Tuesday, April 20, 2010

1st REUNION STATUS @ LUMUT PERAK

Salam Semua,

Sukacitanya dimaklum ini lah status kehadiran setakat hari ni untuk program yang kita rancangkan ini..

Hadir :
  • Zam and Family
  • SR and Family
  • Tina and Family
  • Muzaffar and Family
  • Taufik and Family
  • Azlan D and Family
  • Boy and Family
  • Sham and Family

Masih boleh memberi jawapan

  • Affandi and Family
  • Suresh and Family
  • Nazri and Family
  • Zarina and Family ( masih menunggu Jadual berkerja)
  • Azlan B and Family ( Ada request)

Tidak dapat Hadir

  • Khulai and Family(kerana Family gathering)
  • Rossiah and Family(Company Anual Dinner)
  • Azman ( Kesibukan dengan tugas)
  • Azhari and Family ( Tidak dapat Cuti)
  • Adik and Family ( Kesibukan dengan tugas)

Sambil itu ada sedikit request dari En Azlan B supaya tarikhnya dianjakan sedikit yaitu dari 28/5 -29/5 kepada 29/5 kepada 30/5. Saya rasa yang mereka yang telah memberikan persetujuan, mengkin tidak menghadapi masalah... kecuali Pn SR and Family kerana Kedah mungkin berkerja pada 30/5 iaitu pada hari Ahad.. Betul ke Ani? Mohon agar semua dapat memberi komen dan persetujuan untuk pertukaran ini..

Rasanya kita juga boleh bincangkan sekarang activity yang kita nak lalukan... Hari tu ada beberapa cadangan yang disebut oleh :

  1. Tina - untuk mengadakan bacaan Yasin dan tahlil untuk Arwah ibu ,bapa , guru serta rakan kita yang telah pergi meninggalkan kita.. Sambil untuk memohon selamat berjaya kepada anak-anak kita yang akan menghadapi peperiksaan besar sepert SPM, PMR dan UPSR..
  2. Tina juga berbesar hati untuk mensponsor "Door Gift" untuk Rakan sert keluarga yang hadir nanti
  3. Kita akan teruskan acara bertukar Hamper dari semua ahli dan keluarga mereka seperti reunion yang lalu.
  4. Mungkin kita akan cuba mengadakan sedikit Telematch untuk anak-anak kita semua pada keesokan paginya... Hari tu Dak Ija dah daftar nak masuk Lari Dalam Guni katanya...... jadi insyallah kita ada menrelisasikan impiannya...
  5. Dan seterusnya..... cadangan dibuka sekarang....silalah jangan malu malu... lontarkan idea anda...!!!

Sekian terima kasih

Ikhlas

~Boy~

5 comments:

Lan Dollah said...

Salam semua,
aku nak kata confirm pun tak berani jugek sekarang ni. Cuma hajat hati , kalau tak de aral, memang nak join. Bincang ngan orang rumah, macam ada projek lain le pulak masa tu. Tapi nengok le dulu ...

de faisal said...

Tolonglah tukar tarikh....aku pun nak joint..

faisal

Zam said...

aku rasa bab2 nak memenuhkan acara ni sesuai dibagi kepada cikgu-cikgu yang ada... maklumlah sukaneka kan antara kepakaran diorang...

anyway, boy camno... ni .. tempat dah confirm ke..

faisal,

sambil2 tu tengoklah tarikh lain yang sesuai sebagai contigency plan....

Rose said...

Salam;

Faisal kalu kau seorang merayu dia orang buat deeek je ape kata Rose also join ngan kau ..

Tolongggggggg laaa tukar tarikh lain Rose n Faisal teringin gak ..
na join nie ...

Bole cam tu ..

Tina Kassim said...

Salam semua,

Untuk tarikh yang Lan B cadangkan untuk saya tak ada masalah....

Untuk majlis yang saya cadangkan tu .... terima kasih kerana masih mempertimbangkannya.... kalau tak jadi halangan, suami saya, Nik Aziz dah setuju jadi ketuanya.

Untuk lari dalam guni....Ija boleh ke lagi? Rasa tak sanggup....

Untuk acara anak-anak mesti consider anak-anak yang dah 12 tahun ke atas... depa ni... boleh join anak-anak yang lebih kecil mandi kolam lama-lama ke...?

Jadi kalau saya cadangkan indoor game macam Scrabble sesuai ke? Set scrabble banyak kat sekolah ni... boleh pinjam!

Boy mungkin kita perlu kumpulkan maklumat bilangan anak dan umur mereka bagi setiap kenkawan kita ni....

Sekian untuk makluman dan cadangan...Terima Kasih