Tuesday, April 6, 2010

salam

A'km Zam,harap sihat sejahtera d samping isteri dan anak2 tercinta.Sebenarnya,Ija dah tulis komen utk Zam tpi tulisan tu dah lesap plak,ha ha ha.Terima kasih Zam sebab ingatkan ija doa2 yg perlu d amalkan,sbagai org islam kita wajib saling ingat-mengingati dan saling nasihat menasihati sesama kita.Sejak ija mula bertgas,Ija ada amalkan ayat2 pelindung diri,ayatul Kursi memang ija baca setiap hari,begitu juga doa kluar rmh dan doa sebelum pesawat berlepas.MAS ada menyediakan risalah doa d dlm kpl,penumpang bole mengambilnya @ minta dr kami.Risalah ini dr Per.Islam anak2 kapal MAS d luluskan oleh MAIWP.Walau d mana pun ija bertugas,senaskah Al Quran sentiasa brsama bila kelapangan ija akan menggaji d bilik hotel,Quran ni dah bersama ija sejak mula bekeja pd thn 1992,selepas tamat sekolah,menggaji sdah jdi rutin ija,skrg dah kawin ija dan suami menggaji bersama.Dr lapangan terbang,kami menaiki bas(shuttle)yg sedia menunggu ke hotel.Pd Bulan Ramadhan jika bertugas ke luarnegara,ija dan kwn2 berkumpul beramai2 berbuka puasa,kemudian menunaikan solat terawih d bilik hotel yg d sediakan(Crew Lounge)@ d masjid yg berdekatan dgn hotel.Setiap penerbangan yg jauh sprti LHR(London)yg mengambil masa 12jam stgh perjlnan,kami akan d beri rehat selama 4 jam stgh seorg mengikut giliran(team A dan B)manakala utk jurutrbang dan penolong jurutrbang(team A dan B)waktu rehat mereka 6 jam lebih seorang,begitulah jg jika penerbgan mengambil masa yg lebih lama spti dr Los Angeles(LA) ke Taipei)selama 15 jam,masa rehat akan d tambah.Penerbangan yg dekat krg dr 9 jam,tiada waktu rehat KECUALI d atas budi bicara ketua pramugari/pramugara kanan,MAS ada lebih krg 5000 anak2 kapal,ija sgt2 berterima kasih kpd mak dan ayah ija,ustaz dan ustazah serta guru2 yg mengajar kerana berpesan supaya menjaga maruah diri dan pegangan agama walau d mana bumi d pijak.Wasalam.

3 comments:

zam said...

Ija,

mmm nampaknya blog mengalami gangguan technical dari blogspot. Anyway dah okay, segala comment dah masuk dah.

Baguslah tu, sebab antara kita semua nampaknya ija aje yang jalan paling jauh... hmmmm siapa sangka ye... zam cuma boleh doakan keselamatan ija dan kengkawan dari jauh aje...

tapi saja nak share doa yang ustaz razak bagi dulu tu.. sebenarnya zam amalkan dari darjah 6 dulu tu..

gini :> bismillahillazi la ya durru ma'asmihi shaiun fil ar dhi wala fissamai wahua samiul a'lim.

kalau nak makan tukar jadi.. yahayun ya qayyum.. insyaallah kalau ada orang nak kenakan kita tak berjaya.. ingat arwah kata kopi yang dia nak minum tu cawan bergetar... alah dulu caya ajelah...

nanti kalau kot arab nye zam cuba postkan...

chow

siti rohani said...

Assalamualaikum! Oo ustaz razak namanya ye.. yg bawak moto scrambler tu? Ke yg sorang lagi? Banyak juga doa dia bagi dulu2, Ani ingat sampai la ni... Bukan setakat doa, cerita2 ustaz & guru besar pun ada yg masih lekat dlm ingatan.

Ani memang suka dengar, tengok & baca cerita2 tapi, jgn suruh Ani cerita! Susah gak bila jadi cikgu yg tak bnyak cakap ni sbb cikgu kena bnyak cakap.Tapi Ani lbh galakkan bebudak bercakap.. dan Ani kagum dgn org yg pandai bicara mcm kekawan dlm blog ni...

wassalam.

Budak Kem said...

Terima ksih Zam,Ija ingat masa kat skolah dulu ustaz razak kata doa ni utk perlindungan dr segala kejahatan,ayat nya pun pendek,senang nak ingat dan baca.