Sunday, January 16, 2011

Apa khabar kengkawan ?

Assalamualaikum... dan apa khabar kengkawan.. ? Sihat ke.. dah sakit ke... makin maju ke.. begitulah hendaknya... Tengok lama sangat sunyi dan sepi , kat sini aku cubalah untuk memecahkan kesunyian yang ada.. Maklumlah sekarang ni memanglah teramat sunyi , cuma anak jantan aku yang duorang tu penawar hati.. Itu pun macam2 kerenah... maklumlah Ma dia takde outstation for one week . Besok rasa-rasanya hari yang penuh getir untuk di hadapi.. Itulah kengkadang kita ni always take for granted.. Anyway, harap2 besok boleh sediakan breakfast si Akiff tu yang kadang2 nak scramble egglah, burgerlah, nugget... di waktu pagi yang singkat ni. So far alhamdulillah diorang takdelah teringat sangat kat Ma dia, risau jugak kalau dok sibuk tanya pasal tu.. OK lah... apakah kengkawan masih sibuk lagi... jika ya.. mungkin blog ini akan terus sunyi.. Walau apapun jika ada apa cerita kongsilah dengan kengkawan lain... ingat tahun ni semuanya menuju ke angka 42... oopss dah melalut ke cerita lain... cukuplah dulu nukilan dari aku yang memang tengah sunyi..

Zam

9 comments:

Tina Kassim said...

Assalamu alaikum Zam,

Nampaknya..... kesepian dan kesunyian tu terus melanda....

Namun... disesi persekolahan 2011 yang baru mula ni... tak sempat nak rasa sunyi dan sepi...biasalah banyak dateline untuk kerja yang nak dibereskan...

Macam tahun lalu... seronok betul tengok anak-anak murid dengan baju, seluar, kain, tudung, bag dll yang baru... harap mereka semua lebih berjaya tahun ini.. Insya Allah dunia dan akhirat...

Tahun ni...Aisyah anak yang bongsu tu..dah darjah satu...manakala Azam naik Tingkatan 1 di Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani di Sg Besar ni ...

Untuk kengkawan semua...semoga berbahagia dan semoga diberkati olehNya...

Wassalam
Tina Kassim

p/s Lamanya dah tak dapat salam Jumaat....Mana cikgu ni?

Zam said...

Cikgu Tina,

Mak bapak mestilah seronok tengok anaknya boleh bersekolah dengan serba baru..

Salam Jumaat,

Dah tukar hari ke ? Salam Isnin ke Selasa ke ? he he

Tina Kassim said...

Zam,

I always looking forward for this salam Jumaat....

Tapi kalau Cikgu nak tukar salam hari lain pun tak pa!

Janji meriah noh!

siti rohani said...

Assalamualaikum!

Hangpa ni.. blog ni utk release tension, kan? Sunyi maknanya kengkawan tu dok relax la. Tension tak mai serang lagi tu!(Ye ke?)

Takut kengkawan boring asyik baca happening kat sekolah je.. Kami nak cerita apa lagi kalau bukan bab sekolah? Cuba yg keje kilang ke, business ke, manager ke tulis cerita bidang kerja u all plak. Boleh kami cerita kat anak murid ttg keje2 kat luar sana yg bercambah lg selain keje cikgu ni. Atau kami boleh jemput u all mai bagi ceramah kerjaya dan kejayaan kat anak murid kami.

Camne? Setuju? Sapa nak mula dulu? Silekan..

Wassalam!

p/s: Hari Jumaat lepas bnyk kali hujan.. broadband line x clear! Nak kena cari streamyx kut..

Zam said...

Anie,

Salam Jumaat dah bersahut..

Kalau nak cite pasal kilang memang subjek yang orang tak suka ...boring... tapi kalau pasal sekolah ok sebab dia universal dan semua orang gi sekolah..

Bab bab kerjaya ni kena tanya boy.. pasal dia paling banyak berjalan...

fyi streamyx is still the best fix broadband in malaysia... now u can wifi your house using streamyx...

sham said...

Assalamualaikum,

Zam, aku pun pernah rasa macam kau juga orang rumah outstaion dkt lima hari, macam-macam rasa ada terutama sunyi.

Tapi ianya memberi pengalaman yang amat bermakna bagi aku sebab baru aku tau yang menjadi ibu ni sememang memenatkan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hari pertama aku ianya amat-amat memenatkan dan menguji kesabaran, rasa nak suruh je orang rumah berhenti kerja..

Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya dan sangat-sangat meghargai pengorbanan seorang isteri.

Minggu lepas 11/01/11 isteri aku keguguran, sedih dan terharu tapi kita hanya merancang tapi rancanganNYA adalah yang terbaik. Alhamdulillah kami redha.

La ni aku berada di Kemaman, pun sunyi jugak tapi nak buat macammana dah tanggungjawab, kerja due awal bulan dua kena pulun siapkan.

Maaflah banyak pulak aku berceloteh semoga kau dapat melalui satu minggu mendatang dengan penuh ketenangan dan kesabaran.

Wassalam.

Zam said...

Sham,

Pertama sekali aku tumpang sedih apa yang terjadi kat bini kau tu... dugaan dan cabaran dari yang Esa. Harap ko tabah ye...
Aku juga setuju dengan kau yang kita memerlukan tahap kesabaran dan kerajinan yang tinggi untuk menjadi suri rumah.. tiap2 pagi aku kalut dengan nak kejut anak , buat breakfast, gosok baju dan pastikan keperluan mereka semua ok...
Anyway, harap kerja kau tu siap dan jangan tak siap nanti orang marah... ok bro all the best...

Zulhamri said...

Salam...

Tina,

Bukan sunyi tapi kesibukan..al maklulah awal tahun macam ni..selalunya orang kerja swasta ni banyaklah agenda nya....

SR,

Terima kasih atas jemputan tu.. nantilah bila ada masa .. Alumni SKKGK nak hantar En Fendi untuk memberi ceramah kerjaya kat sekolah Chek tu... Beliau memang layak sebab penuh dengan pengalaman serta maklumat....

Sham,

Saya turut merasa kesedihan.. mungkin ada hikmah di sebaliknya.. Insyallah rezeki yang lain akan tiba..

Insyallah ... Kita akan aktifkan balik Blog kita ni dengan informasi terkini serta berfaedah di masa yang terdekat ni...

Wassalam
~Boy~

Tina Kassim said...

Assalamu alaikum,

Sham lama tak dengar berita.... harap Nora dah sihat..

Zam & Sham,

Macam tulah seorang isteri ... lebih2 lagi kalau bekerjaya... try best to be 'superwomen'

Tapi Tina lagi kagum dengan isteri yang suri rumah sepenuh masa... sangat hebat!

Ani... thanks ya
eloklah wifi streamyx yang Zam cadangkan tu...

wassalam