HARI-HARI SEMALAM YANG MENINGGALKAN BERJUTA KENANGAN.... Untuk kengkawan yang rindukan hari semalam...
Thursday, December 31, 2009
Tahun Baru...azam & iltizam baru
Zarina Baharom
Wednesday, December 30, 2009
Johan Qari SKKGK
Tuesday, December 29, 2009
Hari Jadi Kor
Petang tadi sempat bersembang dengan Sham Kuntum... Sibuk benar orang kuat politik kita ni.. sejak akhir-akhir ini alhamdullilah ..rezekinya bertambah dengan banyak projek-projek yang diterima... Kawan kawan tumpang gembira dan bersyukur untuknya...
Sambil sibuk tu sempat juga dia menyembang dengan aku.. katanya dia pergi "Hari Jadi Kor Gerakhas" kat Mersing pada 18hb dan 19hb yang lalu...
Dia sempat buka booth jual antivirus... katanya respond boleh tahan...baguslah begitu...
Cerita pasal hari jadi kor teringat kembali cerita yang pernah aku tulis disini... anak-anak komando dan budak skkgk yang pastinya happy...
Pada waktu malam ada diadakan pertunjukan "Kuda Kepang"... mat-mat penari tu siap terbang-terbang lagi... makan kaca...kopek kelapa pakai mulut dan macam -macam lagilah perkara aneh yang dilakukan.. jahil betui waktu tu...semua melopong menontonnya....
Ada sekali tu ada di buat pertandingan pakaian beragam untuk kanak-kanak.. adalah mak aku jahitkan baju silat untuk aku.. Lepas tu aku pulak yang meragam taknak naik pentas...menangis hentak kaki... apa lagi mak aku pulak yang naik angin....
Sungguh lucu sekali....
Sekian...
~Boy~
Surau dlm kenangan....
Zarina Baharom.
Loceng Khidmat....!!!
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( MASAALAH PEMBELAJARAN)
Aku terpanggil menulis untuk tajuk ini kerana membaca di papan pintu masuk bekas sekolah kita ni... Bunyinya macam ada masaalah pembelanjaran pulak...mungkin kita boleh tanya rakan-rakan guru kita yang lebih mengetahui.... Cikgu Tina, Cikgu Siti Rohani atau Cikgu Huzaini...
Apakah yang dimaksudkan tulisan di signboard ini.... ?????? cuba korang baca betui-betui...
Ada masaalah pembelajaran ke murid-murid kat sekolah lama kita ni....???
Walau bagaiman pun.. sekolah ni mesti berbangga dengan kelahiran ramai "sumber insan" yang berkaliber dan berkualiti.. antaranya... jurutera, cikgu, pensyarah, pengurus, ahli pernigaan, banker dan sebagainya....
Saja nak mengibau zaman silang di tempat ini...sebelum kawasan ini ada pagar... tempat ini selalunya kita duduk dan main-main kejar-kejar, tunggu trak balik sekolah, dan belajar main recorder tepi bukit.... dak zam jepun pun selalu je sampai rumah cepat sebab rumah dialah yang paling dekat dengan sekolah... kau orang ingat lagi ke??
Sekian....
~Boy~
SURAU PAK CIK HUSSIN !!!!!!!
Monday, December 28, 2009
Tinggal Kenangan ........
Rumah Sapalah ni !!!!!
Alhamdullilah..... bertemu kembali
Lama juga saya meninggalkan laman ni.. bukan apa sibuk lah sangat dengan tugas dan aktiviti harian..maklumlah musim cuti sekolah ni dan hujung tahun.. mesti ramai yang mengadakan kenduri kahwin dan sebagainya ( maklumlah teman ni kan business sewa canopy)...so sibuk bebenor le...
Seronok membaca cerita Zam tentang cuci kain dan mandi di kolan tu..memang betui pun.. kalau tak da air.. kat situlah kita pergi mandi...
Gambar Kolam Di rakam dari Blok Bunga
Gambar Kolam renang Di rakam dari Stadium GGK ...SEDIH RASANYA
Untuk pengetahuan kengkawan kolam tersebut dah tinggal kenangan... kolam tu dah bocor dan tak digunakan lagi... keliling kolam tu dah kuning dengan karat-karat besi.. baru lepas raya haji tu aku balik dan melawat kat dalam kem... ada banyak gambar yang dapat aku tangkap untuk tatapan semua... nanti aku cuba download kemudian..insyallah...Aku juga sempat bersembang dengan brader komando yang guard kat "boat trup" tu.. dia kata kem itu akan ditutup dan bakal di pindahkan ke Bruas Perak pada 2013.. entah jadi entah tidak...wallahu a'lam... sedih kan ...
Hai.. sebenarnya banyak sangat cerita yang nak disampaikan ... tapi tak tahu yang mana satu... tak palah kita mulakan cerita tentang kengkawan yang bercuti di beberapa minggu yang lalu.... Zam di Sungai Petani bermandi manda... Lan Bogek pula sampai ke Padang Besar dan sempat bersembang dengan SR.. Faisal pula ke Kuantan nak hantar maid... Dengar cerita SR pun bercuti di KL di rumah Kakak... Lando pula hantar anak interview di MRSM Terengganu( semoga berjaya).......tapi yang best sekali Zarina lah berkerja sambil berhoneymoon dengan Husband tersayang di UK.... walau bagaimana pun aku doakan agar semua bergembira dan memanfaatkan cuti sebaiknya bersama keluarga tercinta...
OK bersambung lagi....
Ikhlas
~Boy~
Sunday, December 27, 2009
Tahun Baru 2010 Semakin Hampir...
Thursday, December 24, 2009
salam
Zarina Baharom.
Thursday, December 17, 2009
salam
sentiasa d lindungi allah swt dr segala kejahatan& d berikan seribu kebaikan
Zarina Baharom
Friday, December 4, 2009
FENDI...OH ...FENDI....
Mana pergi Fendi Menghilang...? telephone pun tak angkat .... sibuk bebenor ke?
Walau macammana pun.. janganlah berdiam dia pulak.. hari tu mohon nak tukar tarikh dah pun tukar... tunggu kamu je nak confirm ... tolong respond ya... kedatangan anda...
Tak palah .. mungkin sibuk kot buat AOP 2010 untuk LG...
Kawan-kawan lain detail lanjut insyallah saya akan berikan minggu depan...
OK...Let count down....23 days to go...
Adios..
~Boy~
Thursday, December 3, 2009
LAN DOLLAH AND FAMILY...
RASA-RASANYA CAM TAK TEMPAT INI...!!!!
Tuesday, December 1, 2009
28hb nov........berjumpa Boy d Melaka
BERTEMU KEMBALI..........
Rasa macam dah lama sangat tak dapat menulis di Blog ni... Maklumlah sibuk + sakit ..
Walaumacam mana pun alhamdullilah, semuanya dah beransur pulih dan berada didalam keadaan terkawal.... Aku mendoakan kau orang semua juga di bawah lindungan nya insyallah...
Macam-macam rasa nak cerita kat sini, semuanya nak diluahkan...OKlah aku mulakan dengan Cerita Cuti Sekolah.. Rasanya dah seminggu anak-anak kita melepak dirumahkan... Selalunya rumah sunyi sepi...tapi minggu ni penuh... macam-macam peel anak-nak kita ya... yang pastinya ... bulan ni Bil letrik mesti naik... sebab nya... On Astro, PS2, Kipas, Air Cond, Peti Ais..seminit sekejap dibukanya dan macam-macam lagilah..... ....betui tak...( Tak tahu lah kalau aku je yang mengalami pengalaman macam ni).... Anyway, itulah tanggungjawab kita sekarang ni... bila cuti sekolah mesti nak kena arrange something untuk anak -anak.. Kem Tahfiz ke, Summer Camplah, Kem Solat, Swimming Lesson dan berbagai-bagai lagi.... Supaya dia orang ni tak boring....
Seperkara lagi, rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha dan Salam Maal Hijrah yang akan datang menjelma tak lama lagi..
OKlah nanti aku akan sambung lagi dengan cerita cerita terbaru..
Oh Ya.. Lupa nak Welcome Sahabat "Bunga" kita, Tina & Zarina yang dah mula menyumbangkan nuhkilan2 mereka.. Alhamdullilah sebab mereka tak lokek berkongsi pengalaman, memory,cerita kelakar dan berbagai-bagai lagi....
Sekian Terima Kasih
-Boy-
28hb nov........berjumpa BOY d Melaka.
Sunday, November 29, 2009
Pertemuan dngan Tina.
Wednesday, November 25, 2009
Coretan dari Landol .... anak cikgu besar
ASSALAMUALAIKUM SEMUA,
di kesempatan ini, hamba nak memohon ampun dan maaf kepada teman2 sekalian, jika ada tersalah silap atau terkasar bahasa atau tutur kata, sepanjang kita berurusan semenjak daripada tahun 1979. Khususnya pada kaum2 ibu yg ada dalam email list ini, hamba mohon maaf banyak2 atas ketidaksenangan perangai hamba sewaktu di SKKGK dulu.
Bila terkenang kembali, hampir2 menitiskan air mata, kenapalah hamba jadik macam tu. Jawapannya satu, gara2 terlalu malu dan tidak biasanya hamba dgn kaum hawa ini selain emak hamba. Sesungguhnya zaman itu zaman jahiliyah kanak2, yang di luar kawalan hamba. Di tambah pula dengan ramainya kawan2 yg 'sefikiran', makin menjadi-jadi le gamaknya.
Alhamdulillah, sekarang kita semua sudah besau panjang , fikiran pun semakin waras dan sementara nyawa masih dikandung badan, dikesempatan yg ada ni, walau pun jauh dari pandangan, hanya bersua di talian, hamaba mengharapkan kemaafan dpd semua teman yang sentiasa hamba kenangi dan sayangi.
Semoga Allah merahmati dan memberkati persahabatan kita, kekalkan silaturRahim kita hingga ke akhir hayat.
Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA, dpd hamba sekeluarga.
Disertakan gambar keluarga hamba yg diambil pada raya tahun 2008 (rasanya mcm pernah bagi, tapi tak pe lah…), sebagai rujukan jika kita bertemu nanti di mana-mana saja. Rasa2nya tak de perubahan kecuali jumlah rambut di sebalik songkok itu semakin berkurangan dari hari ke hari dan warnanya semakin ‘chrome’.
sekian, wassalam ....
-LAN DOLLAH-
Koordinator Jatuh Sakit..
Saturday, November 21, 2009
TADIKAN!!!...TINA & ZARINA BERJUMPA ( 21 DIS 09)
Seronok dan tumpang gembira mendengar...
Baru kejap (8.32 malam) tadi aku mendapat telepon dari Zarina yang mahukan aku meneka siapa yang berada disebelahnya...Dia kata "Tina" datang melawat aku di Labulah".. terkejut aku..
Tak sangka ya!! Dah 28 tahun tak jumpa.. akhirnya bertemu juga mereka .. semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan lagi silaturahim antara mereka dan kita semua .. insyallah..
Zarina bagi tahu aku tadi dia sampai berdebar-bedar apabila nak jumpa Tina..maklumlah dah lama sangat tak tahu khabar berita?.. Rasa macam tak percaya pun ada..tapi alhamdullilah dengan kehendaknya mereka dapat bersua muka dan bertanya khabar.. mesti panjang lah cerita tu....
Dia orang siap tengok gambar-gambar lama lagi... ada gambar aku, zam, az, man panjang, nizam, taufik dan ramai lagi...ketawa habislah tu...
Aku tak sabar - sabar nak tengok gambar aku masa muda-muda...mesti kelakar punya ..kah..kah..kah... ( nanti sapa yang ada gambar-gambar lama bolehlah bawa masa reunion nanti)
Tak palah sekiranya dia orang bagi kat aku nanti bolehlah aku share kepada semua.....
Semoga dengan perjumpaan ni akan terjadilah perjumpaan Reunion kedua dan seterusnya membawa bertemunya kawan-kawan kita yang lain pulak..... insyallah..
Sehingga bertemu lagi...
OK.. wassalam...
-Boy-
Monday, November 16, 2009
VENUE FOR REUNION...
Your respond please???
Friday, November 13, 2009
RANCANGAN REUNION
2 ND REUNION ...
Semalam aku ada bersembang dengan beberapa kawan tentang perkara ni.. Ramai yang menanti-nanti rancangan kita untuk kali kedua.. Aku ada satu cadangan...tapi bukan untuk memudahkan aku tetapi untuk semua yang mungkin boleh joint..kenapa adku beranggapan seperti ini kerana tempatnya di tengah-tengah tak ke utara sangat taklah ke selatan sangat... iaitu kat IPOH Perak. Cadangan ini bertujuan supaya orang yang berada diutara seperti Zam dan SR dapat datang joint keran tidak jauh dari tempat mereka... Jadi member dari KL pun boleh turun kerana masa perjalanan hanya mengambil 2 jam sahaja..
Rancangan ini adalah untuk semua sekeluarga kerana kebetulan bulan disember ini adalah cuti sekolah.. Oleh sebab itu kita, jadikan program ini untuk Family Day Ex SKKGK 1969. Tempat yang aku cadangkan ialah di sebuah Resort berhampiran dengan Pekan Tanjung Rambutan. Ada beberapa kemudahan asas yang disediakan seperti.. Kolam mandi untuk anak-anak kita, Spa & Sauna untuk mak bapa, bilik kareoke untuk yang nak cuba bakat AF , tempat permainan telematch, dewan dan kemudahan Chalet untuk 12 belas keluarga.. kalau tak cukup boleh tido rumah aku...no problem..Tentang makanan jangan risau aku ada caterer yang bisa menyediakan keperluan kita..
Jadi, aku memohon feedback daripada semua tentang cadangan ini... kerana aku boleh menrencanakan dengan kadar segera...
Tarikh yang dicadangkan ialah 19 Dec 2009...
So, APA KATA HANG PA?
Thursday, November 12, 2009
PONTIANAK MENGiLAILAH PULAK!!!!!!
Ini cerita dari email Zarina kawan kita yang dihantar...
Jadi boleh baca-baca lah sumbangannya .............
A'km kwn2,apa kabar smuanya ye,walau d mana pun kwn2 berada skrg,doa saya semuga semuanya berbahagia d samping isteri, anak2 serta klrga tercinta.Alhamdulilah kita masih d pnjangkan usia &d kurniakan kesihatan yg baik,muga2 berpanjangan lah hendaknya.Sy sebenarnya rasa sebak menatap gmbar2 lama semasa bersekolah d kem dahulu& pertama kali menulis d sini tidak tahu dr mana hendak bermula............
Ingatan &memori itu tak hilang bak kata pepatah melayu tak lekang dek panas tak luput dek hujan,terima kasih boy menyatukan kita semuanya dgn izinNYA. Insyallah,suatu hari nanti pasti kita bersua juga,persahabatan &siratulrahim ini sangat mahal harganya,lebih 25 thn tidak mndengar berita kwn2Tertanya2 jgk kwn2 lelaki tak ada sorang pun ikut jejak langkah bapa masing2 jadi KOMANDO kecuali Lan Dolah lah,dia kan ank cikgu.....Oh ya,suresh kena tempiasnya bertugas sbgai TUDM,d kem Sg.Besi,kau org smua kalau jumpa suresh kena lah bagi tabik hormat,ha..ha..ha
Setakat ini,sy sudah bercakap dgn BOY,org pertama hubungi sy,bdk lelaki paling baik sebab duduk sebelah aku,ha..ha..ha..
Zam Zam ala kazam ketua murid skolah,org lain buat salah tak boleh,kwn2 dia tak apa,mana bole tak aci kan,dgn aku dia tak berani nak garang sebab bapak aku LEBIH garang dr dia ye!
Pendi tak yah cerita lah kan,nakalnya ya allah tpi aku tak penah ambil hati pun,kalau tak ada org mcm dia tak meriah lah dunia persekolahankita dulu.
pd suresh selamat hari depavali walaupun dah terlambat tpi bole lah ye &pd kwn2 yg lain sempena ketibaan raya haji ini sy mohon kemaafan zahir &batin .setakat ini dulu insyallah ada masa menulis lgi d c ni.ok bye for now...
Sekian Zarina binti Bahrom...
Tukang cut & paste..
~Boy~
Wednesday, November 11, 2009
REUNION....kecil-kecilan
Dengar cerita, Fendi ada membuat reunion kecil-kecilan dengan beberapa sahabat esok(Khamis - 12/11/09)? Jadi sapa - sapa yang ada masa terluang tu bolehlah joint mereka ni... dapatlah bercerita lebih panjang dan bertemu muka.... mengibau kisah lama.. aku ada hal pulak ..kalau tidak boleh aku rembat ke KL..jumpa korang...
Orang yang akan mereka jumpa dalam reuinon ni...ialah "PONTIANAK" .. mesti semua member2 yang dikawasan sewaktu dengannya nak joint sekaki... So contact -contactlah Fendi... bolehlah bersembang panjang
Fendi jangan lupa , tangkap gambar semua orang...aku pun nak lah tengok muka kawan - kawan lama aku yang dah tua bangka tu....
Sekian Wassalam...
Boy
Tuesday, November 10, 2009
MASA YG BERKUALITI..WALAUPUN SINGKAT
Aku pasti, yakin dan percaya.....
Kita semua sibuk dengan kerja2, tugas2 dan rutin2 harian. Seperti korang pun aku lebih kurang sama je mengalami keadaan yang sama. Rasanya tak pernah cukup dengan masa yang ALLAH berikan..
Tanpa kita sedari, kita mempunyai satu perkara yang sama iaatu 86400 Saat/Sehari untuk dimanfaatkan.. dengan masa ini lah kita bahagikan untuk pergi kerja, jumpa kawan, makan, mandi, tidor, sidai baju, angkat baju, pandu kereta, meeting, citcat dengan member, mengular, tengok tv, dengar radio, baring kejap dan lain-lain termasuklah terutamanya "SEMBAHAYANG"..
Hari ini , aku terpanggil mencerita kisah ini kerana aku tersentuh dengan rintihan anak aku yang meminta untuk di manja malam tadi... Yaya diserang deman dan mengalami batuk yang agak teruk..sehinggakan dia susah nak tidor..dan terganggulah juga tidur aku sebabkan batuknya yang kuat bunyinya.... setelah ibunya memberi kan ubat, merenget-renget dia nak tidor bersama aku...tahu jelah apabila dia batuk kembali kerana kerongkongnya gatal maka dia termuntah diatas katil.. habis semua bantal dan cadar penuh dengan makanan dan ubat yang baru ditelan terkeluar... mestilah baunya kurang menyenangkan... Jenuhlah aku kena bangun, tukar cadar dan sarung bantal untuk tidur semula... selepas itu aku menepuknya sehingga lah dia terlelap ... sebelum aku terlelap sama... Itulah pagi tadi kesiangan sikit ... semasa As call aku baru je keluar rumah nak ke ofis......
Kesimpulan aku merasa mungkin masa yang aku peruntukkan untuk nya agak kurang dan tidak mencukupi..itulah sebabnya dia mahu dimanjakan.. Kadang kala kita terlepas pandang perkara yang seremeh ini dan tidak mengambil langkah untuk mengawalnya... Aku mengaku bahawa, masa aku banyak habis dengan tugasan-tugasan lain.. Oleh sebab itu, aku ingin mengingatkan diri aku dan kawan-kawan lain supaya dapat membahagikan masa yang sebaiknya untuk segala perkara yang kita lakukan.. insyallah dengan cara ini nanti, kita tidak akan terlepas masa dan pengalaman dalam membesarkan anak-anak kita...
Macam cerita kita masa sekolah skkgk dululah...
PS : SAMALAH JUGA UNTUK KENGKAWAN, PERUNTUKKANLAH SEDIKIT MASA ANDA UNTUK KENGKAWAN, SEBAB KITA TAK TAHU BERAPA LAMA KITA AKAN BERADA DISINI LAGI....... FIKIR-FIKIRKANLAH....
Ihklas - Boy
Monday, November 9, 2009
TINA BERKONGSI LAGI.....09-11-09
Cerita Tina dari emailnya....
"Last week masa baca email terlintas yang nama bapa Onn bukan Kasim. balik rumah confirm dgn mak Tina nama bapa dia sebenarnya Kasmin. Tina ingat sangat pakcik Kasmin ni sebab dulu rumah dekat masjid tu dekat dengan rumah Onn. Cakap pasal Onn teringat masak kicap ayam arwah mak dia bila Hari Raya sedap sangat. Onn kat mana? Mak Tina cakap rumah ayah dia kat Taman Sri Rambai. Sebenarnya ada gambar nak share tapi tak sempat nak scan. Minggu ni tersangatlah sibuk di sekolah. Lain kali. Cuma cerita ini saja yang sempat nak share. Semaga semua dirahmati Allah". dia berkata...
Ya betui.. aku pun teringat mak dia punya "Beehoon Tau Choo"... pernah sekali tu..kita ada jamuan sambutan apa tah tak ingat untuk kelas kita Darjah Enam... Kita suruh mak dia masak kan.. Itulah first time makan bee hoon tu.. sedap gila...
Onn.. Onn.... Kalau aku orang yang paling Giant dalam kelas.. Onn pulak orang yang paling comel sekali diakalangan murid lelaki... Manalah dia sekarang ni...
Baru ni aku ada minta Az(Azhari) cuba carikan keluarganya di Tangga Batu.. Moga-moga kita dapat lah berhubung dengan dia satu hari nanti..insyallah....
Sapa- Sapa ada cerita tentang Onn Kasmin Lagi.. sila-silalah bercerita....
Sekian Wassalam...
Ihlas
~Boy~
Tina pula bercerita.....
Boy suruh saya sent gambar. Zam pula welcome me in the group. Jadi saya cuba untuk menulis.
Sebelum tu nak maklumkan pasal nama. Nama Tina tu dah lama (28 tahun kot..) tak digunakan dikalangan kawan-kawan. Panggilan sekarang oleh kawan-kawan adalah Shiela. Nama Shiela ni diberi oleh senior masa minggu orientasi form 1 di MGHS, Durian Daun Melaka.
Saya masuk ke sekolah tu masa darjah lima. Atas pentas (susunan meja) tu saya tengah story telling. Apa yang saya ingat majlis di sebelah petang. Ada ramai orang yang hadir termasuklah mak saya. Itupun kalau tak silap.. Sebenarnya ingatan saya di SKKGK tu dah tinggal 5% sahaja.
Satu lagi, saya share gambar saya selepas lebih 10 tahun dari gambar tu diambil. Gambar ni masa saya dah hampir nak tamat belajar di ITM (skarg UITM), Arau, Perlis. Tujuan gambar ni saya share sebab perubahan dari segi rupa dan lain-lainnya memang banyak dah berlaku. Kita mungkin pernah berjumpa selepas 10 tahun tu tapi mungkin kita dah tak cam antara satu sama lain.
Oklah lain kali kalau ada kesempatan saya share cerita lain pula mungkin selepas 29 tahun dari 1980 iaitu gambar keluarga saya sendiri. Terima kasih.
Tulisan Lando...06-11-09
Salam semua,
Sebenaunya bukan ape, aku la ni memang sibuk giler, mana taknyer, dulu ada 5 staff, la ni tinggal sorang jer. Memang tak sempat nak baca email kat opis. Tapi 'rindu pada hari semalam' sentiasa membara ... so, tak nak le miss news from kau orang semua.
Sebab tu aku tukau email tu, kat rumah boleh le baca. Terubat le rindu kat kau orang semua. Tambahan pulak, dah makin ramai dalam list ni, sape sangka kan! syukur alhamdulillah... thanks a lot pada Boy berkat usaha dia, kena pulak dah jadi orang kuat Maxis, so kau betul2 memanfaatkan database Maxis tu. Bila tengok gambau kita semua, memang ada bebanyak betul berubah, sama macam rang yg menulis ni, dulu rambut ku ikal mayang, sekarang ambik kau!!! Nasib baik le dah laku, kalau idak, hampehhh ... Tak pe, biau ler kita berubah "bentuk", tapi jangan berubah ikatan silaturahim kita, mudah-mudahan berkekalan ke akhir hayat, amin ! Ni saje jer nak cerita, nak share, pada Zam, kau jangan nangis pulak. Aku last week balik kampung, tidur rumah mertua kat Bemban.
Esok pagi tu, aku breakfast ngan bini aku kat satu warong kat kampung tu. Nampak nasi lemak dia macam best jer, sebab daun pisang. So sambau ler satu! Bila mengunyah sambal tu, rasa dia 90% macam sambal arwah mak Dak Zam.
Aku pernah mention kat mak aku, walaupun sambal mak aku sedap, tapi memang tak lawan sambal arwah mak Dak Zam, memang different, can't find anywhere else in this world, sumpah ... Pada Zam, tak de sape yg mewarisi resipi arwah ke? rugi wooo ..!!
Pada Shiela@Tina@Eta, selamat bertemu kembali. Ko le satu2nya bunga kat sini. Awat kahwin dulu tak bagi tau? My wife kan schoolmate you kat MGHS! Ada gambau you masa buat dikir barat atas stage pakai baju melayu lelaki. Tapi bila tengok gambau masa English campaign tu, saya pun masuk jugek, bidan terjun, Cikgu Wan suruh last minute. Hasilnya, balik rumah kena marah dgn Guru Besau (bapak aku lerrr) sebab buat main2, tak serius!
Anyway, I can't mention your name in front of my wife, paham2 je lar.... Boy, SR ngan zarina tak nak joint list ni ke? Aku dok teringat kat Tan Chong Beng sebab dulu sama2 kat UTM, tapi dia habis awal (diploma), pas tu lost contact. loghat dia masih macam kat SKKGK. Ok ler, dah ngantuk dah! Pada semua, aku doakan supaya kita hidup dalam iman DAN mati pun dalam iman, amiinnnn !
Semoga Allah izinkan kita bertemu lagi dalam masa terdekat ni, mudah-mudahan dipermudahkan urusan dunia kita semua, lebih2 lagi urusan kita di akhirat nanti, insyaAllah ... wassalam ... Lan Dollah (bukan budak kem, tapi sekolah dalam kem) Sekolah Kuda Kayu Gantung Kaki - SKKGK 1979-1981
Friday, November 6, 2009
USTAZ RUGGED !!!
Mesti terngiyang-ngiyang di telinga korang bila ustaz kita ini Cakap.... "Saimpah punya budak" ..ini lah tag line Ustaz Razak...
Ustaz ini kalau pergi mengajar naik Motor Srcambler.. Suka pakai baju belang-belang dan seluar bellbotem... macam Hair Amir.. Tapi misai dia punyalah melenting......
Tadi Pontianak baru call aku mengingat kan satu peristiwa lucu tentang Ustaz kita ni... Dulu kalau dia ajar kita Pendidikan Jasmani... mesti kita pergi kat padang tempat pasir terjun payung tu kan... padang tu kan penuh dengan kemuncup...Lepas habis je mesti seluar bellbotem dia tu penuh dengan kemuncup...bila masuk kelas je..nanti ada lah sesiapa akan jadi mangsa dia kena cabut kemuncup... seorang kiri dan sorang kanan.. Kah...kah..kah
Satu lagi peristiwa lucu tentang Ustaz kita ni... dia pernah tak puasa.. depan kita lah, dia makan ubat penadol dan minum air sejuk...selamba je.. sambil nasihat " Orang sakit, boleh tak puasa"...
Ustaz ... Ustaz.....
OK berjumpa lagi...
Wasalam
~Boy~
Thursday, November 5, 2009
ORANG KUAT YB !!!!
Di atas pemintaaan ramai.. di bawah ini saya sertakan gambar sekeluarga sahabat kita ni...Kenal ke ? Sahabat kita ni sekarang sibuk dengan tugas khas dia dengan YB ..
Jadi kalau, sahabat - sahabat nak kan projek ..... boleh lah contact sahabat kita ni.....sekarang ini, beliau menetap di Sungai Buloh.. alhamdullilah besar keluarga dan murah rezekinya.. gambar hari raya baju sedondon lagi......
Sesiapa nak berhubung dengan dia, saya boleh hantarkan number dia...
Wasalam..
~Boy~
Penampau Jepun !!!
Masih teringat lagi ke peristiwa ini?
Terkenang Arwah Cikgu Mohktar. Semua orang takut dengan dia bila dia naik angin. Tetapi kalau dia OK, dialah cikgu yang paling best sekali. Suka buat joke dan very friendly with the student. Ini yang aku rasalah...
Aku tak ingat sama ada aku pernah jadi mangsa dia atau tak?. Tetapi yang merasai nya tak salah akulah..
1. Dak Zam Jepun
2. Dak Fendi Flinstone
3. Dak Zakry - Tan Chong Beng
Dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat nama dia....
Tapi kalau korang masih ingat lah... kalau Arwah nak lempang budak, dia mesti buka jam dia dulu..betui tak? Faisal mesti ingat kisah ni..
Tak tahulah kenapa dia buka jam, takut kena muka budak kot.... tapi kalau kena bedengung kejap kepala...
Tapi, kalau dikaji-kaji balik..cara guru kita mengajar masa tu lebih berkesanlah...sebab bila kita kena ..tentu kita takkan buat lagi.. terus je jadi budak yang lebih baik.. Ini pendapat akulah...
So ..kawan-kawan marilah kita meriahkan blog ini.. lama tak baca , korang punya cerita.. sumbang-sumbanglah...
Aku takutlah korang boring, aksyek2 dak boy je tulis cerita... bagi lah orang lain pulak..
Ikhlas dari saya...
~Boy~
Wednesday, November 4, 2009
Junjung Kerusi Keliling Sekolah....
Berjumpa lagi.. Kes yang kat atas ni memanglah gempar... semua orang satu kelas kena junjung kerusi pusing satu sekolah..sebabnya aku dah tak ingat..
Hang taulah..dulu punya kerusi sekolah kan kayu... sekarang ni mana ada lagi ...semua sekolah dah pakai kerusi plastik.. jadi tak lah berat sangat macam dulu... lepas tu yang malu tu semua kena jalan keliling sekolah... malu tak tau nak letak muka kat mana... satu sekolah gelakan kita.. dari darjah satu sampai darjah 5 tengok abang dan kakak mereka.. lepas tu jadi reporter kat mak bila balik sekolah.... hang pa tau jelah, kalau mak dah tau lepas tu, dah tentu kena balun lagi kat rumah...
Lain kan zaman kita dulu dengan zaman anak kita sekarang... kalaulah anak kita kena macam tu .. mau esok pagi pukul 8.30 pagi dah terpacak kat depan pejabat gurubesau ...nak bela anak kita...walaupun dia orang ni salah... Betulkan Tina dan SR ( Depa ni Cikgukan) ?.. mak bapa sekarang ni aggresive gila... silap haribulan cikgu pulak lebam kat muka... kena bantai dengan bapa budak ni...
Tapi sapa-sapa yang kena je yang akan teringat peristiwa ni.... memang manis sekali...
Kalau sapa-sapa nak tambah cerita ni silakan... memory korang mungkin lebih power lagi...
Sekian
~Boy~
TAN CHONG BENG DALAM KENANGAN....
Sibuk benar beberapa hari yang lalu... maklumlah dah hujung -hujung tahun ni.. masa nak kena buat appraisal... kenalah tunjuk rajin-rajin sikit...
hari tu aku dah berjanji nak ceritakan asal-usul nama kawan kita ni.. Kalau ingatan aku masih berkesan..Peristiwa ini berlaku semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia.. Cikgunya ialah Cikgu Wan..
Satu hari tu kita di suruh buat surat rasmi.... berkenaan apa aku tak ingat dah... jadi dalam buku teks tu adalah satu rujukan untuk kita mengetahui bagaimana nak buat surat tu... Cikgu Wan mahukan semua murid-murid hantar kan kerja rumah ni pada hari esoknya...
Esoknya, buku tulisan pun semuanya dikutip untuk dihantar kepada Cikgu Wan.. Apabila sampai waktu cikgu wan mengajar.. Cikgu Wan pun membaca lah satu , dua buku yang telah diperiksa..
Apabila sampai kepada satu buku tu..Surat yang ditulis bukan nama kawan kita ni dia..tetapi , dia mengikut nama yang diguna sebiji serupa didalam buku teks kita tu... Jadi Cikgu Wan pun membacalah surat rasmi dia tu dan disebutlah nama penulis surat... Sambil tersenyum dan ketawa Cikgu Wan Memanggil "Zakry" untuk mengambil bukunya..
Oleh kerana peristiwa tersebutlah..nama "Tan Chong Beng" terkenal..sehinggakan kita semua memanggil dan mengelarkan dia Tan Chong Beng... Hangpa masih ingat ke Mat Kedah ni... Di manalah dia sekarang?... Aku juga masih ingat dia ni, di "Tempeleng" oleh Cikgu Moktar kerana tepuk tangan dan ketawa dalam kelas .... dengan tak semena-mena je terus ...Panggggg ......tak tahu lah apa angin Cikgu Mohtar ketika itu...( Man Panjang Mesti ingat peristiwa ni).. Lepas tu Kelas Darjah 6 , terus senyap dan sunyi macam dilanggar garuda....takut gila
Begitulah garangnya Arwah Cikgu Mohktar ni...
Walau bagaimana pun untuk Zakry, kami semua mendoakan semoga hang panjang umur dimurahkan rezeki dan insyallah kita akan bersua satu hari nanti... berapalah anak hang?
Salam Ihklas,
~Boy~
Ps: Pandai Mamat ni ..tak salah aku dia dapat 3A 2B dapat masuk Sekolah Berasrama Agama Sultan Mahmud .. kalau aku tak silaplah
Friday, October 30, 2009
TABUNG MASA DEPAN !!!
ANAK BENGALI ...!!!
Dua hari yang lepas aku ada bersembang dengan kawan lama kita ini...
Aku saja nak mengingatkan korang tentang dia.. Walau macam mana pun yang aku salute tu..kawan kita ini masih seperti dahulu.. kalau korang masih ingatlah .. dia ni budak yang paling kool sekali.. Walaupun korang buat naya kat dia...yang selalu kacau dia si, Fendilah...
Ingat lagi cerita dak Fendi... Ustaz Razak selalu kenakan kat dia apabila main Bola Sepak.. Bila lambung bola tinggi-tinggi suruh dia tanduk... Memang lah kelakar kan... dia ni kan pakai toncet kat kepala...jadi kalau tanduk bola tu mesti lah dia kena adjust balik toncet dia.... aku ingat kalau dia bukan rambut dia, mesti panjang lagi daripada pontianak(Zarina)...
Satu cerita lagi, korang mesti ingat lagi, masa mata pelajaran Agama, dia akan duduk kat belakang sekali ... buat hal dia sorang-sorang...main-main lah, lukis-lukis lah,( aku ingat lagi dia ni suka sangat lukis gambar kapal terbang) ...mesti sedikit sebanyak.. ada yang dia belajar pasal agama islam....
Walaubagaimana pun, sekarang.. korang jangan main-main lagi dengan Suresh ni.. kalau korang kata korang lah yang paling jahat dan berani sekali di sek kem dulu..kenapa tak masuk askar macam dia.. dia sekarang ini berkhidmat sebagai Tentera Udara Di Raja Malaysia (Macam Tom Cruise dalam Top Gun) ...mengikut jejak langkah bapak dia... Pangkat aku tak tahulah pulak....sudah berumahtangga dan mempunyai anak dua...
Dua hari lepas , dia ada mension pasal kena transfer kat Sungai Besi Kuala Lumpur.. tension je, sebab family semua, dia tinggal kat Penang.. Dia memang looking forward nak jumpa korang semua.. so hopefully kita dapat berjumpa dengan mamat macor ini.. dah tak da lagi toncet.. mesti hensem punya....
kalau dia hantar gambar dia ..aku akan upload kat kat sini...
Berjumpa lagi.................
~Boy~
Thursday, October 29, 2009
Gambar VS Yang Dijejaki..40 tahun
Sedar tak sedar kita dah berjaya menjejaki hampir 16 orang rakan seusia kita..
Alhamdullilah... ini semua kehendak dan dengan limpah kurnianya.. kita dapat berhubung dan berkomunikasi....
Ada yang selama 28 tahun tak mendengar suara, mengetahui dimana ,bertegur sapa , tengok rupa bentuk dan sebagainya.......lah...
Biarlah gambar ini menjadi kenang-kenangan untuk kita mengibau kembali cerita-cerita lama kita semasa di Sekolah Kem Gerakkhas.. ini sewaktu dalam darjah 5.. tetapi apabila berada di darjah enam kita semua dimasukkan di dalam satu kelas.....
OK .. biar aku kenalkan yang telah ditemui dan dihubungi... Oh Ya...gambar yang atas tu Kelas Budak Pandai 5A dan yang bawah tu kelas budak tak beberapa terpilih lah... cukup makan je...5B
1. Zam Jepun
2. Lan Dollah
3. Negreto
4. SR
5. As aka Azhari
6. Man Panjang
7. Pontianak aka Zarina
8. Fendi Flinstone
9. Tina aka Anita
10. Negreto
11. Sham Kuntum
12. Kepau
13. Suresh Singh
14. Boy
Yang tiada dalam gambar...
15. Zalizan @ Dak Chan
16. Ujai adik Hozee Monster
Ini je setakat ni yang berada di dalam list dan dikesan.. semoga kita akan dapat menjumpai ramai lagi rakan-rakan yang lain pulak..insyallah..
Semoga perancangan kita untuk reunion kali kedua akan menjadi kenyataan .. insyallah..lokasi nya di kuala lumpur atau selangor...
Perhatian : sekiranya ada rakan-rakan ingin berkongsi informasi silalah masukkan dalam blog ini..jangan segan silu....
dan sekiranya sesiapa ingin mendapatkan contact nombor rakan-rakan yg lain bolehlah berhubung dengan aku...nanti aku bagi..
Sekian Wasalam..
Ikhlas
~BOY~