Esok 5hb Oct 2010 bermulalah peperiksaan untuk calon-calon "Peperiksaan Menengah Rendah". Setelah bertungkus lumus belajar selama 3 tahun dari Tingkatan 1 hingga lah Tingkatan 3 , maka tibalah masanya untuk mereka diuji pemahaman mereka tentang pembelajaran mereka selama ni..
So, pihak moderator ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan yang akan bermula esok.. Semoga ketenangan akan mengiring anda semua..insyallah
Bagi kami semua sebagai Ibu dan bapa akan sentiasa mendoakan agar segala yang terbaik untuk anda semua..Amin..
Kepada adik Muhammad Amin Khudri bin Azlan bin Abdullah... Selamat berjaya....insyaallah diiringi doa dari kami semua . AMIN
Selamat berjaya !!!
Moderator
11 comments:
Salam Moderator
Awat tak dak nama depa?
Anak siapa yang ambil PMR tahun ni?
Semoga diberi kejayaan setimpal dengan usaha mereka...
Tina,
Siapa ya yang ambil PMR.... di kalangan anak-anak kawan kita rasa-rasanya Landol kot..
Lan,
Betul ke....
salam,
betul ...betul...
anak aku yg sulung iaitu Muhammad Amin Khudri, dengan penuh semangat pagi ni, melangkah keluar rumah untuk menduduki PMRnya hari ni. Trialnya alhamdulillah dapat 4A,3B dan 2C. Batch dia merupakan batch pertama yg mengambil Bahasa Arab dalam PMR dan aku melihatkan kesungguhan Ustazahnya dalam memastikan mereka semua dapat A dalam subjek tersebut. Aku pun berharap anak aku dapat A dlm B.Arab macam Dak Zam, bukan macam aku yg dapat P8 !!!
wassalam...
Salam Zam,
Nampaknya.. kena up date data anak-anak kita ni..
Lepas ni... data calon SPM pulak!
Untuk pengetahuan makluman yang lengkap yang ada cuma yang pergi ke Lumut aje yang selebihnya masih tidak lengkap.
Anyway, usaha sedang dijalankan.. dan jika ada apa2 maklumat yang berubah sila maklumkan kepada Zam atau Boy.
Terimakasih
Moderator
Salam
Hari ini PMR subjek sains... kertas 1 (soalan objektif memang senang.
Kertas 2 (subjektif) standard macam biasa...
letih tengok anak murid kat sekolah... depa ni keluar awal lepas setengah jam periksa mula...
Tak tahulah keputusan nanti!
Esok tak ada periksa makna ada cuti tiga hari untuk sambung periksa semula hari Isnin nanti..
Kebanyakkan akan habis exam hari Isnin... hari Selasa last day paper bahasa seperti bahasa Arab, Cina, tamil dll.
Semoga semua calon PMR akan berjaya...
Wassalam
salam,
anak aku cakap paper sains semalam susah giler. Cikgu dia pun cakap macam tu. tapi bila baca cikgu tina punya komen, pelik pulak. ni mesti kes cikgu2 kat sekolah anak aku tu, tak habis mengajau silibus kot !!!
anyway, anak aku akan habis this tuesday, b.arab - subjek favourite dia, mintak2 dia dan kawan2nya boleh score A sebab depa group pertama ambik B.Arab, amin...
wassalam ...
Salam,
Ramai anak murid mengaluh katanya kertas 2 Sains PMR susah...
Dah tengok kertas 2 soalan sains PMR tadi...
Sebenarnya untuk bahagian B soalan 7&8 ada sedikit perubahan bentuk soalan... jadi biasalah anak murid ni depa tengok soalan pelik sikit jadi depa katalah soalan susah..
Tapi pelik pula bila cikgu yang kata soalan susah...
Untuk bahagian B yang penting cikgu dah latih pelajar menguasai kemahiran proses sains... soalan macam mana pun... anak murid mesti boleh jawab!
Melalui pengalaman kalau anak murid kelas depan keluar dewan periksa kata soalan susah tapi biasanya depa masih score!
Wassalam
Salam ...
Hai ..ade pedebatan ngan bapa ngan cikgu kee ...
Biasa ler Tina selalunye ibubapa lebih mendengar kata anak2 ..
So bila ade cikgu kat sini baru le kita tahu ape sebenao yg berlaku ...
Elok gak yeee
Assalamualaikum,
Kaifa haluka anta..ya Amin ?كيف حالك
Bihair... بخير
Good luck in your Arab....
حظاً طيبا في "الامتحانات العربية" الخاصة بك
Lan : teringat soalan kalau berbentuk surat, ada pembuka ada penutup.. tengah 2 isi... isi tu hentam ajelah pembuka dan penutup tu hafal aje... Ila hudratil Azlan Abdullah... ke hadapa azlan abdullah... he he he
Salam Zam,
Kenangan juga dulu bila belajar Bahasa Arab sekolah agama petang baju putih, kain hijau)
Yang masih ingat...
Ana, anta, madrasatun
jamal - unta...
itupun recall bila anak-anak belajar bahasa arab di sekolah rendah agama
Bahasa Arab PMR ialah bahasa arab komunikasi ...
Post a Comment