Salam & selamat sejahtera..
Baru ni aku ada menelepon En Suresh Singh.. Ya..sahabat kita yang kerja di "Top Gun" ( TUDM ) tu.. Dia kata dia sihat sahaja cuma sibuk sikit dengan krusus dan kerja kerja di pejabat nya... So aku tanyalah dia kot -kot ada ke enjin - enjin secondhand nak tolak... Dia kata nak mampus " Aku tak terlibat langsung dengan kerja-kerja tu...kah..kah...kah.. Sambil tu berjanji nak forwardkan Foto dia untuk tatapan kita semua.. OK kalau aku dapat nanti aku uploadkan kat sini...
Ini cerita tentang Ketua murid kita pula... Dak Zamlah sapa lagi... Baru ni aku ada call dia, aku tanya kan kenapa senyap je tak da cerita dalam blog ... Dia kata sekarang ni dia tengah sibuk gila.. setiap hari balik pukul satu , dua pagi.. katanya companynya ada sedikit masaalah.. so itulah sebabnya busy sangat... memang pun kena busy sebab orang top mgmt macam dia, mesti lebih responsiblenya.. anyway Zam ..semoga berjaya menyelesaikan problem tu...
Hari khamis yang lalu, aku sempat berjumpa dengan Dak Az (Anak Mat Parjo), dia datang hantar barang di Tesco Ipoh.. So sempat lah kami pergi minum kejap kat tepi jalan kat Simpang Pulai.. sambil bercerita sedikit sebanyak hal-hal semasa.. Lepas tu kita orang call Dak ADIK .. Az punyalah tension sebab Si ADIK ni boleh lupa kan dia.. Apabila cerita pasal sabung ayam kat dalam kem tu dulu...barulah dak ADIK ni tergelak.. Si Adik kata, tak semua yang tahu dia ni minat sabung ayam masa duduk dalm kem tu....Sekarang dah tak sambung ayam lagi katanya... Lani sambung nyawa untuk keselamatan negara lagi.... Jasamu di kenang "Adik"
Satu lagi kawan kita yang aku masih menunggu dia menghubungi aku ialah Dak Wati.. Sebab beberapa hari yang lepas.. Anak dia ada Facebook kat aku mengatakan Maknya bergitu teruja apabila membaca BLOG kita ini.. kata anaknya ..setiap hari di beleknya sambil nak tahu macam mana nak share story dalam tu... aku respond kat dia supaya bagi no telepon supaya aku boleh guide dia nak berblogging... Satu lagi..Kalau Wati membaca cerita ni..Dah dapat ke nombor telepon Dak Onn? Kami teringin sangat nak berhubung dengan kawan yang paling comel masa kat skkgk dulu... Tolonglah ya....
Lastly, tentang En Affendi Md Zain.. Hilang terus tak jumpa-jumpa... Senyap dan sunyi...Katanya pada Dak Zam sibuk sangat mengalahkan Pak Najib.. Tak tahulah bila dia free... Anyway cari-carilah masa unutk kengkawan ya...
Kepada Kepau, Khulai, Man Panjang, Suresh, Negreto ,Sham Kuntum samalah juga..jemput-jemputlah ke BLOG ni.. "sebab kita tak tahu berapa lama lagi kita akan berada disini"...fikir-fikirkan lah...
Seperkara yang hendak diingatkan pada semua....KAWAN SEMUA DINASIHATKAN MENDAFTAR SEBAGAI FOLLOWER DI BLOG INI (sebelah kanan..cari column follower)... BUKAN APA, INI LEBIH MUDAH SEKIRANYA ADA UPDATE2 TERBARU ..BLOG AKAN MEMBERI NOTIFICATION KEPADA EMAIL KORANG.. JADI BOLEHLAH BACA DALAM EMAIL TANPA MEMERLUKAN INTERNET ACCESS DAN MASUK KE BLOG...SELAMAT MENDAFTAR...
OK.. kita bertemu lagi...
KORANG INGAT KE TEMPAT NI DIMANA??????
Sekian
Ikhlas
~Boy~
15 comments:
Salam semua,
Kalau tak silap tempat dalam foto tu ...dulu Rumah BAKAT
Tina Kassim
mmm aku rasa tadika kat atas bukit...
No idea... takde sesapa nak tolong ambil gambar rumah mara ke?
rumah mara masih ada tapi dah ketinggalan zaman nampak sayup aje...
Dua-Dua betul..
Tina, memang tempat ni di jadikan Rumah Bakat pada waktu petang... Waktu pagi..ialah sekolah makam kita lah... Tadika Kwm Gerakhas..
Salam Budak Kem,
Tadika yang saya pergi dulu atas bukit dekat dengan kuartes 'rumah gurka' bukan kat Rumah Bakat tu....
Jalan ke bukit ni simpang sebelah kiri jalan utama, simpang sebelah kanan pula masuk ke kawasan rumah Zam. Jalan terus (don't belok2) dapat ke rumah flat bunga.....
Itu yang saya ingat.....
Tina Kassim
Assalamualaikum! Bila cerita dlm kem, I'm sorry.. yg ani ingat cuma surau tmpat ngaji ngan Pakcik Hussin, sekolah dan gelanggang kasut roda tu. Arwah ayah chief clerk so, dia selalu bawak ani ke office tapi ani x ingat 'route'nya sbb dia selalu bw ani singgah balik tuition malam, selain singgah kat 'mes'. Betul ke eja 'mes' ni? U all selalu p x?
Seperkara lg, Boy boleh tak tolong edit slideshow kat tepi tu?... ada 'pemandangan' yg .. x tau klau u all suka tengok tapi ... Boy x perasan kut. TQ.
Salam Semua..
Thanks Ani, memang tak notice pun..anyway telah di padam kan...
Regards,
~Boy~
boy.. cekaplah kau terus padam... tapi pemandangan apa ah...
tabika atas bukit...kot...rasanyer la...
Assalamualaikum.....
Ape cite...ada news ke...sorry beb bz...
alamak siapa pulak mozart ni... macam kenal aje.. tapi tak pe.. boy tolong siasat...
anie,
mess tu rasa2 nya eja macam ni lah mess... sebab nya ia adalah tempat melepak bagi komando yang berpangkat.. selalu jugak dulu ikut ayah gi mess, dia kata nak main billiard.. ikut aje..lepas tu tunggu sampai ngantuk.. last sekali ayah kejut.. mmm jom balik.. mess yang aku tau tu terletak kat roundabout.
ooooiii tarak kenalka...Mozart..aku la...kepau muzapar md layani
ooooiii tarak kenalka...Mozart..aku la...kepau muzapar md layani
ooo kepau rupanya...okkkk selalu2 lah bagi komen...
Post a Comment