Jadual Peperiksaan seperti berikut :
21-9-2010:- 0815-0905 : Bahasa Melayu Pemahaman
0945-1100 : Bahasa Melayu Penulisan
1145-1225 : Matematik Kertas 2
22-9-2010:- 0815-0915 : Matematik Kertas 1
23-9-2010 :- 0815-0930 : Sains
1015-1105 : Bahasa Inggeris Kertas 1
1145-1300 : Bahasa Inggeris Kertas 2
1415- 1545 : Ujian Aptitud Tahun 6
Jadi kepada anak-anak yang bernama seperti di bawah :
1. Muhamad Najwan bin Norisham (SHAM)
2. Nik Muhd Azamuddin bin Nik Aziz (TINA) 3A2B
3. Farah Ilyana binti Mohd Azlan (LAN BONGEK) 3A2B
4. Adam Lutfi bin Azlan (LANDOL) 3A1B1C
5. Aliff Nur Haziq bin Norzamly (ZAM) 4A1B
6. Muhammad Izat bin Khulai De Faisal (FAISAL)
Hadapilah peperiksaan UPSR ini dengan tenang. Insyaallah kejayaan akan mengiringi anda.
Good luck to all of you.
Do the best,
Be the best,
Simply become the best....
Semoga Allah mengurniakan ketenangan hati, jiwa dan fikiran kepada mereka semua. Insyaallah berjaya...
Moderator
16 comments:
Salam Moderator,
Terima kasih atas ucapan, ingatan & doa untuk anak saya Nik Muhammad Azamuddin.
Sama juga untuk Najwan, Farah, Adam & Aliff good luck on UPSR examination...
Semoga semua dapat keputusan yang dihajati setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. Insya Allah
Wassalam
Salam..
Doa untuk semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan agar tenang dan berusaha yang terbaik..
Moga - moga kejayaan di pihak anda semua.. Amin
Boy
Ya Allah, sekiranya keputusan yg baik itu dapat mendekatkan diri anak2 kami kpd Mu, maka berikanlah ia kpd anak2 kami, dan masukkanlah kami dlm golongan orang2 yg bersyukur.
Tetapi sekiranya kejayaan itu menjauhkan anak2 kami dpd Mu, maka berikanlah kejayaan itu kpd orang lain, dan masukkanlah kami dlm golongan orang2 yg bersabar , amin ya rabbal a'lamin ...
wassalam
salam semua,
anak aku kata, paper Pemahaman, soalan spot semuanya tak keluar. pening dia ... kesian , kesian !
Lan,
spot question memang cam tu.. cam main loteri lah jugak kalau kena kaya tak kena main lagi...
anyway, anak aku demam pulak ari ni... tak taulah minta2 dia ok besok... cuma ada dua ari aje lagi..
to all candidate : selamat berjaya
Salam,
Azam 'cool' je hari ini ... macam hari-hari sebelum UPSR.
Tapi Umi & Walid dia yang suspen... maklumlah 1st experience anak ambil peperiksaan awam...
Di sekolah ada 26 anak murid akan ambil sains PMR lebih kurang 14 hari lagi... anak murid untuk biologi SPM 81 orang akan periksa biologi 8 Dis 2010.... semua ini pun suspen juga!
Sama macam kes anak sendiri... anak murid relax aje... tapi cikgu yang dok risau!
Wassalam
P/S: saya tak suka dan galakkan spot soalan untuk anak murid saya.
salam semua,
semalam sebaik jer sampai rumah, aku confirm ngan anak aku, ok ke idak? dia kata paper pemahaman tu memang ada susah sikit tapi still manageable, boleh ler buat agaknya tu !
Paper math (favourite paper dia), rasa2nya macam salah 1 jer, punya ler confident habis. Lepas maghrib, dok study soalan spot utk paper BI, cikgu yg bagi.
Anyway, ni anak ke 3 yg ambik UPSR. Dia punya suspen ada kurang sikit, tapi approach masih sama iaitu DUIT (dua,usaha,ihktiar dan tawakal). Mudah-mudahan ada hasilnya ... insyaAllah
Oktober nanti, anak sulung ambik PMR pulak , nampak gayanya dah kena start saving untuk anak2 nak kawin pulak !!!
wassalam ...
ZAM,
anak ko dah elok demamnya ? ada le hikmahnya tu ... sabau je la
Lan,
Anak aku malam semalam balik, makan terus bagi ubat demam lepastu terus tido. Pagi tadi bangun 4 pagi terus siap sedia untuk paper math. Demam dia rasanya macam surut sikit tapi sakit tekak dia masih ada lagi. Kau taulah kan MILO kata badan cergas otak cerdas.. tu yang aku risau tu... tapi tawakal ajelah...
kepada yang mak bapa yang lain besok last day untuk exam... tapi yang aku pening tu paper aptitude.. tah bilalah pulak jadi subject entahlah.. hentam sajalah labu...
Salam Zam,
Harap Aliff dapat menjawab dgn baik walau pun tak sihat ... paper Math tak susah sangat menurut Azam..
Exam Aptitude tu start tahun lepas...menguji penyelesaian masalah dalam situasi tertentu... rasanya mcm sebahagian soalan nak masuk MRSM.
Harap Alifff dah ok utk kertas sains & English hari ni...
Wassalam
Syukur,
Lega dah habis dah... dulu masa kita ambil penilaian mak bapak kita macam ni jugak ke ?
Tina,
Aliff demam dah kurang banyak tapi batuk aje sedikit menganggu konsenterasi dia ketika jawab soalan arini.. tak pelah... tawakal ajelah....
Lan,
Ha camno ko pun lega jugak ke ??
Salam,
Betul juga Zam kita hanya merancang... tawakal ajelah tapi kalau dah bagus macm ayah dia mesti dapat 5A....
Azam lepas ni ada satu lagi peperiksaan besar... PSRA Penilaian Sekolah Rendah Agama minggu depan mula Khamis hingga Selasa berikutnya.... Harapan dan doa untuk dapat Mumtaz!
Wassalam
Assalamualaikum!
Salam Jumaat.
Lega no... Inilah mak bapak zaman sekarang dan anak2 zaman skrg. 'Memburu' kecemerlangan dlm hidup. Sbb memng itu hakikatnya. Kita dulu (Ani le tu esp) tak pernah terfikir bab 5A, 8A,.. 21A ke. Nak periksa penilaian tu smpat lg kita p rombongan. La ni depa p rombngn lps periksa. Klau p sblm, org lain akan kata kita 'tak betui kut, org pulun baca kita pulun makan angin..'
Syukurlah dgn keputusan yg bakal keluar nanti. Skrg doa bebnyk. Moga Allah anugerah yg terbaik utk anak2 kita dan jadikan kita orang2 yg redha.
Wassalam.
Salam Semua,
Sebenarnya anak saya pun ambil UPSR juga. Anak lelaki Muhammad Izzat. Biasalah jawapan sama je. Bila tanya OK tak bang...entah, tak tau, bolehlah, susah ckit dan mcm2 lagi. Sebagai orang tua hanya mampu berdoa dan tawakal bak kata Lan Dollah..DUIT.
Wassalam
de faisal
Salam de faisal,
Nampaknya moderator dah tercicir nama anak Faisal ... mungkin juga ada nama anak kengkawan yang lain tak disebutkan!
Apapun semoga semuanya Muhammad Izat dan yang lain berjaya dengan cemerlang.
Wassalam
Faisal,
Muhamad Izat mesti boleh punye...
Tina,
Nama Izat sudah dikemaskinikan.
Moderator
Post a Comment