Akhirnya setelah ditunggu-tunggu sampai juga seru kawan kita si Fendi ni untuk membenarkan kita menatap gambar familynya. Maklumlah gambar kahwin yang dijanji memang sukar untuk dicari semula tetapi sebagai gantinya dia memberikan gambar lain untuk ditatapi bersama. Sayugia diingatkan, janganlah ada yang berasa tidak selesa kerana kawan kita ni telah ditakdirkan oleh yang Esa dan diamanahkan untuk menjaga dua hati wanita. Mereka semuanya adalah permata hati si Fendi. Bermula dengan kunjungan dak Boy tempohari.. si Fendi ni telah membenarkan untuk si Boy merakamkan gambar beliau dengan isteri serta anak-anak beliau. Maka disini disertakan semula gambar tempohari.
Bersama-sama ahli keluarga yang lain
Romantiknya si Fendi ni...
Selepas itu mungkin dak Lan dah jampi serapah kat muka si Fendi ni maka beliau telah membenarkan moderator untuk memaparkan keluarga yang satu lagi.
Ni gambar ketika hari raya baru-baru ni...
Senyum selalu... itulah kelebihan si Fendi
Ni kat mana ni..... lupa lak nak tanya...
Bersama-sama anak-anak buahnya....
Romantik tak?.....
Amacam kengkawan.... di harap kita semua dapat mendoakan semoga kebahagian si Fendi ni dengan isteri-isterinya hingga ke akhirat.
Bagi pihak moderator, terima kasih tidak terhingga kepada Fendi kerana sudi untuk membenarkan kami mengenali ahli keluarga anda.
Okkk kepada yang lain tu bila lagi nak bagi kat moderator.....
Moderator
11 comments:
Fendi,
Joke a side.. aku rasa terharu dan terkedu apabila melihatkan kau memimpin dua wanita ini untuk mengharungi hidup yang penuh dengan pancaroba ini. Semoga kau sentiasa tabah...dan hidup kau sentiasa diberkati Allah selalu. AMIN.
Ok lepas ni kena tunggu giliran si Tina dan si Rose lah pulak nak bagi gambar inilah harinya... bila cik kak dua orang ni nak bagi ye....?
Salam..
Tina, Ani, Rose dll..
Sebagaimana yg dipinta oleh Tina tempohari, Saya dah tunaikan janji saya memaparkan gambar terbaru ( gambar raya puasa ) utk kenalkan isteri2 saya...saya hrp sekurang2nya korang semua dpt melihat melalui gambar ni walaupun berat sikit nak tunjuk gambar dua2 isteri ni serentak sbb saya amat kuatir disalah ertikan & disalah tafsirkan ttg penghidupan saya yg mempunyai dua keluarga...
...maklomlah, soal berkeluarga dua ini amat sensitif bagi kaum hawa..tu psl walaupon dah brkali2 kenkawan mintak saya amat berat utk exposekan gambar ni..tetapi bila si Boy dah terambil & memaparkan salah seorang isteri saya dlm blog tanpa memaparkan gambar yg sorang lagi dan didesak pulak oleh si Tina maka saya rasa bersalah & tidak adil utk mendiamkan diri sahaja...justeru itu saya mtk tolong moderator utk paparkan kedua2nya sekali agar kelihatan tiada unsur ketidakadilan dlm soal penghidupan trhadap isteri2 saya...
...saya juga mtk maaf kpd kaum hawa kerana `Ter siarkan' gambar2 yg sebegini..saya tahu, `Poligami itu amat pahit & keji bg wanita wanita akhir zaman tetapi jika anda menganggapnya tidak lagi pahit maka saya percaya turunnya hujan itu kerana mewakili seribu doa oleh para malaikat utk kamu...insyaallah.
...buat pengetahuan kenkawan, menguruskan isteri2 atau 2 keluarga tidaklah semudah yg disangka..nak diceritakan kpd kenkawan yg rapat juga amatlah mendukacitakan kerana acap kali isunya d luar kotak jangkaan pemikiran biasa...tapi kalo kita ikut cara P Ramlee maka ianya d ambil mudah & tunggang langganglah jdnya...janganlah begitu hendaknya...nauzubillah min zalik..
..so, dpendekkan citer, berkeluarga 2 ini kalo buleh jgnlah kenkawanku diluar sana lakukan...jagalah isterimu yg ada tu sebaik mungkin....jgn disebut perkataan nk kawin lg nihh.. tetapi jika benar takdirmu menulis namamu didlm Loh Mahfuz utk brkhwin lebih dpd 1 maka.???? biarlah aku mati dulu baru korang menikah..kalo tak teruk aku kene baling dgn penyapu sbb depa akan kata aku yg ngajar korangggg...ha ha ha (gurau jerr)..
P/S--> Moderator, bukak tajuk lain cepat ye..citer nih tak best lahh
salam,
jealous aku menengoknyer !!!Sememangnya Allah memilih orang2 yg layak shj utk setiap perkara. Bila melihat kpd gambau2 ni, memang aku rasa sahabat kita ni lebih dpd layak. semoga ia kekal hingga ke syurga , aminn ...
teringat kata2 ustaz sewaktu di UTM dulu. satu2nya sunnah yg perlukan pertimbangan sebelum melakukannya ialah poligami! niat mesti ada, cuma perlukan kewarasan akal sebelum membuat keputusan kerana ia merupakan satu tugas yg berat utk dipikul ...
wassalam...
A'km,masa yg sikit ini,ija buka blog & baca tulisan serta tgk gmbar kwn2,gembira bila ada yg saling ziarah menziarahi semasa hari raya tempohari.Ija sempat ke rmh Nazri,Sham ada dtg ke rmh ija tpi borak punya borak,kita smua TERlupa nk bergambar..he..he..he pd kwn2 yg sambut birthday bln ini ija hanya col aje tk sempat nk buka blog menulis memang ija ada catit harijadi kwn2 d kalendar,gembira dpt mndengar suara dan bercakap dgn kwn2 walau hanya sekejap...insyaallah jika d izin Allah kita semua dpt brjumpa memanjangkan lagi siratulrahim yg telah sedia ada.amin
A'km,ija tk sempat nk komen tulisan/gmbar lain dr blog,cuma bole komen gmbar terbaru dr blog jadi yg kena "bang bang boom!" ialah gmbr/tulisan DAK Pendi....Pertama sekali Tah Niah krn ada 2 rmh,bkn senang sebenarnya poligami tpi tgk dr gmbar alhamdulilah pendi nampak okey dgn isteri2,anak pun dah be sar panjang tak lama lgi dpt menantu.jgn mengajar anak2 yg mcm kau buat kat Ija tu dah le,alaa yg kumat kamit,ini kalau dak Norhaya baca mesti dia gelihati,ija tak amik ati pun cuma kenangan tu episod yg tk bole lupa d zaman persekolahan SKKGK..he..he..he Sebenarnya bab poligami d bolehkan dlm agama islam.org perempuan tk bole kata "tak bole poligami" sebab itu hukum Allah,apa yg Allah kata dlm Al quran Ija terima.Islam tidak kejam,Islam agama yg mudah,tepuk dada tanya iman.Pendi pun ada bgi nasihat kat kwn2 lelaki,yg baik jadi kn pedoman,yg tak baik buang je kat Sg.Labu yo.. Jadi ke.. Zam kau nak nyanyi lagu "Sentuhan Kecundang(3rd reunion?)Dak Nazri bole main gitar sambil Zam menyanyi,ija bole nyanyi lagu "Aci Aci buka pintu",costume pun dah ado spti penyapu dan tongkat semambu.lagu ni kena ada org yg jadi hantu,itu senang je Dak Boy bole pilih siapa d antara kwn2 yg bole brlakon jadik hantu ha..ha..ha,kpd Dak Lan Dollah jgn le nak jeles jeles kat pendi,dia dpt Bonus..!lain org lain bonus nyeeee,Lan dah poyi haji..bonus tuu.Semuga kita sentiasa d bawah lindungan Allah selalu.
Fendi,
janganlah rasa bersalah pada kaum hawa..
bagi yang telah menerimanya dengan baik dah dijanjikan payung emas kelak!
Fendi san ;
Ko tengok ..kitaorg ta kutuk nyeer..Ok aperr .
ok la tu asal ko bahgia ..bila na pasang sorang lagi kan Kuota lelaki kan 4 ..
Zam ;;
Kitaorg na kasi ape ..ta tau pun ..Betui ta Tina
Assalamualaikum semua!
Salam Jumaat. Tajuk ni selalunya utk ulangtahun perkahwinan dgn gambar kawin. Tapi Fendi punya nmpak xtra special. Terima kasih bebanyak sbb tunai desakan kengkawan walaupun dgn berat hati.
Don't worry. Ani pun sependapat dgn Rose, Ija, Anonymous dan ... Tina tak komen pun?! Doa Ani mcm Zam jgk. Cuma Lan D, niat yg ada tu tanam dalam2. Mungkin ada yg tengok gambau Fendi ni timbul keinginan pulak.. kambus cepat2 tau! Bukan apa, poligami ni (pd pndapat Ani) 90% ttg suami cuma 10% ttg isteri. Berat mata memandang, berat lagi yg menanggungnya.
So, utk Fendi, 1X tahniah dan 9X TAHNIAH utk isteri2 Fendi!
Wassalam.
Salam...
Ani Ani, terasa mcm sukan tahunan SKKGK lak bila Ani ucap `Tahniah' kat saya..rasa mcm saya baru lepas amik hadiah sbb menang acara lompat pagar 100meter..
Apepong, Timakasih Ani..mmg betoi apa yg u perkatakan...ternyata Ani mmpunyai tahap pengetahuan agama & ilmu kehidupan yg matang...betapa brtuahnya sang suami apabila isterinya mmpunyai pegangan hidop yg betol & solehah..itu yg dnamakan berkat atau barakah yg mana kamu sekeluarga dudok dlm kepompong pemeliharaan dunia & akhirat..syukurrr..
..tmkasih gak kat arwah ust razak yg byk ajar kamu camne nak `meng Amin' kan doa semasa dak Zam & Dak Lan baca doa dpagi hari setiap perhimpunan...
...tapi, tahukah kamu Aniii..seingat saya, dlm banyak2 lelaki masa kat sekolah dulu, hanya Zam saja yg sampai skrg tak putus2 menutup aurattt..?? ape tidaknye..dulu, budak lelaki lain semua pakai seluar pendek biru tp si Zam jer yg pakai suar panjang putihhh..ye dakk..bayangkan, si Lan, Paisal, Boy, sape lg ha..p baca doa kat depan tu sambil pakai suar pendekkk...kelakar betoii lahh..si Cikgu2 pun turut mengaminkannya gakk...ha ha ha..kalo d pikirkan kencing manis aku dbuatnyerr..
..tp, as a conclusion, jgn dlihat seluar yg si `PenDOA' tu baca walaupon ketika tu suar dak Zam yg warna putih tapi slalu comot kat poket sebelah kanan sbb tgn slalu masuk poket, tp lihatlah barakah doa yg d baca tuuuu...hasilnyaa, arini para pembaca doa tu iaitu dak Zam, Dak Lan, Dak Paisal, Dak Boy..semuanya dah jd manusia yg berguna & berjaya...punya anak isteri & punya rezeki utk teros hidop....Berjaya bukan dlm ertikata punya limpahan Harta & jutaan wang ringgit..tetapi berjaya dlm ertikata masih punya Hati & Perasaan utk meraih kebahagian ..
...wahai kenkawanku, sesungguhnya ramai antara kita yg bersalah sangka..di katanya Orang yg berjaya itu punya byk wang ringgit & harta tp ternyata itu sbnrnya `Igauan' semata..hakikat Berjaya itu duduknya/makamnya adalah di lubok `HATI' yg merasa apa itu bahagia...tak guna wang berjuta, rmh besar giler, ijazah berjela, kereta 2~3 , isteri jelita, tapi hati SENGSARA..oleh itu, carilah rahsia yg buleh membawa kita kpd Kebahagian HATI yg hakiki..insyaallah..
...ANi & Tina, p jmpa gurubesau sekolah tu srh buat ape yg kita d SKKGK buat..supaya next generation implement the same ideology..mudAH mudahan ada murid you yg baca doa kat depan mcm dak Zam..tp srh depa pakai stokin tinggi ye..
Fandi.... ha ha ha
-terdapat pengajaran dari tulisan ko ni.. kena baca dua tiga kali ni...he he he
Landol, ingat tanam dalam-dalam kkkkk...
Mmmm Tina dan Rose,
Sekarang edisi kahwin anda pula....
Assalamualaikum,
Abang2 & kakak2 semua, Din rasa seronok tengok BLOG anak askar ni begitu aktif. Banyak perkara perkara yang dibincangkan dan bertukar pendapat dan kelakar kelakar semuanya. Cerita tension kejelah, cerita kawin dualah, cerita hari raya lah..best tetapi saya punya group masa kat kem dulu tak meriah macam blog Skkgk ini. Syabas kepada abang2 & kakak2 walaupun semua dah berkahwin dan duduk jauh tapi nampaknya dari gurau senda macam hari hari jumpa...macamnilah bagus sebab sentiasa berkomunikasi dan bercerita.
saya selalu baca blog ni sambil ketawa sorang2 sebab baca cerita blog ni..pontianaklah, zam jepunlah, flinstone lah, kuntumlah,manpanjanglah..mcm mcm..
sekarangni saya tengah kumpul kawan2 tahun 1970 & 1971 utk buat blog mcm ni..
sekian
Din ( Fakarudin ) anak sjn m hanapiah
Post a Comment