Bergambar bersama mak dak Boy
Ija, Tina, Anie
Gambar yang begitu klasik... setelah tidak bersama lebih kurang 30 tahun. Baru sekarang berjumpa. Allah Maha Kuasa. Syahdunya pertemuan mereka ini.. semoga berkekalan.
Thanks Tina..
Moderator
HARI-HARI SEMALAM YANG MENINGGALKAN BERJUTA KENANGAN.... Untuk kengkawan yang rindukan hari semalam...
A'km,hari ini 28hb nov 2010 kali pertama ija bertemu SR,gembira bercampur terharu,mcm mula2 bertemu Tina,begitu juga kwn2 lelaki yg lain2,Lan,Muzafar,Faisal,Zam kalau ija jumpa kat luar memang tak kenal lah..masa dan usia berubah begitu cepat.Semuga tali persaudaraan kita yg terpisah lebih 27 thn yg lalu bertaut semula.Perjumpaan yg singkat tapi penuh bermakna,banyak benda yg hendak d bual kan tpi masa begitu cemburu!Terima kasih kpd yg dpt meluangkan masa ke kenduri kawin anak buah boy,makanan memang sedap paling best rendang daging tuu..ha ha ha.. salad timun kuah kacang lain dr yg lain!Kami sempat berposing beramai2 d dpn pelamin yg cantik.Ija juga rasa bangga dpt bergambar dgn bekas komando(bapa Zam) mereka dan ayah2 kita lah terhapus nya komunis!pengorbanan mereka mengizinkan kita(rakyat malaysia) hidup aman damai dan bergerak bebas d bumi sendiri.Ija sgt terharu dpt tahu bapa Zam kehilangan sebelah kaki semasa pertempuran dgn komunis suatu masa dulu,semuga d panjangkan umur dan rezeki oleh Allah swt.Pd suami ija Ehsan,suami SR Aziz,suami Tina Nik,terima kasih kerana membawa kami,bertemu kwn2 lama tanpa izin kalian kami tidak ke mana,begitu juga isteri kpd kwn2 lelaki yg lain,krn memahami nawaitu kita semua mengeratkan persaudaraan.insyaallah bertemu kembali.