Alhamdullilah sememangnya langkah kanan apabila ke KL pada cuti hari minggu yang lalu.. Semuanya secara kebetulan apabila plan untuk ke KL bersamaan hari kelepasan bagi warga negeri Perak Darul Ridwan..yang juga jatuh pada hari isnin yang lepas..
Apa yang kebetulan ialah En Azlan B serta keluarganya berbesar hati menjemput saya dan keluarga untuk meraikan harijadi anaknya yang kedua iaitu Farah Ilayan yang genab umurnya 12 tahun pada 18hb April .. Hari ini juga kebetulan bersamaan Hari Jadi Siti Syahirah (Yaya) anak saya yang keempat yang menyambung hari ulang tahunnya yang ke 4. Alhamdullualh rezeki kami dapat pekena Laksa Penang yang di buat oleh Pn Fauziah (isteri En Lan B kita) .. Memang sedap betul.. dijamu pula dengan Coklat kek serta buat tangan dari Mekah ( Jiran En Lan kita baru pulang dari mengerjakan Umrah)...
Terima kasihlah atas layanan istimewa keluarga En Lan B .. serta makanan yang sungguh enak sekali... Di bawah ni adalah gambar 2 anak dara kami yang menyambut Hari Ulang Tahun.. Doa kami untuk mereka ialah semoga menjadi Anak yang Solehah serta Taat kepada perintah yang Esa.. AMIN.
Inilah gambar mereka....
Sekian..
Terima kasih
Ikhlas
~Boy~
No comments:
Post a Comment