Wednesday, November 25, 2009

Koordinator Jatuh Sakit..

Salam,

Ni nak bagitahu yang Koordinator kita Boy la ni tengah demam. Anak beranak sakit. Jadi kita doakan dia sihat dan pulih seperti biasa dan bolehlah dia update blog kita ni...

Boy sebenarnya tengah berusaha keras untuk mendapatkan seberapa ramai x-skkgkian . Dan hasil usahanya yang tak pernah mengenal penat maka dapatlah kita rapatkan semula beberapa ekor kumbang dan tiga tangkai bunga.. harap2 lepasni makin bertambah dan meriah lah blog ni. Umpama ubat stress... kalau tension sangat tu masa kerja ... jengok2 lah blog ni... ada gambar masa kita zaman muda (Lan kata masa banyak sangat benda yang jahil).. dan sedikit nukilan cerita2 masa dulu. Anggaplah blog ni sebagai pengubat rindu dan pastikan untuk anak2 kita yang terbaik kita boleh beri...

Untuk Landol, setakat berita yang aku tahu anaknya berjaya mendapat 5A... alhamdulillah dan lega rasanya jadi mak bapak.. tapi kalau yang tak berjaya tu tak mengapa masih ada lagi peluang 2 di hadapan. Tanamkan terus semangat untuk anak2 kita terus berjaya... insya-allah jika terus berusaha gigih maka pintu kejayaan tu akan terbuka ... tak kiralah di dunia atau di akhirat kelak....

Untuk semua, selamat hari raya korban... semoga dosa kita diampunkannya...


-zam-

ps: Haji Landol - aku dengar orang yang pergi mekah tu selalu merinduinya ....aku punye turn tak taulah bilah boleh pergi....

1 comment:

Budak Kem said...

Hari ni 28hb sy&suami berjumpa boy sekeluarga d Sg.Udang,rmh mak boy.Alhamdulillah boy,isteri(ita)&anak2 dah sihat dr demam& sakit mata.Anak2 adalah amanah allah,sbgai ibubapa kita berTANGGUNGJAWAB melahirkan generasi muslim/muslimah yg tetap berpegang teguh pd "din"NYA sekalipun d hadapkan pd berbagai perubahan zaman.zarina baharom.