Sedang dalam persediaan menyambut Syawal ... Kenangan masa kecik-kecik berhari raya dalam kem dah dua tiga hari dihati... Dah beberapa tahun raya tanpa arwah abah dan Heri. Kedua-duanya ada dalam kenangan raya ini... Kali terakhir raya dalam kem tahun 1981 iaitu masa umur 12 tahun sebelum arwah abah pencen. Sepanjang yang Tina ingat jarang sekali kami balik kampung untuk beraya. Tak tahulah kenapa... jadi kenangan raya masa kecik-kecik banyaknya dalam kem. Banyak kenangan manis.. (yang tak manis pun ada!)... masa duduk raya kat rumah tepi masjid tu.... bila raya memang akan ke rumah Onn sebab nak makan ayam masak kicap masakan arwah makcik Hendon... sedap sangat! Kalau raya rumah Wati tak berapa ingat... mungkin masa tu dia dan keluarga balik kampung.... memang masa tu kem agak sunyi bila raya sebab ramai yang balik kampung. Walaupun kem sunyi itu tak menghalang Tina, arwah Heri dan Abang untuk beraya sambil kumpul duit raya.... masa tu majoriti bagi dua puluh sen... kalau ada yang bagi lima puluh sen rasa dah besar sangat.... Kalau rumah pegawai (macam rumah boy) boleh dapat duit kertas..satu ringgit... tapi kami tak berapa berani nak pergi rumah pegawai ni... masa tu raya satu kem sampai ke Flat bunga...banyak makan kuih raya dan minum air sampai kembung perut. Cerita pasal persiapan raya.... selalunya beli kasut raya dekat kedai BATA di simpang Terendak... tak tahulah berapa kali pakai sebelum raya... sama juga dengan baju raya mesti try banyak kali... sampai tak lena tidur sebab fikirkan kasut dan baju baru... bila fikirkan terharu dengan kesungguhan mak dan arwah abah sediakan semua ini hanya nak tengok kami gembira.. Sampai sekarang pun... setiap kali pagi raya ingat sangat dekat arwah abah ...sebab masa kecik-kecik dulu (sebenarnya sampai sebelum kahwin)... saat yang ditunggu-tunggu ialah duit raya dari arwah abah... arwah mesti sediakan duit raya untuk kami semua... biasanya abang akan dapat lebih manakala kami (Tina, Abg Edi & arwah Heri) akan dapat jumlah duit raya yg sama... duit raya ni arwah akan bagi selepas bersalam mohon maaf maka masa tu sambil terharu mengenangkan kesalahan yang telah dilakukan.... gembira dapat duit raya! Itulah antara kenangan manis .... raya dalam kem yang nak dikongsikan. Kenangan raya dalam kem ni... dah 28 tahun berakhir ... tapi itulah raya yang paling best.....sebab bila umur dah bertambah keadaan raya juga berubah. Sekarang kemeriahan raya ni ....tumpang kegembiraan anak-anak. Disamping dapat bersama sanak saudara..... sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk kengkawan semua... Maaf Zahir Batin Anak-anak dah tak sabar nak balik kampung... esok kami akan bertolak balik ke Tumpat... tolong doakan keselamatan kami dalam perjalanan ya.. Untuk Sham, Selamat Menyambut Hari lahir yang ke-41. May Allah bless you always.
Wassalam
Tina Kassim |
HARI-HARI SEMALAM YANG MENINGGALKAN BERJUTA KENANGAN.... Untuk kengkawan yang rindukan hari semalam...
Saturday, September 4, 2010
Hari Raya dalam Kem... Satu Kenangan
Monday, August 30, 2010
Kengkawan Raya anda di mana???
Landol ada bertanya kat dak Zam.
zam,
ko raya mana? kelate ke melaka lahabau ?
geng2 lain, macam mana?
wassalam
Moderator
Sunday, August 29, 2010
RESET
bukan ayat yang original dari saya ... tapi idea yang sama... kadang-kadang apa yang ada dalam hati & fikiran susah untuk diterjemahkan dalam ayat.... mungkin ini berguna untuk kengkawan.... "Each and every one of us at one point in our life feels like they want to press the "RESET" button to have a fresh start. Pick a time & place where you are alone, and start writing down everything that you want to change, and how you will take action to change it. Then write a list of all the goals you want to accomplish with as much details as possible. Summarize the steps, then press "RESET" and start a new life!" From FB Ideal Muslimah Seems hard at first .... but everything depends on our willing and intention.. Semoga kita diberi hidayah...ameen Tina Kassim |
Friday, August 27, 2010
Witir...
Solat witir merupakan solat sunat terakhir atau solat penutup didalam satu malam. Sabda nabiْ "Jadikanlah solat terakhir pada malam sebagai solat witir" [HR Muslim].
SOLAT witir ialah solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat. Ia dinamakan dengan witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain.
Hukumnya adalah sunat muakkad di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama tetapi menjadi wajib di sisi mazhab Hanafi.
Antara kelebihan solat sunat witir ialah Allah mengasihinya. Sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah melaksanakan apa yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a berkata: Solat sunat witir tidak wajib sebagaimana solat fardu tetapi ia adalah sunat. Kenyataan tersebut sebagai hujah dan dalil bahawa witir bukanlah wajib seperti solat fardu yang lima.
Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al- Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa eratnya ahli al-Quran dengan solat witir kerana al-Quran merupakan kitab Allah dan witir itu merupakan ketunggalan Allah. Justeru digabungkan antara al-Quran dan witir. Kemungkinan juga kerana al-Quran kebiasaannya dibaca pada waktu malam dan ketika solat. Justeru amat sinonim hubung kait dan ikatan antara solat witir dengan pembaca al-Quran.
Hadis seterusnya yang bermaksud: Solat sunat witir dikurniakan kepada kita oleh Allah, dan ia satu solat yang lebih baik daripada unta merah. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi).
Ini menggambarkan kedudukan sebenar solat witir yang begitu tinggi di sisi Allah. Sehingga Rasulullah s.a.w membandingkan kelebihannya lebih daripada unta merah yang amat bernilai di sisi pengembala unta dan orang-orang Arab yang kaya.
Demikian juga Rasulullah s.a.w menegur dan berlepas diri daripadanya orang yang meninggalkannya dengan sabdanya yang bermaksud: Solat sunat witir adalah benar melaksanakannya justeru sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami, Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).
Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh memelihara solat sunat witir sehingga baginda menyeru agar sesiapa yang khuatir tidak dapat mendirikannya pada lewat malam supaya mendirikannya pada awal malam.
Hal ini sebagaimana hadis daripada Jabir r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang bimbang tidak dapat mendirikannya pada tengah malam maka berwitirlah pada awal malam, tetapi siapa yang mampu mendirikannya pada tengah malam itu dipersaksikan dan yang demikian itu adalah lebih baik.
Bilangan rakaat witir sekurang-kurangnya satu rakaat dan makruh melakukan satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat witir ialah tiga rakaat. Iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Namun, yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak 11 rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.
Adapun waktu solat witir ialah selepas solat Isyak hingga masuknya waktu solat Subuh. Solat witir boleh dilakukan secara berjemaah dan menjadi sunat pada bulan Ramadan dilakukannya bersama imam selepas terawih.
Solat witir tidak boleh dilakukan dua kali pada satu malam. Ini kerana apabila diwitirkan dua kali nescaya menjadi genap. Seterusnya, witir amat digalakkan perlaksanaannya pada akhir malam dan penutup bagi segala solat sunat. Walaupun begitu jika seseorang sudah berwitir dan ingin solat sunat yang lain juga dibolehkan. Disebabkan arahan pada hadis tersebut ditafsir dengan maksud seelok-eloknya bukan sebagai satu kewajipan. Ini berdasarkan kepada perbuatan Nabi yang solat selepas solat witir dan inilah juga yang difatwakan oleh Syeikh Abd al-Aziz bin Baz.
Bagi yang melakukan solat witir diberi pilihan sama ada melakukan pada awal malam selepas solat Isyak jika dibimbangi tidak bangun pada malam tersebut atau pada akhir malam jika diyakini dapat bangun pada malam tersebut. Ini lebih baik dan afdal. Hal ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti di atas.
Semoga kita menjadi ahli witir dan qiamullail bukan hanya terbatas pada bulan Ramadan sahaja tetapi terus berlangsung selagi hayat dikandung badan.
Nuzul Quran...
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Moderator
Tuesday, August 24, 2010
Untuk kita fikirkan bersama..
Diingatkan bahawa belajar ilmu hati bukan untuk kelihatan soleh atau dikagumi. Kita beramal soleh hanya utk diredhai Allah swt. Taubat itu tiada ada urusannya dengan penilaian manusia. Nanti ketika kita berubah dengan pertolongan Allah, akan menjadi jalan perubahan untuk orang lain. Insya Allah... Wassalam Tina Kassim |

