Sunday, May 15, 2011

Pemergian Pakcik Baharom....14-5-11

Dukacita dan dengan rasa sedihnya pihak moderator ingin memaklumkan bahawa sahabat kita Zarina Baharom telah kehilangan bapanya pada hari Sabtu 14-5-11. Pakcik Baharom telah meninggal dunia dan selamat dikebumikan semalam.

Marilah kita sama-sama berdoa agar roh nya di kalangan orang orang yang beriman dan diredhai oleh Allah. Al fatihah...

Untuk Ija, semoga tabah dalam menghadapi situasi begini dan kami di sini mendoakan yang terbaik untuk Ija dan keluarga.

Sekian harap maklum.

Moderator.

8 comments:

zam said...

Ija dan family,

Salam takziah dari kami sekeluarga.

Sabar dan tabah ye....

Alfatihah..

Tina Kassim said...

Assalamu alaikum Ija,

Kebetulan Tina tak berada di Nilai.. harap sangat dapat jumpa Ija untuk bersama melalui tempoh sedih ini!

Semoga Ija diberi kekuatan dan ketabahan...

Tina yakin Ija dah memberi/menjadi anak yang terbaik untuk arwah...


Takziah dari Tina sekeluarga.

Wassalam

Zulhamri said...

Al Fatihah buat arwah Pak Cik Bahrom.. semoga rohnya di tempt bersama orang beriman.. Amin

Salam takziah Dari kami sekeluarga untuk Ija.

Ikhlas...
Boy

mozart said...

Takziah pada Ija dan keluarga dan Alfatihah kami sedekahkan.

Rose said...

Ija ..

Salam takziah dr Rose sekeluarga.

Rose harap Ija tabah ..take care ye.

Alfatihah..

siti rohani said...

Buat Ija & keluarga,
Takziah. Redha & sabarlah menghadapi ujianNya.

Wassalam.

Ija said...

A'kom kpd semua kwn2 SKKGK yg d ingati,pertama sekali ija ingin mengucapkan jutaan terima kasih datas ucapan TAKZIAH serta kiriman al fatihah dr kwn2 semua utk ayahanda tercinta.Alhamdulillah ija tabah melaluinya serta redha dgn pemergiannya.Semuga rohnya dcucuri rahmat serta dtptkan bersama2 dgn
org2 yg beriman.Amin.Ayah ija telah menghembuskan nafas terakhir pd hari jumaat,13hb Mei 2011 pd pkl 11malam bersamaan 9 Jamadil Awal 1432 Hijrah.24jam setelah membaca surah yassin pd hari khamis(malam)12hb Mei 2011.Sebenarnya ija tak sempat nak memberitahu sesiapa pun,cuma yg ada d kepala nak membaca al fatihah dan surah
yassin sebanyak yg bole,suami ada bgitahu boy dpt berita yg ayah ija telah kembali ke rahmatullah drkwn ayah ija yg menziarahi jenazah.Terima kasih kpd kwn2 ayah ija sprt Encik karim dan isteri,Encik Rahmad,Jeneral Borhan,Mejar Zaini,Encik Yusuf dan isteri(ayah pijok)Encik Zul(ayah Lan B)Mejar Mazilan,Encik Jamal Kuntum(ayah Sham)dan yg lain2,maaf jika ada yg ada nama yg tertinggal,Cik mat intan dan kwn2 ayah ija dr tmn peruna,melaka yg call,tima ksih d atas ingatan kalian.Hari ini genap seminggu ayahanda mengadap Allah SWT.AL FATIHAH UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Anonymous said...

Salam buat Ija n family....

Salam takziah dr waty sekeluarga...

maaf dah lama tak dengar khabar semoga ija tabah dan reda dgn pemergian ayahanda ija,

alfatihah... amin