Wednesday, March 17, 2010

Mohd Saufik Affandi bin Abdul Ghani.....

Salam...

Baru-baru ni kita dapat mengesan sahabat kita yang terkini dan lebih sensasi.. Iaitu "En Topek" atau lebih glamour dengan nama penuhnya Mohd Saufik Affandi... Akhirnya ketemu juga dengan mamat ni..sedikit latar belakang En Topek ni .. dulu dia duduk rumah yang sama selepas Tina dan Keluarga berpindah keluar dari kem .. ya...ya.."rumah yang dekat dengan surau kem tulah"... banyak kenangan nya tu.. sekarang ni dah jadi orang penting kat Celcom Johor Bahru...Makna kata, kalau tak da dia ni ..orang johor tak da line Celcom... Anak dah 4 katanya...alhamdullilah.. Isterinya seorang pendidik.. menurut ceritanya orang kampung sendiri..(Bercinta satu Malaysia tapi jodoh dengan orang sekampung) semoga berbahgia....

Bapa Topik sekarang ni ketua kampung kat Batu Pahat..menurut cerita Topek mereka ini alhamdullilah sihat walafiat...maklumlah orang tua kita kan telah dimamah usia..jadi ada yang tak beberapa sihat... Baru dia cerita semalam mereka ni pergi jalan ke Kelantan.. maknanya orang tuanya masih kuat lagilah... Satu lagi Sapa-sapa yang mungkin kenal kakak topik.. "Kak Liza", kata Topek Kak Liza tinggal bersama ibubapa Topek di Batu Pahat.. So sesiapa yg ingin berbicara dgn Kak Liza ni boleh lah contact Si Topik untuk nombor Teleponnya....

Topek gembira sangat apabila mendengar cerita tentang Blog kita ni.. Semalam pagi-pagi dia dah masuk Blog dan tengok gambar korang semua... sambil ketawa dalam hati apabila melihat gambar klasik Darjah 5A dan 5B... Topek ni satu kelas dengan aku masa kat 5B tu.. kelas cukup makan je...

Topek juga ada bercerita yang dia nak ke KL hari sabtu(20hb) yang akan datang ni..ada tugas katanya..sambil bawa family pergi jalan makan angin.. So dia berbesar hatilah kepada kengkawan yang berada dikawasan yang sewaktu dengan nya untuk bertemu muka... So sesiapa ada kelapangan ..contact lah En Topek mungkin boleh buat reunion kecil-kecilan... Dengar ceritanya, Man panjang, Azlan B, Khulai dah mengesahkan kehadiran.. So Fendi, Azlan D , Sham Kuntum bolehlah korang join sekaki... Kalau pergi tu..kau orang rakamlah gambar sikit..boleh aku uploadkan kat sini.... dan kongsi dengan member yang lain

Anyway EN Topek ni permalu sikit.. korang tengoklah gambar dia..sorok muka konon.. ingat dia hensem sangatlah kot.. (gurau aje).. So jemput-jemputlah melihat gambarnya ya....



So sekian wasalam...

~Boy~

4 comments:

Zam said...

Salam,

Ya cik topek.... selamat datang ke alam cyber x-skkgk. Maaflah tak de air nak dihidangkan tapi cuma ada catatan kawan-kawan aje....

Ok semoga kau rajin menulis kat blog kita ni bagilah dia meriah sikit...


Mmm, kengkawan lain, besok aku cuti sampai ahad ni. cadang besok nak balik kelantan... eh tina ada kat kelantan ke.... saja balik kampung belah isteri sempena cuti sekolah ni bawa bebudak jalan sambil mengenali sepupu-sepupunya..

okk... chow dulu...

ps.. topik.... happy belated birthday

opec said...

Salam..

Terima kasih la Boy dan kekawan...semoga kita merapatkan jurang yang telah terkubur sekian lama..

Dulu kita berkeringat peluh pada zaman sek di Skkgk tapi sekarang sudah berkeluarga...

lastly..jangan lupa jika ada alumnai ke anak2 kahawin ke jemput la ana...bye
wassalam...

Budak Kem said...

Cerita pasai Kenduri kahwin... Mungkin aku akan menjadi tuan rumah bagi perkahwinan anak buah aku di Ipoh.. So nanti korang semua jemputlah datang...insyallah kalau semua di izinkan ALLAH swt.. Bulan Oct kot...

Boy

Budak Kem said...

A'km topek,ni ija lah...ala member2panggil pontianak tu,entah ingat ke tak kan,cuba ingat2 balik bdk perempuan yg berebut rebut dgn kau naik trak askar nak cop tpt duduk tu,kau tolak ija,ija siku kau..ha..ha..tapi ija tak marah pasal topek nak cop tpt duduk utk kak liza dan ija plak nak cop tpt duduk kak mas,kalau tak buat mcm tu,kena berdiri dr sek.tambichik karim sampai masuk kem!selamat dtg ke blog skkkgk.