Friday, October 29, 2010

Special untuk si Suami, Husband, Abang, Abun dll

Dari Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah



>1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Moderator

PS- moderator tolong paparkan aje...

15 comments:

Zam said...

Kengkawan,

Kekadang kita perlu diperingatkan...
Ya... kena diperingatkan.... itu aje....

Zulhamri said...

Tuan Moderator,

Terima Kasih... ianya memang bagus.. sebagai manusia, kita selalu terlupa...

~boy~

Lan Dollah said...

salam,
dalam khutbah terakhir nabi saw di Arafah, perkara inilah antara yg dipesan oleh Nabi kepada kita - jaga isteri2 kamu !
Tapi tu lah, nak lawan ego lelaki, bukannya mudah ...
semoga diberi kekuatan kpd para2 suami, insyaAllah !
Thanks Zam

wassalam...

Fendi said...

Salam..

Memang baguih article ni..timakasih kat Tuan Moderator sbb put efforts utk kongsi citer nihh..

..kalo buleh sumua suami2 baca dan pahamkan betoi2 apa yg tertulis ni..nescaya si isteri2 akan sayangggggggggggg sangat kat kiter sebagai suami..kan kan Tina, S Ani, Rose, Ija, Watii..

...OK, Aniii..utk make sure semua suami paham perkara nih, apakata ko dgn Tina buat questionaire suruh suami2 ni jawab..nak tengok depa semua ni betoika syg kat isteri depa..takut depan jer ckp sayang bagai nak rakk tp belakang dok dera isteri mcm2..terutama si Boy tuu..dia selalu rotan isteri dia kalo tido malam lupa cakap I Luv U ..

...questionaire tu I berkecuali sbb I jadi Judges nyer..

..apemacam..?? setuju takkk...???

Tina said...

Assalamualaikum Fendi,

Tina tak setuju dengan questionaire tu...

Sebab rasa kasih dan sayang tu sangat subjektif ...

Mcm pernah Tina tulis dulu... kadang-kadang ada suami & lelaki ni.. walau pun isteri atau pasangan tersiksa ... itulah cara mereka tunjukkan atau melahirkan rasa kasih dan sayang mereka!

Wassalam

Fendi said...

Salam...

Blurbbbb...alamakkk, Cikgu Tina ni betol2 punya serious nihh...

Tina, idea questionaire tu gurauan semata..betol kata U..mana mungkin sebuah kasih sayang diukur dgn questionaire & ia begitu subjektiff...persoalan ini kalo nak dikupas maka 32GB memory computer pun tak cukop...moga2 U & suami & kenkawan kiter saling brcinta sehingga akhir hayat.......

...teringat kat Cikgu Murni yg dlm pilem P Ramlee tuu...Hj Bakhil yg Taik Hidong masin pon dpt Cikgu Murni leburkan hatinyerrr.....ha ha ha..jgnkan satu ela kain, 100 gelong kain pon sanggup saya sedekahkann ..tp harganya hanyalah sekeping gambar cikgu murniii..kata Hj Bakhil..

...dalam betol makna skrip Hj Bakhil tuuu..sekali tengok, nmpak jelas Kegatalan org tua tu...2 kali tengok, nmpak jelas Hj Bakhil amat kesunyian hidop tanpa siisteri lalu trcari2 pengganti arwah isterinyaa.. 3 kali tengok, nmpak seorang lelaki sanggup invest ape saja hanya kerna seorang wanita ( sedekah kain byk2 dan dtukarkan hanya dgn sekeping gambar )...4 kali tengok, jwpannya itulah Fitrah Kejadian Manusia ataupon disebut Hukum Asas Kemanusiaan ataupon The Law of Nature yg mana itulah hakikat kehidupan..

..Cikgu Tina, apepong, yg pnting saya sygkan isteri saya dan isteri saya pong sygkan saya...sehinggakan Cicak kat atas siling rumah pun kekadang cemburu..begitu gak kat sumua sisuami2 yg jd kenkawan kiterr..depa sama gakk sbb nasi yg depa mkn berasnya sama dgn beras saya...sape x syg bini oiiii..

...tp x dnafikan ade segelintir lelaki yg suka dera bini..ini bukan cinta ala SKKGK nihhh...

...Tina Tina..U sygkan suami U takk..????

zam said...

Fendi,

Kalo Tina dan Anie buat questionaire... den tak kisah... den boleh jawab. Sebab rasa-rasanya takde betul atau salah kan...?

Tapi kekadang seronok gak baca komen2 kengkawan.... terhibur di hati ni. Yang jelasnya geng2 SKKGK1969 dah 40an dan nampak gayanya semuanya sayang bini sangat2... baguihlah tu...

Tina Kassim said...

Fendi,

Setuju dengan apa kau tulis....

Jawapan pada soalan kau tu....Tina nak tanya betul ke kalau seseorang tu nyatakan .... suami tersayang atau isteri tersayang?

Wassalam

siti rohani said...

Assalamualaikum semua!

Diskusi hangat tapi kami ksejukan sbb dah banjir kat K. Nerang ni. Hujan 2 hr lpas baru stop pg ni. Tu pun mcm nk hujan lg je.. Sampai sklh pengetua bagi balik sbb tak cukup cikgu & plajr. 2,3 hari ni line pun tak clear.

Oo.. nk buat questionnaire? No prob tapi yg kena jwp pling bnyk soalan ialah Fendi.

Secara jujur, Ani tak berani sembang bab cinta sayang ni. Banyak iktibar & petua kita boleh dpt cuma nak buat atau tak aje. Itu yg perlu doa & azam yg kuat. Hati kita Allah yg punya. Pasangan kita Allah yg pinjamkan. Bebila Dia boleh bolak-balikkan hati kita (pindahkan sayang kita pd org lain) atau ambil org yg kita sayang tu (kekadang bagi kat org lain plk..) Na'uzubillah!

Yg pasti, kalau kita cintakan Allah, makhlukNya akan cintakan kita! Tapi, kita ni hambaNya yg bnyk kelemahan so, eloklah kita peringat2kan diri kita dgn perkara2 yg Tuan moderator dah forwardkan ni..

Wallahu'alam.

fendi said...

Salam..
..emmmhhh..timakasih Ani diatas penjelasan yg baguih tuu...saya suka ttg pemahaman yg awak ada..bkn semua org dpt paham mcm awak phm..

Tina, ttg soalan awak tu samada nak percaya atau tak kat seseorg yg melafazkan ucapan tu maka adalah lebih baik brsangka baik jelahh..jujur atau tidak bkn kita yg mghukum dia..buat serabot kepala jer dok analyse prkara yg bukan HAK kita..mcm ape yg Ani tulis tuu..`pinjaman semata'..
..dharap Puan Rosilahanita bte Kassim paham hendaknyer..

..Aniii..musim banjir nih, hati2 sikit...saya kalo masa kecik2 kat kampong dulu cukop seronok kalo banjir nihh..p berenang sana sini..
Orang tua2 dok risau tp kita dok seronokk..

..Harap Ani dpt bersabor sbb x dpt pakai stokin sbb banjirrr..
..

zam said...

Untuk Anie & Aziz yang mungkin sedang menghadapi musibah banjir... harap bersabar... dan kami mendoakan yang terbaik buat anda semua di utara nu...

siti rohani said...

Alhamdulillah.. mekasih. Setakat ni kami di pokok sena berjaga2 je. Kesian kat depa2 (trmasuk ckg2sklh) yg rumh dimasuki & dinaiki ayaq. Selalunya bila siam banjir, melimpah mai kat kami la.. Satgi depa nk buka empangan. Jenuh la kami..

Tengok bendang kat blkg rumah ani yg dah mcm lautan tu terbayang dak Fendi berenang tangkap ikan keli. Skrg ni mmang musim org bendang serkap ikan & mancing.

Tuan moderator, bila nak reunion makan ikan keli cabai ni?

fendi said...

Salamm,

Ani, bila tengah banjir ni nak p serkap ikan & tangkap ikan keli ni agak susah sikitt sbb depa pun dok huru hara mana nak pii...

....sian kat hindu people sbb raya dok dlm banjiaqqq..nak pasang pelita pun tak buleh sbb tak buleh keluaq rumahh...Ani, OK tak aku speaking Kedah nihhh...

...Mlm td anak saya yg darjah 5 dok tunjok gambaq sekolah dlm satu kelas..kene bayaq RM 5 sorang..aku pon tengok, pastu aku dok senyum kat dia dan pesan kat dia, gambaq ni kamu simpan baik2 sbb gambaq ni lah yg akan kamu tersenyum lebaqq bila dah besaq nanti..dan gambaq ni jugaklah yg korang akan jadikan kenangan utk reunion kamu..anak aku tergaruk2 kepalaq dia sbb masih tak paham apa tu reuinion....bukan apa, aku dok teringat kita la nih dok reunion sbb kenagan darjah 5 & 6..aku nak anak aku nnti lg 20 tahun ada cukop kenangan utk dia reunion..


..aku masih dok pesan kat anak aku supaya dok pakai stoking tinggi2..amik berkat kwn baik ayah kataku kat dia..lagi dia garuk kepala sbb tak paham gakk....hahh..x paham gakk..biaq pi lahh katakuuu..

Rose said...

Salam ...

Aduh ..geli hati ..

Apepun na cau daa..tak larat ..
ok thanks buat lawak hehe

Ija said...

Nabi saw bersabda, Org laki2 itu menjadi pemimpin bagi wanita ertinya laki2(suami) itu bertanggungjwb mendidik dgn kesabaran dan penuh kasih syg kpd isteri serta anak2nya dlm segala urusan.