Wednesday, May 26, 2010

Countdown - 3 Hari Lagi !!



Salam..
Lihatlah Pekan Lumut sedang melambai - lambai serta menunggu anda sekeluarga..
Moga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan..
Selamat beREUNION..!!!!
Ikhlas
~Boy~

Tuesday, May 25, 2010

Countdown - 4 Hari Lagi !!!

Salam...

Ya... sahabat semua, kita akan berjumpa insyallah dalam masa 4 Hari lagi.. Macam -macam perasaan yang mengundang sekarang.. betul tak? Antaranya , semalam Dak Zam cakap, anaknya yg sibuk mengira hari nak reunion.. Bila Zam tanya "sebab apa hang seronok aku yang nak reunion?" Dia cakap sebab nak jumpa Aiman( Anak saya).. Baru teringat sebab sebelum ni mereka pernah berjumpa di Reunion pertama di Cameron Highland 2 tahun yang lepas... Jadi bayangkanlah .. akan-anak kita yg baru berkenalan pun sibuk mengira hari...INIKAN PULA KITA YG BERTAHUN-TAHUN(30 tahun) tak berjumpa... Mesti ada perasaan seronok, tak sabar, malu, segan, kekok dan macam-macam lagilah.... Insyallah semua akan menjadi kenyataan pada hujung minggu ni...

Seperkara sebelum terlupa.. gambaran di atas adalah untuk mengingatkan semua ahli untuk membawa sebuah hamper yang berharga RM30 (lebih kurang) untuk kita jadikan tradisi pertukaran hamper atau apa apa acara lain yang perlu untuk di berikan hadiah bagi menarik sedikit perjumpaan reunion kita nanti...

Oleh itu saya memohon kerja sama semua agar dapat memberi sumbangan ini bagi menjayakan perjumpaan kita nanti..

Sekian Wassalam..

Ikhlas
~Boy~

Ps: sekira ada apa bolehlah menghubungi saya atau En Noezamley untuk keterangan lanjut..

Monday, May 24, 2010

Tentative Agenda For 2nd Reunion..!!

Salam...

Sibok bebenorlah lately teman ni....sampai tak sempat nak bagi update pada kangkawan tentang Reunion Kita ni... Alhamdullilah hari ni baru sempat nak bercerita sikit... Mesti semua kangkawan tak sesabau ( bak kata Dak Lan D - Orang Melaka).... nak tahu perkembangan terkini tentang reunion kita... OKlah di sini saya sertakan tentative agenda kita untuk 29th - 30th May 2010 itu nanti..

Hari Pertama - Sabtu - 29th May 2010

11.00am - 5.00pm Mendaftar Di Hotel Lumut Valley Resort

3.00pm - 6.30pm Aktiviti sendiri bersama keluarga ( Nak Mandi Kolam ke, Nak sea side ke, atau Jalan2 kat Pekan Lumut)

7.00pm - 7.30pm Berkumpul di Dewan untuk sembahayang Maghrib berjemaah. Di ketuai oleh Ustaz Norzamly Ibrahim (Acting Naib Kadi Wilayah Seberang Perai.. gurau je)

7.45pm - 8.30pm Majlis Bacaan Yassin serta Tahlil di ketuai oleh En Nik Aziz ( Suami Cikgu Tina)

8.30pm - 9.00pm Sembahayang Isyak di ketuai oelh En Nik Aziz

9.00pm - 11.00pm Jamuan Makan Malam serta di selang seli dengan beberapa "ACARA KEJUTAN"

11,00pm - Bersurai dan Selamat Malam

Hari Kedua- Ahad - 30th May 2010

8.00am - 9.00am Sarapan Pagi di Dewan Makan ( Sembahayang Subuh di Bilik Hotel)

9.00am - 1130am Acara Sukaneka Keluarga .... Anak- Anak bolehlah bermandi-manda di kolam

12.00pm - 1.30pm Bersiap untuk check out dan terus ke dewan Makan untuk Makan Tengahari ( Solat Zohor Jemaah)

2.00pm Bersurai dan Selamat Jalan ke rumah masing-masing

Inilah secara kasar aktiviti atau agenda yang akan kita lakukan.. walaubagaimana pun kita hanya merancang segalanya ketentuan NYA..

PS :
  • Di Hotel ini ada disediakan Bilik Gym.. So kepada sesiapa yang berminat boleh menggunakannya nanti percuma.
  • Di sini juga terdapat perkhidmatan mengurut kaki ( Refleksologi) tetapi bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan ini. Terdapat di Lobby, keterangan lanjut boleh di dapatkan di sana nanti.
  • Terdapat juga bilik Sauna.. Tak salah Rm16 je untuk pernggunaan.. Jadi bolehlah mendaftar kepada yang berminat
  • Akhir sekali jangan lupa bawa baju mandi untuk anak-anak (Kalau Mak Bapa nak mandi juga pun boleh) , sebab itu je lah yang akan membuat mereka gembira...
Sekian

Ikhlas
Boy

Sunday, May 23, 2010

Countdown to Lumut....5 more days to go

Mmm nampaknya dah semakin dekat hari untuk kita bertemu... semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat... untuk Faisal.. bak kat Ani get well soon! Kita punya event organizer sekarang ada masalah kesihatan sikit.. sikit aje.. mata dia pun ceme sikit.. tapi hak lain2 ok lagi.. sempat berborak dengan dia last week. Boy kata Ija memang tak dapat hadir sebab la ni mungkin dah ada kat South Africa.. lepas tu Argentina then Cape Town pulak... tak pelah lain kali ok Ija. Dia balik Malaysia dalam first week of June 10. OK.. yang lain2 harap bersedia menerima beberapa kejutan.. aikkk ada kejutan ?? tak tahulah.. tapi apa yang kita boleh buat cuma berdoa semoga semuanya berada dalam kesihatan yang baik dan niat kita tak lain tak bukan untuk memperatkan silaturrahim anak2 komando yang mungkin dah 30 tahun tak berjumpa .... OK sampai sini dulu ...Ingat sesiapa yang ada idea kreatif boleh salurkan ke Event Organizer kita anak Tuan Zainal ...

Jumpa di Lumut......

p/s 1: Fendi masih belum terlambat untuk confirmkan kehadiran kau.
p/s 2: Apartment dan makan untuk malam,pagi dan tengahari sudah diaturkan.

Adios ....
kliklah disini ....http://countdown.onlineclock.net/
Zam

Wednesday, May 19, 2010

5 TIPS RAHSIA Jadi Kaya

5 TIPS RAHSIA Jadi Kaya

"Rasullullah SAW sentiasa menggalakkan umat Islam agar rajin berusaha dan menjadi golongan yang kuat dan kaya. Malangnya, golongan yang pro-Pakatan dan pro-Islam di Malaysia rata-ratanya terdiri dari golongan yang kurang berada. Sebahagian rakan-rakan mencadangkan penulis agar menulis sedikit artikel berhubung tips atau cara-cara menjadi kaya dan berkongsi pengalaman penulis yang memperolehi sekitar RM20,000 sebulan sedangkan umur penulis masih belum menjangkau 30. Di sini disertakan 5 tips: SEBELUM penulis menulis dengan lebih lanjut, penulis ingin menjelaskan bahawa menjadi kaya tidak sama dengan menjadi bahagia. Rahsia untuk mengetahui samada kita akan menjadi bahagia bila kaya kelak senang saja. Caranya ialah melihat samada kita bahagia dengan PROSES menjadi kaya tersebut. Sekiranya kita bahagia dan happy dengan kerja yang sedang kita buat, apabila menjadi kaya kelak, kita akan terus gembira. Bak kata orang putih, 'it is a process, not a destination' [ianya suatu proses, bukan suatu destinasi].

1. TIPS PERTAMA: AMALAN
Ada beberapa doa dan surah yang sentiasa penulis amalkan. Antaranya ialah mengamalkan membaca surah al-Wakiah dan surah al-Mulk setiap hari. Selain itu, penulis juga mengamalkan membaca Surah Ash-Shura ayat 49 dan surah al-talaq ayat 3. Ada yang panggil ayat seribu dinar.

2. BERNIAGA
SEBELUM penulis keluar negara, penulis ada pengalaman membuka kedai tefon bimbit, kedai buku, dan kedai runcit mini. Penulis mendapati bahawa perniagaan bukanlah suatu kerja yang mudah dan banyak halangannya. Meskipun begitu, berniaga adalah satu cara utama menjadi kaya malah hadis mengingatkan kita bahawa 9/10 dari rezki adalah melalui perniagaan. Nabi sendiri pun seorang peniaga. Antara tips penting dalam berniaga ialah teliti, sabar dan jangan tamak. DALAM dua tahun pertama, banyak masalah akan timbul dan adalah penting untuk tidak lemah semangat. Seeloknya sudah ada simpanan yang cukup untuk perbelajaan diri selama 4 bulan sebelum memulakan perniagaan. Orang Cina bila berniaga suka berniaga secara berjemaah. Jika pergi ke kawasan peniaga Cina, rata-rata mereka menjual alat dalam kategori yang sama di kawasan yang sama dan saling tolong-menolong. Ini berbeza dengan orang Melayu yang suka berniaga solo dan tidak saling bantu-membantu. Kalau kita melihat peniaga Cina, sekalipun dia MCA atau DAP, mereka tetap bekerjasama. Ini berbeza dengan peniaga UMNO dan ahli UMNO yang suka menindas peniagaan peniaga yang pro-PAS. Yang paling penting, bila berniaga, mesti ada perancangan. Menurut Felix Dennis dalam karyanya How to Get Rich?, ada 2 rahsia paling penting dalam menjadi kaya (dia sendiri memiliki lebih ratusan juta dollar). Yang pertama ialah Ownership dan yang kedua ialah Delegation (pandai lantik orang).


3. OWNERSHIP/PEMILIKAN
Anda tidak akan menjadi benar-benar kaya sekiranya anda kerja makan gaji atau kerja dengan orang. Bekerja sebagai peguam gajinya memang lebih tinggi tetapi konsepnya masih sama sekiranya anda hanya bekerja untuk bos. Anda akan menjadi takut hendak mengambil risiko.
Ini berbeza dengan orang Cina yang lebih berani mengambil risiko. Ini dapat dilihat dalam trend mengundi di mana penyokong UMNO tegar rata-ratanya terdiri dari kaum Melayu yang kurang berpendidikan khususnya makcik pakcik di Felda. Ownership atau pemilikan adalah penting kerana banyak sebab. Sekiranya anda berkongsi atau bekerja untuk orang, anda tidak dapat pergi jauh kerana anda perlu meminta izin dan berbincang setiap kali ingin membuat keputusan penting.

4. Delegasi
Anda susah hendak menjadi kaya sekiranya anda perlu membuat semua kerja. Anda perlu pandai delegasi. Banyakkan membaca agar lebih faham kaedah yang betul. Sebagai contoh, anda membuka perniagaan gerai air Soya di pasar malam dengan keuntungan bersih RM 900 sebulan. Sekiranya anda melantik pekerja yang berkebolehan dan membayarnya RM500 sebulan, anda mendapat untung RM400 sebulan tanpa bekerja. Sekiranya anda ada 6 cawangan atau enam gerai, anda sudah mendapat untung bersih RM 2400 sebulan tanpa bekerja. itulah contohnya.

5. Just Do It
Tips kelima ini merupakan tips yang paling susah. Semakin tua kita akan semakin banyak alasan. Sekiranya umur anda sudah melebihi 30 tahun, kemungkinan anda akan berhenti kerja dan menceburkan diri dalam perniagaan adalah kurang dari 10%. Banyak alasan yang boleh kita beri untuk menjustifikasi keengganan dan kegagalan kita menjadi kaya. Contoh lazim ialah:
1. Oh, aku memang dari keluarga susah. Kalau aku dari famili kaya tentu aku boleh jadi kaya
2. Aku bukannya taknak berniaga tapi aku bimbangkan isteri dan anak aku. Kalau aku single, tentu aku berniaga.
3. Aku single so aku nak kerja makan gaji untuk kumpul duit untuk kawin dulu.
4. Berniaga ni risiko besar, aku takut rugi.
5. Alah, duit bukan segalanya. Aku redha sekalipun aku tak berduit.
6. Aku zuhud sebenarnya. Sekalipun aku tak derma kat anak yatim dan golongan miskin, aku pergi masjid sesekali.

Pendek kata, banyaklah alasan kepada mereka yang mencari-cari alasan. Wassalam


Hanya ingin berkongsi ilmu yg dikongsi oleh teman sepejabat....

Ikhlas
~Boy~

Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru

Salam untuk semua ,


Semalam 17 Mei telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah saya. Tahun ini sambutan Hari Guru adalah yang ke - 39.


Sama seperti tahun - tahun lepas, ucapan selamat dari anak murid, bekas anak murid dan rakan guru, hadiah (tak banyak), jamuan makan yang istimewa (nasi minyak), persembahan pelajar telah diterima sempena Hari Guru 2010.


Dalam kebiasaan itu, terlintas juga istimewa dan mulia betul pekerjaan guru ini.


Tahun lepas sehari selepas sambutan Hari Guru ketika itu sedang memandu pulang dari SM Sains Kuala Selangor sambil mendengar Hot FM. Ketika itu ada slot untuk mengucapkan Selamat Hari Guru on air.


Ada satu panggilan dari seorang pemuda antara ucapannya pada seorang guru perempuan yang saya dah tak ingat namanya :


" Terima kasih atas tunjuk ajar dan doa cikgu. Cikgu tak pernah putus asa terhadap saya. Walaupun saya nakal tak ikut cakap cikgu sampai cikgu menangis kerana saya.

Cikgu masih memberi harapan kepada saya. Selamat Hari Guru, Cikgu.


Cikgu sekarang saya dah berjaya seperti harapan yang cikgu beri pada saya. Saya
bekerja dengan National Geographic di Australia"


Sejak mengajar di Sungai Besar ni, saya ada ramai anak murid seperti pemuda itu..... Perasaan putus asa selalu sahaja menghantui saya kerana tidak berjaya mengawal mereka ketika sedang mengajar...... Tapi sejak hari itu kekuatan untuk terus mengajar sangat tinggi.....


Antara isi kandungan kad ucapan Hari Guru yang saya terima semalam dari seorang anak murid lelaki ..... katanya dia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan saya untuk meneruskan perjuangan dalam kerjaya ini.....


Selamat Hari Guru untuk semua..... walaupun bukan kerjanya cikgu tapi kita juga guru bagi anak-anak & anak-anak sedara kita.


Wassalam.
Cikgu Roshilah @ Tina Kassim
@ SMK Sungai Besar, Selangor

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

A'km dan salam sejahtera.Hari ini 16hb Mei 2010 ialah Hari Guru d Malaysia,Ija mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Guru kpd Cikgu SR dan Cikgu Tina, insan yg bergelar guru sgt besar jasanya, mereka mencorak masa depan pelajar menjadi insan yg berjaya. Ija teringat pd Cikgu Azizah yg mengajar tadika d kem dulu,belajar ABC mengenal huruf dan nombor,Cikgu Badariah darjah satu,tiap2 pagi masuk kelas saja akan suruh sorang2 lancarkan sifir 1 hingga 12,Darjah 3 Cikgu Yang kulit putih suka tgk dia pakai kebaya dgn kain batik lepas,kasut sama warna dgn baju, masa tu d Sek Dato Tambichik Karim Masjid Tanah,Melaka,kemudian berpindah ke SKKGK,Guru Besar ialah Cikgu Abdullah dan guru2 lain yg tak mengenal penat mengajar murid2 dgn penuh dedikasi,terima kasih yg tak terhingga kpd semua cikgu2 d skkkgk,allah saja yg membalas jasa baik mu.ank2 buah Ija sibuk membeli & membalut sendiri hadiah kpd cikgu mereka krn hari Isnin ini sekolah mereka akan mengadakan majlis Sambutan Hari Guru.SELAMAT HARI GURU kpd SR dan TINA kerana tugas mu sbagai guru sgt mahal harganya....