Tentu ibunda dan ayahanda yang lebih berdebar apabila nak tengok anak punya keputusan.. Walau bagaimana pun seperti yang selalu Cikgu Tina dan En Lando selalu sebut di dalam blog ini..
Biarlah keputusan yang bakal diperolehi setimpal dengan usaha yang telah dilakukan.. Insyallah
segalanya adalah yang terbaik di jadikan oleh NYA..Amin
Kepada anak Cikgu Siti Rohani dan Pn Rosiah semoga kejayaan akan memihak kepada Muhammad Akmal dan Nadia Syarika..insyallah
Moderator
13 comments:
La ni, tak pahamlah pakai gred A, B,C...G...
Menyusahkan ajee... kan senang macam dulu..
Gred 1 ke 2 ke 3 ke.. habis cerita ..
Tak gitu...
Anyway, tahniah untuk anak2 yang mengambil peperiksaan...ingat masih ada pelbagai cabaran di hadapan tu....
salam,
2 minggu lepas mak aku jumpa member lama dia kat Masjid Tanah. Then anak pompuan kawan dia tu tanya Mak aku "makcik ni mak Azlan ke? saya satu kelas dgn dia kat SKKGK, nama saya BADARIAH, nanti kirim salam kat dia ye ". So, mak aku call aku tapi dia lupa le nak tanya no tel si Badariah tu. Dia sekarang ni menetap di Kedah, suami dia Doktor ATM.
So pada sesape yg ingat nama penuh dia, tolong pass kat Boy, scan dlm d/base maxis. Moga2, bertambah lagi ahli blog kita ni.
wassalam
Salamm..
Boyyyy..p cepat investigate saper badariah nihh...ko tanya aku konpirm aku x ingat..yg aku ingat Cikgu MURNI dlm citer P Ramlee tu jerr..
..besok, aku tau ko bagi good news kat kita org...!!! p contact semua ketua kampong tanya badariah ni anak saperrr...
Assalamulaikum Zam,
Sekarang ialah Sijil SPM terbuka! Jadi samada lulus atau gagal sahaja.. yang menentukan ini subjek BM sahaja!
Wassalam
Pembetulan kat sini ..
Nama anak Rose NADIA SYARIHA BTE ABDUL HAMID
Assalamuaalaikum & salam Jumaat!
Doa ani moga semua sihat walafiat.
Secara jujurnya, abg long tak mau org lain tau resultnya. Sebab abglong tak aim utk dpt mcm uminya dulu. Abglong dpt lalui SPM pun umi dah syukur. Belum terfikir utk masuk U sbb abglong 'tak mau yg kena baca buku bnyak2'. So, umi & abah online utk ILP dan IKM. Buat sijil kemahiran dulu sbb itu minat abglong. Hobinya pomen moto. Mungkin jalannya lebih jauh drp jln org lain tapi, umi tetap harapkan yg terbaik utk banglong.
Ringkasnya, begitulah.. Mmbesarkan anak2 ni mcm org kata main layang2. Makin kuat angin makin mencabar, kan? Doakan yg terbaik utk banglong & Ani skluarga!
Wassalam.
salam,
sebutpasal layang2, ingat pesan arwah Cikgu Dolah, walaupun layang2terbang tinggi, angin makin kencang, make sure TALI jangan putus ...
wassalam
Landol,
tali tu kena tali tangsi lepas tu jangan bubuh abuk kaca nanti orang lain punye lelayang pulak putus...
Anie,
Laluan hidup anak2 kita sekarang terlalu banyak berubah... zaman mereka lalui sebenarnya mungkin lebih banyak cabaran... Anyway untuk abanglong mungkin boleh pasang angan angan ikut jejak langkah Valentino Rossi atau Casey Stoner... siapa tahu...
Assalamualaikum..
Tahniah untuk semua ibu2 dan bapa2 walaumacamana sekalipun keputusan anak kita yang penting kita panjatkan rasa syukur dan redha kehadrat Allah SWT. Perjalanan masih jauh cuma untuk pengetahuan semua adik yang bongsu pun ambil SPM dan alhamdulillah keputusan kira boleh membanggakan abang-abangnya alhamdulillah.
Untuk ani, sham ada adik sorang yg minat macam anak ani dan ambil bidang kimpalan di ILP sekarang ni jadi profesional walder alhamdulillah nampak2 cerah masa depan.
Okeylah utk boy Badariah tu aku rasa dia sama kelas dengan kita kut dan badannya agak gempal sikit. Wallahuallam.
Sampai jumpa lagi di lain coretan..
Wassalam
Salam...
Emm..terharu ngan kata2 ko Siti ...iyalaa kita sbg ma bapak da buat yg terbaik.
Jadi kita kena akur ngn keptsan anak2 .
Bgitu la ngan anak Rose 'kakak' . Setiap keptsan dia pendirian dia kami ikut . Jgn terlalu berkeras sgt . Budak2 sekarang lain ta mcm kita ..
Kakak alhamdulilah sedang berusaha apply U dan Politeknik ..Yg penting dia smbg belajr ..Terus terang kakak nakal sikit banyk main tapi dia anak yg bertanggg jwb ..harap2 dia akn jadi anak yg baik dan berjaya ...amin
Assalamualaikum!
Didoakan kengkawan sihat walafiat. Dunia ni ros, memang penuh haru biru. So, kita kena usaha tingkatkan amalan dan doa bebanyak agar Allah swt tetapkan iman. Mekasih buat kengkawan yg korbankan sikit masa utk sumbang idea penyejuk hati!
La ni sibuk jadi juruletih choral speaking. Lps msyrat PIBG hujung bln 3 hr tu, ada prgrm motivasi & teknik menjawab pmr. Next wk chral spking daerah. Pastu, hujng bln 4 ada hari anugrah cemerlang. Minggu ni jgk sibuk sukantara...Letihnya!
Tina pun sibuk semacam, kut?
Jumpa lagi!
Wassalam & Salam Jumaat.
salam semua,
baru balik masjid, sembahyang kat masjid UTM, imam Mat Salleh from US, dah 17 tahun convert.
Antara pesanannya, jgn banyak mengeluh becos it won't change anything. Banyak2 sebut alhamdulillah, subhanallah, masyaallah dll yg berkaitan dgn nama Allah, we will feel the difference, insyaAllah ...
wassalam ...
Assalamu alaikum
Semoga kita semua dipermudahkan urusan dalam mendidik & membesarkan anak-anak.
Begitu juga diberi ketabahan, kekuatan dalam dugaan membesarkan anak-anak yang dipinjamkan oleh Allah pada kita.
Ani,
Sibuk betul.. penyelaras tingkatan 3 ni! Apapun mesti mantap dan hebat ya!
Sekarang ni... Tina lebih tumpuan dalam kelas utk selesaikan sukatan sebelum Mid Year Examinations bulan Mei nanti..
Sukantara, merentas desa, hari anugerah kualiti, mesyuarat PIBG semuanya dah selesai...
Yang menunggu penggal dua adalah hari sukan bulan 6. Ditangguhkan ke bulan 6 sebab padang di naik taraf. Teknik menjawab Tina tak uruskan tapi akan jadi penceramahnya penggal 2 nanti!
Yang best Ani... sambutan Hari Guru kan kita tak payah sibuk?
hope to see you soon!
Wassalam
Post a Comment