Monday, November 9, 2009

Tina pula bercerita.....

Hasil Nuhkilan Tina..........
Salam untuk semua. Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT.

Boy suruh saya sent gambar. Zam pula welcome me in the group. Jadi saya cuba untuk menulis.

Sebelum tu nak maklumkan pasal nama. Nama Tina tu dah lama (28 tahun kot..) tak digunakan dikalangan kawan-kawan. Panggilan sekarang oleh kawan-kawan adalah Shiela. Nama Shiela ni diberi oleh senior masa minggu orientasi form 1 di MGHS, Durian Daun Melaka.

Sejak arwah abah meninggal 9 tahun lalu tiada orang panggil saya dengan nama Tina (sebab nama Tina arwah abah saja yang guna) so masa boy call sebut nama Tina saya tak mengaku sebab memang dah lupa nama tu. Satu lagi nama ialah Eta. Ini panggilan di rumah atau kawan atau kenalan yang rapat dengan family saya. Sebab tu bila Aidil Ghafar kata nama saya Eta, boy pula tak tahu. Saya rasa pasal nama ini penting juga takut ada masalah di kemudian hari. So lepas ni nak guna nama yang mana satu?
Oleh kerana blog SKKGK adalah untuk kengkawan yang rindu…..Jadi untuk kali pertama ni, saya nak share satu gambar masa di SKKGK. English Campaign Week masa darjah lima itupun sebab jelas tertulis kat papan hitam supaya dapat mengimbas balik masa dulu-dulu. Apa yang kawan-kawan boleh ingat kembali perkara yang telah berlaku hari tu gambar diambil. Mungkin boy ingat banyak perkara…….Inilah gambar saya. Pada sesiapa yang dah lupa rupa saya masa bersekolah di SKKGK.

Saya masuk ke sekolah tu masa darjah lima. Atas pentas (susunan meja) tu saya tengah story telling. Apa yang saya ingat majlis di sebelah petang. Ada ramai orang yang hadir termasuklah mak saya. Itupun kalau tak silap.. Sebenarnya ingatan saya di SKKGK tu dah tinggal 5% sahaja.

Satu lagi, saya share gambar saya selepas lebih 10 tahun dari gambar tu diambil. Gambar ni masa saya dah hampir nak tamat belajar di ITM (skarg UITM), Arau, Perlis. Tujuan gambar ni saya share sebab perubahan dari segi rupa dan lain-lainnya memang banyak dah berlaku. Kita mungkin pernah berjumpa selepas 10 tahun tu tapi mungkin kita dah tak cam antara satu sama lain.
Saya sebenarnya memang berhajat nak cari kawan-kawan lama masa bersekolah dulu. Sekolah rendah dan menengah hampir semua dah terputus hubungan. Terutamanya kawan di SKKGK masa hari akhir sekolah dulu rasanya tak tahu nak bermaafan. Jadi saya mohon maaf pada semua atas kesalahan atau terkasar bahasa masa sekolah dulu sebab ada dua tiga orang kawan lelaki yang rasanya sangatlah jahat….. (rasanya sekarang semuanya dah jadi baik).

Oklah lain kali kalau ada kesempatan saya share cerita lain pula mungkin selepas 29 tahun dari 1980 iaitu gambar keluarga saya sendiri. Terima kasih.
Ps ://Maaf gambar yang di sebut di dalam ni cerita ni.. tidak dapat disiarkan dia atas permintaan Tuan punya Badan........
Saya yang melaporkan dari bilik berita SKKGK.. Zulhamri aka Boy...

Tulisan Lando...06-11-09

LanDo menulis......

Salam semua,

Sebenaunya bukan ape, aku la ni memang sibuk giler, mana taknyer, dulu ada 5 staff, la ni tinggal sorang jer. Memang tak sempat nak baca email kat opis. Tapi 'rindu pada hari semalam' sentiasa membara ... so, tak nak le miss news from kau orang semua.

Sebab tu aku tukau email tu, kat rumah boleh le baca. Terubat le rindu kat kau orang semua. Tambahan pulak, dah makin ramai dalam list ni, sape sangka kan! syukur alhamdulillah... thanks a lot pada Boy berkat usaha dia, kena pulak dah jadi orang kuat Maxis, so kau betul2 memanfaatkan database Maxis tu. Bila tengok gambau kita semua, memang ada bebanyak betul berubah, sama macam rang yg menulis ni, dulu rambut ku ikal mayang, sekarang ambik kau!!! Nasib baik le dah laku, kalau idak, hampehhh ... Tak pe, biau ler kita berubah "bentuk", tapi jangan berubah ikatan silaturahim kita, mudah-mudahan berkekalan ke akhir hayat, amin ! Ni saje jer nak cerita, nak share, pada Zam, kau jangan nangis pulak. Aku last week balik kampung, tidur rumah mertua kat Bemban.

Esok pagi tu, aku breakfast ngan bini aku kat satu warong kat kampung tu. Nampak nasi lemak dia macam best jer, sebab daun pisang. So sambau ler satu! Bila mengunyah sambal tu, rasa dia 90% macam sambal arwah mak Dak Zam.

Aku pernah mention kat mak aku, walaupun sambal mak aku sedap, tapi memang tak lawan sambal arwah mak Dak Zam, memang different, can't find anywhere else in this world, sumpah ... Pada Zam, tak de sape yg mewarisi resipi arwah ke? rugi wooo ..!!

Pada Shiela@Tina@Eta, selamat bertemu kembali. Ko le satu2nya bunga kat sini. Awat kahwin dulu tak bagi tau? My wife kan schoolmate you kat MGHS! Ada gambau you masa buat dikir barat atas stage pakai baju melayu lelaki. Tapi bila tengok gambau masa English campaign tu, saya pun masuk jugek, bidan terjun, Cikgu Wan suruh last minute. Hasilnya, balik rumah kena marah dgn Guru Besau (bapak aku lerrr) sebab buat main2, tak serius!

Anyway, I can't mention your name in front of my wife, paham2 je lar.... Boy, SR ngan zarina tak nak joint list ni ke? Aku dok teringat kat Tan Chong Beng sebab dulu sama2 kat UTM, tapi dia habis awal (diploma), pas tu lost contact. loghat dia masih macam kat SKKGK. Ok ler, dah ngantuk dah! Pada semua, aku doakan supaya kita hidup dalam iman DAN mati pun dalam iman, amiinnnn !

Semoga Allah izinkan kita bertemu lagi dalam masa terdekat ni, mudah-mudahan dipermudahkan urusan dunia kita semua, lebih2 lagi urusan kita di akhirat nanti, insyaAllah ... wassalam ... Lan Dollah (bukan budak kem, tapi sekolah dalam kem) Sekolah Kuda Kayu Gantung Kaki - SKKGK 1979-1981

Friday, November 6, 2009

USTAZ RUGGED !!!

Salam...

Mesti terngiyang-ngiyang di telinga korang bila ustaz kita ini Cakap.... "Saimpah punya budak" ..ini lah tag line Ustaz Razak...

Ustaz ini kalau pergi mengajar naik Motor Srcambler.. Suka pakai baju belang-belang dan seluar bellbotem... macam Hair Amir.. Tapi misai dia punyalah melenting......

Tadi Pontianak baru call aku mengingat kan satu peristiwa lucu tentang Ustaz kita ni... Dulu kalau dia ajar kita Pendidikan Jasmani... mesti kita pergi kat padang tempat pasir terjun payung tu kan... padang tu kan penuh dengan kemuncup...Lepas habis je mesti seluar bellbotem dia tu penuh dengan kemuncup...bila masuk kelas je..nanti ada lah sesiapa akan jadi mangsa dia kena cabut kemuncup... seorang kiri dan sorang kanan.. Kah...kah..kah
Ustaz Razak juga adalah guru pasukan bolasepak sekolah kita... Di suka cakap..kalau bola sampai je kau "HOBEN......." itu yang Fendi selalu hoben je bila bola masuk kawasan penalti skkgk.... sampai kaki dia pun bengkok

Satu lagi peristiwa lucu tentang Ustaz kita ni... dia pernah tak puasa.. depan kita lah, dia makan ubat penadol dan minum air sejuk...selamba je.. sambil nasihat " Orang sakit, boleh tak puasa"...

Ustaz ... Ustaz.....

OK berjumpa lagi...

Wasalam
~Boy~

Thursday, November 5, 2009

ORANG KUAT YB !!!!

Salam sejahtera..

Di atas pemintaaan ramai.. di bawah ini saya sertakan gambar sekeluarga sahabat kita ni...Kenal ke ? Sahabat kita ni sekarang sibuk dengan tugas khas dia dengan YB ..

Jadi kalau, sahabat - sahabat nak kan projek ..... boleh lah contact sahabat kita ni.....sekarang ini, beliau menetap di Sungai Buloh.. alhamdullilah besar keluarga dan murah rezekinya.. gambar hari raya baju sedondon lagi......

Sesiapa nak berhubung dengan dia, saya boleh hantarkan number dia...

Wasalam..

~Boy~


Penampau Jepun !!!

Salam sejahtera..

Masih teringat lagi ke peristiwa ini?

Terkenang Arwah Cikgu Mohktar. Semua orang takut dengan dia bila dia naik angin. Tetapi kalau dia OK, dialah cikgu yang paling best sekali. Suka buat joke dan very friendly with the student. Ini yang aku rasalah...

Aku tak ingat sama ada aku pernah jadi mangsa dia atau tak?. Tetapi yang merasai nya tak salah akulah..

1. Dak Zam Jepun
2. Dak Fendi Flinstone
3. Dak Zakry - Tan Chong Beng

Dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat nama dia....

Tapi kalau korang masih ingat lah... kalau Arwah nak lempang budak, dia mesti buka jam dia dulu..betui tak? Faisal mesti ingat kisah ni..
Tak tahulah kenapa dia buka jam, takut kena muka budak kot.... tapi kalau kena bedengung kejap kepala...

Tapi, kalau dikaji-kaji balik..cara guru kita mengajar masa tu lebih berkesanlah...sebab bila kita kena ..tentu kita takkan buat lagi.. terus je jadi budak yang lebih baik.. Ini pendapat akulah...

So ..kawan-kawan marilah kita meriahkan blog ini.. lama tak baca , korang punya cerita.. sumbang-sumbanglah...

Aku takutlah korang boring, aksyek2 dak boy je tulis cerita... bagi lah orang lain pulak..

Ikhlas dari saya...
~Boy~


Wednesday, November 4, 2009

Junjung Kerusi Keliling Sekolah....

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi.. Kes yang kat atas ni memanglah gempar... semua orang satu kelas kena junjung kerusi pusing satu sekolah..sebabnya aku dah tak ingat..

Hang taulah..dulu punya kerusi sekolah kan kayu... sekarang ni mana ada lagi ...semua sekolah dah pakai kerusi plastik.. jadi tak lah berat sangat macam dulu... lepas tu yang malu tu semua kena jalan keliling sekolah... malu tak tau nak letak muka kat mana... satu sekolah gelakan kita.. dari darjah satu sampai darjah 5 tengok abang dan kakak mereka.. lepas tu jadi reporter kat mak bila balik sekolah.... hang pa tau jelah, kalau mak dah tau lepas tu, dah tentu kena balun lagi kat rumah...

Lain kan zaman kita dulu dengan zaman anak kita sekarang... kalaulah anak kita kena macam tu .. mau esok pagi pukul 8.30 pagi dah terpacak kat depan pejabat gurubesau ...nak bela anak kita...walaupun dia orang ni salah... Betulkan Tina dan SR ( Depa ni Cikgukan) ?.. mak bapa sekarang ni aggresive gila... silap haribulan cikgu pulak lebam kat muka... kena bantai dengan bapa budak ni...

Tapi sapa-sapa yang kena je yang akan teringat peristiwa ni.... memang manis sekali...

Kalau sapa-sapa nak tambah cerita ni silakan... memory korang mungkin lebih power lagi...

Sekian
~Boy~

TAN CHONG BENG DALAM KENANGAN....

Salam..

Sibuk benar beberapa hari yang lalu... maklumlah dah hujung -hujung tahun ni.. masa nak kena buat appraisal... kenalah tunjuk rajin-rajin sikit...

hari tu aku dah berjanji nak ceritakan asal-usul nama kawan kita ni.. Kalau ingatan aku masih berkesan..Peristiwa ini berlaku semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia.. Cikgunya ialah Cikgu Wan..

Satu hari tu kita di suruh buat surat rasmi.... berkenaan apa aku tak ingat dah... jadi dalam buku teks tu adalah satu rujukan untuk kita mengetahui bagaimana nak buat surat tu... Cikgu Wan mahukan semua murid-murid hantar kan kerja rumah ni pada hari esoknya...

Esoknya, buku tulisan pun semuanya dikutip untuk dihantar kepada Cikgu Wan.. Apabila sampai waktu cikgu wan mengajar.. Cikgu Wan pun membaca lah satu , dua buku yang telah diperiksa..

Apabila sampai kepada satu buku tu..Surat yang ditulis bukan nama kawan kita ni dia..tetapi , dia mengikut nama yang diguna sebiji serupa didalam buku teks kita tu... Jadi Cikgu Wan pun membacalah surat rasmi dia tu dan disebutlah nama penulis surat... Sambil tersenyum dan ketawa Cikgu Wan Memanggil "Zakry" untuk mengambil bukunya..
Oleh kerana peristiwa tersebutlah..nama "Tan Chong Beng" terkenal..sehinggakan kita semua memanggil dan mengelarkan dia Tan Chong Beng... Hangpa masih ingat ke Mat Kedah ni... Di manalah dia sekarang?... Aku juga masih ingat dia ni, di "Tempeleng" oleh Cikgu Moktar kerana tepuk tangan dan ketawa dalam kelas .... dengan tak semena-mena je terus ...Panggggg ......tak tahu lah apa angin Cikgu Mohtar ketika itu...( Man Panjang Mesti ingat peristiwa ni).. Lepas tu Kelas Darjah 6 , terus senyap dan sunyi macam dilanggar garuda....takut gila
Begitulah garangnya Arwah Cikgu Mohktar ni...

Walau bagaimana pun untuk Zakry, kami semua mendoakan semoga hang panjang umur dimurahkan rezeki dan insyallah kita akan bersua satu hari nanti... berapalah anak hang?

Salam Ihklas,
~Boy~

Ps: Pandai Mamat ni ..tak salah aku dia dapat 3A 2B dapat masuk Sekolah Berasrama Agama Sultan Mahmud .. kalau aku tak silaplah