Nak jadi cerita tempohari hari jumaat 29-4-11 hujan punyelah lebat sampai banjir penang ni... jadi masa keluar rumah hari tu tersangkutlah juga kat bm ni... lebih kurang dua jam baru boleh masuk highway.... lega bila dah masuk highway...
inilah dia banjir yang menyebabkan terkandas lebih dua jam....
dipendekkan cerita hari pertama cuti tu singgah KL . Sampai kat Pasar Seni, parking kereta kat situ. Cari LRT gi Low Yatt... maklumlah tu kan tempat yang tepat kalau nak gi tengok apa teknologi terkini.... then singgah kat PWTC ada pameran buku. Luangkan masa yang agak lama jugak kat pesta buku... macam2 buku ada.
inilah dia banjir yang menyebabkan terkandas lebih dua jam....
dipendekkan cerita hari pertama cuti tu singgah KL . Sampai kat Pasar Seni, parking kereta kat situ. Cari LRT gi Low Yatt... maklumlah tu kan tempat yang tepat kalau nak gi tengok apa teknologi terkini.... then singgah kat PWTC ada pameran buku. Luangkan masa yang agak lama jugak kat pesta buku... macam2 buku ada.
Next morning, bertolak ke Melaka pulak. Ayah dan Zura & family sedang menunggu.. sampai je tengok abang Long dulu. Dia ada kencing manis dan jari kakinya hampir hendak dipotong oleh doktor. Tapi kuasa Allah siapa tahu kami suruh dia makan ubat yang agak mahal, adik akulah si Zura yang belikan... alhamdulillah ubat tu serasi... dan jari2 dia semakin pulih..
Kemudian terus ke Batu Pahat untuk melepaskan gian kat nasi beriani gam. Lebih kurang sejam sampai jugak dan memang patutlah nasi beriani popular kat sini... rupa2 nya ada macam satu medan selera hampir semuanya menjual nasi beriayani... alamak aiiii sedapnya.... kalau tak caya kengkawan kena cuba... cuba nasi beriani ayam dan daging... dua set gua bedallll....
antara kedai yang menjual nasi beriani gam....
zura dan husband tengah khusuk menjamu selera nasi beriani gam
satu set nasi beriani gam
Set nasi beriani gam kedai lain pulak
Malam gi pulak kat sungai melaka ... cuba river cruise... waduh 2 ... ini satu lagi perjalanan yang menarik.. lebih kurang 45 minit menyusur sungai melaka... terasa tenang dan seronok sangat sepanjang river cruise tu.. cantik sungguh pemandangan sungai melaka termasuk bangunan2 tepi sungai melaka tu.. lampu2 dan cahaya berjaya menghidupkan suasana malam termasuklah kampung morten....
River Cruise at nite
Zura and Family... bersantai di sungai melaka
Bergambar sebelum menaiki boat
Amirul, Amira, Akiff dan Aliff
Tersenyum aje semuanya
Pemandangan sungai melaka
Lepas tu apa lagi cari Asam Pedas kat sebelah hotel meridian. Mmmmm meleleh air liur. Order asam pedas tetel. Besttttt....
asam pedas ikan kembung
Next morning, gi breakfast kat bukit katil pekena nasi lemak, lontong lepastu ketupat nasi daun palas cecah sambal, kelapa..... mmmmm terangkat...
Lepastu gi ziarah Mak Jah dan Pakcik Md Noor, emak dan ayah dak Wati... Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan sihat dan boleh bersembang panjang.. Pakcik Md Noor nak gi buat stenting kat Serdang minggu ni..
Ayah dan Pakcik Md Nor.. Dua Ex Army bersembang....
Tengahari pekena yong tau fu kat kedai adik aku yang kecik si Mala... Lepas gian makan yong tau fu.
Bergambar di depan Kedai Mala - Aza Yong Tau Fu
Malam sebelum bertolak ke Seremban untuk tidur kat rumah si Zura pergi ke pasar borong untuk bersantap asam pedas buat kali terakhir sebelum balik ke Penang... Mmmm memang tak mengecewakan... bessstttt..
Nasi Asam pedas
Aliff dah tak sabar ke.....
Inilah dia asam pedas tetel.... peehhhhh sedapnya...
Ni pulak asam pedas ikan tenggiri....
Esoknya pepagi terus berangkat pulang kembali ke HOME SWEET HOME....
Kesimpulannya hajat tercapai walaupun masa begitu terhad sekali.... berat pun naik jugalah berkilo kilo.... tapi tak pe..... sesekali...
So kengkawan macamana apa cerita pulak????
Zam
7 comments:
Salam Zam,
kedai Mala tu kat mana? dah lama jugek tak pekena yong tau fu family kau.
Aku pun tak pernah naik river cruise tu. Kau tak naik menara taming sari ke? aku nengok je, naik belum lagi.
Esok, 11 Mei, aku kena pegi kursus BTN kat rembau, till 14 Mei. Orang kata nanti kena brain wash, tak tau le... maklum le, dah nak dekat pilihan raya le gamaknya tu....
semalam Boy telepon, tanya kabau. dia mewakili Lan B, jemput kerja kawin adik Lan B, tak ingat bila tarikhnya. T/kasaih Boy sebab ingat kat kengkawan ni...
adiyos ... wassalam
Lan,
Dak Mala tu meniaga kat sebelah haytan square. tapi kedai dia sekarang ni pun dalam proses nak kena ambil. mungkin lagi dua bulan dia kena pindah ke pengkalan rama tempat orang naik river cruise.
aku ingat btn dah tak de dah rupanya ada lagi... okklah tu... itu bukan brainwash itu cuma pandangan baru cuba diresapkan kat otak kau aje...
lan b punye keje kahwin bila ??
senyap aje..
Assalamu alaikum
Zam... hebatnya percutian...tu!
Tina...sedang berbengkel di Shah Alam!
Wassalam
Tina,
Bengkel apa tu??? ceritalah sikit... ni mesti nak jadi cikgu cemerlang punye bengkelll kannnn..
mmmm nak tanya sikit, pasal apa dekat sekolah si Aliah ni dia punye pengetua ada pangkat kat depan. Pengetua Cemerlang Ahmad. ni pangkat ke apa atau dia ni memang dahsyat atau gaji dia lebih sikit dari pengetua lain...
mmm minta tolong cikgu cikgu jawab...
Assalamualaikum semua!
Teringat tahun lepas Ani teman anak murid p Melaka slps 30 thn. Mlm nak p river cruise tu hujan pulak.. tak kesampaian la hajat kami. Taming Sari tu pun tak naik. Yg ani tak boleh lupa, bila makan asam pedas tak buh kuah makcik tu heran.. sori, makan lauk tanpa kuah pun dah megalir ayaq mata!
Zam, Tina tu berbengkel sama ada nak peturun ilmu kat org lain atau tina p menambah ilmu. GC atau PC (pengetua cemerlng) memang satu jawatan. Mcm ani klau isi borang tang jawatan/gred tu, buh 'Guru Penolong' (je) DG44. Gred menunjukkan gaji. Ani tunggu 10 thn (thn lps)baru dpt DG44 tapi tina shortcut tak smpai 10 thn pun. Tina tlg betulkan klau ani silap. Keje cikgu tak kaya dgn gaji. Bila ada 'jawatan' maknanya, 'we're expected to contribute or produce something'. Syabas utk Tina sbb ini satu pencapaian dlm karier cikgu! Ani? Dedoakanlah..
Panjang lak cerita. Better stop here. Jumpa lg!
Wassalam & salam Jumaat.
Assalamualaikum semua!
Dalam perkhidmatan guru di Kementerian Pelajaran jawatan guru cemerlang GC diwujudkan salah satunya untuk mengekalkan guru yang berpotensi tinggi ini bila naik gred (atau pangkat) kekal mengajar di kelas. Maksudnya guru-guru cemerlang tak pegang jawatan pengurusan seperti penolong kanan atau tak terlibat dengan pentadbiran...
GC juga adalah satu laluan singkat supaya guru tu boleh naik gred (naik gaji juga!) dengan cepat. Kalau tak ... naik gred berdasarkan time based iaitu 10 tahun pada sesuatu gred....
Tapi apa yang Tina perhatikan ada dikalangan guru yang sangat hebat tapi tak mohon jawatan GC kerana tak mahu jadi sibuk... sebab macam Ani tulis tu....ada 'jawatan' maknanya, 'we're expected to contribute or produce something'. Kehidupan GC ni memanglah sibuk sikit tapi bagi Tina apa yang penting adalah outcomes daripada apa yang kita dah usahakan...!
Di sekolah, bos juga Pengetua Cemerlang ..... kalau pengetua lain sikit dari guru cemerlang... sebab tak perlu mengajar... tapi perlu menyumbang di peringkat PPD, jabatan dan kebangsaan...
Ani semoga kita terus cemerlang dalam karier cikgu ini..... dunia dan akhirat!
Wassalam
Cikgu cemerlang anak murid gemilang...
Tahniahlah untuk cikgu cikgu ya..
Semoga semuanya sentiasa berpaksikan kecemerlangan anak murid....
anak2 murid pulak janganlah lupa jasa cikgu...
Anie, kalau nak makan asam pedas kenalah banjir barulah bestt.. camtu jugalah kalau makan kari kat sini...
Post a Comment