Wednesday, April 14, 2010

Happy Vasakhi

Hai Suresh how are you & family i would like to wish u & family "HAPPY VASAKHI DAY" may the future bring u lots of happiness and wealth,
fr Zarina @ ija.skkkgk.

Tuesday, April 13, 2010

Alkisah.. ROSIAH RAHIM..

Salam...

Mesti ramai menunggu-nunggu tentang cerita "Gadis putih serta pemalu" ni satu ketika dahulu... Dulu masa kecil-kecil dia ni orangnya sangat pendiam dan tak berberapa ramah.. Nak dikatakan Glamour di sekolah jauh sekali.. selalu maintance low profile je.. Tak lah macam Pontianak, masa kat SKKGK dulu memang glamour habis... gurau aje Ija ya..

Berbalik pada cerita Cik Rose kita ni dulu, selepas habis sekolah kat SKKGK tu terus melanjutkan pelajaran ke Sekolah Men Sungai Udang.. Sama lah dengan kami (Boy, Faisal, Ija, Kepau, Sham Kuntum, Man Panjang , Helmi dan beberap kawan lagi yg dah tak beberapa ingat nama mereka).. Cuma kami berlainan kelas.. Kalau member - member ni masih ingat Rose ni di dalam kelas Pertanian bersama Kepau dan Helmi, yang lain tu masuk kelas Perusahaan dan Sains Rumah Tangga...

Sekarang ni Cik Rose kita ni bertugas di TaiyoTech sebagai "Purchaser" di Bukit Minyak kat Penang.. Dah Jadi orang Penang selepas bapanya balik kampung after pencen.. Cuma peliknya "Slangnya" tak langsung mengambarkan "dia ni mai dari Penang"... Macam orang Melaka je bunyinya... Sekarang telah berumah tangga dan mempunyai 4 orang cahaya mata... Dah ada anak dara dah Pn Rose ni.. Katanya nak ambil SPM tahun ni... Semoga berjaya diucapkan kepada anak sulung Pn Rose.. Suaminya menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai sebuah bengkel kenderaan di Penang... So pada sesiapa kalau rosak kereta kat Penang nanti bolehlah call Pn Rose minta suaminya tolong repairkan...

Katanya, dia amat teruja apabila dapat menghubungi kawan-kawan skkgk kembali... Selalu menjemput kawan-kawan untuk datang ke Penang.. SO sesiapa yg tak sempat mengsave nombor taleponnya tempoh hari bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan kembali....manalah tahu jalan-jalan pegi penang bolehlah singgah bersua muka dengan PN Rose kita ni... Sekarang ni dia dah tak pemalu lagi...

Seperti selalu, mesti kawan-kawan nak tengok wajah Pn Rose kita ni di usia 41 tahun.. Tapi beliau masih tidak sempat untuk memberi kepada moderator untuk di uploadkan... Insyallah sekiranya dapat nanti akan saya updatekan di sini...

Sedikit cerita tentang Parent Pn Rose kita, Ayah dan Mamanya berada dalam kandungan sihat walafiat.. Kalau kita nak menceritakan tentang bapa Pn Rose kita ni.. beliau lebih dikenali sebagai "RAHIM MAMAK" semasa bertugas dalam KOmando dahulu.... mungkin mak atau bapa kita boleh terbayang wajah mereka...

So,ini saja cerita untuk kali ni ... semoga kita semua akan dilindungi ALLAH SWT..Amin...


CUBA KORANG INGAT-INGAT GAMABAR NI RASANYA DIRAKAM DI KAWASAN MANA???

Ikhlas
~Boy~

Monday, April 12, 2010

Untuk As .....Happy Birthday yang ke....

Untuk sahabat kita Azhari, bekas penjaga gol SKKGK dulu.. selamat hari jadi yang ke ??? diucapkan. Kami warga x-SKKGK1969 berdoa semoga As dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga bahagia disamping keluarga yang tercinta.

SKKGK 1969

Sedikit Kenangan Di GuangZhou China

Salam..

Lama tak berblogger ya.. Bukan sibuk tapi kekeringan modal nak bercerita .. Alhamdullilah melihat perkembangan blog kita ni dah semakin aktif dan ceria sekali dengan kehadiran member lama yang baru dijumpai.. So yang lain janganlah pula diam aje.. sumbang-sumbanglah cerita atau komen anda ... hendak juga dengar cerita-cerita yang lain sedikit.. asyik2 cerita Dak Boy je .. boring pulak korang nanti..

Kesempatan kedua hari tu, dapat merakamkan beberapa gambar semasa di sana.. Cuaca semakin sejuk tapi tak da lah Snow macam di Beijing.. Tapi orang-orang seperti kita di sini terpaksa juga pakai baju 2-3 lapis.. sebab cuaca berubah sekelip masa.. Suhu ketika itu.. antara 10 - 15 Darjah Celcius..

Tetapi seperkara yang unik Orang2 di negara ni , mereka langsung tak heran apabila melihat orang foreigner di negara mereka.. Mungkin sebabnya negara mereka mempunyai ramai penduduk kot.. jadi tak pelik pun tengok orang luar disana (Macam kita disini..pelik sangat tengok orang..sampai macam nak makan).. Memang disinilah tempat segala bangsa didunia ni datang untuk business dealing ... segala apa jenis product pun boleh didapat disini... sebab itu lah "Baiyun International Airport" antara yang terbusy di Asia Tenggara..

Sekiranya kesana, kita tak perlu risau tentang makanan Halal.. terdapat banyak restaurant yang menyediakan makanan islam .. Terdapat orang Indonesia, Pakistan, Arab dan beberapa negara islam yang membuka perniagaan makanan disana.. Makanan pun sedap semuanya.. Siapa yang suka makan kambing .. inilah tempatnya...sebab cuaca sejuk, jadi tak rasa apa-apa lah kot...Yang herannya orang Malaysia je belum buka restoran kat sini... mungkin takut kot.. Dak Zam bolehlah buka pasai pandai cakap Mandarin (korang jangan tak tahu)...

Sejarah peningalan Sahabat Rasulullah masih tersimpan dengan baik.. Yaitu.. "Saad Bin Abi Waqas RA" Beliaulah orang yang dipertanggungjawabkan oleh Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam Di "CANTON".. Beliua juga yang mengislamkan Maharaja China "Sai Tee Sung" ...Kita Boleh melihat Makamnya di tempatkan di Masjid Saad Bin Abi Waqas.. Sempat juga sembahayang Zuhur di Masjid ni.. Kalau sembahayang Jumaat ..Khutbahnya dibaca dalam bahasa Arab.. Saad membuka 2 Masjid disini..Satu mempunyai menara yang sangat tinggi.. dibuat dari tanah liat dan tangan manusia aje..Reka bentuknya seperti Istana Maharaja China yang kita selalu tengok dalam wayang tu...Ada juga telaga yang di buat oleh Saad untuk kegunaan umat Islam di situ.. Sejuk Airnya.. Itu sebab kita tak perlu heran tentang ramainya Umat Islam disana...





Dibawah ni ada diserta kan gambar Kawasan perniagaan popular di Canton( Ghangzhou) Iaitu Beijing Lu... Kerajaan China masih mengekalkan bekas jalan yang dibuat semasa Dinasti Ming dahulu.. di sekitar kawasan ni.. Kita boleh bayangkan tempat ini seperti di kawasan Petaling Street atau Jalan Bukit Bintang.. terdapat banyak kedai serta gerai di sebelah nya kiri dan kanan... barangan disini amat murah sekali.. memang gila dibuatnya... Lihatlah keadaannya...




Akhir sekali , lihatlah kesibukan Baiyun Aiport.. Ramai sangat orang.. kadang-kadang tu risau juga dengan H1N1 .. ALhamdullilah selamat dan sihat walafiat..






Sekian Wassalam..

Ikhlas
~Boy~

Wednesday, April 7, 2010

Doakan .....

Salam semua,

Saya ingin minta kengkawan doakan anak saudara saya Nik Mohd Azlan bin Nik Mat yang sedang koma di Hospital Tengku Ampuan Aminah Johor Bahru kerana mengalami kemalangan jalanraya. Koma semenjak hari Sabtu, 3 April 2010.

Cedera teruk pada bahagian kaki dan tangan.....

Terima kasih untuk semua..

Tina Kassim

Tuesday, April 6, 2010

salam

A'km Zam,harap sihat sejahtera d samping isteri dan anak2 tercinta.Sebenarnya,Ija dah tulis komen utk Zam tpi tulisan tu dah lesap plak,ha ha ha.Terima kasih Zam sebab ingatkan ija doa2 yg perlu d amalkan,sbagai org islam kita wajib saling ingat-mengingati dan saling nasihat menasihati sesama kita.Sejak ija mula bertgas,Ija ada amalkan ayat2 pelindung diri,ayatul Kursi memang ija baca setiap hari,begitu juga doa kluar rmh dan doa sebelum pesawat berlepas.MAS ada menyediakan risalah doa d dlm kpl,penumpang bole mengambilnya @ minta dr kami.Risalah ini dr Per.Islam anak2 kapal MAS d luluskan oleh MAIWP.Walau d mana pun ija bertugas,senaskah Al Quran sentiasa brsama bila kelapangan ija akan menggaji d bilik hotel,Quran ni dah bersama ija sejak mula bekeja pd thn 1992,selepas tamat sekolah,menggaji sdah jdi rutin ija,skrg dah kawin ija dan suami menggaji bersama.Dr lapangan terbang,kami menaiki bas(shuttle)yg sedia menunggu ke hotel.Pd Bulan Ramadhan jika bertugas ke luarnegara,ija dan kwn2 berkumpul beramai2 berbuka puasa,kemudian menunaikan solat terawih d bilik hotel yg d sediakan(Crew Lounge)@ d masjid yg berdekatan dgn hotel.Setiap penerbangan yg jauh sprti LHR(London)yg mengambil masa 12jam stgh perjlnan,kami akan d beri rehat selama 4 jam stgh seorg mengikut giliran(team A dan B)manakala utk jurutrbang dan penolong jurutrbang(team A dan B)waktu rehat mereka 6 jam lebih seorang,begitulah jg jika penerbgan mengambil masa yg lebih lama spti dr Los Angeles(LA) ke Taipei)selama 15 jam,masa rehat akan d tambah.Penerbangan yg dekat krg dr 9 jam,tiada waktu rehat KECUALI d atas budi bicara ketua pramugari/pramugara kanan,MAS ada lebih krg 5000 anak2 kapal,ija sgt2 berterima kasih kpd mak dan ayah ija,ustaz dan ustazah serta guru2 yg mengajar kerana berpesan supaya menjaga maruah diri dan pegangan agama walau d mana bumi d pijak.Wasalam.

Sunday, April 4, 2010

salam

A'km dan salam sejahtera.pertama sekali ija rasa gembira dpt tahu topek dah join blog kita.Nampaknya topek dgn boy keja satu company,baguslah jadi org kuat celcom,kini mempunyai 4 org cahayamata.Ija ada baca tulisan Lan Dol.gelihati Lan cerita pengalaman brg kesayangannya kena rampas d Lapangan Terbang BKI,kalau ija ada masa tu bolelah ija slow talk dgn kastam yg bertgs scan brg@beg penumpang.Kalau anak2kapal,kapten,penolong jurutrbg membawa brg2 sprti Lan,kami d beri kelonggaran,brg2 itu d asingkan d dlm sampul surat dan kemudian akan d hantar ke kapal kami.Walaupun brg tu sentimental value,apo nak buek lan,ekau bolilah yg baru,kek Bomban yo!Sebenarnya ija dah balik dr LA pd 26hb Mac dan bercuti sehingga 01hb April,2hb Apr ke Sydney,baru saja balik pgi tdi.8hb apr ke KHI(Karachi) dan DXB(Dubai)akn balik pd 11hb Apr.Pd 30hb mac(Selasa) yg lalu tina ada call,dia tak jadi balik tumpat sebab anak2 ada tusyen,begitu besar pengorbanan tina demi mahu melihat anak2 pegi tusyen dan berjaya dlm pelajaran sanggup pendamkan dulu keinginan pulang ke kg suami.Buat pertama kali setelah sekian lama tak berhubung,ija call Norjawati pp 31hb Mac(Rabu)sedar tak sedar hampir sejam kami berbual,mengimbau kenangan d skkgk,wati msih ingat masa sukan sekolah,acara lompat jauh ija dpt no 2,wati dpt no 3,selepas ija berpindah dr Kem Sg.Udang,minat ija pd sukan berkrgan pasal ustazah d sek ija garang mak oii...dia akn membebel mcm ni..pot..pet..pot..pet sebab pantang tgk bdk pompuan aktif sukan walaupun pakai seluar panjang dgn t shirt lengan pnjang!Ija nak jaga hati ustazah Fadzillah jadi ija ikutlah nasihat dia.Wati kata seronok tinggal d kota Singa cuma sedih sebab org2 Melayu kat sana sombong dan berlagak,Wati kata org sana suka ckp omputih,bukan betul pun,ala2 broken english,mcm lah Wati ni tak reti cakap dan tak paham bahasa omputih,anak Wati dah besar2,jadi dia kata boring duduk rmh dr tak buat apa2,dia keja suka2 d kdai mkn.Ija suka bila dngar Wati panggil syg pd pelanggan perempuan yg mkn d kdai tpt Wati bekerja,mesti kdai mkn tu bkn aje soodaap tpi layanan pun baik.Oh ya,Wati ada beritahu kwn kita Rosiah ada d P.Pinang,mgkin ZAM bole tlg teropong.. pd boy,slamat berjaya dlm exam yg akn dtgl.Setakat ini saja ija menulis,semuga ija serta kwn2 semua d lindungi allah walau d mana pun berada,wasalam.