Mereka yang hadir ialah :
1. Siti Rohani dan Aziz serta keluarga.
2. Zarina Baharom dan Ehsan serta anak buah.
3. Faisal dan Rozaini serta keluarga.
4. Muzapar dan Maknya Maziah serta keluarga.
5. Tina dan Nik serta keluarga.
6. Lan B dan Foziah serta keluarga.
7. Zam dan Ayahnya Ibrahim Baba serta keluarga.
8. Adik dan keluarga serta bapanya Pakcik Rahim dan Makcik Zainah
Terima kasih untuk Boy kerana menjemput kami semua. Sedap makanan yang dihidangkan, cantik khemah yang dipasang dan semoga mempelai Wani dan Taufik bahagia ke akhirat.
Sebelum balik, Ija sempat menghadiahkan kepada semua kengkawan yang hadir iaitu Bahulu special dan panduan sembahyang atas pesawat (model untuk ilustrasi ni macam dak Boy aje) . ... dan juga sempat mengambil saiz baju kengkawan.. terima kasih banyak Ija dan suami.
Sesungguhnya masa yang terhad digunakan sepenuhnya oleh kengkawan, ada yang bersembang ada yang mendengar ada yang tertawa dan ada yang macam dah kenal lama seperti husband si Ija dengan dak Zam. Mesra sampai boleh berlaga perut. Boy yang sedondon dengan ahli keluarganya memakai baju ala ala silver atau platinum begitu handsome sekali. Sekali tengok macam bapak tuan kenduri dua kali tengok macam cerita P. Ramli, pakai baju melayu macam nak menikah lagi... he he he .. Nor Rita jangan marah ye...lawak aje. Tapi sayang chief kita si Fendi tak dapat menghadirkan diri mungkin kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan.
Sebagai penutupnya kita sajikan gambar-gambar yang diambil ketika majlis perkahwinan di Ipoh itu.
Sebahagian dari gambar yang sempat diambil..
Berikut ialah Mini Album dari Lensa Kamera :
Abang dak Boy.. anaknya lah yang kahwin tu... Aza Ahmad.. korang ingat lagi ke abang dak Boy ni ?
Moderator
1 comment:
Assalamu Alaikum semua,
Terima kasih atas jemputan boy majlis perkahwinan anak saudaranya....betul kata moderator sedap betul nasi minyak nya!
Tak dinafikan memang seronok dapat berjumpa dengan kengkawan SKKGK ni... terubat rindu kat Ani dan Ija...Rose tak dapat hadir.
Puas hati dapat berjumpa dengan mak boy, mak Muzafar dan ayah Zam.
Pendek kata memang gembira dan menyeronokkan....Alhamdulillah
Bagi kengkawan yang selalu je... janji nak datang tapi tak boleh datang .... harap lain kali dapat datang ya!
Wassalam
Post a Comment