Monday, November 9, 2009

Tulisan Lando...06-11-09

LanDo menulis......

Salam semua,

Sebenaunya bukan ape, aku la ni memang sibuk giler, mana taknyer, dulu ada 5 staff, la ni tinggal sorang jer. Memang tak sempat nak baca email kat opis. Tapi 'rindu pada hari semalam' sentiasa membara ... so, tak nak le miss news from kau orang semua.

Sebab tu aku tukau email tu, kat rumah boleh le baca. Terubat le rindu kat kau orang semua. Tambahan pulak, dah makin ramai dalam list ni, sape sangka kan! syukur alhamdulillah... thanks a lot pada Boy berkat usaha dia, kena pulak dah jadi orang kuat Maxis, so kau betul2 memanfaatkan database Maxis tu. Bila tengok gambau kita semua, memang ada bebanyak betul berubah, sama macam rang yg menulis ni, dulu rambut ku ikal mayang, sekarang ambik kau!!! Nasib baik le dah laku, kalau idak, hampehhh ... Tak pe, biau ler kita berubah "bentuk", tapi jangan berubah ikatan silaturahim kita, mudah-mudahan berkekalan ke akhir hayat, amin ! Ni saje jer nak cerita, nak share, pada Zam, kau jangan nangis pulak. Aku last week balik kampung, tidur rumah mertua kat Bemban.

Esok pagi tu, aku breakfast ngan bini aku kat satu warong kat kampung tu. Nampak nasi lemak dia macam best jer, sebab daun pisang. So sambau ler satu! Bila mengunyah sambal tu, rasa dia 90% macam sambal arwah mak Dak Zam.

Aku pernah mention kat mak aku, walaupun sambal mak aku sedap, tapi memang tak lawan sambal arwah mak Dak Zam, memang different, can't find anywhere else in this world, sumpah ... Pada Zam, tak de sape yg mewarisi resipi arwah ke? rugi wooo ..!!

Pada Shiela@Tina@Eta, selamat bertemu kembali. Ko le satu2nya bunga kat sini. Awat kahwin dulu tak bagi tau? My wife kan schoolmate you kat MGHS! Ada gambau you masa buat dikir barat atas stage pakai baju melayu lelaki. Tapi bila tengok gambau masa English campaign tu, saya pun masuk jugek, bidan terjun, Cikgu Wan suruh last minute. Hasilnya, balik rumah kena marah dgn Guru Besau (bapak aku lerrr) sebab buat main2, tak serius!

Anyway, I can't mention your name in front of my wife, paham2 je lar.... Boy, SR ngan zarina tak nak joint list ni ke? Aku dok teringat kat Tan Chong Beng sebab dulu sama2 kat UTM, tapi dia habis awal (diploma), pas tu lost contact. loghat dia masih macam kat SKKGK. Ok ler, dah ngantuk dah! Pada semua, aku doakan supaya kita hidup dalam iman DAN mati pun dalam iman, amiinnnn !

Semoga Allah izinkan kita bertemu lagi dalam masa terdekat ni, mudah-mudahan dipermudahkan urusan dunia kita semua, lebih2 lagi urusan kita di akhirat nanti, insyaAllah ... wassalam ... Lan Dollah (bukan budak kem, tapi sekolah dalam kem) Sekolah Kuda Kayu Gantung Kaki - SKKGK 1979-1981

2 comments:

Budak Kem said...

Salam Lando,

Zarina dah joint blog in..cuma SR masih belum respond.. mungkin nak kena bagi Dak Zam Ayat dia sikit.. So bolehlah kita berkongsi Idea, cerita dan maklumat terkini...

Insyallah, moga-moga semua dilindungi oleh ALLAH dan sihat sejahtera...

Wassalam...
Boy.

Anonymous said...

Lan,

aku amat terharu dan nak menitik airmata bila baca cerita kau ni. Berkat meniaga kecil-kecilan kat belakang rumah aku dulu tu (untuk pekerja kontrak) dan aku sapu sikit untuk kengkawan yang suka kan nasi lemak dapatlah rezeki lebih sikit untuk keluarga aku.. tapi sayang darah meniaga ni takde langsung melekat kat aku... mmmm since mak aku meninggal masa muda tak sempatlah bini aku nak belajau dari dia... apakan daya... tapi macamana pun sambal orang melaka dengan nasi lemak dia still the best dari kat penang ni... terliur dan rasa nak balik melaka sekarang juga untuk pekena nasi lemak dan asam pedas telok mas....

-zam-