengan penang....mailah ke sini...

Tina,

wow balik kelate ko, mmmm kalau tidak boleh jupo di kelate....

Landol,

kirim salam ajelah dengan mak ko ye... kalau tersesat kat utara ni mailah...

Teacher Anie,

Ingat pesan dak lan tu... matahari nanti rentung pulak... jangan berangan nak ke sana tapi bulan tu ok gak... kalau tersesat ke penang ni ... jengok2lah kawan...

Ija,

Eh dok fly lagi ke....

Boy,

Sonyap ajo ekau ni.... tak sihat ke...?

Fendi,

Mano ekau poi ni...

de faisal said...

Salam,

Zam, belum baik lagi. Nak kena operate lagi sekali. Coz last month aku jatuh tangga masa d terengganu. Ligeman koyak balik. Lepas raya aku buat kot.
Dah susut berat badan aku...tinggal 75 kg je.

Kepada semua kekawan...

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN dr kami sekeluarga

de faisal

mozart said...

insyallah zam..mai alamat umah..
cikgu aini pun ..mai alamat umah tu...
hehehe tahun nie sape raya kat melaka...
teringin lak nak g melaka...
kalau boleh bak mai semua sekali alamat umah korang...
bley aku bawa anak aku kutip dwet raya..korang isi sampul dwet tu byk byk ckit..
tina..
Bandar Enstek kat mana...hehehe dkat ngan umah kwn den....
boy ..balik mn...

Tina Kassim said...

Salam

Tentang alamat rumah ni... Zam boleh tolong kot.. masa 2nd reunion Zam ada kumpul maklumat ini..

Apa kata Zam tolong email pd En Mozart ni... Bukan apa seram juga nak letak alamat rumah dalam blog ni... TQ ya Zam.

Mozart... di Enstek tu ... rumah Abang Zul (2nd brother) di Persada Damai, Enclave L...kalau umur panjang dah sampai Enstek call ya. Bolehlah famili kita sama-sama berkenalan sambil makan kuih raya (kalau ada lagilah!).

Wassalam

zam said...

tulah kepau, orang ajak gi renunion tak mau...tapi tak pe nanti aku email kat kau .... kkkkkk

kepau nama mozart tu sedaplah...